Showing posts with label KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERJA. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Weekend di office

Bosannya la dah lama tak bekerja dihari minggu...start bulan dpn dh mula dengan duti roaster malam plak. Kena set mind ni nk keje mlm. Dekat setahun agaknya tak duti malam. Bukan la masuk keje di malam hari. Biasanya kul 12 or 1 ptg baru masuk keje. Tengok pada waktu operasi. Kalau tutup kol 10 masuk kul 1 la...

Selalunya kerja weken ni santai sikit. Tapi tu la mAcam tak best sebabnya dah lama tak kerja kan. Biasa weken duk umah bermalas malasan.

Errrmmmm tak perlu la merungut. Dh ini punca rezeki kita kan..saya syukur sebab punya kerja tetap. Suasana tempat kerja pun ok. Kawan kawan pun semua xde masalah. Alhamdulillah...alhamdulillah...




Friday, September 19, 2014

2 kerja

Saya sekarang ni jadi pengganti kawan yang sedang cuti bersalin. Insya Allah bulan 11 nanti dia masuk la semula. So kerja-kerja dia memang saya la yang kena siapkn. Kebetulan sebelum dia bersalin haritu dia baru dapat projek yang kena siapkan bulan 11. So saya la yang kena sambung.

Saya buat 2 kerja la sekarang ni. Nasib la kerja saya tak la banyak & urgent sangat. So boleh la nak concentrate pada kerja kawan saya tu. Actually tak la susah mana pun. Sebab kerja-kerja tu pun saya pernah buat gak dulu. Cuma bila dah lama tinggalkan jadi macam slow la sikit. Lama-lama dah ok la. Harap-harap cepat la siap projek ni.

Thursday, May 8, 2014

Baju Penyelamat

Semalam bangun lambat. Tengok-tengok jam je lagi 5minit kul 7. Biar betul!!!!!Tengok plak jam henset. Aah la lagi 5 minit kul 7. Maunya saya tak melompat dari katil....tipu...tipu...hehehehe kalau saya melompat bergelimpangan la Cik Auni sayang musuk mummy tu. 

Saya dah sedar en suami balik. Cumanya saya tak sedar dia g ambik budak sekolah. Selalunya dia sampai rumah dalam pukul 5 camtu. Time ni memang la Cik Auni pun akan bangun sekali. Dah terbiasa agaknya dari dalam perut lagi. Time ayah balik jer dia pun sibuk nak bangun gak. Anak ayah sangat. Tapi malam-malam nak tidur cari mummy gak. Bangun tidur mummy takde kat sebelah pun melalak merajuk-rajuk. Ikut perangai sapa la tu kuat merajuk *senyuk sengeh... Biasanya saya akan bagi dia nenen & dia akan tidur balik. So saya pun tidur gak la. Peluang beb...mana boleh lepaskan hehehehe

Dan biasanya kalau ayah auni nak g ambik budak sekolah saya akan sedar. Tapi entah macam mana boleh tak sedar langsung...fuuuhhhh...memang la jam kat bilik & jam henset tu cepat 15minit. Tapi bila dah tetiba bangun mengejut maunya tak gelabah bewak...Dengan Cik Auni sekali terkejut. Sudah menangis la budak tu. Dah nak kena pujuk dia plak. Dia pagi-pagi kalau nangis mana nak dengan orang lain. Nak mummy jugak. Tak kira...nangis ke hapa ke mummy bagi gak kat wan dia. Pandai-pandai la wan dia...hehehehe...eh eh tak la...saya pujuk la elok2 Cik Auni tu. Wan pun pujuk gak. Dia dah ok baru saya g mandi.

Saya plak jenis yang gosok baju waktu pagi. Dah lewat camni cari je la baju penyelamat. MAsa ni la rasa nak beli baju jenis camtu. Tak yah gosok pun tak pe. Tak de kesan pun. Tudung plak recycle je tudung yang dah pakai. Tapi make sure tudung yang jenis sarung awning keras tu yer. Sebabnya kalau tudung tu kan dah pakai kita akan sangkut bagi awning dia tak rosak. So tak payah la nak iron lagi. Tapi jangan la plak korang pakai tudung yang dah berbulan tak basuh. Saya tudung awning weken je saya akan basuh. Kalau bawal leh humban je dalam washing machine.

Rasanya semua orang ada kot baju penyelamat ni. Boleh pakai waktu-waktu kecemasan cam saya ni. So lepas ni leh la cari kain yang xyah gosok pun tak pe. Senang nak pakai kan...

Saturday, March 29, 2014

Hari Sabtu yang bekerja

Sangat boring bila hari Sabtu kena bekerja. Bukan la nk mengeluh. Tapinya kalau kerja hari sabtu kena kerja kat kaunter. Pagi-pagi ni mana ada student nak masuk sangat. Biasala kan...saya dulu pun penah jadi student so tau la kehidupan student ni macam mana.

Pc plak ada satu je. Itupun buka boleh guna untuk buat benda lain. Maksud saya buat kerja lain la. Pc tu memang khas untuk transaksi kat kaunter je. Staf yang bekerja plak ada 3 orang. Tu kalau bilik komputer buka tinggal la 2 orang kat kaunter ni.

Kerja hri sabtu memang mengantuk. Mengantuk sebab nak tunggu student masuk. Kalau boleh buat kerja kt tempat sendiri tak pe la jugak. Tv plak cerita kartun je. Budak-budak boleh la nak tengok kartun. Yang mak bapak budak ni buat muka toye je....

Cepat la masa bergerak. Cik Auni tak sihat plak. Semalam batuk ngan selsema. Nasib malam tadi tdo ok. Layan je la kartun kat tv ni....

Thursday, March 20, 2014

Merempit lagi

Hari pergi kerja naik motor. En suami nak betulkan kete. Ada masalah sikit kat tempat minyak hitam tu. Pastu nak buat balancing sekali. En suami nak hantar. Pastu Pn. Isteri yang baik hati tak nak menyusahkan en suami maka dengan rela hati pn isteri merempit la hari ni. Bukan tak biasa pun. Cuma dah lama pergi kerja tak naik motor. Lagi pun en suami sayang sangat dengan pn isteri. Risau kalau jadi apa-apa kat pn isteri. 

Pn isteri ok jer. Tak kisah pun. Lagipun tahu en suami penat. Kalau en suami hantar nak kena ambik plak balik nanti. Bukan apa pn isteri kan tak suka menunggu. Lagi pun tak nak la susahkan en suami. Selagi pn isteri boleh berdikari Insya Allah pn isteri akan berusaha.Tak jauh pun. 

Alhamdulillah sampai tempat keje dengan selamat. So marilah kita memulakan kerja....




Tuesday, March 18, 2014

Feeling2 kat tempat sejuk

Pg tadi kuar dr kawasan rumah je tgk jln berkabus. Bila jalan depan sikit kabus makin tebal. Buka la lampu. Mmg x nmpk jln. Terfikir gk ni jerebu ke kabus. Kalau jerebu xkn x hilang lagi. Dah 2 3 hari hujan. Tapi semalam bomba masih lagi melakukan kegiatan memadam api. Siap pakai helikopter lagi.

Bila jalan lagi cermin kete cm basah plk. Oooo kabus rupanya. Memang tebal. Sapa-sapa yg x padang lampu mmg x perasan ada kete dr arah bertentangan. Nak memotong pun tak berani risau kalau- kalau kereta dari arah depan x pasang lampu. Nasib la harini tergerak nak kuar rumah awal sikit. Sikit jer la. 5 minit awal dari biasa. Sebabnya cik auni tdo. I.Kalau dia x tdo mau la nk gomol2 dia dulu. Ermm cmni la kalau ada anak. Pergi kerja nk lambat, balik kerja kalau boleh org pertama yg punch card....

Thursday, July 12, 2012

Camni la kalau pas cuti

Habis semua fail saya bukak. Ni baru cuti 2 hari. Kalau seminggu camne la gamaknyer yer...Nampak gayanya pas raya baru boleh plan cuti-cuti mesia. Itu pun kalau keje semua ok.


Wednesday, June 6, 2012

Kesibukkan

Salam kawan-kawan...

Dah boleh bernapas sikit walaupun masih sangkut-sangkut...Apa yg bz sangat tu????? Cam saya bagitau sblm ni kan, kat rumah bz...kat opis bz....meh nak cerita sikit...

Kita mulakan dengan kerja-kerja ditempat kerja. Bulan 5 aritukan ada book fair kat KL. KL International Book Fair yang diadakan setiap tahun. Cuma tahun ni saya tak pergi kerana kesihatan yang kurang mengizinkan...So dah lepas book fair ni makanya banyak la listing yang supplier email. So listing-listing ni la nak kena semak & sebelum diorder...Alhamdulillah dengan bantuan kawan-kawan kerja-kerja ni pun berjalan dengan lancar...

Kesibukkan yang kedua ialah...membuat persiapan majlis perkahwinan adik saya. Selamat Pengantin baru buat Siti & Mazrik. Semoga kekal bahagia selama-lamanya...penatnyer masih terasa lagi. Biasa la kan kenduri kat kampung. Cumanya kenduri ni dibuat dirumah pakcik saya. Alhamdulillah rezeki adik saya. Ye la saya pun baru kawen 3 bulan. Penat pun tak habis lagi kan...Majlis kawen ni kan kerja besar bukan macam kenduri-kenduri biasa. Walaupun pakcik ambik katering tapi majlis nikah kami tetap buat rewang. Makan beradap juga dimasak sendiri oleh pakcik2 & makcik2 saya. Kalau rewang ni best sikit. Rasa meriah jer...

Nanti saya upload gambar adik saya yg sweet tu yer...cam kakak dia gak sweetnyer.... ;-))






Friday, May 11, 2012

Selamat berkursus







Kursus: ETOS Kerja Professional
Tarikh 11hb - 13hb Mei 2012
Tempat: Hotel Impian Morib, Banting (cam pic diatas)


Mode: akan rindu-rinduan huhuhu





Friday, May 4, 2012

Saya yang kurang kasih sayang

Alololo comelnyer pic ni...hehehe...masuk bakul angkat sendiri kan. Tak pe la sapa lagi nak puji saya kan. Tapi En Suami tak suka plak gambar ni. Dia kata dia kurang hensem hahaha...apa-apa lah...

2 hari ni En Suami balik lambat. Maka tertunggu-tunggu la Puan Isteri ni dikeheningan pagi yang sunyi. Sentap tau!!! Katanya bos dah tukar baru so pengurusan pun baru la. 2 hari ada meeting bos plak stay sampai pagi huhuhu...biasa la bos baru memang kena ambik tahu pasal pekerja kan...

Sekali pagi tadi En Suami  kata lepas ni memang tak boleh balik awal dah...pergi keje pun on time. Kalau dulu boleh lagi nak kaotim2 ngan member-member tapi pas ni dah tak boleh. Sedih jer saya dengar. Tapi nak buat macam mana dah itu kerja En Suami. Walaupun dalam hati rasa sangat-sangat sedih tapi saya kena relakan jugak. Saya kena kuatkan diri menghadapinya...

Mungkin lepas ni masa kami hanya hujung minggu jer. Itu pun kalau En Suami tak kerja dan Puan Isteri ni tak ada kursus. Hari biasa memang masa kami amat-amat terbatas. Kadang-kadang tak sempat nak merajuk manja-manja. Pagi tadi balik kerja pun En Suami dah mengadu-ngadu rindu. Saya dengar jer dia cakap camtu sebak plak rasanya. Tapi saya taknak tunjuk depan dia. taknak En Suami rasa serba salah. 

Insya Allah saya akan cuba membiasakan keadaan ini. Nampaknya saya kena cari kerja-kerja yang berfaedah untuk saya lakukan sepanjang ketiadaan En Suami di rumah...buat masa ni saya sudah membeli buku sudoku untuk saya buat bila bosan nanti...agak-agak apa saya nak buat yer???

Mode: sedih huhuhuhu...



Thursday, April 26, 2012

Terbaiklah...




Saya rasa kan meja saya ni memang tak boleh kemas kot...kalau kemas pun paling lama bertahan adalah 1 hari. Kalau berhari-hari tu maknanya saya kemas meja sebab saya nak bercuti. Naik opis jer tenang jer bila tengok meja kemas. Tapi tak sampai tengahari sure macam ni lagi gayanya... ermmm entah la...dengan kerusi tunggang langgang dah rasa cam tongkang pecah pun ada huhuhu...

Rasa-rasa nak kemas tak meja ni. Tak payah la kot sebab jap jer tu hehehehe...selamat berkerja kawan-kawan...


Wednesday, April 18, 2012

Friday, April 6, 2012

Wanginya bilik saya seperti bilik pengantin hehehe...

Tajuk entry bukan main panjang lagi kan...xpe saje bagi tajuk panjuang2 camtu. Sebelum ni bilik saya adalah menggunakan pewangi ambi piur lemon yang saya tak berapa suka baunya. Saya suka dengan bau2an ambi piur ni tapi kalau lemon mmg kureng sikit la...selalu tu makcik cleaner tu akan letak yg lavender or rose. Agaknyer dia dah bosan ngan bau tu kot...

Tengahari tadi ada bacaan yasin kat salah satu department dalam opis saya. Cam biasa ada makan2. Gmbr ada pada caamerawomen. Malas nk minta. Kalau rajin nanti saya upload. Pastu dapat la bunga rampai yg dibungkus cantik dalam kain net ni. Cantik sebab dia warna merah!!


Wangi sangat. Dapat sekali dua tu....dalam tu siap ada duit syiling lagi. Teringat masa dulu2 kat kg kalau ada majlis cukur jambul mesti dapat bunga rampai ngan duit hehehe. Penah buatkan kat makcik yang nak wat majlis cukur jambul. Bunga rampai ni wangi. Dah semerbak bilik opis saya dengan bunag rampai ni.

Apa kaitannya dengan bilik pengantin????ye la orang dulu2kan suka letak bunga rampai ni dalam bilik pengantin. Sekarang jer beli yang dah siap. Sebab susah nak buat bunga rampai ni. Leceh sebenarnya nak potong nipis2 daun pandan tu. Sekarang beli jer aromaterapi yang kat kedai...ye ke benda tu namanya aromaterapi???? adeihhh tetiba ilang ingatan kejap.

Saya pun masa kawen aritu ada gak buat bunga rampai ni. Rasa segar jer bau bilik saya. Tu yang feeling2 bau bilik pengantin hehehehehehe....cam gatal tak????

Friday, May 27, 2011

Semalam yg entah kenapa

Korang penah tak tetiba rasa macam nak marah?? Xde sebab xde angin taufan tetiba je rasa cam nak wat amukan....

Saya tak ada la cam tu sekali kan sampai nak mengamuk ngamuk tak tentu pasal dah cam orang hilang akal ke hapa. Saya tengah cakap kat mmber opis ni la kan tetiba saya rasa saya tertinggi volume kat dia. Memang la ada yang tak kena tapi benda tu cam spontan jer. Pastu dia dtg tanya lagi..sy pun ter high volume lagi. Dia dah blh baru cam tersedar dari rasukan hehehe...

Adakah sesuatu telah menguasai diriku ini????



Wednesday, May 25, 2011

OIC

Semalam saya OIC (Officer In Charge). MAsuk pukul 1.00 ptg balik pukul 10.00 malam. Sangat syokkkkkkk...... syok la sgt kan. Sebulan 3 kali jer pun....

Ermmm camne nak citer ni. Tetiba blank plak....camni...selalunya kalau saya OIC saya sentiasa bersama adik-adik yang sentiasa memanjakan saya hehehehe....sume keje dorang yang buat la. Jap2 "kak, sy g tutup lampu yer"...jap lagi "kak, saya nak cek itu nak cek ini"....1/2 jam pastu "kak, saya g sinun yer"...senang kata ko duduk jer la kat kaunter baca surat kabar sambil layan tv3 muahahaha...

Sekali semalam nak dijadikan cerita dah kul 9 lbh, nk time nak blk kira sume student dh kuar ada sorang adik ni "akak x tutup lampu aras 2 ke?" alamakkkkkkkk!!!!! errrr.....selalu ada orang tolong tutupkan hehehehe..... "xpe la kak sy g tutup jap yer" seeeeeeeeeeeee.....betapa baiknya adik2 saya kan hehehehe "akak g ambik bacaan gate ngan kunci sekali yer" sy pun ok la kan setakat nk ambik bacaan tu budak tadika pun tau kan.....

Sekali sampai kat gate tu..."aik mana aku nak tgk ni? ada 1 jer pun tpt yg kuar nombor. tapi kenapa la pelik sgt???" maka dengan lemah lembutnya sopan santunnya saya pun "akak x tau la nk baca yg mana. Akak tgk nombor dia cam pelik jer hehehe....kunci pun akak x tau yg mana" huhuhu sgt2 malu ok....tapi tak pe lepas tu saya belajar sesuatu yang baru dari mereka. Walaupun mereka ni bawah saya tapi untuk mencari ilmu tak kira la dari siapa pun kan. Muda ke tua ke pegawai ke staf bawahan ke...jgn malu untuk bertanya. Selagi kita tak bertanya selamanya kita berada disatu tempat jer....

So kesimpulannya saya sentiasa dapat adik2 yang sangat memahami muahahahaha


Saturday, May 14, 2011

Salam Sabtu yang kerja

Ya hari ni saya kerja....nyaris tak terbangun pagi tadi. Semalam masuk petang sampai rumah pun dah dekat pukul 11. Layan citer Pirate pulak kat tv3. Tu pun mata dah tertutup-tutup. Tapi tahan gak nak tengok si Jack Sparrow tu. Gigih tahan-tahan mata sekali sambung pas nightline plak. Apa lagi angkut bantal masuk bilik la. Sekejapan sajer sudah dialam yang lain...

Agak bosan jugak kerja hujung minggu ni. Nasib baik la notebook adik kesayangan ada. Pinjam jap bw p opis ni. Tu pun sibuk tanya nak bw g mana. Cam la kat rumah tu 24jam ngadap notebook ni.

Esok apa plan korang???? Agak bosan gak kat rumah sebab adik-adik tak balik...ermmm entah la dorang balik ke tak minggu ni. Dah 2 minggu tak balik. Sok nak bangun lambat la...aci x hehehehe....

Monday, July 5, 2010

Bengkel taxonomy

Harini seharian ni OUM meghadiri bengkel taxonomy. Sgt berguna ilmu yg diberikan. Selalunya bengkel mgkelas bahan tapi kali ni bengkel taxonomy plak. Nk citer byk pun aku x expert sgt, nnti kalo ada gmbar aku upload ngan citer sekali yer...

xde apa sgt dah nk citer, nk lyn tv jap pastu nk tido...

Selamat malam semua....


Wednesday, September 9, 2009

Mood Raya Kah???

Dua hari ni cam malas jer nk g kerja. Selalu pas subuh terus mandi. Ni siap tidur balik tu...kul 7.30 baru hegeh2 nk mandi...selalu aku la org paling awal kuar umah tapi hari mmg rasa malas je nk melangkah kuar. Adakah disebabkan cuti 3 hari jadi malas???atau disebabkan mood raya dah sampai...boleh gitu hikhikhik....

Alhamdulillah sampai opis masih x merah lagi punch card. Internet pun ok. Sistem pun ok walaupun lembab cam siput B***. Ni kira ok daripada x blh buka langsung or berjam nk tggu 1 modul tu kuar...menyakitkan hati lagi2 time student ramai.

Semalam agak kureng sikit pagi2..Ekon rosak, lampu kat meja aku ni piun rosak (buat aku mengantuk+malas+xde mood nk wat kerja). Pepagi dh ade student wat hal rasa nk sekeh2 jer pala dia. cam x penah masuk library. kasi gua panas jer pepagi ni!!!!!!

Tengahari cam biasa berpusu2 masuk libray sebab bulan pose. tapi wat2 cam bulan x pose. Tergelak mengekek2, gurau senda, hilai tawa cam library ni umah dia...hellloooooooo ni library ok!!!!bukan funfair....sekali lagi wat aku naik hangin satu badan.

Petang cam biasa jjer cuma rasa masa tu lmbt sgt. x sabar2 dh nk balik walhal 4.30 dah cau.

Hopefully today x macam semalam...

Monday, June 29, 2009

Mulakan hari ceria

Dimulakan dengan bismillah....

Alhamdulillah arini datang kerja dengan hati yang tenang. Biasa la hari isnin haruslah kena mula dengan yang baik2, yg positif2 kan??? dengan harapan minggu ni akan dipenuhi dengan keceriaan...(ceh ayat penuh pengharapan...)

Hari ni pun cuaca elok. Langit terang...
Hatiku pun berbunga2, bersemangat nk bekerja

TAPI......

Masuk2 opis on jer ekon betul2 depan mata tingkap x tutup...ish pantang betul aku. Ternganga luas plak tu!!! ni yg wat spoil mood 1 minggu ni. Ni yg nk hangin ni!!!!

xpe sabar...sabar....

Tu kalo dah tingkap x tutup tu apa maknanya tu????cuba jawab. xkan x nmpk tingkap tu tbuka luas cam mulut buaya. bukannya jauh pun suis ekon ngan tingkap tu. kalo jadi apa2 sapa nk jawab. xkan aku kot!!!! kalo bukan aku pun dh aku pun keje sama kat dalam opis ni dh sah2 nnti aku kena soal siasat gak. ni yg menaikkan darah aku ni. Lama2 kang darah tinggi plak asyik naik darah jer...

Huh malas aku nk bising, bebel pjg2...ingatkan boleh la ceria2 selepas balik kg. Lain plak jadinya. Sajer jer pagi2 nk wat org hangin...








Aku kena terapi untuk hilangkan semua aura2 negetif dalam badan aku ni...supaya esok lusa & sepanjang mggu ni aku dalam emosi yang stabil. Tapi K.zai nk cuti balik kg naik train. nak ikut!!!!!!!!!!!


Saturday, June 13, 2009

Sabtu yg keje

Hari ni sistem still problm lagi. So nk wat keje mmg malas x boleh. Semalam En hafiz bg senarai buku suh check. K.zai pun bg gak senarai buku. Yg ada kat aku pun x siap lagi. Bila tah boleh siap. Jawapan tu kena tggu sistem ok. Student pun cam x ramai. Ingat nk buat jadual SA. Kena tukar lagi sbb lastt week ada sorang SA tu x dtg. Bab tukar2 jadual ni lemah sikit. Pening ooo nk wat. Wat kat umah jer la.

Next week k.zai cuti 2 hari. Cam bosan jer...kalo sistem ok xpe la gak. ( cam rajin sgt je nk wat keje). MQA mass com ari selasa. Tu pun x kira gak. selalu kita tggu x dtg. kita x tggu dtg plak. tapi sume dh ready. Thanks tu k.zai sbb dh siapkan sume dokumen.