Monday, August 8, 2011

Al-Fatihah untuk ABAH

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, dikala umat Islam menyambut bulan yang penuh kerahmatan Abah telah pergi mengadap Ilahi di Wad 4C Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 9.50 pagi.

(saya tak cukup kuat untuk meneruskan......)

Al-Fatihah......


10 Ramadhan,
Hari ini ada kekuatan sikit untuk meneruskan entri special ini. Dan mungkin juga akan berlarutan sampai.......(entah saya pun tak tahu) walaupun bersambung-sambung mengikut kekuatan saya.

Baru saya perasan, tahun lepas 1 Ogos 2010 saya ditukarkan di Bestari Jaya Kuala Selangor. Abah la yang paling gembira sekali. Sejak kampus baru dibuka diBestari Jaya abah beria-ia minta saya tukar ke sini. Katanya dekat dengan abah & mak. 1 Ogos 2011 genap setahun saya disini. Alhamdulillah hajat abah tercapai juga untuk saya bekerja dekat dengannya. Saya anak abah yang paling rapat dengannya. Adik-adik, makcik pakcik semua mengatakan saya anak kesayangan abah. Walaupun saya tak pernah merasakan begitu. Saya rasa kasih sayang abah pada anak-anaknya adalah sama dan adil. Mungkin dari kecil saya memang rajin mengikut abah ke kebun, ladang getah, tolong buat kerja-kerja berat dan macam-macam lagi...mak pun perasan kalau saya nak apa-apa saya akan minta pada abah. Masa kecik-kecik nak gi toilet pun kejut abah. Saya sendiri lebih memanjakan diri saya dengan abah berbanding mak. Dan sebenarnya abah adalah seorang yang tegas dan garang. Kalau kita dengar & ikut kata abah Insya Allah abah akan lembut hatinya...

(satu-satu kenangan abah bermain difikiran saya)




5 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum, kak Leedza,

Lama tidak berkunjung di sini sebenarnya dan hari ini terasa nak tekan blog ini..

lalu ternampak posting terbaru akak...

al-fatihah untuk arwah ayah akak..
Semoga Allah tempatkan beliau bersama para solihin. Amin...

Terus kuat kerana Allah tetapka ayah akak pergi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat..

Teru kuat, kak Leedza.

L.E.E.Z.D.Z.A said...

Jamilah~~thanks sayang....disaat2 begini hanya doa & nasihat dr kawan2 yg dpt mengembalikan semangat akak. Akak pun berharap agar akak tabah menghadapi ujian Allah ini...

LeLa HuSaiN said...
This comment has been removed by the author.
LeLa HuSaiN said...

salam takziah..
Allah lebih menyayanginya.relakan dia pergi..

Unknown said...

Kawanku,

Takziah atas pemergian abah tersayang. Semoga redha dengan pemergiannya menuju abadi.

*aku baru tau bila baca blog ni...