Friday, April 19, 2019

Salam Jumaat

Sekejap je masa berlalu. Dah hari jumaat. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur lagi. Semoga kita berjumpa lagi di Jumaat yang akan datang.

Pejam celik pejam celik lagi beberapa minggu je lagi nak sampai Ramadhan. Ada ke yang tak abis lagi bayar puasa. Saya alhamdulillah lama dah abis. Ganti puasa lepas raya tahun lepas. Buat puasa enam lepas tu terus puasa ganti & puasa sunat Isnin Khamis. Rajin tak???? hehehehehe

Bukan nak puji diri sendiri tapi sesambil dalam proses nak dapatkan berat ideal. Ingat senang ke nak dapatkan bmi yang ideal. Sebenarnya tak susah pun. Hati je kena kental. Saya start dengan puasa tak minum ais so automatik la kurang minum manis. Buka puasa dengan air panas. Lagi puas rasanya. Sahur pun banyakkan air suam je. So bila dah dari puasa ramadhan sambung puasa enam & ganti alhamdulillah memang nampak la berat tu turun.

Dan satu lagi bagi saya nak turunkan berat ni kena elakkan nasi. Nak elak tak makan nasi tu memang agak sukar so saya kurangkan sikit-sikit. Bila puasa sendiri dengan anak-anak memang boleh control. Berbuka makan yang healty je. Yang ni memang ketara. So saya rasa untuk saya cara diet yang berkesan adalah dengan kurangkan manis & nasi. Kalau dapat senaman secara konsisten mesti lagi kebaboommm. Tapi tu la....

MOga lepas bersalin nanti dapatla cepat-cepat turunkan berat badan ni. Cuma risau sebab breastfeed ni memang cepat lapar. Pengalaman menyusu anak kedua memang tgak boleh skip nasi. Badan jadi menggigil. Acaner tu???? Tak pe kita tengok dulu nanti. Try & error orang kata.

Doakan saya selamat bersalin yer. Ehh...lama lagi kot nak bersalin. Tapi macam dah tak larat nak bawa perut hahahahahahaa....

No comments: