Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Friday, July 5, 2013

6 PESANAN UNTUK WANITA

Salam Jumaat penghulu segala hari. Semoga dihari yang mulia ni kita dapat sama-sama bermuhasabah diri. Saya jumpa ni kat sini. Minta halal yer kak. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua juga sebagai peringatan buat saya yang sentiasa lalai. Insha Allah.....

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat. (selalu lewat jugak...insya allah lepas ni nak berubah)

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat. (nak buat dari sekarang la harap-harap sampai bila-bila)

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini." ( kadang-kadang jer dapat baca...lepas ni kena curik masa untuk baca gak!)

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.(Alhamdulillah dah mula praktikan waktu tidurkan Auni. Sama macam mak saya didik kami kecik-kecik dulu)

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut. (Insha Allah saya akan cuba yang terbaik)

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. (ok pas ni kena paksa en suami ni. Liat betul kalau suh ke masjid berjemaah)

Sama-samalah kita berubah dari sekarang. Jom kita buat sikit-sikit


Monday, June 17, 2013

10 makanan mampu bersihkan kulit wajah

Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga. 

AVOKADO
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub. 

BERI
 Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa. 

KEJU KOTEJ (COTTAGE CHEESE)
 Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat. 

KACANG ALMOND
 Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan. 

KENTANG
 Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa. 

BIJIRIN
 Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda. 

BIJI FLAKS
 Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat. 

YOGURT
 Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain. 

LADA
 Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan. 

MANGGA
 Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

credit to yahoo & google

Thursday, June 6, 2013

14 imunisasi wajib untuk anak

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Semalam baru cucuk Auni untuk 3 bulan. Ni terbaca pasal imunisasi ni kat yahoo so nak share kat sini sebagai panduan saya bila-bila nanti

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. 

 Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak. 

 Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

 BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

 Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

 Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

 DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

 Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

 HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

 PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).  

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

 VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

 MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

 TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

 HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

 HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

 Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

 Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. 

credit to yahoo

Thursday, May 30, 2013

Makanan Kegemaran Rasullullah S.A.W


Sebagai panduan & peringatan untuk saya dan yang lain-lainnya

Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup

Kurma
 Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

Buah Tin
 Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

Anggur
 Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

Madu
 Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Tembikai (segala jenis)
 Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
Susu
 Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

Cendawan
 Baik untuk mata, perancang keluarga.

Minyak Zaitun
 Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
Delima
 Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari
 Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Credit to Google

Wednesday, May 29, 2013

Tips Mengajar Bayi

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 

8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
credit to google