Thursday, May 9, 2019

Cerita ZF jr. lagi

Tak tahu nak bebel apa hari ni.....

Boleh camtu...

Citer check up ZF jr. je la...ni lah salah satu sebab kenapa saya tak tutup blog ni.  Saya nak abadikan segala kenangan dan pengalaman mengandung saya. Macam anak-anak sebelum ni. Walaupun kadang-kadang ada yang terlepas juga. Di sini juga saya ada ceritakan pengalaman bersalin kedua-dua anak sebelumnya.

So kita sambung je la untuk anak yang ketiga ni. Senang nanti nak imbas cerita balik.

Semalam check up untuk 35 ++ minggu. Berat dah naik 2 kilo. Semalam 80 kg sudah. Adakah sama juga macam kakak & abang dia sebelum ni. Last timbang sebelum bersalin 86 kg. Kaki pun dah bengkak. Nak jalan pun dah tak larat. Bak kata en suami dah macam penguin berjalan hahahahaha. Sampai hati kan..

Oh ya hari ni hari ke 4 dibulan ramadahan. Alhamdulillah masih lagi berpuasa. Sebelum puasa hari tu risau jugak. Boleh ke tak nak puasa. Sebab baby jenis kena makan baru dia nak gerak aktif. Tapi alhamdulillah pergerakkan baby masih ok lagi. Semalam scan doc bagitau baby dah 2.7kg. Harapan besar tu ada la..sama macam kakak dan abangnya. Tapi kalau boleh jangan la besar abangnya 4.1kg. Jenuh mummy nak teran nak oi...

Doc pun bagitau baby gebu. hahahhahaha...doc ni peramah sangat tau. Seronok dengar dia berceloteh. Air ketuban dan uri semua ok. Baby pun sihat je. Degup jantung pun normal. Cuma mummy dia je terlebih berat & BP ada naik sikit. So doc suh pantau bacaan BP 2 hari sekali. BSP tetap kena buat sampai bersalin.

Doc juga suggest suh pergi hospital yang ada pakar. Sebab ye la saya ada masalah GDM (kencing manis). Doc taknak apa-apa berlaku nanti. Baiklah doc...saya mengikut perintah demi anak tersayang.

Makin hari makin berdebar plak. Dok baca la blog-bloog pengalaman bersalin walaupun ni anak ketiga. Siap tengok youtube lagi. Lagi la seram tapi nak tengok gak hahahahaha

Apa-apa pun moga saya selamat bersalin dan baby juga sihat. Dah bisik kat baby suh keluar time dah betul-betul matang. Dalam 37 week dah boleh keluar. Tapi tunngu ayah cuti yer. Harap dipermudahkan lah. Risau plak nak hadapi sakit contraction nanti....



Monday, May 6, 2019

Rindu yang tak pernah hilang

Isnin 1 Ramadhan 1432H - Isnin 1 Ramdhan 1440H

8 tahun abah tinggalkan kami. Tiada lagi sahur dan berbuka dengan abah. Setiap 1 ramadhan pasti kenangan ini yang bermain difikiran. Terbayang-bayang diruang ingatan...

Terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Diluahkan...namun bagaikan ada sesuatu yang tersekat. Moga Allah ampunkan segala dosa abah dan tempatkan abah dikalangan orang-orang yang beriman. Hanya doa yang dapat dikirimkan...abah, tenanglah di sana...

Ahlan Wasahlan Ramadhan 1440H



Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan, kemuliaan. Semoga segala amalan kita diterima di bulan mulia ni.