Monday, April 28, 2014

Tak ke pesta buku ke???

Saya teringin nk pergi pesta buku kat pwtc. Masalahnya en suami tak suka tempat sesak2 ni. Dia kalau kata nk pergi kl mmg tak la.

Lagi2 bila ada cik auni ni...pergerakkan mmg agak terbatas la. Cik auni ni bab mkn dh ok. Bab tdo tu yg ssh sikit. Tmpt bising2 ni mmg ssh la nk lelap mata. Bila dh penat & ngantuk mula la siren berbunyi.

Saya plan macam nak pergi 1 mei ni. Pesta buku ni start 24 april - 4 mei. Sempat la kan. Tp tu la mcm kesian plk nk biar mak mertua jaga cik auni time cuti. Time cuti la dia nak rehat. Kalau sy bw ssh skt la sbb plan nk naik komuter je. En suami pun mesti x bg. Dia pun mesti penat nk rehat gk br blk keje.

Hati meronta-ronta nak pergi. Dah 2 tahun tak pergi. Rindu plk nk bau buku-buku yang banyak tu. Lama dah x menyoping buku-buku. Nak gak cari buku untuk cik auni..

Kita tgk dulu la mcm mana. Jika tiada aral insya allah sampai la sy ke sana...

Cik Auni Demam Panas

Selasa lepas dalam pukul 3 En Suami call bagitau Cik Auni demam. Cam pelik plak sebab masa saya pergi kerja tu elok jer ceria macam biasa. Tapi dah itu ketentuan Allah kan. So En Suami bawa la dia pergi klinik. Suhu memang tinggi dalam 39 camtu. Tapi En Suami tak bagi saya balik. Kebetulan saya bertugas di Shah Alam waktu tu. Macam malas jugak la nak rushing balik BB hantar bodyguard saya yang gagah perkasa itu, then balik ke rumah.

So saya berdoa je la semoga suhu dia menurun selepas dimasukkan ubat vontot. Sian Cik Auni kan...Malam tu dalam pukul 12.30 saya bagi lagi ubat. Cik Auni memang tak lena tidur. Macam terkejut-terkejut jer. Saya lap-lap badan dia dengan towel basah. Letakkan towel basah tu kat kepala.

Cik Auni dah banyak ragam sekarang ni. Dia bukan suka kalau letak towel basah-basah ni. Kita letak dia buang, letak lagi kang dia melalak. Basahkan sikit-sikit rambut dia je la. Tu yang suhu lambat nak turun. Panas je badan dia. Lagi satu dah susah nak letak termometer kat ketiak dia. Mesti dia angkat angkat tangan. Patutnya dalam keadaan dia macam tu saya kena pantau sejam sekali suhu dia. Tapi saya dapat buat dalam 2 3 kali jer. Itu pun time dia betul-betul lena. Nampak gayanya kena beli yang tembak kat dahi itu. Senang sikit. Berapa yer harga termometer tu?

2 hari saya EL. Rabu dengan Khamis. Actually Khamis tu dia dah macam ok. Tapi still tak nak dengan orang lain. Wan yang jaga dia hari-hari pun dia tak nak. Nak berkepit dengan saya jer. Saya nak buang air pun susah. Ada la jugak saya angkut je dia masuk dalam bilik air. Melalak-lalak dia bila saya berdirikan dia kat tepi bilik air tu. Cabaran sungguh. 

Tengahari Khamis tu entah kenapa Cik Auni menangis menjerit-jerit. Meronta-ronta. Saya baringkan dia tak mahu. Dukung pun tak nak. Duduk peluk dia pun tak jalan. Keluar masuk rumah. Keluar masuk bilik. Hampir sejam jugak la. Last sekali Wan buatkan air mandikan dia. Alhamdulillah dengan berkat izinNya Cik Auni berhenti nangis. Badan still panas gak. Saya rasa suhu dia mmg tak turun. Dalam 38 or 39 C. 

Dalam 2 hari tu memang Cik Auni tak pakai baju. Saya biarkan dia pakai diapers jer. Towel basah memang sentiasa dalam tangan saya. Dia bukan nak kalau letak towel tu kat badan dia. So saya lap-lap je la badan dia. Dengan baju-baju saya sekali basah.

Tak tahu la Cik Auni ni nak pandai apa lepas ni. Harap dia cepat la berjalan. Tak sabar nak tengok dia berjalan terkedek-kedek. Siap sedia je la nak layan dia nanti. Syukur 2 hari je demam...

Monday, April 21, 2014

Auni yg tetap pendiriannya...

Auni maksudnya lemah lembutku, ketenangan, ketetapanku...

Kenapa saya pilih nama Auni? Daripada maksud tu ofkos la saya nak dia jadi seorang yang lemah lembut, bersopan santun kan. Lagi-lagi anak perempuan. Besarlah harapan saya suatu hari nanti dia akan menjadi anak yang sopan dari segala segi. Perbuatan, tingkah laku, percakapan dan sebagainya. Tapinya.....kalau tengok dia sekarang orang pun confused. Perangai nak macam anak lelaki. Panjat sana, panjat sini. Kalau nak dapatkan sesuatu tu tak dapat pakai tangan haaa kaki nak dicapainya. Orang tengok tak jadi nak buat menantu nak oiii....Tak pe la kita ajar dia slow-slow ok. Sekarang ni kan orang kata peringkat dia nak mencuba sesuatu. Explore la selagi boleh yer...

Bab tenang ni masa  tidur je la. Rasanya semua ibu bapa suka kot tengok muka baby masa tidur. Rasa tenang...nyaman...rasa best je jadi baby kan...

"Ketetapanku" rasanya sifat ni memang dah lama ada dalam diri Cik Auni. Saya pun selalu bisik-bisik kat dia sebelum tidur tu semoga dia tetap pendiriannya & tetap imannya Insya Allah...

Saya tengok Cik Auni memang sangat kuat pendiriannya walaupun dia kecik lagi. Contohnya, kalau kita tengah makan & dia nampak dan dia nak apa yang kita makan tu. Kalau bagi yang lain memang ditepisnya. Tak tahu la plak kalau kebetulan plak kan. Mana la tau kan peringkat umur dia sekarang ni memang dia nak apa yng orang dewasa makan. Tapi kalau benda yang sama tapi dari bekas yang lain memang dia tak nak. Kalau dia kata nak dari pinggan kita memang itu la yang dia nak. Bagi la dari pinggan orang lain memang tak la kan...

Lagi satu...kalau bagi barang. Saya selalu bagi dia pilihan. Kalau nak keluar pergi taman saya pegang topi & tudung untuk dia buat pilihan. Kalau dia pilih tudung pastu konon-konon kita bagi topi memang dia akan ambik & campak topi tu. 

Siang Cik Auni akan tidur dalam buai. Kalau dia ngantuk tapi nak main lagi, jangan la cuba-cuba masukkan dia dalam buai. Dia akan meronta-ronta, meniarap dalam buai, cubaan bangunkan diri sendiri & macam-macam cara lagi yang dia akan cuba lakukan untuk melepaskan diri dari buaian itu. 

Kadang-kadang terfikir jugak saya. macam mana la esok-esok kalau dia dah besar. A kata dia maka A la. Tak boleh B atau C...tetap pendirian ni elok tapi kena jugak ada tolak ansur. Mungkin dia kecil lagi & masih tak faham lagi. Inilah cabaran buat saya. Harap saya mampu lakukan yang terbaik!

Friday, April 18, 2014

Cerita Cik Auni

Lama dah tak cerita pasal budak tecik ni. Di umurnya 13bulan masih belum berjalan lagi. Merangkak kemain lagi laju. Bila kita pegang tangan dia elok jer dia nak berjalan. Sebenarnya saya rasa dia masih takut-takut nak lepas tangan. 

Kalau pergi taman, beria dia nak berjalan. tapi kita la kena pegang dia. Kawan-kawan dia sume besar-besar. Eksen ko yer dik. Cik Auni ni ramah orangnya. Suke berkawan. So kalau pergi taman memang dia suke la.

Cerita sikit-sikit dulu la yer. Meh nak kongsi video dia mengemas. Peberet dia ni. Biasa la anak dara kan mesti la nak tolong mummy....