Friday, May 25, 2012

Manfaatkan masa bersama si dia

Masa kami bersama sangat-sangat la terhad. Bukan disebabkan kami PJJ. Kalau PJJ boleh gak diterima kan. Boleh la pujuk hati ni...Walaupun depan mata hari-hari berjumpa dan bertentang mata tapi kami tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Bukan saya merungut ke apa...saya tau dia sangat sayangkan saya. Dan saya harap ianya hanya untuk sementara jer...Saya terima dia seadanya...seikhlas hati saya. Kalau saya tak terima dia saya tak akan berkahwin dengannya...

Disebabkan itu kalau kami sentiasa cuba curi masa untuk berdeting-detingan...Dan selalunya pada hari sabtu bila shif dia berkerja...kenapa masa dia berkerja??? sebab masa ni je  la kami ada masa untuk bersama berdua-duaan. Walaupun saya tahu dia penat dan kadang kala tak cukup rehat tapi dia sedaya upaya berusaha untuk cari masa bagi kami berdua. Kadang-kadang rasa sangat terharu...

Tgk la betapa cerianya Pn Isteri dapat kuar jalan-jalan ngan En Suami


Walaupun hanya kuar makan-makan, jalan-jalan saya dah rasa happy sangat. Awal-awal kawen ni memang masa untuk berdua kurang sangat. Walaupun kami duduk satu rumah tapi boleh kira berapa jam sahaja kami bersama. Dan hanya bercakap lebih kepada berbincang benda-benda yang penting saja. Rasa macam pelik kan tapi itulah kenyataan. Sebelum mengambilkeputusan kawen dengan dia lagi saya dah fikirkan perkara ni. Jadi tak timbul pun perasaan menyesal dalam diri saya. 

Apa yang penting saya masih dapat melihat wajahnyer hari-hari...itu dah cukup bagi saya. Cuma kadang-kadang bila ada perkara yang penting kami terpaksa buat keputusan yang cepat. Kadang-kadang kami terpaksa tangguhkan dulu perkara tersebut...

Saya bersyukur adanya awak disamping saya setiap hari



No comments: