Wednesday, December 19, 2018

Alahan

Mengandung kali ketiga ni saya rasa alahan agak teru. Pada permulaan saya rasa alahan tu sama macam yang sebelum-sebelum ni. Tapi rasanya lagi teruk. Alwal-awal lagi dah rasa penat. Awal pregnancy lagi dah ada alahan. Sampai sekarang masuk minggu ke 16 pun masih alahan.

Kalau ikut sejarah mengandung sebelum ni alahan ni sampai bersalian. cuma teruk dengan tak je. Yang ketaranya masak memang tak boleh langsung. Selain tu saya tak boleh langsung bau wangi-wangi. Segala sabun mandi, sabun basuh baju, semua pewangi dalam toilet tu memang tak boleh nak bau. Kalau mandi pun secepat yang mungkin.

Tempat paling tak suka toilet ngan bilik. Sebab dalam bilik ada bau bedak, perfume dan segala yang wangi-wangi. Rasa pening sangat. Macam biasa kalau mengandung  adalah masa yang paling jimat sekali. Sebab barang-barang memang guna sikit-sikit je. Tak suka segala bau-bau. Ada tak sabun mandi yang tak berbau huhuhu

Actually banyak sebenarnya nak cerita. Tapi bila makin petang makin menjadi-jadi dia punya alahan. Malam lagi la. memang tido awal je. Kadang balik kerja sampai rumah mesti baring kejap. Lepas maghrib terus lepak atas katil. Anak-anak biarkan diorang tengok tv sendiri. Makan malam memng jarang-jarang sekali. Kalau larat makan. Kalau tak larat terus tido. Mujur anak-anak petang dah makan macam-macam rumah mak mertua. Kadang mak mertua bekalkan lauk. itupun biasanya masuk peti ais je...

Harini 15w3d usia baby. Check up hari ni ok alhamdulillah semua ok. Nanti ada masa saya cerita dari mula-mula buka buku. Sebab mengandung kali ni macam-macam masalah terjadi. Kita sambung nanti yer...

Sunday, October 7, 2018

Ujian UPT


Ni ujian upt saya pada hari sepatutnya saya period. Kenapa saya membuat ujian upt ni. Saya tidak mengambil sebarang perancang keluarga. Hanya merancang sendiri.

Bila setiap bulan period saya teratur & normal, kitaran haid pun sama makanya kebarangkalian untuk saya mengandung adalah tinggi. Dan bila saya buat ujian upt ni hasilnya adalah samar-samar. Mengikut pembacaan saya kalau hasil begini dianggap positif.

Seeloknya ujian upt dibuat pada hari ke12 period. Senang kata kalau lewat 2minggu elok la cek sebab pada waktu ini kandungan hcg dalam air kencing adalah tinggi. Jadi kita akan dapat jawapan yang tepat. Ini untuk ujian upt di rumah yer.

Selepas saya dapat ujian yang samar-samar tu saya minta encik suami beli lagi upt kit ni di Watson. Minta dia beli jenama yang sama sebab harganya murah hhehehe. 2kehamilan sebelum ni pun saya guna jenama yang sama. Lepas tu baru saya check di klinik swasta untuk kepastian sebelum buka buku pink di klinik kerajaan. Tapi encik suami beli janama lain dengan harga rm21. Saya agak terkejut. Pada saya kenapa perlu membazir sebab benda tu sekali guna je. Lepas guna kita buang.


Hari ke6 lewat period saya buat ujian upt lagi. Dan ini hasilnya. Jelas terang dan nyata kan. Dalam perkiraan saya usia kandungan saya dalam 5minggu. Lepas ni kena la cari masa yang sesuai untuk buat diklinik untuk pengesahan dari doktor. Tak tahu kenapa tapi saya rasa macam seronok je bila doktor buat ujian ultrasound nanti. Tak sabar rasanya. Kita tengok apa pula alahan untuk kali ni.

Semoga kandungan kali ini, alahan tidak seteruk sebelum ni. Selamat datang sayang 😊😊😊



Saturday, October 6, 2018

Hari Sukan kakak Auni

Pagi tadi dapat luangkan masa di hari sukan kakak Auni. Kakak Auni rumah biru. Dari 2minggu lepas lagi dia berlatih. Tiap kali balik sekolah mesti dia kata dia menang.


Awal pagi dah sampai. Semangat betul kakak Auni ni. Sampai sekolah cikgu ada bagi breakfast. Tapi biasa la kakak Auni mana makan pagi. Dia ambik nasi lemak tu bagi pada adik. Terharu betul mummy tengok kasih sayang kakak pada adik.

Acara pagi tu dimulakan dengan perarakan rumah sukan. Maskot rumah biru rama-rama. Rumah hijau dengan ularnya. Rumah oren ada lebah manakala rumah merah pulak ada ladybird. Comel-comel je bebudak ni





Setiap rumah sukan ada pulak sorakan rumah masing-masing. Semangat betul budak-budak ni hhehehe.

Kakak Auni masuk 2 acara. Masuk bola dalam bakul dengan masuk gelung dalam kon. Dua-duanya dapat naib johan. Sepatutnya boleh dapat johan. Kakak auni peserta pertama dalam grup dia. Dia lari memang laju. Sampai peserta akhir sekali boleh pulak budak tu jalan lenggang kangkung. Haishhh...geram je tengok. Siap cikgu tolong pimpin larikan budak tu lagi. Tapi apa nk buat adat la kan. Nasib baik la kakak masuk 2 acara je. Kalau tak mau serak suara mummy hahhaha.

Jom layan gambar...







Sampai rumah mummy yang terlebih penat hahaah. Anak-anak releks je boleh sambung main lagi hhehehe.





Friday, October 5, 2018

Damailah wira-wira negara

Rabu lepas kita dikejutkan dengan kematian 6anggota bomba kita. Keenam-enam anggota tersebut lemas ketika misi mencari seorang pelajar yang jatuh ke dalam lombong. Ketika kejadian tersebut hujan turun dengan lebat. Punca kejadian adalah disebabkan pusaran air.

Pelajar yang lemas tu dijumpai keesokkan harinya. Tak dapat nak bayangkan huhuhu. Seharian fb penuh dengan cerita mereka je. Sedih melihat insan-insan yang ditinggalkan. Anak yang ditinggalkan ayah, isteri yang ditinggalkan suami, ibubapa yang ditinggalkan anak.

Mereka melakukan kerja yang mulia. Meninggal dalam keadaan lemas menyelamatkan seseorang. Pastinya sungguh besar ganjaran buat mereka nanti. Saya juga menitiskan air mata membaca cerita-cerita mereka.

Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini. Merekalah wira negara. Damailah wahai sang perwira. Alfatihah...




Monday, October 1, 2018

My Calendar- period tracker


Ni kelander period saya untuk tahun 2018. Saya memang takde masalah dengan period. Memang regular tiap-tiap bulan. Period cycle saya pun tetap.

Biasanya period saya memang tetap ikut kalender ni. Kalau tak tepat pun akan awal sehari dua or lewat pun sehari dua. Tapi pernah la jugak bulan berapa tah tu lewat 10 hari.

Saya rasa kalender ni berguna sangat untuk yang plan nak ada anak or yang plan sendiri. Sebab dia ada nyatakan waktu period & waktu subur. Untuk yang period dia regular tiap-tiap bulan memang takde masalah. Cuma bagi pasangan yang plan sendiri tu boleh la agak-agak untuk bersama.

Sepatutnya hari ni saya period. Ikut tarikh tu la. Tapi masih belum ada apa-apa. Perasaan memang dah lain. Pagi tadi bangun tidur teringat ada 1 lagi Urine Precnancy Test yang belum guna lagi. Tak tahu la kenapa tergerak hati nk check pulak. Dan resultnya....


Samar-samar je. Tak tau nk kata macam mana. Kalau ikutkan memang dah nampak kan walau samar-samar je. Dari pembacaan saya masih terlalu awal nak kata positif.  Sebenarnya nak dapatkan result yang betul-betul tepat kena la tunggu 2mggu dari tarikh jangkaan period. Senang kata kalau dah 2minggu tak period tu kalau cek upt memang kan nampkak dengan jelas. Tapi Ada jugak yang kata positif.

Perasaan saya berbelah bahagi. 50/50 takpe la kita tunggu lagi seminggu tengok macam mana. Kalau tak period lagi kita cek lagi.




Sunday, September 30, 2018

Bilakah waktu sesuai untuk pisahkan anak tidur?

Kakak Auni sekarang 5tahun 7bulan. Sebenarnya mummy dah train dia dari dia start sekolah lagi iaitu dari umur dia 4tahun. Tapi sampai sekarang masih belum berjaya.

Even tidur siang pun di nak berkepit lagi. Kalau tak dengan mummy dengan ayah. Macam-macam cara dah buat sebenarnya. Dia pernah bagitau nak katil princess sebab ada tunjuk gambar. Masa tu belum beli katil lagi. Tapi bila fikir-fikir balik macam rugi je. Nanti dah sekolah menengah mesti dia dah tak suka.

So mummy pun decide beli katil queen kaler putih. Memandangkan bilik tu dah bercat kaler purple masa mula-mula masuk rumah aritu so kena la jugak dengan kaler putih tu kan. Ada rezeki lebih sikit mummy ambik pulak almari. Pun kaler putih.

Tapi mummy tak pernah pun hampakan harapan si kakak ni. Mummy cari bedsheet princess, hellokitty & frozen. Punya la nak suruh dia tidur sendiri. Sudahnya mummy tidur ngan dia jugak.

Mummy pernah temankan dia tidur dulu. Kengkonon lepas tu mummy boleh la menyelinap keluar tapi sama je. Tak sampai 5minit dia boleh tersedar. Lepas tu cuba pulak kaedah tidur bawah kakak tidur atas katil. Pun tak menjadi. Mummy dah pening ni. Belum si adik lagi😩😩😩




Monday, September 3, 2018

Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku



Tersuka tanpa sengaja ;-)




Pakaian beragam sempena hari kemerdekaan


Last week meriah betul dekat fb anak-anak kecik memperagakan pakaian bertemakan kemerdekaan. Seronok rasanya. Last year sekolah kakak auni takde pun buat sambutan. eh ke ada...entah la. mungkin ada kot tapi secara kecil-kecilan. Tailor & parent pun kreatif nk ilhamkan baju anak-anak. Ada yang bersengkang mata jahit baju anak. Esok paginya nak siapkan anak-anak lagi. Fuhhhh...

Tahun ni kakak auni dah bertukar sekolah. Ada la dapat memo dari cikgu. Hari Jumaat ni ada la sekolah buat pertandingan pakaina beragam tradisional. Ok la kan...senang mak bapak nak carikan baju. Pakai je baju kurung/melayu dah settle.

Masa mula-mula dapat surat tu saya dah terfikir nak pakaikan kakak auni pakaian selain baju kurung. Ala sesekali nak bergaya kan hehehehe...ayahnya lagi senang. Suruh je pakai baju kurung. Mujur la baju kurung kakak auni semua dah senteng. Baju raya dia plak kurung moden. So dapatla saya merealisasikan impian saya hahahaha...

Terus terbayang baju kadazan dusun etnik sabah sarawak. Alahai comelnya la kalau budak-budak pakai kan :-) tapi mana la nak dapatkan baju tu kat semenanjung ni. kalau nk sewa pun mesti mahal. Mak dia pun tak agak-agak nk comelkan anak pun...

Maka terkubur la hasrat emaknya di situ...so kit acari plan lain. Terdekat adalah baju tradisional India or Cina. So nak tau kena la tunggu hari kejadian yer....




Thursday, August 30, 2018

Bebel pasal merdeka ke pasal bunga api

Malam merdeka ni, mana yang best tengok bunga api. Actually saya tak pernah lagi tengok bunga api malam kemerdekaan. Walau umur dah nak cecah 40 tahun hehhehe

Masa belum kawen dulu lama je duduk S.Alam. Boleh je kalau nak keluar tengok kat dataran ke, icity ke tapi entah la. Maybe saya kureng sikit kot tempat sesak-sesak ni.

Dah kawen lagi la en suami memang jenis tak layan semua tu. Jalan sesak pun dia tak suka ini kan pulak nak g tempat-tempat camtu.

Cuma sesekali macam teringin la jugak. Tak oe kita tengok kat tv je la. Bukannla tak pernah tengok bunga api. Ada je...anak-anak pun selalu je. Tapi yang jenis bunga api yang time raya tu je la. Kalau dapat bawak anak-anak tengok yang besar sikit mesti syok kan hehhehe

Alhamdulillah dah 61 tahun negara kita merdeka. Walaupun dah lama kita merdeka dari penjajah tapi kita kena sentiasa beringat lebih-lebih lagi pada anak-anak muda agar sentiasa berada dalam keadaan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Tanpa kita sedari kadang-kadang pemikiran kita juga mudah dijajah.

Semoga kita semua dilindungi sentiasa...


Berebut mummy...

Mommies..ada ke anak-anak yg berebut ibu. Anak-anak saya selalu je. Lagi-lagi time nak tidur. Dari kecik memang suka tido bawah ketiak mummy dorang. Ye la dua-dua bf. So tido malam memang ngempeng je la

Bila dah besar ni (kakak 5y adik 3y) ingatkan boleh la mummy nak berehat tapi sama je. Tu yang kadang jadi bergaduhl. Kadang saje je saya baring sebelah adik sebab nak tido mengiring. Dah kakak merajuk. Kadang adik saje ngakat kakak tido tengah-tengah sebab taknak bagi kakak peluh mummy.

Dah tu bila mummy tido tengah langsung tak boleh toleh salah sorang. Muka kena mengadap siling je. Kalau toleh je nanti yang sorang akan tarik muka mummy suh pandang dia. Pastu gaduh la. Mummy ni dah jadi cam patung baring tegak pandang siling. Sakit badan oi...

Satu lagi kalau naik kereta. Memang tak la mummy nak duduk depan. Duduk belakang tengah-tengah hokeh 😩😩😩 tu pun kadang berebut nak duduk atas mummy...stress dibuatnya

Kadang tu sampai mummy rasa macam eh xpayah la mummy ikut. Duk umah lagi bagusπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† tapi tu la kan...ragam anak-anak...

Thursday, August 23, 2018


Alahai pic ni masa anakanda #zafirarfan berapa bulan la ni. Ada dalam draft. Rasanya macam baru lepas pantang kot. Dalam 2 3 bulan. Entah la...

Lama sungguh la tak berblogging ni...banyak rupanya draft...

Kita cuba slow2 yer...

Hilang...

Rasanya ada 2 post dah buat. Tapi mana perginya😩😩😩

Thursday, July 26, 2018

Kejadian balik kerja malam


Kejadian ni dah seminggu berlalu. Dalam sebulan aku akan shif malam 3hari. Aku akan ambik direct. Senang sikit. Terus habis shif malam tak payah dah nak fikir-fikir lagi.

Selalunya jadual aku kerja malam hari Rabu, Khamis & Jumaat. Rabu tu aku kena datang awal sebab pukul 9 ada ceramah. So direct sampai pukul 10 malam. Keadaan aku waktu tu memang tak sihat. Dah start bersin-bersin & sakit tekak.

Khamis baru aku masuk kerja pukul 1. So dapat la rehat kejap kat rumah. Badan memang tak larat tapi gagahkan diri jugak untuk habiskan shif malam.

Aku pergi kerja memang dalam keadaan yang sangat teruk. Tisu standby sekotak. Kat office memang dah ada tisu baru buka. Itu pun aku minta permission kawan aku tuk tidur kejap dalam pukul 2.30ptg. Dalam sejam lepas tu aku bangun. Buat la kerja sikit-sikit.

Lepas pukul 5.30 staf yang kerja malam memang akan ke kaunter utama. Untuk shif malam akan ada 3orang yang bertugas. Itu pun aku kejap-kejap bletak kepala atas kaunter. Berharap sangat waktu kerja habis dengan cepat.

Pukul 10malam lepas punch out, aku pun terus gerak balik. Baru separuh perjalanan tetiba tempereture kete aku naik. Aku pun berhenti tepi jalan. Dah la jalan tu gelap, takde lampu jalan kanan kiri kelapa sawit. Malam jumaat plak tu. Call en suami dia kat S.Alam. Ikut la arahan dia ambik air buka bonet isi. Biar sekejap aku start engine. Tapi langsung tak berbunyi. Tak tahu dah nak buat apa...aku try call kawan-kawan yang berhampiran tapi sorang pun tak angkat. Dalam hati berdoa je x berlaku apa-apa. Minta sangat dijauhkan dari segala bentuk keburukkan. En suami dah risau. Dia pun tak boleh nak buat apa. Kalau dia superman memang dia terus je terbang kat aku kan...

Ok sambung....

Dalam pada tu terus baca ayat kursi tanpa henti mohon dipermudahkan segalanya. En suami dah call towing. Tapi still kena tunggu gak. En suami pun terus gerak balik. Aku still tak putus asa call jugak kawan-kawan berhampiran. Alhamdulillah ada yg angkat. Minta dia temankan je sementara nk tunggu towing sampai. Setengah jam jugak menunggu.

Terima kasih tak terhingga pada sahabat yg sudi tolong temankan. Juga pada makcik yang ikut temankan (mak kawan)

Orang towing tu datang pun bawak anak perempuan dia untuk temankan aku. Dia kata takmo aku risau & fikir bukan-bukan. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Hantar kereta ke bengkel then dia hantar aku rumah mak mertua. Hampir pukul 12 jugak sampai rumah.

Syukur...syukur...syukur...


Kereta pun takde yang teruk. Kerosakkan kecil je. Kesayangan sangat ni. Kakak Auni kata dia merajuk. Takmo merajuk-merajuk yer sayang. Sayang sampai bila-bila ni tau!

Wednesday, July 25, 2018

Alhamdulillah kini aku dah mempunyai keluarga. Suami yang memahami dan sepasang penyeri rumah tangga kami.

Usia perkahwinan kami sudah pun 6 tahun. Syukur Ya Rabb atas segala nikmat ini. Tak pernah terfikir pun sebelum ni aku akan mempunyai keluarga yang lengkap begini.

Moga Allah hadirkan yang baik-baik buat keluargaku. Kuatkan kasih sayang kami, iman kami, kesabaran kami dalam mendidik anak-anak kami. Dalam melayari bahtera perkahwinan kami. Dan yang paling penting dalam setiap dugaan yang Allah hadirkan dalam hidup kami.



Kembali aktif (harapnya la....)


Kembali untuk cuba aktif semula dalam dunia blogging. Harapnya tidak terkubur. Terlalu banyak suka duka cerita kehidupan dalam blog ni.

Tengah cuba ambik mood ni sebenarnya. Moga terus berkobar-kobar seperti dulu.

Blog ni wujud dari anak dara lagi. Now dah anak 2. Dulu byk cerita pasal si kakak. Macam tak adil pulak cerita adik takde kat sini kan...