Saat ini ketika ini saya memang benar-benar rasa dalam kesedihan. Tak tahu kenapa hati ini terasa begitu sayu. Seolah-olah seperti orang yang putus cinta lagaknya. Cinta yang putus ditengah jalan. Cinta yang dihampakan oleh sang jejaka. Hati pulak suka nak melayan perasaan macam ni katika ini.
Kenapa hati ini tidak gembira seperti pasangan yang bercinta. Penuh dengan bunga-bunga. Sentiasa tersenyum dan ceria sepanjang hari. Bagaikan tak sabar untuk berjumpa sang kekasih hati. Hidup dalam penuh keceriaan. Bergurau senda, senyum tawa, merajuk dan pujuk memujuk. Tetntunya hati sang dara terasa bahagia sekali kan...
Bagaimana untuk saya melenyapkan perasaan murung saya ni???Dari dulu lagi memang sifat saya yang satu ni tak boleh saya hilangkan. Akan ada masa dan ketikanya saya akan berasa sedih, dan rasa macam nak menangis. Seorang sahabat berkata pada saya, saya ni terlalu memendam sampai satu tahap inilah yang akan berlaku. Bila mana sesuatu itu tak dapat ditahan lagi maka airmata sahaja yang akan keluar. Betul ke??? Entah la saya pun kurang pasti. Mungkin ada benarnya...Mungkin hati saya tak cukup kuat untuk menghadapi segala dugaan yang Allah berikan. Mungkin juga saya dah jauh dariNYA...
Ya Allah....ampunkan dosaku...
No comments:
Post a Comment