Tak tahu macam mana nak mula...tiap kali teringat abah pasti air mata akan bergenang. Hampir setahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga, seperti baru semalam saya berada di tanah perkuburan. Terasa berat kaki ni nak melangkah pergi meninggalkan abah. Tapi hidup mesti diteruskan. Perjalan hidup ini masih panjang lagi. Yang pergi tetap pergi, yang masih ada kena teruskan perjalanan ini.
Abah memang seorang yang garang. Garang dan tegas sebenarnya. Selama hampir 31 tahun bersama abah ketegasan itu memang sebati dalam diri ini. Sejak kecik rotan memang sentiasa ada dalam rumah. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi memang abah guna rotan tu tuk kami adik beradik. Kecik-kecik memang puas kena rotan dengan abah. Tak pergi mengaji kena rotan, abah panggil 3 kali tak menyahut kena rotan, tak buat kerja sekolah kena rotan, senja-senja baru nak balik rumah kena rotan. Hancur je rotan abah cari lain. Dulu rotan senang nak cari sebab abah ada berkawan dengan orang asli. Kalau masuk utan jer mesti balik bawa bekalan rotan. So rumah kami memang sentiasa ada rotan kat dinding rumah.
Abah sangat menitikberatkan pelajaran pada anak-anak dia. Pesan abah yang tak mungkin saya lupa sampai bila-bila..."abah tak ada harta nak bagi pada anak-anak, abah cuma mampu bagi pelajaran je. Belajarlah sampai mana sekalipun abah akan usahakan" Abah tak pernah menghalang kami untuk terus belajar setinggi mana yang kami mahu. Dan saya sangat-sangat berterima kasih pada abah atas nasihat itu. Masa kami sekolah rendah setiap bulan abah akan melihat semua buku-buku latihan kami. Kalau kami ada buat kesalahan dia akan tanya kenapa benda tu boleh salah. Kalau saya dapat markah sikit dia akan tanya kenapa saya tak boleh dapat markah tinggi sedangkan orang lain boleh. Belajar di kelas yang sama, cikgu yang sama, pelajaran yang sama. Dek kerana tak mahu disoal benda yang sama setiap bulan dan dah semestinya saya tak dapat nak menjawab semua soalan abah tu maka setiap hari balik sekolah jer saya akan siapkan segala kerja sekolah dengan cepat. Kalau budak-budak sekarang mesti beribu jawapan yang diberikan. Saya dulu sangat takut nak menjawab dengan mak abah.
Subjek yang paling saya suka matematik. Saya rasa sangat ikut abah. Abah sangat cekap dengan sifir. Dia akan pastikan anak-anak dia hafal sifir 1-12 masa sekolah rendah. Bila ada masa terluang jer dia kan tnya sorang-sorang. Kalau tak dapat jawab mesti kena rotan. So malam-malam memang saya akan hafal sifir dan saya akan baca kuat-kuat. Saya tak tahu kenapa saya suka baca sifir kuat-kuat. Hasilnya darjah 3 saya dah hafal sampai sifir 12 dan darjah 5 saya boleh hafal sifir sampai 24. Terima kasih abah....
Berkat didikan dan doa abah saya berjaya bawa abah dihari konvokesyen saya. Lepas SPM saya tak dapat kemana-mana universiti. Tapi abah sentiasa bagi saya semangat walaupun ketika itu saya sedih sebab kawan-kawan semua dapat masuk u. Walaupun result SPM saya bagus tapi itu tak cukup bagi abah. Abah tak mahu saya jadi macam dia yang tak ada pelajaran dan kerja kampung jer. Dia nak saya bekerja di office duduk dalam bilik aircond tak berpanas berhujan. Ye memang sekarang saya kerja dalam bilik yang beraircond. Semuanya sebab abah...
Bila saya dah beli kereta, abah tak nak orang lain bawa dia. Bukan dia memilih anak tetapi dia lebih selesa dengan saya. Saya memang rapat dengan abah sejak kecik lagi. Nak apa-apa mesti minta dengan abah. Nak g toilet pun nak abah yang temankan...kecik-kecik memang selalu ikut abah pergi kebun. Kutip getah, tanam jagung, cari cili, kutip kelapa sawit. Sebab tu kami serasi bersama. Dan semua kata saya anak kesayangan abah. Tapi sebenarnya tidak! Abah sayang semua secara adil. Mungkin sebab saya faham perangai abah macam mana.
Tahun akhir abah bersama kami dia ada kata teringin nak pergi pantai. Alhamdulillah saya berjaya bawa kami sekeluarga bercuti di Pulau Pangkor. Happy saya tengok abah waktu tu. Mandi laut, snorkling, main tepi pantai best sangat waktu tu...
Seberapa banyak pun yang saya buat untuk abah tak kan terbalas pengorbanan abah pada saya. Yang paling saya terkilan sekali bila abah tak sempat tengok saya kawen. Sangat sebak dihari pernikahan saya bila abah tiada disisi.....
Terlalu banyak yang nak saya ceritakan tapi saya dah tak termampu. Ni pun tangan saya menggigil, mungkin kerana terlalu memaksa untuk ingat segala kenangan bersama abah. Tak tertahan rasanya nak biarkan air mata ni bergenang. Cukup la sampai sini dulu.
Al-Fatihah untuk abah....
Miss u....
No comments:
Post a Comment