Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Monday, May 6, 2019

Rindu yang tak pernah hilang

Isnin 1 Ramadhan 1432H - Isnin 1 Ramdhan 1440H

8 tahun abah tinggalkan kami. Tiada lagi sahur dan berbuka dengan abah. Setiap 1 ramadhan pasti kenangan ini yang bermain difikiran. Terbayang-bayang diruang ingatan...

Terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Diluahkan...namun bagaikan ada sesuatu yang tersekat. Moga Allah ampunkan segala dosa abah dan tempatkan abah dikalangan orang-orang yang beriman. Hanya doa yang dapat dikirimkan...abah, tenanglah di sana...

Friday, December 5, 2014

Hujung minggu hari bersama tersayang

Yeaaaaa.....hari ni dah Jumaat. Maknanya esok & lusa cuti. Biasa la bila Sabtu & Ahad menjelma memang sangat-sangat dinantikan oleh semua orang. Lebih-lebih lagi bila dah berkeluarga.

Takde plan nak kemana pun. Pada saya duduk rehat-rehat kat rumah, bermalas-malasan, bergolek-golek ngan tersayang pun dah cukup. Semingggu 2 hari ni la yang paling ditunggu. Kalau petang-petang dapat g jalan-jalan kat taman ke, sambil-sambil beli barang keperluan keluarga pun dah cukup bahagia. Seronok tak terhingga rasanya. 

Oh minggu ni kakak ipar saya yang kat Selayang tu nak balik. Hampir sebulan mereka tak balik. Selain ziarah mak mereka nak membaja kebun katanya. Teringat masa sekolah dulu. Rajin gak saya ikut arwah abah ke kebun menolongnya. Seronok rasanya walaupun masa tu rasa macam eh tak bestnya kena tolong abah kat kebun. Orang lain boleh duduk-duduk kat rumah tengok tv tapi saya kena pergi kebun. Tapi bila dah sampai kebun rasa tenang je. Sambil-sambil rehat abah selalu nasihatkan kami adik beradik. Ye la masa kami kat rumah pun tak banyak. Abah balik kerja je dah penat. Petang kang ambik upah lain plak. So masa yang ada walaupun sedikit akan digunakan sebaiknya.

Saya dari kecik lagi memang selalu tolong mak abah kat kebun. Dari duduk felda, tolong kutip getah sekerap sampai la kami pindah ke kampung mak abah. Tolong pergi sawah ngan kebun kelapa sawit. Nampak betapa susahnya mereka cari duit untuk membesarkan anak-anak. Untuk pelajaran anak-anak apa pun sanggup abah lakukan. Saya rasa itu cara orang dulu nak dekat dengan anak. Bukan macam sekarang bawa anak-anak pergi taman, bercuti time cuti sekolah.

Orang dulu susah. Itulah cara arwah abah nak luangkan masa dengan anak-anak. Bukas sengaja ajak kami ke kebun menolongnya. Dia tak kisah pun kalau kami buat kerja main-main. Sebenanya dia nak curi masa bersama anak-anak.

Didikan anak dulu dengan sekarang dah berbeza. Kalau dulu arwah abah mesti sediakan rotan kat rumah. Hancur je abah cari lain kat hutan. Setakat berbirat kaki tu dah biasa. Tak sekolah je kena rotan. Tak nak mengaji je kena rotan. Didikan sekarang llebih kepada psikologi. Mana boleh rotan-rotan anak zaman sekarang. Kang jadi kes dera plak. Tapi saya hairan la kena orang dulu-dulu kena rotan takde plak dorang dendam ke hapa pada mak bapak kan. Kira habis kat situ jer. Esok-esok kalau buat lagi kena lagi. Walaupun macam tak serik kena rotan tapi ok je. Cer cuba rotan anak-anak zaman sekarang....

Itulah zaman dah berubah. Persekitaran pun dah berubah. Cabaran makin besar dalam mendidik anak-anak di zaman serba canggih sekarang ni. Akan datang apa pulak yer....

Thursday, November 20, 2014

Merinduimu

Tak tahu macam mana nak mulakn bicara. Saat dirinya hadir terasa begitu seronok sekali. Saat dirinya pergi menghilangkan diri terasa ingin sekali mengekorinya. Tapi semua tu hanya mainan tidur sahaja.

Seandainya masa boleh dikembalikan semula, pastinya saya akan berkepit saje dengannya. Lebih-lebih lagi disaat akhir usianya. Tapi itulah kekesalan yang saya rasa tak mungkin saya maafkan. Terasa diri begitu berdosa. 

Syukur saya masih bertemunya di dalam mimpi. Adakah dia juga merindui saya sepertimana saya merinduinya. Perasaan ini tak dapat dibendung lagi. Segalanya akan terluah juga disini. Tapi kadang-kadang saya begitu lemah. Nak luahkan disini pun tak terdaya. Tapi saya tak boleh biarkan ianya bersarang terus di dalam hati saya. 

Sememangnya saya belum cukup kuat lagi. Saat rindu ini menerpa lagi la saya lemah. Hanya doa yang dipohonkan agar saya dapat bertemu dengannya lagi suatu masa nanti.

Al-Fataihah untuk arwah abah....

Tuesday, May 21, 2013

Rindu Bertamu Lagi...

Setiap hari saya rindukan dia. Tak pernah sekali pun saya melupakannya. Ye saya rindu sangat kat abah. Abah muncul lagi dalam mimpi saya. Masa tu saya dalam pantang. Saya tak ingat dah berapa hari saya berpantang. Dalam mimpi saya tu hanya ada saya, abah dan adik saya yang sama-sama bersalin dengan saya. Saya tahu abah datang nak tengok cucu-cucu baru. Saya tak sempat nak ziarah kubur abah sebelum saya bersalin. Tapi saya tak pernah lupa untuk sedekahkan doa setiap hari. Saya tahu abah pun rindukan saya. 

Saya bagitau mak pasal mimpi tu. Mak hanya minta saya sedekahkan Al-Fatihah untuk abah. Setelah saya bergelar ibu, saya baru saya tahu yang pengorbanan ibubapa memang tiada nilainya. Mereka nak yang terbaik buat anak mereka. Dulu abah selalu ingatkan kami supaya jangan lupakan ibubapa. Pengorbanan mereka membesarkan anak-anak demi melihat anak-anak berjaya. Walau susah, walau sakit, walau lapar, anak diutamakan. Saya sedikit terkilan sebab hanya sebentar saya dapat membahagiakan abah. Kalau boleh saya nak bawa abah berjalan-jalan lagi. Nak senangkan abah. Nak gembirakan abah.

Kesenangan sedikit yang saya berikan takkan sama dengan jasa abah membesarkan saya. Memenuhi segala kehendak saya...menceriakan kesedihan saya, melupakan kesusahan saya.....satu-satu kenangan itu bermain dikepala saya. Saya tau saya hanya boleh mengembalikan semua itu dengan kenangan sahaja. Selebihnya berdoa agar saya dapat bertemu abah di dalam mimpi. 

Maaf saya terlalu emosi.....

Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Abah


Tak tahu macam mana nak mula...tiap kali teringat abah pasti air mata akan bergenang. Hampir setahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga, seperti baru semalam saya berada di tanah perkuburan. Terasa berat kaki ni nak melangkah pergi meninggalkan abah. Tapi hidup mesti diteruskan. Perjalan hidup ini masih panjang lagi. Yang pergi tetap pergi, yang masih ada kena teruskan perjalanan ini.

Abah memang seorang yang garang. Garang dan tegas sebenarnya. Selama hampir 31 tahun bersama abah ketegasan itu memang sebati dalam diri ini. Sejak kecik rotan memang sentiasa ada dalam rumah. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi memang abah guna rotan tu tuk kami adik beradik. Kecik-kecik memang puas kena rotan dengan abah. Tak pergi mengaji kena rotan, abah panggil 3 kali tak menyahut kena rotan, tak buat kerja sekolah kena rotan, senja-senja baru nak balik rumah kena rotan. Hancur je rotan abah cari lain. Dulu rotan senang nak cari sebab abah ada berkawan dengan orang asli. Kalau masuk utan jer mesti balik bawa bekalan rotan. So rumah kami memang sentiasa ada rotan kat dinding rumah.

Abah sangat menitikberatkan pelajaran pada anak-anak dia. Pesan abah yang tak mungkin saya lupa sampai bila-bila..."abah tak ada harta nak bagi pada anak-anak, abah cuma mampu bagi pelajaran je. Belajarlah sampai mana sekalipun abah akan usahakan"  Abah tak pernah menghalang kami untuk terus belajar setinggi mana yang kami mahu. Dan saya sangat-sangat berterima kasih pada abah atas nasihat itu. Masa kami sekolah rendah setiap bulan abah akan melihat semua buku-buku latihan kami. Kalau kami ada buat kesalahan dia akan tanya kenapa benda tu boleh salah. Kalau saya dapat markah sikit dia akan tanya kenapa saya tak boleh dapat markah tinggi sedangkan orang lain boleh. Belajar di kelas yang sama, cikgu yang sama, pelajaran yang sama. Dek kerana tak mahu disoal benda yang sama setiap bulan dan dah semestinya saya tak dapat nak menjawab semua soalan abah tu maka setiap hari balik sekolah jer saya akan siapkan segala kerja sekolah dengan cepat. Kalau budak-budak sekarang mesti beribu jawapan yang diberikan. Saya dulu sangat takut nak menjawab dengan mak abah.

Subjek yang paling saya suka matematik. Saya rasa sangat ikut abah. Abah sangat cekap dengan sifir. Dia akan pastikan anak-anak dia hafal sifir 1-12 masa sekolah rendah. Bila ada masa terluang jer dia kan tnya sorang-sorang. Kalau tak dapat jawab mesti kena rotan. So malam-malam memang saya akan hafal sifir dan saya akan baca kuat-kuat. Saya tak tahu kenapa saya suka baca sifir kuat-kuat. Hasilnya darjah 3 saya dah hafal sampai sifir 12 dan darjah 5 saya boleh hafal sifir sampai 24. Terima kasih abah....

Berkat didikan dan doa abah saya berjaya bawa abah dihari konvokesyen saya. Lepas SPM saya tak dapat kemana-mana universiti. Tapi abah sentiasa bagi saya semangat walaupun ketika itu saya sedih sebab kawan-kawan semua dapat masuk u. Walaupun result SPM saya bagus tapi itu tak cukup bagi abah. Abah tak mahu saya jadi macam dia yang tak ada pelajaran dan kerja kampung jer. Dia nak saya bekerja di office duduk dalam bilik aircond tak berpanas berhujan. Ye memang sekarang saya kerja dalam bilik yang beraircond. Semuanya sebab abah...

Bila saya dah beli kereta, abah tak nak orang lain bawa dia. Bukan dia memilih anak tetapi dia lebih selesa dengan saya. Saya memang rapat dengan abah sejak kecik lagi. Nak apa-apa mesti minta dengan abah. Nak g toilet pun nak abah yang temankan...kecik-kecik memang selalu ikut abah pergi kebun. Kutip getah, tanam jagung, cari cili, kutip kelapa sawit. Sebab tu kami serasi bersama. Dan semua kata saya anak kesayangan abah. Tapi sebenarnya tidak! Abah sayang semua secara adil. Mungkin sebab saya faham perangai abah macam mana.

Tahun akhir abah bersama kami dia ada kata teringin nak pergi pantai. Alhamdulillah saya berjaya bawa kami sekeluarga bercuti di Pulau Pangkor. Happy saya tengok abah waktu tu. Mandi laut, snorkling, main tepi pantai best sangat waktu tu...

Seberapa banyak pun yang saya buat untuk abah tak kan terbalas pengorbanan abah pada saya. Yang paling saya terkilan sekali bila abah tak sempat tengok saya kawen. Sangat sebak dihari pernikahan saya bila abah tiada disisi.....

Terlalu banyak yang nak saya ceritakan tapi saya dah tak termampu. Ni pun tangan saya menggigil, mungkin kerana terlalu memaksa untuk ingat segala kenangan bersama abah. Tak tertahan rasanya nak biarkan air mata ni bergenang. Cukup la sampai sini dulu. 
Al-Fatihah untuk abah....
Miss u....

Tuesday, April 3, 2012

Terima Kasih Abah....


Terima kasih yang tak terhingga buat arwah abah. Walaupun abah dah tak ada, saya pasti abah gembira di sana. Alhamdulillah 10 Mac 2012 tepat jam 3.20 petang saya telah menjadi suri kepada Mohd Firdaus Ab Hamid. Cuba 2 kali abah berjumpa dengan suami saya. Sempat saya kenalkan dengan abah. Dan abah sangat merestuinya.

Abah, segala nasihat abah masih tersemat di dalam hati ini. Insya Allah saya akan berusaha menjadi isteri yang solehah dan disenangi suami. Semuanya masih segar dalam ingatan saya sebelum saya menjadi seorang isteri. Insya Allah saya akan buat yang terbaik seperti mana yang abah mahukan.

Didikan abah yang paling sempurna, kata-kata abah yang paling mujarab, nasihat abah yang paling berkesan dan pesanan abah Insya Allah akan saya ingat selamanya...

Kini, saya bukan lagi tanggungjawab abang. Semoga perkahwinan ini akan kekal selamanya hingga ke syurga.

Abah, I miss u.....




Tuesday, August 23, 2011

23 Julai 2011

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H abah telah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah untuk abah. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang berimman.

23 Julai 2011, 5.00 pagi
Saya terdengar suara abah mengejutkan abang. Diselang seli dengan suara mak. Sambil menahan sakit sambil abah mengucap syahadah. Setelah beberapa katika suara abang tidak jugak kedengaran saya bangun untuk melihat apa yang berlaku. Saya tengok mak mengusap-usap perut abah sambil mengejutkan abang yang tak bangun-bangun dari tadi. Saya pun bertanya kenapa dengan abah. Mak kata abah sakit perut. Keadaan abah masa tu memang tak senang duduk. Dengan suara yang tercungap-cungap, dengan nafas yang turun naik turun naik. Memang keadaan abah masa tu teruk sangat. Baring tak kena, duduk tak kena....sudahnya abah mengiring di kusyen. Mak masih lagi menyapu minyak ke perut abah. Saya pulak picit bahu abah sebab abah kata angin tak keluar. Sendawa pun tak, kentut pun tak...seperti ada angin nak keluar tapi tak keluar.

Tak lama lepas tu abang bangun. Mak kata abang baru je balik, mingkin penat sangat sampai nak buka mata pun tak boleh. Abang pulak ambik alih tugas mak menyapu minyak kat perut abah. Abah sememangnya ada gastrik, tapi tak pernah lewat makan. Cuma malam tu abah ada minum air bergas seteguk. Itupun sebab dia teringin sangat masa balik dari kenduri malam tu. Mak pulak dah bising-bising kat abah kata abah tak jaga makan. Abah kadang-kadang dia langgar jugak pantang larang. Apa yang tak boleh makan kadang-kdang bila teringin dia makan gak. Tapi selalunya tak banyak pun. Sekadar untuk menghilangkan keinginannya.

Sudahnya pukul 6 lebih abang bawa abah pergi hospital. Dalam pukul 8 lebih abah dah balik kerumah. Dapat la ubat gastrik dan ubat angin....



Thursday, August 18, 2011

Beberapa hari lagi...

Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut syawal. Tahun ni tak tahu la macam mana kami sekeluarga menyambut hari raya. Satu perubahan yang sangat besar berlaku......





Thursday, August 11, 2011

Kuatkah anak abah ini

Abah,
dah 11 hari abah tinggalkan kita. Tapi kita tak rasa pun abah jauh dengan kita. Kita rasa abah dekat je dengan kita. Selalu je tengok-tengok kita. Orang kata bulan puasa arwah orang yang meninggal akan sentiasa berada dirumah. Syukur abah pergi pada 1 Ramadhan. Bermakna memang abah tak pergi mana-mana kan???

Abah masih tengok kita bila kita pergi kerja kan....abah duduk kat depan tengok kita pergi kerja. Petang pulak kalau abah tak pergi mana-mana abah duduk tunggu kita balik kerja kan....

Abah,
kita rindu kat abah....kita nak jadi macam abah. Sentiasa sedekahkan alfatihah untuk arwah embah. Tapi kadang-kadang kita tewas dengan perasaan kita sendiri. Kita tak kuat macam abah. Air mata ni cepat je nak turun. Tapi seboleh-bolehnya kita kuatkan diri supaya tak nangis kat rumah. Nanti mak tahu. Kalau mak tahu mak lagi sedih. Kita tak nak mak sedih....

Abah,
Lebih kurang 19 hari lagi nak raya. Selalu malam tujuh likur abah sibuk pasang lampu. Pastu selalu nk gaduh-gaduh ngan kita kan. Kita suka pelita tapi abah lebih suka pasang lampu letrik. Lampu kelip-kelip abah lagi suka. Lagi banyak lagi meriah. Tapi kita tetap nak pasang pelita. Abah kata leceh nak kena isi minyak. Bila kita beli pelita terus abah cari buluh. Abah jugak yang cacak buluh tu kat tanah. Kalau minyak habis abah yang tolong isikan. Kalau hujan abah jugak yang tolong kutip pelita-pelita tu semua. Pastu abah gelak-gelak sebab lampu abah walaupun hujan boleh hidup...tapi tahun ni sapa nak pasang lampu tu semua. Kita tetap akan beli lampu kelip-kelip tu untuk abah tapi tak tahu la sapa yang nak pasangkan...kita pasang sendiri la yer...kita kan selalu tengok abah pasang-pasang wayar kat lampu-lampu tu. Mesti boleh kan???

Abah, kita stop kat sini dulu yer...nnti bila-bila kita cerita lagi. Kita sayang abah tau!!!!!

Monday, August 8, 2011

Al-Fatihah untuk ABAH

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, dikala umat Islam menyambut bulan yang penuh kerahmatan Abah telah pergi mengadap Ilahi di Wad 4C Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 9.50 pagi.

(saya tak cukup kuat untuk meneruskan......)

Al-Fatihah......


10 Ramadhan,
Hari ini ada kekuatan sikit untuk meneruskan entri special ini. Dan mungkin juga akan berlarutan sampai.......(entah saya pun tak tahu) walaupun bersambung-sambung mengikut kekuatan saya.

Baru saya perasan, tahun lepas 1 Ogos 2010 saya ditukarkan di Bestari Jaya Kuala Selangor. Abah la yang paling gembira sekali. Sejak kampus baru dibuka diBestari Jaya abah beria-ia minta saya tukar ke sini. Katanya dekat dengan abah & mak. 1 Ogos 2011 genap setahun saya disini. Alhamdulillah hajat abah tercapai juga untuk saya bekerja dekat dengannya. Saya anak abah yang paling rapat dengannya. Adik-adik, makcik pakcik semua mengatakan saya anak kesayangan abah. Walaupun saya tak pernah merasakan begitu. Saya rasa kasih sayang abah pada anak-anaknya adalah sama dan adil. Mungkin dari kecil saya memang rajin mengikut abah ke kebun, ladang getah, tolong buat kerja-kerja berat dan macam-macam lagi...mak pun perasan kalau saya nak apa-apa saya akan minta pada abah. Masa kecik-kecik nak gi toilet pun kejut abah. Saya sendiri lebih memanjakan diri saya dengan abah berbanding mak. Dan sebenarnya abah adalah seorang yang tegas dan garang. Kalau kita dengar & ikut kata abah Insya Allah abah akan lembut hatinya...

(satu-satu kenangan abah bermain difikiran saya)




Wednesday, July 15, 2009

Cuti

Salam semua...


Sori lama sgt meninggalkan kwn2 maya ku ini.


Actually last week aku cuti. X kemana pun. Just rehat2 dirumah. Menghilangkan tension & merehatkan minda (cewahh...)



Ni bkn nk citer pasal cuti last week tapi citer pasal cuti Isnin Selasa this week. Aku EL sebab abah dimasukkan ke hospital. Terkejut sebab baru masuk keje Isnin tu abang call bgtau abah kena patuk ular. Hanya Allah jer yg tahu perasaan ku ketika itu.



Abah lepas makan ubat dapat la rehat jap...

Call adik2 yg lain tggu dorang jap pastu terus ke hospital. Sampai jer hospital abah dh dimasukkan ke wad. Aku tgk tgn abah bengkak. Keadaan abah agak lemah. Risau xyah kata la time tu. Mak sentiasa disisi abah. Mak kata abah baru jer di masukkan ke wad. Dari pukul 11 kat emergency room. Doktor ambil sample darah cek itu cek ini...lama gak la mak kata.


Kami semua tggu abah sampai kul 7.30 mlm. Kami suh mak balik dulu mandi rehat2 jap. Tapi mak kalo abah kat hsptl mana naknyer dia rehat2. Pas mandi semua dan dan tu suh abang antar dia ke hospital. So malam tu mak la yg tunggu abah.


Soknya masih xdpt apa2 berita dr doktor. Masa kena tu abah x nmpk pun ular yg patuk dia. So agak ssh la kot doktor nk bg ubat. Tapi abah ikut cakap doktor. Ubat yang diberikan semua dimakan ikut arahan. Alhamdulillah abah semakin segar dan t.hari tu doktor kata abah dh boleh kuar.


Syukur sgt2...