Showing posts with label Hujung Minggu. Show all posts
Showing posts with label Hujung Minggu. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Hujung minggu hari bersama tersayang

Yeaaaaa.....hari ni dah Jumaat. Maknanya esok & lusa cuti. Biasa la bila Sabtu & Ahad menjelma memang sangat-sangat dinantikan oleh semua orang. Lebih-lebih lagi bila dah berkeluarga.

Takde plan nak kemana pun. Pada saya duduk rehat-rehat kat rumah, bermalas-malasan, bergolek-golek ngan tersayang pun dah cukup. Semingggu 2 hari ni la yang paling ditunggu. Kalau petang-petang dapat g jalan-jalan kat taman ke, sambil-sambil beli barang keperluan keluarga pun dah cukup bahagia. Seronok tak terhingga rasanya. 

Oh minggu ni kakak ipar saya yang kat Selayang tu nak balik. Hampir sebulan mereka tak balik. Selain ziarah mak mereka nak membaja kebun katanya. Teringat masa sekolah dulu. Rajin gak saya ikut arwah abah ke kebun menolongnya. Seronok rasanya walaupun masa tu rasa macam eh tak bestnya kena tolong abah kat kebun. Orang lain boleh duduk-duduk kat rumah tengok tv tapi saya kena pergi kebun. Tapi bila dah sampai kebun rasa tenang je. Sambil-sambil rehat abah selalu nasihatkan kami adik beradik. Ye la masa kami kat rumah pun tak banyak. Abah balik kerja je dah penat. Petang kang ambik upah lain plak. So masa yang ada walaupun sedikit akan digunakan sebaiknya.

Saya dari kecik lagi memang selalu tolong mak abah kat kebun. Dari duduk felda, tolong kutip getah sekerap sampai la kami pindah ke kampung mak abah. Tolong pergi sawah ngan kebun kelapa sawit. Nampak betapa susahnya mereka cari duit untuk membesarkan anak-anak. Untuk pelajaran anak-anak apa pun sanggup abah lakukan. Saya rasa itu cara orang dulu nak dekat dengan anak. Bukan macam sekarang bawa anak-anak pergi taman, bercuti time cuti sekolah.

Orang dulu susah. Itulah cara arwah abah nak luangkan masa dengan anak-anak. Bukas sengaja ajak kami ke kebun menolongnya. Dia tak kisah pun kalau kami buat kerja main-main. Sebenanya dia nak curi masa bersama anak-anak.

Didikan anak dulu dengan sekarang dah berbeza. Kalau dulu arwah abah mesti sediakan rotan kat rumah. Hancur je abah cari lain kat hutan. Setakat berbirat kaki tu dah biasa. Tak sekolah je kena rotan. Tak nak mengaji je kena rotan. Didikan sekarang llebih kepada psikologi. Mana boleh rotan-rotan anak zaman sekarang. Kang jadi kes dera plak. Tapi saya hairan la kena orang dulu-dulu kena rotan takde plak dorang dendam ke hapa pada mak bapak kan. Kira habis kat situ jer. Esok-esok kalau buat lagi kena lagi. Walaupun macam tak serik kena rotan tapi ok je. Cer cuba rotan anak-anak zaman sekarang....

Itulah zaman dah berubah. Persekitaran pun dah berubah. Cabaran makin besar dalam mendidik anak-anak di zaman serba canggih sekarang ni. Akan datang apa pulak yer....

Friday, October 24, 2014

Sepetang di kampung


Aktiviti kat kampung biasanya sama je tiap kali balik pun. Lagipun kampung bukan jauh sangat. 15-20 minit je dah sampai. Tapi tiap-tiap minggu nak kena balik jugak. Ye la sementara mak ada lagi kena la jenguk selalu kan...

Selalunya petang-petang kalau kat kampung bawa si kecik ni jalan-jalan je. Biar dia berlari-lari ikut suka dia. Kat rumah mak mertua terkongkong sikit. Sebab rumah taman. Lagipun jalan depan rumah mak mertua tu sibuk sikit. Banyak kenderaan lalu lalang. Pastu dengan motor yang laju-laju. Gate memang sentiasa tutup.

So bila balik kampung inilah peluangnya untuk sikecik tu explore. Main tanah, pasir, air lecak...seronok je. Yang tak seronoknya bila semua benda pun nak masuk dalam mulut dia. 

This week tak dapat balik kot. Sebab En suami kerja. pastu banyak plak undangan perkahwinan. Tak pe la Deepavali hari tu pun dah balik tengok mak. Kita balik minggu depan plak la cari ikan. Musim menuai dah habis ni. Banyak la boleh dapat ikan....

Saturday, February 8, 2014

Cerita Weekend

Ini cerita weken bila tah...biasa la kalo weken jer balik mah mak mula la macam-macam dalam kepala ni. Tapi kadang-kadangg 1 pun x menjadi.

Garlic bread & chicken soup
Happy weekend uollsss....

Friday, February 7, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam@Bukit Cahaya Seri Alam@Bukit Cherakah

Cuti-cuti hujung minggu ni korang g mana? Saya duk mah jer sebab last week dah berjalan ke Pahang. Apa kata korang pergi Taman Botani Negara Shah Alam. Taman Botani Negara Shah Alam dulunya dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam ataupun Bukit Cherakah.Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam.

Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa & RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas. Parkir pula RM3 yer.Antara tarikan taman botani ni ialah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah-buhan tropika.

Selain tu kat sini korang boleh gak membuat aktiviti perkhemahan, berbasikal mengelilingi taman, dan bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh la try skytrek. Bayaran dikenakan bagi setiap aktiviti ni yer.

Untuk maklumat lanjut boleh la korang terjah website dorang

Aritu saje saje jer bawa mak g sini sebab masa tu nk tengok salji jer hehehe. Pergi pun dah tengahari. So layan gambar je yer

Pergi sini semata-mata nk masuk rumah 4 musim ni jer. Padahal banyak lagi aktiviti boleh buat, cumanya Cik Auni kecik lagi so agak terbatas la. Tak pe lain kali leh pergi lagi kita round-round naik basikal plk.


Monday, September 9, 2013

Weekend datang lagi

Hujung minggu yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua orang melainkan korang yang memang jenis kena keje hujung minggu kan. Kawan saya weekend dia ahad ngan isnin. selasa sampai sabtu adalah hari bekerja. Pantai timur lain la kan. memang dorang cuti jumaat sabtu. 

Minggu ni dapat jumpa mak...hiphip hooreyyyy.........manyak ksyok oooo. Jumaat malam tu anta mak mertua umah alang. alang ada kursus 3 hari. So weekend mak mertua adalah di rumah alang. Saya ke rumah ros adik saya. kan dia baru pindah kuater. So kita tido 1 malam kat rumah dia. En suami cuti plak malam tu. 

Sabtu pagi kitorang gerak balik tanjong bawa mak sekali. Ye la mak dah seminggu kat shah alam. Adik ngan siti ada la lawat mak kat shah alam. OTW balik tu kawan en suami call nak datang rumah beraya. Raya dah habis la tapi tak kisah la kan. Tetamu tu kan pembawa rezeki. Lagipun wife dia baru habis pantang. So aci la kan datang beraya walaupun raya dah habis. tapi kuih raya banyak lagi ok!

Diskas-diskas dalam kete so singgah kedai jap beli mee kita buat mee goreng sajor. Nanti umah kitorang dah siap kita makan sedap-sedap yer. Yang tu confirm bukan saya la yang masak. Mak or mak mertua la jadi chefnya hikhikhik...

Tetamu datang dalam 12.30 t.hari. Borak-borak...makan-makan...sembang-sembang...ni kira bff en suami la. Anak dah dua. dua-dua lelaki. Yang 1st tu handsome. yg baby tak tahu lagi sebab baby kan muka berubah-rubah. Sekali tetamu dah balik en suami terus tanya saya. 

En suami: yang....masak tadi awak tak rasa ke?

Pn isteri: tak, nape?

En suami: awak ni cuba la rasa dulu...mee awakk tu masin...(hamboi kemain lagi komplen kan...dulu ok jer. masin pun telan jer...)

Pn isteri: oh yer ke???saya tengok bini tapek makan ok jer siap bertambah-tambah lagi. (baru nak kembang-kembang vontot tengok si dewi tu makan bertambah)

En suami: ermmm...entah la kot dia terpaksa telan sebab lapor (kuangjak cakap camtu kan!!!!!!)

hahahah....saya memang kalau masak saya jarang nak makan masakkan saya sendiri. tapi mak saya makan takde pun dia kata apa-apa. ke sajer jer en suami ni kan. Mungkin la masin sikit sebab saya tak perasan saya letak kicap masin or manis. Dah la letak sos tiram lagi..ngan garam lagi. agak masin la kot tapi malam  tu saya balik umah mak mertua tengok bekas mee tu licin jer...

Ahad kat mah mak bangun lambat ok hahahaha...mak dah siap kemas umah yang ditinggalkan seminggu itu. Mak pun dah siap beli nasi lemak lagi hehhehe...tak larat agaknya nak masak sebab tengok rumah cam hapa jer. Padahal abang ada je kat mah. Adik saya pun balik gak. so pas breakfast (tu pun dah kul 10) tu dia masak mee bandung plak. last week dia baru balik dari johor so ada la beli perencah mee bandung muar. 

tengahari cam kenyang jer. Hujan turun plak. Lebat plak tu. elok kul 2 lebih reda sikit. mak ada marhaban. mak kalau hujung minggu jer mesti sibuk ngan persatuan marhaban dia. Malas nak masak. so kita buat lempeng cicah sambal ikan bilis jer. Makan plak ngan kopi o time ujan-ujan....perghhhhhh...terangkat ooooo....

Tapi proses membuat lempeng yang super senang tu menjadi sangat mencabar bila si auni ni tak nak duduk ngan orang lain. nak berkepit ngan mummy jer. Tension tol!!!!!time saya nak klung tang klung tang kat dapur la dia sibuk nak berkepit. Seb baik la mak ada dapur kat bawah. Duduk bersila sambil pangku anak sambil buat lempeng. giler terrooorrrrr mummy auni ni. 

Lempeng cicah sambal bilis
Lempeng belum siap en suami request nasi goreng plak. hoiiiiii ko ingat aku tangan sotong ke hapa???? ayat tu dalam ati jer hehehehe...untuk suami tercinta gigih la buat nasi goreng campak-campak jer...terasa diri dah cam supermummy plak. 

En suami tak reti makan lempeng-lempeng ni. tahapahapa kan???lantak la...dia makan la dia nasi goreng tu sorang-sorang. Pastu adik ipar pun join makan nasi goreng gak. eh lempeng pun dia makan tau! Saya suka adik ipar ni. senang...ko bagi apa pun dia telan. sonok tengok dia makan...

En suami: selera si wan tu makan. bertambah nasi goreng...

Pn isteri: yer ke? ok la tu. Wan tu senang sume dia makan bukan macam awak memilih jer....

En suami: ye la tapi nasi goreng awak tu masin (choiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!)

*punya banyak xtvt gambar lempeng tu jer sekeping yg saya snap

Thursday, September 5, 2013

Rindu mak huhuhuhu

Minggu lepas tak balik umah mak. Balik sebenarnya tapi kejap jer. Balik ambik baju jer sebab last week kitorang pergi rumah abang ipar kat ipoh. 

Selalu memang tiap-tiap minggu balik umah mak. Tak pun jalan-jalan ngan mak. Jalan la sangat kan padahal pergi umah makcik ke umah adik badik ke...tak kisah la janji dapat jumpa mak. Ni dah tak sabar nak tunggu weekend. Tapi mak seminggu kat mah adik kat s.alam. Tak tahu la balik ari apa

Hari biasa mak saya duduk dengan abang. Weekend abang pergi jumpa wife dia kat s.alam. PJJ la katakan. So weekend memang saya dah buat perjanjian sejak "aku terima nikahnya" dengan en suami nak balik umah mak. Memandangkan saya duduk dengan mak mertua sekarang ni so perjanjian itu diterima pakai. Sejak kawen camni la life kami. Mak sorang. mak mertua pun sorang. Itulah pun rutin saya tiap-tiap minggu. Kalau tak petang jumaat pagi sabtu saya balik umah mak. Kalau en suami keje sabtu, tengahari or sabtu petang baru sampai rumah mak. 

Nak berjalan-jalan tu jarang la. Nak kuar-kuar tengok wayang ke, main boling ke, jumpa kawan-kawan ke memang dah jarang sangat la. Masa banyak dihabiskan dengan mak or mak mertua. Memandangkan saya jer yang dekat dengan mak selain abang. Sementara mak kita ada kan, apa salahnya. Tak mau la menyesal kalau terjadi apa-apa nanti. Walaupun sekarang ni nampak mak sihat lagi, tapi dalaman mana kita tau kan. Mak-mak kan suka nak tipu kita bab-bab kesihatan ni. Bila kita tanya mesti mak akan jawab sihat kan??? padahal time tu dia demam. Dah sah-sah la kita tau kan kalau orang demam

Tu belum  lagi bab dia sakit kaki ke...lenguh-lenguh tulang ke...terseliuh ke...jatuh bilik air ke...tau-tau jer kita balik kaki dah berbalut. Tak pun malam-malam sapu minyak angin. Mana nak bagitau kat anak-anak. Kita pun camtu la agaknyer bila dah tua nanti kan...

Mak mertua pun duk sorang. Lagipun en suami ada kerja kat area sini. Kerja tetap kat s.alam. Dia sanggup ulang alik tiap-tiap hari. Dia lagi besar tanggungjawab sebab anak lelaki kan. Kitorang masuk mula-mula nak beli umah pun banyak kali berfikir. Cari umah yang dekat ngan mah mak mertua. Senang nak tengok-tengok. Mak mertua pun tak la kuat sangat. Selalu gak sakit-sakit lutut. Tapi tetap gak nak panjat-panjat kerusi simpana barang tempat tinggi-tinggi.

Agak-agak apa yang best nak buat weekend ni. Selalu balik lepak-lepak kat umah jer. Mak pun kalau weekend banyak jer aktiviti dia. Kenduri kawen banyak kan tiap-tiap minggu. Nak merewang lagi, jemputan kawen lagi. Dengan kumpulan marhaban lagi. Tak kisah la janji saya dapat tengok mak depan mata & tau mak baik-baik aje & happy dengan apa yang dia lakukan...

Saturday, June 9, 2012

Sibuk lagi...

Sabtu Ahad yang bz jugak....
bila la dapat berehat ni, tapi tak pe saya suka sebab leh manjer-manjer ngan famili....

Happy Weekend....






Monday, April 23, 2012

Boling katanyer....










 Seperti yang diwar-warkan pada entry sebelumnya maka dengan ini saya mengisytiharkan perlawanan boling suka suki....takder la lawan betul-betul just for fun untuk release tension pas keje. Lagipun kami susah nak kumpul ramai-ramai camni. Time cuti sem je boleh buat xtvt bersama. Alhamdulillah setelah bermacam-macam dugaan (ceh macam saya jer penganjurnyer hehehe) maka sabtu lepas bersamaan 21/04/2012 bertempat di 1Plaza Kuala Selangor telah berlangsungnyer pertandingan boling antara staf & keluarga masing-masing. 

Kumpulan telah ditentukan berdasarkan cabutan undian yang telah dibuat oleh seminggu sebelum acara tersebut berlangsung. Sebarang cadangan ataupun bantahan memang tidak dilayan sama sekali oleh urusetia hahaha...(ni dah cam wat report plak kan...)
 Penyertaan sungguh memberangsangkan maka terjadi lah 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang pemain. 

 Ini adalah kumpulan saya. Kami dibawah kumpulan BIRU

En. Suami group HITAM

 Yang lain terdiri daripada kumpulan MERAH, HIJAU & UNGU. Malas nak letak pic byk2 kat sini hehehe. Sori yer korang (dorang bukan baca pun...yer ke???)

Saya dan En Suami adalah orang paling akhir sekali datang. Pada hal rumah sekangkang kera jer...tapi lambat gak sampai...cam nak kena uruskan anak 10 jer kan...maaf sekali lagi yer kawan-kawan bukan salah saya yer salah en suamiku....

Datang dengan penuh senyuman buat muka tak bersalah....
Sila la salahkan En Suamiku yer...hehehehe (jgn marah yer bie...)
Pertandingan ni dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga yang memberi sokongan kepada pemain-pemain...sebenarnya seronok tengok budak-budak kecik ni. Mak bapak yang ada anak kecik tu tak perlu risau sebab kita ramai babysitter yang sukarela untuk menjaga dorang. Staf-staf kita kan sume multitasking. Jaga baby pun boleh tau!!! TERBAIK la....dorang-dorang ni pun suker jer...











Jom layan pemain-pemain plak. Gambar cam banyak plak tak larat nak letak caption. Korang pandai-pandai la letak sendiri yer....






RUMAH HIJAU

RUMAH MERAH

RUMAH HITAM
 (ada ke rumah sukan warna hitam hehehehe...)


RUMAH UNGU

RUMAH BIRU
 Dan ini adalah gelagat-gelatak tuan tanah kedaung yang agak poyo yer...Dah lama tak tayang muka sendiri. Meh la buh sikit yer....
errrr saya tak tahu nak letak caption apa hehehehe...

3 dara pinggitan hehehehe....itu dulu sekarang dah tinggal 2 jer...tak sabar nak tunggu turn dorang ni. Cepat-cepat sikit yer adik-adikku....

Dua-dua muka dah tembam...tak suka bila En Suami buat mata boooouuuulat camtu...


 Meh kita tengok score plak....Agak-agak sapa yang menang. Keputusan sudah diumumkan maka kita layan gambar jer yer...





 Kami main 2 frame jer...setelah ditambah kedua-dua frame maka keputusannya ialah........................
layan gambar hadiah dulu la yer....sajer wat suspen hehehehe



Pic ni takde kaitan dengan hadiah pertandingan tersebut yer...ini bukan hadiahnyer yer...hanya selingan sahaja, tiada kaitan antara hidup dan mati (tetiba plak kan....)
 Pemenang pertama jatuh kepada rumah MERAH. Kedua rumah BIRU, ketiga rumah HITAM, keempat rumah UNGU dan kelima rumah HIJAU.


Group saya dapat no. 2 hoooyeaaaaaa....






Dan group En Suami dapat no.3. Persaingan sangat sengit ok!


Dan ini yang paling kami tak sangka sekali. Dalam ramai-ramai yang terrer main tu boleh plak kami yang dapat top scorer. Macam tak percaya pun ada. Bukan saya malah En Suami pun dapat. Inilah yang dikatakan rezeki penganti baru hehehehe...(malu la plak saya...) tapi sayang hadiah top scorer En Suami telah pecah sebab terjatuh huhuhuhu...tapi tak pe sebab dia sendiri yang jatuhkan muahahahaha....














 Akhir kata majulah sukan untuk negara. Semoga anak-anak kita akan jadi pelapis kepada atlet-atlet negara kita. Mana tau kan suatu hari nanti. Melentur buluh biarlah dari rebungnya....Agak-agak sesuai tak peribahasa ni dengan entry ni. Lantak la kan hehehehe....kesimpulannya sangat enjoy & best!!! Len kali blh buat lagi yer....

Hip...hip....hooorayyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!