Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

Jangkit ke mummy pulak

Cik Auni nampaknya dah ok. Tdo pun dah xde bunyi. Kalau tak sedih je dengar hidung dia tersumbat. Kesian dia.

Alhamdulillah dh 2 mlm sblm tdo saya sapukan kunyit hidup yang dparut+lemon+minyak kelapa dara. Saya biarkan setengah jam sblm saya gunakan. Sapu pada dada, belakang, tapak kaki ngan betis. Lebihan tadi sy simpan dalam peti ais. Boleh guna lagi bila2.. Ni kira macam balm dari bahan semulajadi. Saya tak ingat blog mana yg saya baca. Nnti kalau ingat saya link kat sini. Ini adalah cara semulajadi untuk merawat baby yang selsema dan batuk.

Saya geram tengok hingus cik auni yng meleleh2 tu. Selalunya saya akan sedut buang. Tu yang berjangkit pada saya. Memang dah tau kalau cik auni selsema je mummy pun akan dapat jugak.

Ada satu malam tu saya sedut hingus dia sblm tido. Supaya dia senang untuk bernafas. Sekali tu cik auni ambik dia punya towel hingus terus lap mulut saya. Terharu rasanya. Pastu dia kiss saya. Touching sangat. Tu kira cam ucap terima kasih pada mummy la tu sebab dah tolong buangkan hingus dia. Dah besar anak mummy ni....

Petang semalam ada buat wap kat cik auni. Kalau ikutkan hati dari dia selsema tu saya nk buat. Tapi tak ahu sedihkan wan auni. Balik rumah nenek auni petang tu baru saya buat. Alhamdulillah lena dia tido. Ni baru bangun minta susu. Cik auni dah besar sikit ni susah ikit nak buat tepukan purcussion. Saya just wap je. Air panas tu saya campurkan dengan bawanh putih. Terasa saya pun nak buat jugak. Jap lagi leh buat sama2 ngan cik auni. Mummy pun hidung dah mleleh ni..

Ok lah mummy try nak lelap mata jap. Risau takut pening plak nanti...

Tuesday, March 4, 2014

Perkembangan Auni

Kali ni saya akan ceritakan perkembangan sekecil saya Auni Firzanah dari lahir hingga dia berumur setahun Insya Allah. Waktu-waktu ni la kita dapat lihat perkembangan dia sedikit demi sedikit.

1 HARI

Auni lahir pukul 10.17 malam. Lahir-lahir je dah melalak. Suara auni memang kuat. Lepas nurse bersihkan auni & sementara menunggu untuk dibawa ke wad saya tengok auni senyum jer...Tenang sangat rasa hati. Tak sabar rasanya nak peluk sekecil tu. Lepas dapat katil saya terus peluk cium Auni. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan ini. 


Saya cuba menyusukan Auni walaupun air susu memang tak keluar langsung. Ada la dalam 3 kali Auni nangis & saya susukan dia. Sedih sangat bila air susu langsung tak keluar. Auni sangat pandai menyusu. Kalau la susu saya ada mesti Auni dapat tidur dengan nyenyak sekali.

1 MINGGU
Auni kena jaundis tapi tak tinggi. Dapat kesan pun masa nurse datang rumah. Saya hanya duduk semalam je selepas bersalin. Maka saya berulang alik la ke KK untuk check jaundis Auni. Sepanjang kena jaundia Auni tidur je. Saya tak tahu macam mana nak kejutkan dia. Nurse kat KK tu kata jentik tapak kaki biar babi nangis. Auni kena ambik darah pun dia tak nangis. 
 

 Susu still tak keluar lagi. Terpaksa la saya bagi susu formula. Mula-mula pam susu pun tak keluar. Nurse KD minta bagi susu badan. Masalahnya langsung tak keluar camne nak bagi. Saya try pam jugak. Cuba stabilkan emosi supaya tak stress....

1 BULAN

Sepanjang dalam pantang Auni ok jer. Biasa la kan kalau babi nangis-nangis. Tapi Auni akan nangis waktu malam. Pernah sekali saya tak tahu dah nak buat apa saya biar je dia nangis. Stress sangat...cuba la jugak cari air penawar mana la tau kan kalau-kalau terkena apa-apa. Baby kecil lagi & senang la benda-benda halus nak kacau dia. Saya bawa pergi urut jugak dengan nenek saya mana la tau kan kalau ada yang terkehel. Baby kan lembut lagi...

2 BULAN

Masuk bulan kedua tangisan Auni dah ok. Masa ni dia dah mula senyum-senyum. Dah ada respon kalau orang panggil nama dia. Dah pandai nak berborak-borak. Air liur dah meleleh. Apa la yang mummy auni ni tak dapat makan. Saya rasa mungkin steak kot. Ni gara-gara tgk JJCM la ni. Auni jugak dah pandai hisap jari. Kalau dibiarkan mau basah sarung tangan dia. Kaki dah tendang-tendang. Kuat sangat. Kalau berdirikan dia macam dah nak melonjak-lonjak. Kena lebih berhati-hati masa mandikan dia. Kalau tak mau terlepas.

3 BULAN
Makin geram dengan budak kecik ni tau. Tido sekejap-sekejap jer. Mummy x sempat siap gosok baju keje pun. Sepasang je kot. Pastu masuk buai kita beria nyanyi2 suh dia tido sekali boleh plak dia senyum-senyum. Dah la mummy memang cair dengan senyuman dia. 

Hai la anak.....petang lepas mandi tak mau tido, nak jalan-jalan keluar rumah. Keluar kat garaj kereta tu pun jadi la. Kul 6.30 ptg tido kul 7.00 dh bangun. Pastu 8.30 tido blk kul 9.00 bangun. Pastu kul 11 baru nak tido sampai pagi. Itupun start kul 5 setengah jam sekali nak mengusu. Bukan betul-betul menyusu. Sikit jer pun. Tido dalam buai pun nak mengiring. Suka betul boleh bergolek-golek dalam tu.

4 BULAN

Dah nak pandai meniarap, tapi dengan bantuan orang. Malas nak pusing badan sendiri. Dah kenal mummy dia. Kalau orang panggil nama dia dah pandai bagi respon. Kepala pun dah angkat sikit-sikit. Wan dah start bagi nestum bancuh dalam susu sikit-sikit. 

5 BULAN

Auni pandai meniarap betul-betul lima bulan tanpa bantuan orang lain. Dah makin aktif. Tido pun dah tak menentu. Dah pandai nak jalan-jalan. Nak mandikan, nak pakaikan pampers dah susah sikit sebab asyik nak bergerak jer. Nak guling-guling taknak duduk diam.

6 BULAN

Dah naik walker. Dah boleh gerak sikit-sikit tapi cepat boring. Dah sembur-sembur air liur. makin banyak la rambut mummy gugur. Ayah dah biasakan dia jalan-jalan naik moto. Tido malam dah pandai lepas nenen mummy (lega...dah tak payah sakit-sakit pinggang lagi)suka melompat-lompat. Dah kenal mummy & asyik nak berkepit jer. Pantang nampak mummy. Masuk walker dh laju dia jalan. xmo mkn bubur nak nestum jer. Biskut nk plak dia mkn. Suka nak gigit-git jer tapi gigi stil xde lagi. Kalau org makan dia pun sibuk nk jugak. Kena demam 4 hari diikuti campak keladi 4 hari. Nak naik akal la tu...

7 BULAN
Dah pandai nk ikut mummy. Pantang mummy nk g kerje ke nak keluar jap ke mesti buat muka sedih (kena kentalkan hati). Tido mlm dah pusing-pusing pastu gelabah nk cari nenen hehehe. Suke mencubit orang. kuku pendek tapi tajam. Calar balar muka mummy, ayah ngan wan. 

Masih belum merangkak lagi. Anak sepupu yng lahir 2 minggu lewat dari dia dah laju & dah belajar berdiri. Si Rayyan sepupu Auni pun dah pandai duduk. Hai la anak...tapi bab makan memang dia suka. Kalau bagi buah dalam food feeder dia tu laju jer. Kalau bagi biskut ke roti ke memang dia suka. Orang makan dia pun nak makan. Setakat ni Alhamduliullah takde alahan. Mummy bagi bubur jer letak sayur. Tengok la seminggu lagi boleh kot bagi ikan bilis plak.

8 BULAN
Masuk 8 bulan baru Auni pandai maju kedepan. Dia bukan merangkak tapi mengesot ke depan. Kalau si Rayyan kembar dia dah angkat-angkat punggong nak merangkak. Auni berat bontot kot. Tak kisah la as long ada kemajuan dari hari ke hari pun dah ok. 

Alhamdulillah masih menyusu lagi. Kalau balik kerja tu walaupun dia dah minum susu tetap nak nenen jugak. Makan dah 3 kali sehari. Setakat ni Alhamdulillah tiada alahan. Ada sekali tu pergi rumah kakak iipar tak bawa bubur dia (tak plan pun) tapi bekalan biskut tu ada la untuk kudapan dia. Tak kan nak masak bubur rumah kakak ipar plak kan. So saya rendam 3 keping biskut tu dengan air suam.FM pun tak bawa. Lagipun biskut tu pun dah manis, so ok la rendam dengan air suam jer. Habis si Auni ni makan. Saya rasa memang Auni ni kuat makan la. Genetik saya la ni kut. Tak dapat makan je melalak....hehehehe

Auni demam tak tahu samada nak merangkak atau nak tumbuh gigi. Demam kali ni lain sikit. Demam+muntah+buang air. Tak suka kena air. Maybe sejuk. Letak towel basah kat kepala dia pun tak suka. merengek-rengek.Mungkin dia nak merangkak kot. Sebab dia mara ke depan dah laju. Naik walker nak pandai menapak macam bejalan. Kalau tak dia melonjak dengan kedua-dua kaki dia.

9 BULAN

Masih tak merangkak lagi. Jenuh la wan ngan ayah dok angkat-angkat badan dia ajar merangkak tapi tetap camtu gak. Maju ke depan bukan main laju lagi. Cukup time kalau tak bagi makan melalak. Saya dah bagi ayam kat Auni. Alhamdulillah ok takde masalah. Lepas ni boleh bagi ikan plak. Tapi bubur tetap saya blend sebab dak tecik tu takde gigi lagi. Tapi apa orang makan semua nak masuk mulut dia. Penghadang bantal kat katil pun dah dipanjatnya. Laju jer. Haritu nyaris nak jatuh katil. Tidur suka berguling-guling. Tau-tau jer dah kat bawah kaki. Macam dah kurang menyusu. Maybe sebab dah banyak makan. 18/12/2013 pergi klinik untuk timbang berat. Macam tak sangka jer Auni dah nak setahun.MAsuk walker dah laju. Main langgar jer sapa-sapa. Sakit tau! Dah try bagi ikan tapi cam tak serasi plak. Yakyak dia cam keras. Nak masuk 10 bulan ni bubur dah tak blend. Sayur ngan ayam jer saya blend. Badan dah angkat tapi tetap taknak merangkak.

10 BULAN

Percubaan untuk berdiri dengan memanjat-manjat. Kalau malam sebelum tido mesti nak panjat-panjat badan mummy dulu. Tidur pun dah tak gempeng sangat. Ada masa dia lepas gak nenen mummy. Cuma deria bau masih lagi kuat. Mummy turun katil jer nak g toilet boleh sedar. Risau sebab dia nak pandai panjat benteng bantal. Macam kena cabut jer katil tu or kena pasang baby coat jer. 10 bulan lebih ni Auni dh start nk berdiri. Dia dh panjat-panjat katil, kerusi. Dah boleh berdiri eksen nk lepas tangan. Cam la dah boleh berdiri sendiri. Nak berjalan dah kot. Sangat aktif, tak duduk diam. Diam time tido jer. T u pun nak tido panjat-panjat mummy dulu.

11 BULAN

Cekap dah bab panjat-panjat ni. Gigi masih 4 atas 2 bawah. Masih lagi nak menggigit nenen. Belum berjalan lagi. Merangkak pun malas. Cuma 2 3 ari sebelum masuk setahun mau la jugak dia merangkak. Kalau tak dia lagi suka merangkak combat cam askar tu. Lagi laju dari merangkak biasa. Berdiri sendiri pun belum lagi. Takut nak lepas tangan. 

Dah pandai nak pakai tudung bila nak g jalan-jalan. Alhamdulillah tak tarik-tarik pun tudung tu. Pagi masih breakfast nestum. Kadang-kadang kuih apam. Lunch ngan dinner makan bubur. Sayur pun campur dalam bubur. Cuma kalau ayam tu nak kena blend dulu. Weekend kalau mummy rajin mummy masak la pasta or oat. Auni tak de masalah cuma saya perasan dia lagi suka nasi dr pasta or oat. Perut melayu cam ayah gak. Nak apa-apa dah pandai angkat tangan mintak. Ataupun tunjuk-tunjuk nak kan sesuatu. Susu pun dah kuat minum. Sebulan tak cukup sekotak. Mummy kena tambah bajet ni.

12 BULAN

Happy Birthday Cik Auni...yeaaaa.....Auni dah setahun. 4 5 hari sebelum cukup setahun Auni demam. Mummy pun sama. Demam sekejap jer. Buang-buang air 3 hari pastu takde selera makan. Anak mummy dah kurus. Checkup setahun nanti tak tahu la berapa la berat Auni. Sekejap je masa berlalu. Tup tup dah setahun. Setakat hari ni, setahun 4 hari Auni dah makan cuma masih sikit-sikit. Semoga Auni sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan..... Cepat la berjalan....

Wednesday, November 6, 2013

WW: suke tgk bby tido

Tidurlah sayang...semoga lenamu dipenuhi mimpi-mimpi indah...

Thursday, October 3, 2013

Auni dah jadi kakak!

Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy......pasni sila panggil kakak auni yer....hehehehehe

Alhamdulillah pagi tadi dapat msg dr adik ipar bgtau adik saya dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.1kg di Hospital Sg Buloh. Tahniah buat mereka berdua. Bertambah lagi cucu mak saya. 2 lelaki 2 perempuan. 

Baby ikut muka papa dia ni. Alo tomei omeinyer...geram jer. kecik jer kan. Tak dapat bayangkan sebab auni dulu 3.3kg. ishhhh tak sabar la nak gomol dak tecik ni. Rindu nak bauu baby walaupun auni masih ada bau baby. Auni tetap baby dihati mummy! Harap-harap hari ni leh balik. Nenek dah tak sabar tu nak tgk cucu baru dia. Tapi auni x boleh tgk sebab campak dia belum baik lagi huhuhu....

Saturday, July 13, 2013

Jom main bisik-bisik

Dulu kecik-kecik suka main bisik-bisik ngan kawan-kawan. Pada hal apa yang dibisikkannya tuu xde la rahsia sangat. Kadang-kadang sajer jer bisik-bisik sebab nk sakitkan ati kawan lagi satu. pastu mula la nk bergaduh hahaha...lawak la zaman budak-budak dulu...


Agaknya ada x lagi budak-budak sekarang main bisik-bisik...sekarang kan zaman gajet. Ipad, ipod, tab, telefon macam-macam lg la...sebab kalau dorang takde kawan pun tak kisah. cer kita dulu kalau kawan kita xmo kawan ngan kita mati kutu la jawabnyer...

Saya tiap-tiap malam main bisik-bisik ngan Auni. Sebelum dia tido tu tengah mamai-mamai saya akan bisikkan kata-kata positif. Ini pun salah satu teknik mengajar anak. Ada terbaca kat satu artikel ni cara mendidik anak. So sy try la praktikkan. Alhamdullillah hasilnya tak mengecewakan. Walaupun Auni kecil lagi tapi nampaknya dia boleh ikut.

Apa yang saya bisikkan??? Saya akan bacakan doa tido, ayat 3 kul, ayat kursi pastu baru saya bisik cami la lebih kurang "auni, Auni Firzanah binti Mohd Firdaus...auni anak yang baik. Mummy nak auni jadi anak yang berbudi bahasa, bijak, pandai, penyayang, rajin, lemah lembut....." apa-apalah yang positif. Lagi satu kalau saya tengok auni cam susah jer nk tido, kadang-kadang nangis-nangis baru nk lelap mata saya bgtau la saya tak nk dia nangis-nangis. Nak elok-elok jer...camtu la lebih kurangnya. Last sekali saya bagitau yang saya sayangkan dia & bangga dapat anka macam dia. Pastu saya akan cium dia...

Setakat ni alhamdulillah kalau dia nk tido saya bagi susu masuk buai tak lama tu dia lena la. Tiap-tiap malam saya buat camtu. Insha Allah saya akan teruskan sampai bila-bila

Tuesday, July 9, 2013

Kecik

Arini takde apa nak cerita. Just nak tayang gambar budak kecik ni. Makin hari makin geram dengan dia. Bila dia senyum lagi la geram. Kadang-kadang dah nak tido masuk buai, kita beria dodoikan dia sekali boleh plak dia senyum-senyum kat kita. Mana tak cair mummy tengok hissshhhhh.........

Ni masa on the way balik K.Selangor. Snow cap tu dah ketat. Kena beli baru. Sekarang ni kena pakai bib. Air liur kemain lagi banyak. Dah pandai main air liur. Kumpul-kumpul pastu kuarkan. Pas minum susu pun camtu gak. Geram jer nengoknya. Ayah pun makin geram ngan si kecik ni. Kalau ayah cium pipi dia berdecit-decit bunyinya. Habis merah-merah pipi anak mummy  ni. Sian dia kan...

Sunday, July 7, 2013

Jeles!!!

Apa yang saya jeleskan???? Jeles kat mommies kat luar sana yang BF baby mereka pastu boleh wat stok ebm banyak-banyak. Mula la terfikir camne la dorang boleh buat stok camtu punya banyak kan. Siap beli deep frezer lagi.

Saya ni...alahai sedih sangat. Macam-macam dah saya buat. Makan supplement la...ikut petua orang tua2 la...teknik pengepam pun saya dah ubah tapi still tak boleh wat stok. Saya pam arini esok dah habis. Siap kena top up ngan susu formula lagi. Sian baby saya. Mummy dah cuba yang terbaik untuk sayang...

Camne pun saya akan cuba jugak untuk memberi yang terbaik buat baby saya. Biarlah walaupun setitik susu yang keluar tetap saya akan bagi padanya. Nampaknya saya kena berusaha dengan lebih lagi. Doa banyak-banyak then baru tawakal. Jika dah ditakdirkan begitu & sebanyak itu sahaja susu saya maka saya redha. Sekurang-kurangnya saya dah pun buat yang terbaik buat anak saya.

Actually setiap kali saya baca blog mama2 yg bf ni kadang-kadang memberi semangat pada saya. Kadang-kadang saya rasa down sangat. Kenapa saya tak boleh buat sebagaimana mereka...itu yang menjadikan saya sedih. Tapi cepat-cepat saya buang perasaan tu sebab saya tau kalau saya sedih camne susu saya nak kuar kan....

Mulai sekarang saya kena lebih positif!!!!! Chayok mummy!!!!

Wednesday, July 3, 2013

Bekas Air Baru

Yea saya ada bekas air baru. Ada yang baru yang lama jangan dilupakan tau! Tidak, saya masih menggunakan bekas air lama. Yang lama tetap menjadi pojaaan hatikuuuu....
Ye inilah bekas air lama saya. Dari saya kat Shah Alam kot. Sangat berjasa pada tuannyer. Bekas air ni berkapasiti 1000ml. Sekarang ni saya kena menambah pengambilan air dalam tubuh saya iaitu sebanyak 2-3liter setiap hari. memandangkan di rumah adalah sangat malas untuk minum air sebab dapur jauh sangat (alasan xboleh diterima langsung) maka saya menggantikannya di waktu bekerja. 

Memperkenalkan bekas air baru saya yang berkapasiti 2000ml. Minum la sampai kembung yer...
Actually lama dah cari bekas air yang 2000ml ni. Senang sikit tak payah saya ulang alik nak isi air. So pepagi sesampai je saya di opis saya akan mengisi kedua-dua bekas air ini. Sebab saya kan pemalas. So bila dua-dua saya dah isi saya akan pastikan saya habiskan kedua-duanya sebelum balik kerja. Kalau dulu sebelum lunch jer saya kena ambik air lagi. Kadang-kadang terlupa so bila dah lupa maka saya tak minum air la. Saya ni kalau ada depan mata baru nak minum. Kalau tak de memang susah la saya nk minum kan. sebab tu kat rumah mesti ada sebotol air dalam bilik. Padahal dapur tu bukannyer jauh sangat. Punya la malas nak pergi dapur minum air. Dasar sangat kan....

So sekarang saya dah ada 2bekas air. BF ni memang haus kan. Lagi-lagi lepas mengepam kan...kadang-kadang masa mengepam tu pun rasa haus. So kawan-kawan marilah kita minum air untuk kecantikkan (tetiba lari topik kan) tapi tetap pasal air kan...boleh la....


Tuesday, July 2, 2013

Auni Demam

Sian anak mummy ni demam...ni 1st time Auni demam. Last week dlm kul 5 pg badan dia panas. Auni merengek sikit-sikit jer. Anak mummy ni baik sangat. Walaupun demam tapi tak buat perangai. Pagi tu dalam kul 10 terus bawa dia pergi klinik. 

Budak ni susah nak makan ubat. Caranya campurkan ubat tu dlm susu dia. Lepas makan ubat tidur lama. Auni ikut mummy rasanya. Kalau selsema jenis hingus cair yang meleleh. Memang tak boleh control. Sian tengok dia. Cepat sihat yer sayang. Rasanya demam nak alih bulan. Sekejap je anak mummy ni dah 4 bulan.

Monday, July 1, 2013

Hasil shoppingan hehehehe

Sangat best pergi One Baby World ni. Macam-macam ada. Rambang mata wei pergi kat sini. Selalu tengok website dia jer. Korang nakbeli online pun boleh. Nak pergi sana terus pun boleh. Actually nak beli 2 barang jer. Tapi kalau dah sampai sana memang idak ler...tengok tu best, tengok ni cantik habais tu plan nak beli lain yang dibelinya lain huhuhu. Tapi berguna gak...

Bottle drying rack
Yang ni memang dalam senarai la kan. Senang dah cuci-cuci botol je keringkan kat sini. Dah lama cari. Ada nampak kat 1 kedai ni harga seratus lebih. Rasa macam amboi benda ni je kot...sekali tengok kat website One Baby World ni ada plak. Tu yang terus ambik tu.Harga pun berbaloi-baloi. RM29.90 jer....

Barangn kedua dalam senarai saya ialah Sling Ring. Tapi yang ni kita suh ayah Auni belikan aci tak hehehe...aci la yer....
Eh pesal kecik sangat gambar ni. Takpe korang leh cari sendiri kat tenet yer. Sebenarnya mak saya dulu pakai kain batik lepas jer. Tapi takde la guna ring tu. Main ikat-ikat jer. Orang jawa memang kalau dukung anak pakai kain batik lepas jer. Mula-mula tengok cam takut pun ada sebab risau kalau baby tu jatuh. Tapi tengok mak bawa adik masa kecik-kecik dulu ok jer. Senang nak wat keje kalau baby yang jenis nak berdukung jer. Tak sangka plak sekarang ni memang dah ramai ibu-ibu yang menggunakan sling ring ni. Tak pe minggu ni balik mah mak kita try dulu guna kain batik lepas mak yer...

Pastu pusing-pusing kedai tu ternampak plak cooler bag. Tapi dah beli dah cooler bag. nampak besar sikit coler bag ni. Eh..eh..cam muat je kalau nak masukkan breastpum sekali. Saya pun memang takde beg untuk breastpump lagi. Nak beli yang backpack tu cam besar sangat la plak. 

Belah depan saya letak pump sebelah belakang saya letak icepack. Suka sangat sebab dia kecik jer. Just nice untuk spectra 3 saya. So sekarang boleh la pergi opis sambil melenggang-lenggang kangkung sambil bawa beg yang comel ini. So bila orang tengok eh..eh...comelnya liza...dah la comel bawa beg comel lagi la bertambah comel...."comel tak liza???! comelll......liza" hehehehe...

Apa lagi yang saya beli yer....oh yer saya beli stokin untuk Auni. Dia kan dah masuk 4 bulan. Dah tak comel pakai mitten nagn booties kan...so sekarang pakai stokin jer
Saya dari dulu lagi suka tengok mitten & booties. Masa wat persiapan baby aritu pun benda ni yang saya suka belek lama-lama. Benda ni jugak yang banyak saya beli hehehe...seminggu tu mesti lain-lain. Kalau sehari 2 kali tukar dah ada 14 pasang. Saya lebih kot saya beli. Now bertukar pada stokin pulak. Geram jer saya tengok. Rasa nak beli banyak-banyak jer. tapi baby kan cepat membesar.

Ada beli tight ngan legging satu untuk Auni. Legging dah pakai petang semalam tapi tak sempat ambik gambar sebab sikecik tu demam. Makan ubat terus tido....

Sekarang kalau pergi mana-mana asyik la nak beli barang baby. Pada hal dah niat nak shopping baju mummy sekali. Tapi bila dah tengok barang baby terus lupa.

Eh sapa-sapa yang nak pergi kedai One Baby World ni dia ada 3 cawangan. Dibuka setiap hari pada pukul 10.00 pagi - 7.00 mlm. 

No. 1C (3rd Floor), Persiaran Permata,
Taman Permata, Ulu Kelang,
53300 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 4162 0335

 No. 89-1 (1st Floor), Jalan Dwitasik 1,
Dataran Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
56000 Kuala Lumpur
TEL: 03 - 9174 0557

 No. 108 (1st Floor) Blok 2
Laman Seri Business Park
Section 13
40100 Shah Alam
TEL: 03 - 5523 3968

 Saya pergi yang kat Shah Alam. Last week perginya. This week kalau tak silap saya ada baby expo kat Stadium Melawati Shah Alam. jom ramai-ramai



Tuesday, May 14, 2013

"Ketenangan Saya"

AUNI FIRZANAH BINTI MOHD FIRDAUS
TARIKH : 1 MAC 2013
HARI: JUMAAT
MASA: 10.17 MLM
BERAT: 3.3 KG
HOSPITAL SG BULOH

AUNI = LEMAH LEMBUTKU, KETENANGAN, KETETAPANKU
FIRZANAH = PINTAR, BIJAK

Alhamdulillah bayi yang saya kandung selama 9 bulan selamat lahir pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 jam 10.17 malam dengan berat 3.3 kg. Saya bersalin secara normal seperti mana yang saya inginkan. Alhamdulillah juga tiada apa-apa yang berlaku semasa proses kelahiran puteri sulung saya ini. Insya Allah saya akan ceritak pengalaman saya bersalin secara normal ini sebagai kenangan untuk saya dan juga sebagai panduan buat mereka-mereka yang dalam proses menunggu hari. 

"Auni Firzanah"...nama ni memang saya yang pilih. Memang saya nak (kalau boleh) anak-anak saya nanti saya nak namakan dengan huruf A. Dan kalau boleh tak nak panjang-panjang. Sebab tu saya tak letak Nur ke Siti ke kat pangkal nama. Ini pun dah kira panjang, tapi tak apa sebab saya nak kekalkan nama Firzanah untuk anak seterusnya. Kalau anak lelaki pun saya akan kekalkan satu nama mereka. (planning cam nak anak ramai jer kan) Ye...kalau boleh biar la lebih daripada tiga hehehehe...

Auni Firzanah, mummy harap Auni akan jadi seorang yang lemah lembut dari segi percakapan, perbuatan, tingkaj laku dan segalanya. Mummy mahu anak mummy ni akan tenang menghadapi segala ujian yang bakal dilalui kelak. Juga tenang menghadapi segala situasi. Mummy akan sentiasa berdoa agar Auni ditetapkan pendirian dan juga keimanan dalam diri Auni. Mummy & ayah mau yang terbaik saja buat Auni. Semoga Auni Firzanah menjadi anak yang solehah, dan kebanggaan keluarga seterusnya kepada agama dan bangsa.

Sunday, May 12, 2013

"Ketenangan" mummy & ayah

 Ini adalah pengalaman saya mengandungkan sikecil saya selama 9 bulan. Saya mau simpan semuanya sebagai kenangan yang sangat indah dalam hidup saya. Manusia mudah lupa so dengan cara ini sajalah ianya sedikit sebanyak akan membantu saya mengingati setiap pengalaman yang saya lalui dari awal hingga saat kelahirannya...

1 BULAN
Masa ni mummy tak tahu pun lagi akan kewujudan sayang. Memang mummy & ayah mengharap kami akan dikurniakan baby dalam masa terdekat ni. Walaupun usia perkahwinan mummy dan ayah baru 3 bulan tapi kami dah bersedia untuk menimang cahaya mata. Ayah memang sukakan budak-budak. Alhamdulillah period mummy pun tak ada masalah. Sebelum kahwin lagi mummy memang berharap agar mummy dapat baby awal. Setiap hari itulah doa dan harapan mummy dan ayah.

2 BULAN
Period mummy dah lewat beberapa hari. Ayah dah suruh pergi check tapi mummy saja lengah-lengahkan masa. Mummy kata kalau 2 minggu mummy tak period baru mummy nak pergi check. Tapi ayah mendesak juga. Tiba-tiba ayah pulak terlibat dalam satu kemalangan. Mummy memang tak fikir apa dah masa ni. Alhamdulillah ayah kecederaan ayah tak serius. Tapi ayah still ingat yg mummy masih belum buat ujian kehamilan. Bila ayah dah sihat, mummy buat test kat rumah jer. Resultnya positif. Ayahlah paling gembira sekali. Disebalik kesedihan yang mummy dan ayah lalui rupanya ada kegembiraan yang tak disangka. Mummy ajak ayah pergi klinik untuk buat pengesahan dan alhamdulillah mummy pregnant 6 minggu masa ni.

3 BULAN
Bermulalah fasa mabuk-mabuk mummy. Kena pulak bulan puasa...ayah semakin sihat dan dah mula kerja. Masa sahur memang mummy tak boleh nak makan. Minum air kosong jer. Makan nasi sikit-sikit. Kalau mummy larat mummy teruskan puasa. Kalau tak larat mummy buka. Mummy try makan kurma ngan susu tapi esok paginya keluar balik. Makan kurma ngan air kosong pun muntah. Sampai sekarang mummy tak boleh nak makan kurma. Macam fobia plak. Susu pun kadang-kadang jer mummy minum. Mummy risau kalau baby tak dapat nutrien yang cukup. Waktu berbuka tak ada masalah sangat. Cuma mummy tak ada la nak makan banyak sangat.

4 BULAN
Alahan mummy agak teruk. Mummy tak boleh bau wangi-wangi. Pergi kerja dah tak pakai perfume. Ayah pakai deodorant pun mummy rasa busuk jer. Muka pun kadang-kadng je cuci. Syampu rambut pun 2 kali seminggu jer. Mummy selalu tukar-tukar shower foam. Satu lagi alahan mummy, ialah mummy tak boleh masak. Dari awal pregnant lagi mummy tak boleh masak. Nasib baik mummy duduk dengan wan. Time raya pun mummy tak buat apa-apa. Nenek yang sediakan semuanya. Kesian jugak kat nenek. Nak kemas rumah, nak masak lagi...tapi nak buat macam mana mummy memang betul-betul tak larat. Nasib baik la baju raya memang mummy dan ayah nak prepare awal-awal lagi. Kalau tak memang tak beraya la kami. Raya tahun ni mummy dan ayah tak kemana-mana pun. Pergi rumah sedara mara 2 3 buah jer.

5 BULAN
Mummy masih mabuk lagi. Mummy dah dapat rasakan tendangan-tendangan kecil sayang...rasa macam tak percaya pun ada. Perut dah agak membesar. Tiap kali bangun tidur mesti mummy pegang perut. Mula terfikir betul ke dalam perut mummy ni ada baby.Mummy ngan ayah decide nak buat scan 3D. Excited nak tau jantina baby. Biasa la anak pertama kan. Ayah lagi excited. Kalau boleh ayah nak baby girl. Mummy plak tak kisah boy ke girl tapi kalau boleh biarlah boy. Dah terbalik kan....selalunya ibu yg nk girl & ayah plak nak boy. Tak kisah la kan janji anak mummy sihat. Tapi naluri mummy kata baby kat dalam perut mummy ni girl. Ada 1 klinik kat KS ni yg boleh buat 3D. Mummy ngan ayah pun buat appoitment. Tiba masanya mummy rasa sangat berdebar. Doktor tu baik sangat. Actually mummy tak nampak pun sayang mummy ni kat skrin sebab mummy baring. Ayah la yang seronok sangat bila doktor terangkan satu-satu pergerakan baby. Doktor kata sayang mummy ni aktif sangat. Bergerak je tangan & kaki sayang. Alhamdulillah sayang mummy ni girl. Hasil scan masa check up kat KK pun sama. 

6 BULAN
Keadaan mummy dah ok sikit. Makan makin berselera. Dah boleh masak sendiri, tapi mummy takde la masak sangat. Wan jugak yang masak hari-hari. Kalau balik rumah nenek je mummy rajin nak masak hehehe. Keadaan sayang pun ok takde masalah apa.

7 BULAN
Mummy kembali mabuk. Rasa sangat-sangat tak larat. Kembali muntah-muntah. Nasib baik masih boleh makan lagi. Yang tak laratnya pagi-pagi mesti muntah. Sangat tak selesa bila muntah dalam keadaan perut kita yang sedang memboyot. Terasa macam baby pun nak keluar sama. Muntah pun bukan keluar apa cuma air jer. Ye la perut kosong tak makan apa-apa lagi. Syukur sangat sebab mummy tak biasakan makan tengah-tengah malam. Walaupun ada jugak terasa lapar. Mummy lebih rela tido. Sayang mummy dah kerap bergerak diwaktu malam. Mummy nak tido pun dah tak selesa. mengiring kanan tak kena. Ke kiri pun tak kena. Mummy mana biasa tido terlentang. Terpaksa la tinggikan bantal. Tengah-tengahh malam kadang-kadang sayang mummy ni nakal sikit. Kejutkan mummy.Berat mummy pun naik mendadak

8 BULAN
Sayang dah tau jadual ayah balik. Kul 5pg je mesti sayang bangun. Kadang-kadang bunyi motor ayah je sayang dah bangun. Manja ayah betul la sayang ni. Mummy bahagia sekali bila ayah usap-usap perut mummy main-main ngan sayang. Kadang-kadang ayah yang pujuk sayang supaya tak tendang mummy kuat-kuat. 1 lagi rutin sayang bila mummy balik kerja. Sampai rumah je mesti sayang bergerak-gerak. Kadang-kadang berombak-ombak. Kadang-kadang sampai 1 jam sayang bergerak-gerak. Tiap-tiap hari ayah tanya sayang ada gerak ke tak...

9 BULAN
Mummy pergi check up 37 ++ minggu seperti biasa. Cumanya mummy ambik sesi pagi. Selalunya mummy ambik petang. Sebab mummy ingat pagi sekejap je. Mummy nak ajar pengganti mummy. Mummy pun cakap ngan ayah lepas klinik mummy terus pergi kerja. Nak ajar cepat sebab next weeknya mummy dah start cuti. Mummy nak ambik cuti seminggu awal. Sampai klinik check macam biasa, BP mummy tinggi. Nurse suh rehat 1/2jam. Pastu check lagi sama jugak result. Terus refer doktor. Doktor check sekalii lagi result tettap sama. Terus doktor call ambulan untuk anta mummy ke hospital....cerita seterusnya mummy cerita dalam pengalam melahirkan sayang yer...

Friday, February 8, 2013

Perkembangan saya

Memang dah kembang tahap apa pun tak tahu. Kadang-kadang rasa ngeri jer tengok perut kat cermin. Rasa baby kat dalam ni besar sangat jer. Sekarang ni tak tahu kenapa bila pukul 11 je mata ni bagai digam-gam. masalah nya  bukan 11 malam tapi 11 pagi. Kalau malam ok la kan memang time tidur. Ini kat opis camno nk tidur. Nasib baik malam dah boleh tidur. Kalau tak serba tak kena nak pilih posisi tidur. Mengiring kekanan tak kena. Mengiring kekiri tak kena. Nak tidur telentang memang bukan tabiat saya la. Lama-lama terlelap jugak. Tapi kalau dah terbangun pukul 1 or 2 memang susah nak lelap balik. Kul 5 lebih tu la mata ni nak terkatup. 

Sekarang alhamdulillah dah ok sikit. Cuma kalau nak terkencing tu memang tak boleh tahan langsung. Kena gak bangun dengan mata yang terpisat-pisat. Kadang-kadang mata tak buka pun lagi. Nasib baik la dah hafal pintu kat mana hahahahaha.....Nasib baik lepas tu boleh tidur balik. Kadang-kadang jer la baby ni tak nak tidur gak. Main-main kat dalam ni. Baby ni pun cam tau-tau jer time en suami balik. Kalau en suami balik kul 5, kul 5 la dia bangun. Nak main-main ngan ayah agaknyer...Sian baby kurang kasih sayang yer....tak per mummy tetap akan bagi sepenuh kasih sayang mummy pada baby...yang penting baby sihat-sihat jer kat dalam ni yer....

Tuesday, November 6, 2012

Kembali bersusu....






Kembali minum susu Anmum Materna ni setelah beberapa bulan meninggalkannya. Saya minum susu ni sebelum pregnant lagi. Ada la terbaca kat blog sapa tah tentang kebaikkan susu ni. Bukan saja untuk ibu-ibu mengandung tetapi bagi bakal-bakal ibu juga. Sebab dia mengandungi folid acid yang diperlukan untuk baby & ibu. Maaf la kalau saya salah...

Kenapa saya minum susu ni??? Lepas kawen memang saya terus minum susu Anmum ni. En suami pun pelik gak sebab saya tak pregnant lagi tapi dah minum susu ibu mengandung. Bila saya terangkan baru la dia ok. Saya memang nak baby cepat-cepat...ye la umur pun dh masuk 30 kalau lambat banyak risiko plak nanti. Memang kalau boleh nak bunting pelamin hehehehe (gatal!) En suami pun nak baby awal, tapi kita kan merancang selebihnya Allah yang tentukan. Memang la kita merancang kan tapi biarlah dengan usaha yang bersungguh-sungguh...

Period saya tiap-tiap bulan memang ok, xde masalah. So bila tiap-tiap bulan cik P datang bertandang memang agak frust. En suami plak asyik tanya je bila cik P datang. Lewat sehari dua jer dia dah suh wat pregnant test. Tapi saya tetap minum susu Anmum ni setiap pagi & malam. Memang sebelum ni takde masalah langsung minum susu tepung ni. Saya suka jer. Masa sekolah-sekolah dulu ada gak minum susu nespray. Arwah abah pun suka susu nespray ni.

Masuk bulan ke-4 period saya lewat seminggu. Saya tunggu lagi. Tapi en suami dah desak2 suh p cek. nak sedapkan hati dia saya pun g la watson's beli alat upt tu. Dan2 malam tu suh cek gak. Saya kata lebih elok buat awal pagi sebab hasilnya lagi berkesan. Alhamdullillah hasilnya positif. Saya bagitau en suami saya nk g cek kat klinik gak. Biar doktor yang sahkan, dia pun setuju.

Bila dah dapat tau saya pregnant lagi la saya excited minum susu Anmum ni. Tapi bila saya dapat morning sickness nak2 plak bulan puasa memang saya tak minum langsung susu. Morning sickness saya agak teruk. Langsung tak boleh makan masa sahur. Jadi saya try minum susu Anmum ni. Sekali elok jer habis waktu imsak habis keluar balik susu tu. Saya rasa dh macam minum susu basi la plak. Sejak tu memang langsung tak sentuk susu. Tengok susu tu pun dah kembang tekak2...Saya tau susu Anmum nii banyak nutrisi yang diperlukan untuk baby. Mak mertua saya dah banyak kali gak tegur susu minum susu. Saya jer rasa tekak ni masih tak boleh terima...

Alhamdulillah masuk 5bulan ni saya try semalam ok plak. Sian baby mummy kan. Lepas ni mummy akan selalu minum susu untuk baby yer...baby mummy dah pandai rasa kan...mummy akan makan makanan yangberkhasiat supaya baby sentiasa sihat...mummy sayang baby...

Monday, October 8, 2012

yea!!!saya dh dapat anak buah

Comel kan...comel kan.....ni la anak buah pertama saya! Cucu sulung keluarga saya...eh2 jap2....sulung ke x yer...sebab sebelum ni adik saya pernah pregnent tapi meninggal dalam perut. Masa tu baby baru 5 bulan. kakak kepada baby ni la....

Nama tak tahu lagi. Mama & papa dia x decide lagi nak pilih nama apa. Tapi kitorang panggil Muhammad jer. Sebab memang nak letak pangkal nama dengan Muhammad. Ok jer kan panggil muhammad. Berat masa lahir 2.9kg. Lama gak nak keluarkan baby ni.Sepatutnya due 13/10/2012 tapi bp adik saya tinggi so doktor induce untuk cepatkan kelahiran. Lahir la baby ni pada hari jumaat 05/10/2012 jam 2.30 ptg. Geram betul tgk baby ni....Adik saya berpantang kat rumah mak. Rasa hari2 nak balik tgk baby.

Semalam nurse klinik desa datang buat lawatan. Dia dapat kesan jaundis pada baby. Suh cepat2 bawa hospital. Sampai hospital doktor kata baby demam. Kena la tahan wad. 
Ni gambar pagi semalam sebelum nurse tu datang. tak perasan pun yang muka dia ada kuning sikit2. Seb baik nurse tu dapat kesan. Cian kat baby...

Ni adik saya mms gmbr masa kat hospital. Cian kan...rasa tak sanggup nak tgk baby camtu. camne la orang yg tade perikemanusiaan tu kan. Sanggup buang anak kat dlm toong sampah, campak kat sungai & yang tak boleh saya terima sanggup campak anak dari tingkat 3. Apa yang ada dalam diri mereka masa tu kan. baby sekecil ni sanggup mereka buang. sedih saya...

Saya harap baby Muhammad cepat sembuh yer sayang. mmmmmuuuaaahhhhh dari mummy......

Wednesday, August 8, 2012

Selsema & 1st checkup




Semalam ngan arini saya selsema. Laju jer cecair dalam hidung ni turun tanpa sebarang amaran. Kadang-kadang tak sempat nak halang. Hidung pun dah sakit asyik dok lap hingus jer...Orang kata kalau pregnant tak elok makan ubat selsema. Semalam jumpa doktor pun doktor tak galakkan ambik ubat selsema. Risau gak. Tapi untukmu baby mummy tahan jer la yer...dan semalam saya dapat MC. Ingatkan leh la wat buku pink sekali tpt saya dorang kata hari rabu ngan kamis jer.

So pagi tadi pagi-pagi lagi saya dah berada di KKKS. Ingatkan saya yang awal rupanya ada lagi yang awal. So far semuanya ok. Nurse-nurse kat sana pun baik-baik. Walaupun agak sempit penuh ngan patient tapi layanan nurse-nurse tu sume ok-ok. Ibu-ibu yang mendapat rawatan kat sana pun semua saya tengok happy-happy jer...takde la nampak mereka stress. GOOD!!!! 

Doktor pun hensem (acecececececece) malu la plak nak tenung muka dia lama-lama. Muda lagi. Cam belum kawen je lagi (hehehehehehe gatal!) Mana la tau kenan ngan doktor tu. Dah la hensem, baik pulak tu, sopan santun cukup la pakej tu...

Gambar ambik guna tepon jer. Sangat tak clear tapi masa kat monitor tu ada la doktor tu tunjuk degupan jantung baby. Sampai sekarang saya macam tak percaya jer ada baby dalam perut saya. Baby duduk elok-elok yer dalam ni. Makan cukup-cukup tau. Tak mau banyak meragam yer...Makan yang sihat-sihat jer yer...Mummy akan tunggu sampai baby keluar yer...Baby sekarang 9 minggu...Next check up 5/9/2012. Duduk elok-elok yer sayang.....