Showing posts with label zafirfirzanah jr.. Show all posts
Showing posts with label zafirfirzanah jr.. Show all posts

Wednesday, September 18, 2019

ZF jr. (anak ke3)

Asslammualaikum...

Fuhhh...lama betul ambik masa nak mengarang ni. Mood tenggelam timbul. Hati meronta-ronta nak menaip. Tapi jiwa asik kacau je hehehehe...

Macam yang mummy mention sebelum ni, mummy akan abadikan segala kenangan dan pengalaman bersalinkan anak-anak mummy. Ni dah masuk anak ke3. Harus la tulis dalam ni jugak. senang nak trowback nanti.

Anak ke3 mummy ni mummy namakan dia Amaira Firzanah Binti Mohd Firdaus.


Amaira = kecantikkan abadi
Firzanah = pintar, bijak

Besarlah harapan mummy agar anak mummy ni nanti menjadi khalifah Allah yang penuh dengan kecantikkan paras rupa, budi bicara, perbuatannya serta akhlaknya. Juga bijak membezakan antara buruk dan baik. Menjadi penyejuk hati mummy dan ayah selamanya. Aamiin YRA





Thursday, May 9, 2019

Cerita ZF jr. lagi

Tak tahu nak bebel apa hari ni.....

Boleh camtu...

Citer check up ZF jr. je la...ni lah salah satu sebab kenapa saya tak tutup blog ni.  Saya nak abadikan segala kenangan dan pengalaman mengandung saya. Macam anak-anak sebelum ni. Walaupun kadang-kadang ada yang terlepas juga. Di sini juga saya ada ceritakan pengalaman bersalin kedua-dua anak sebelumnya.

So kita sambung je la untuk anak yang ketiga ni. Senang nanti nak imbas cerita balik.

Semalam check up untuk 35 ++ minggu. Berat dah naik 2 kilo. Semalam 80 kg sudah. Adakah sama juga macam kakak & abang dia sebelum ni. Last timbang sebelum bersalin 86 kg. Kaki pun dah bengkak. Nak jalan pun dah tak larat. Bak kata en suami dah macam penguin berjalan hahahahaha. Sampai hati kan..

Oh ya hari ni hari ke 4 dibulan ramadahan. Alhamdulillah masih lagi berpuasa. Sebelum puasa hari tu risau jugak. Boleh ke tak nak puasa. Sebab baby jenis kena makan baru dia nak gerak aktif. Tapi alhamdulillah pergerakkan baby masih ok lagi. Semalam scan doc bagitau baby dah 2.7kg. Harapan besar tu ada la..sama macam kakak dan abangnya. Tapi kalau boleh jangan la besar abangnya 4.1kg. Jenuh mummy nak teran nak oi...

Doc pun bagitau baby gebu. hahahhahaha...doc ni peramah sangat tau. Seronok dengar dia berceloteh. Air ketuban dan uri semua ok. Baby pun sihat je. Degup jantung pun normal. Cuma mummy dia je terlebih berat & BP ada naik sikit. So doc suh pantau bacaan BP 2 hari sekali. BSP tetap kena buat sampai bersalin.

Doc juga suggest suh pergi hospital yang ada pakar. Sebab ye la saya ada masalah GDM (kencing manis). Doc taknak apa-apa berlaku nanti. Baiklah doc...saya mengikut perintah demi anak tersayang.

Makin hari makin berdebar plak. Dok baca la blog-bloog pengalaman bersalin walaupun ni anak ketiga. Siap tengok youtube lagi. Lagi la seram tapi nak tengok gak hahahahaha

Apa-apa pun moga saya selamat bersalin dan baby juga sihat. Dah bisik kat baby suh keluar time dah betul-betul matang. Dalam 37 week dah boleh keluar. Tapi tunngu ayah cuti yer. Harap dipermudahkan lah. Risau plak nak hadapi sakit contraction nanti....



Monday, March 25, 2019

Officially Buka Buku Pink/Merah

7/11/2018 diusia kandungan saya 9 minggu baru saya buka buku pink/merah di klinik kesihatan. Memandangkan ini kandungan saya ke3, jadi saya hanya bawa buku mengandung yang sebelum ni iaitu buku mengandung anak ke2.

Seeloknya buka buku ni sebelum usia kandungan 12 minggu. Lebih dari tu saya tak tahulah...ada baca kat nurse bising-bising. Ye la kalau awal kan senang nurse nak pantau. Tapi ada je yang tak suka buat awal sebab malas nk berulang ke KK terlalu awal. Pada saya usia 9-10 minngu tu just nice. Ye faham ada KK yang sesak terpaksa tunggu lama. Ada jugak terbaca kalau kat swasta pun sama je. Pilihan ditangan masing-masing.

Untuk saya dari anak pertama lagi memang saya buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan(KK) je. Masa anak pertama dulu memang stress jugak la. Kadang sampai tengahari baru settle. Dengan keadaan klinik yang kurang selesa. Time pack tu ada ibu yang terpaksa berdiri. Tapi bila nurse nampak cepat-cepat nurse ambikkan kerusi. Nurse kat sini memang semuanya prihatin.

Now, alhamdulillah keadaan klinik semakin selesa. Masa tunggu giliran pun tak lama. Kadang pukul 9.30 dah settle. Syukur sangat fasiliti di klinik kerajaan sekarang ni semakin baik.

Berat masa mula-mula ni 69.7kg. Saya alami alahan yang teruk. Bulan seterusnya berat turun jadi 68. Lepas tu statik je sampai usia kandungan 4bulan. Muntah takde sangat. lebih kepada takde selera nak makan je. Balik kerja memang terus terbaring. Syukur sangat alahan waktu petang ke malam. Kalau dari pagi tak tahu la nak cakap apa. Rumah memang terbiar, dengan anak-anak sekali terbiar. Cuti jre la boleh mengemas waktu pagi. Tapi masak sampai kandungan 5bulan lebih memang tak boleh. Maka bertabahlah satu famili makan luar.

Ujian minum air gula kali nii sangkut hahahahaaha. Penat puasa tau!!! tak pe la maybe ada hikmahnya. Kalau tak mesti melantak tak hengat dunia kan. Selalu memang camtu la. Tu anak no 2 beso kuarnya 4.1kg walaupun takde kencing manis. Dah berumur ni beringat la sikit kan. Tu peringatan dari Allah la tu. Maka bermula la rutin buat bsp 2minggu sekali. Check up pun 2 minggu sekali.

Masa mula-mula result keluar tu frust sangat. ye la air kosong memang tak pernah miss. sehari 2 3 liter boleh habiskan. Tu la macam yang saya cakap mungkin Allah nak saya beringat bila dah berusia ni. Dah lama-lama tu ok je sebenarnya. Result bsp saya pun alhamdulillah takde la lebih 5.5. Masih under control lagi.

Rasanya saya stop kat sini dulu la yer. Nnti ada masa boleh sambung lagi...



Wednesday, December 19, 2018

Alahan

Mengandung kali ketiga ni saya rasa alahan agak teru. Pada permulaan saya rasa alahan tu sama macam yang sebelum-sebelum ni. Tapi rasanya lagi teruk. Alwal-awal lagi dah rasa penat. Awal pregnancy lagi dah ada alahan. Sampai sekarang masuk minggu ke 16 pun masih alahan.

Kalau ikut sejarah mengandung sebelum ni alahan ni sampai bersalian. cuma teruk dengan tak je. Yang ketaranya masak memang tak boleh langsung. Selain tu saya tak boleh langsung bau wangi-wangi. Segala sabun mandi, sabun basuh baju, semua pewangi dalam toilet tu memang tak boleh nak bau. Kalau mandi pun secepat yang mungkin.

Tempat paling tak suka toilet ngan bilik. Sebab dalam bilik ada bau bedak, perfume dan segala yang wangi-wangi. Rasa pening sangat. Macam biasa kalau mengandung  adalah masa yang paling jimat sekali. Sebab barang-barang memang guna sikit-sikit je. Tak suka segala bau-bau. Ada tak sabun mandi yang tak berbau huhuhu

Actually banyak sebenarnya nak cerita. Tapi bila makin petang makin menjadi-jadi dia punya alahan. Malam lagi la. memang tido awal je. Kadang balik kerja sampai rumah mesti baring kejap. Lepas maghrib terus lepak atas katil. Anak-anak biarkan diorang tengok tv sendiri. Makan malam memng jarang-jarang sekali. Kalau larat makan. Kalau tak larat terus tido. Mujur anak-anak petang dah makan macam-macam rumah mak mertua. Kadang mak mertua bekalkan lauk. itupun biasanya masuk peti ais je...

Harini 15w3d usia baby. Check up hari ni ok alhamdulillah semua ok. Nanti ada masa saya cerita dari mula-mula buka buku. Sebab mengandung kali ni macam-macam masalah terjadi. Kita sambung nanti yer...