1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H abah telah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah untuk abah. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang berimman.
23 Julai 2011, 5.00 pagi
Saya terdengar suara abah mengejutkan abang. Diselang seli dengan suara mak. Sambil menahan sakit sambil abah mengucap syahadah. Setelah beberapa katika suara abang tidak jugak kedengaran saya bangun untuk melihat apa yang berlaku. Saya tengok mak mengusap-usap perut abah sambil mengejutkan abang yang tak bangun-bangun dari tadi. Saya pun bertanya kenapa dengan abah. Mak kata abah sakit perut. Keadaan abah masa tu memang tak senang duduk. Dengan suara yang tercungap-cungap, dengan nafas yang turun naik turun naik. Memang keadaan abah masa tu teruk sangat. Baring tak kena, duduk tak kena....sudahnya abah mengiring di kusyen. Mak masih lagi menyapu minyak ke perut abah. Saya pulak picit bahu abah sebab abah kata angin tak keluar. Sendawa pun tak, kentut pun tak...seperti ada angin nak keluar tapi tak keluar.
Tak lama lepas tu abang bangun. Mak kata abang baru je balik, mingkin penat sangat sampai nak buka mata pun tak boleh. Abang pulak ambik alih tugas mak menyapu minyak kat perut abah. Abah sememangnya ada gastrik, tapi tak pernah lewat makan. Cuma malam tu abah ada minum air bergas seteguk. Itupun sebab dia teringin sangat masa balik dari kenduri malam tu. Mak pulak dah bising-bising kat abah kata abah tak jaga makan. Abah kadang-kadang dia langgar jugak pantang larang. Apa yang tak boleh makan kadang-kdang bila teringin dia makan gak. Tapi selalunya tak banyak pun. Sekadar untuk menghilangkan keinginannya.
Sudahnya pukul 6 lebih abang bawa abah pergi hospital. Dalam pukul 8 lebih abah dah balik kerumah. Dapat la ubat gastrik dan ubat angin....
No comments:
Post a Comment