Monday, March 25, 2019

Officially Buka Buku Pink/Merah

7/11/2018 diusia kandungan saya 9 minggu baru saya buka buku pink/merah di klinik kesihatan. Memandangkan ini kandungan saya ke3, jadi saya hanya bawa buku mengandung yang sebelum ni iaitu buku mengandung anak ke2.

Seeloknya buka buku ni sebelum usia kandungan 12 minggu. Lebih dari tu saya tak tahulah...ada baca kat nurse bising-bising. Ye la kalau awal kan senang nurse nak pantau. Tapi ada je yang tak suka buat awal sebab malas nk berulang ke KK terlalu awal. Pada saya usia 9-10 minngu tu just nice. Ye faham ada KK yang sesak terpaksa tunggu lama. Ada jugak terbaca kalau kat swasta pun sama je. Pilihan ditangan masing-masing.

Untuk saya dari anak pertama lagi memang saya buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan(KK) je. Masa anak pertama dulu memang stress jugak la. Kadang sampai tengahari baru settle. Dengan keadaan klinik yang kurang selesa. Time pack tu ada ibu yang terpaksa berdiri. Tapi bila nurse nampak cepat-cepat nurse ambikkan kerusi. Nurse kat sini memang semuanya prihatin.

Now, alhamdulillah keadaan klinik semakin selesa. Masa tunggu giliran pun tak lama. Kadang pukul 9.30 dah settle. Syukur sangat fasiliti di klinik kerajaan sekarang ni semakin baik.

Berat masa mula-mula ni 69.7kg. Saya alami alahan yang teruk. Bulan seterusnya berat turun jadi 68. Lepas tu statik je sampai usia kandungan 4bulan. Muntah takde sangat. lebih kepada takde selera nak makan je. Balik kerja memang terus terbaring. Syukur sangat alahan waktu petang ke malam. Kalau dari pagi tak tahu la nak cakap apa. Rumah memang terbiar, dengan anak-anak sekali terbiar. Cuti jre la boleh mengemas waktu pagi. Tapi masak sampai kandungan 5bulan lebih memang tak boleh. Maka bertabahlah satu famili makan luar.

Ujian minum air gula kali nii sangkut hahahahaaha. Penat puasa tau!!! tak pe la maybe ada hikmahnya. Kalau tak mesti melantak tak hengat dunia kan. Selalu memang camtu la. Tu anak no 2 beso kuarnya 4.1kg walaupun takde kencing manis. Dah berumur ni beringat la sikit kan. Tu peringatan dari Allah la tu. Maka bermula la rutin buat bsp 2minggu sekali. Check up pun 2 minggu sekali.

Masa mula-mula result keluar tu frust sangat. ye la air kosong memang tak pernah miss. sehari 2 3 liter boleh habiskan. Tu la macam yang saya cakap mungkin Allah nak saya beringat bila dah berusia ni. Dah lama-lama tu ok je sebenarnya. Result bsp saya pun alhamdulillah takde la lebih 5.5. Masih under control lagi.

Rasanya saya stop kat sini dulu la yer. Nnti ada masa boleh sambung lagi...