Friday, May 11, 2012

Selamat berkursus







Kursus: ETOS Kerja Professional
Tarikh 11hb - 13hb Mei 2012
Tempat: Hotel Impian Morib, Banting (cam pic diatas)


Mode: akan rindu-rinduan huhuhu





Thursday, May 10, 2012

Pucuk dicita ulam mendatang

Xde kaitan pun peribahasa tersebut dengan entry yang saya akan ceritakan ni. Saya sedih bila mengenangkan kasut saya yang hilang. Kasut tu jarang-jarang saya guna. Ye saya tahu saya memang banyak kasut (eh xde la byk sangat pun) Adat la tu kan orang perempuan memang banyak kasut. Tapi saya bukan jjenis yang simpann kasut dalam kereta yer. Rimas kalau kasut banyak-banyak dalam kereta. Saya rasa tak selesa bila orang naik pastu tengok kasut sepah-sepah dalam kereta. Saya kalau boleh biar la kereta tu kosong jer. Pada saya keselesaan tu penting. Saya gembira bila orang naik kereta saya rasa selesa walaupun kereta saya ni tak la besar sangat. Ye la saya ni selalu bawa famili. Mak saya, mak mertua saya kadang-kadang makcik saya. Saya tak mahu la bila dorang naik kereta saya jer dorang rasa takut-takut nak letak kaki. Ye la kalau kalau kasut penuh kat seat belakang camne dorang nak letak kaki kan???? Mesti dorang tak selesa nak kuis-kuis kasut tu kan...tapi kalau mak saya dia tak kisah pun hehehehe...ye la famili sendiri kan??? Cer mak mertua, tak ke dia rasa serba salah....

Ok2 berbalik pada cerita saya tadi. Saya tak tahu mana perginya kasut saya yang cantik tu :-)). Bukan la saya salah letak. Bukan la kasut tu kena curi. Sebenarnya kasut tu saya tertinggal dalam kereta En Suami. Masa tu kitorang belum kawen lagi. Saya pun terlupa nak ambik sebab jarang sangat pakai kasut tu kan. Pastu abang En Suami pinjam kereta sebab kereta dia accident. Lama la jugak kereta tu dia pinjam. Ada la dalam 2 bulan. Bila kereta tu dapat balik tengok-tengok kasut tu dah takde. Tanya En Suami ada tak dia simpan kasut tu sebelum abang ipar pinjam kereta dia, dia kata dia takk perasan plak ada kasut dalam kereta dia. Ye la dia pergi kerja pun naik moto. Kadang-kadang jer naik kereta. Mana la dia nak tinjau-tinjau bawah seat tu. Sudahnyer sampai sekarang tak tahu mana perginya kasut saya tu. Memang la tak mahal tapi itulah titik peluh kita kan. 

Aritu balik umah mak, cam biasa cek la surat-surat hutang (nampak sangat banyak utang kan kihkihkih...) zaman sekarang hidup mesti berhutang kan....ada la dapat satu surat ni. Buka-buka jer tersenyum lebar saya....nak tahu apa dia....jeng...jeng...jeng......


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
 

Dapat voucher dari Vern's sempena besday saya (dah lama kot besday saya hahahaha) Syukur alhamdulillah. Boleh la saya ganti kasut saya yang menghilangkan dirinya tanpa khabar berita. 30% ok la tu kan...selama ni cuci mata jer lalu Vern's ni. Saya selesa pakai jenama Vern's ni. Saya ni jenis tak kisah jenama apa pun janji kaki saya ni selesa pakai. Tak kira la harga RM10 kalau kaki saya rasa tak sakit saya akan beli. En Suami nanti temankan Puan Isteri ni beli kasut yer... Tak sabar dah ni. Terima kasih yer Vern's sebab bagi voucher ni kat saya. Lenkali bagi lagi yer....Oh yer selain kasut beg pun ada kat Vern's ni. Saya pun penah beli handbag Vern's ni. Cantik menarik tertarik la jugak.....errrrrr En Vern's sila bagi saya diskaun melampau-lampau yer sebab saya dah tolong promote kat sini hikhikhik.....






Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday: Demam

Gamabr minggu lepas tengah dok sokseksoksek ngan batuk







Tuesday, May 8, 2012

Makan jer la kejenyer

Entry sebelum ni ada saya cerita yang saya ni asyik nak makan jer kan??? Memang time tu tak tahu la kenapa nafsu makan saya tahap melampau yang kalau orang tengok mesti akan geleng kepala banyak-banyak kali. Mungkin perubahan hormon dalam badan kot. Asyik la nak salahkan hormon padahal sendiri punya selera cam hape jer kan???

Ada sekali tu saya beli nasi lemak bungkus daun pisang ngan bihun. Memula tu makan nasi lemak pastu cam nak rasa bihun la pulak. Member sebelah dah tegur tapi saya kata just nak rasa jer. Alih-alih hambik ko sebungkus bihun tu saya habiskan. Sume pun dah cam tak cayer jer betul ke saya yang makan ke ada belaan hahahaha...yer memang saya ada belaan. Bela cacing dalam perut yang sentiasa la lapar. Saya pun heran gak??? tetiba wat-wat konfius kan???



Ini adalah kudapan saya sementara tunggu lunch. Cer tengok kurma tu. Tinggal sebijik jer kan? Sebenarnya dah habis pun. MAsa entry ni dikarang dah 3 minggu bekas tu kosong. Tolong la En Suami, tolong la penuhkan kembali bekas yang kosong tu. Dah banyak kali bagitau tapi asyik la lupa jer....ni kalau bekas satu lagi tu kosong apa yang Puan Isteri ni nak makan??? Sanggup ke tengok Puan Isteri ni kurus????




Monday, May 7, 2012

Cinta pandang pertama

Serius saya jatuh hati dengan baju ni. tak tahu kenapa mula-mula nampak baju ni terus rasa macam oh...cantiknya... mungkin corak pada baju tu lain dari yang lain. Selalu kita tengok corak bunga atau abstrak kan tapi ni corak ranting-ranting kayu. Nyaris nak terbeli hehehehe tapi memandangkan kain tu dah ada orang tempah maka saya terpaksa melupakan niat suci murni saya tu...tapi SA kedai tu kata kalau nak nanti dia bagitau bos dia. Kain tu pun dah lama simpan sebab orang yang nak tu tak datang-datang. Agak-agak boleh ke saya memiliki kain tu???