Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Kenduri Kesyukuran @ 3in1 Celebration

Alhamdulillah 8hb Mac bersamaan hari sabtu yang lepas, selesai sudah majlis kenduri kesyukuran dan juga kenduri tahlil arwah di rumah mak saya di Tg Karang. Actually adik saya yang nak buat kenduri tahlil untuk anak dia. So sekalikan la dengan semua arwah. 

Tetiba termuncul plak idea saya untuk buat kenduri doa selamat sempena birthday Cik Auni, birthday saya dan juga anniversary saya yang jatuh pada bulan 3 jugak. So dah alang-alang kita celebrated la sekali. Sekali harung jer. Jadi pas ni takde la nak sambut-sambut dah. Senang kan kalau semua dalam bulan yang sama. Cumanya ada 1 je lagi berita yang belum pasti. Ingat lagi entry menghitung hari saya aritu. Harap-harap bulan mac jugak la. Seperti yang dijanjikan kalau dah confirm saya bagitau yer...

Ok berbalik pada cerita kenduri tadi. Majlis bermula pukul 3 petang. Ni 1st time mak buat kenduri tahlil siang. Selalunya malam. Ni kumpulan marhaban mak jugak. Sayangnya tak sempat ambik gambar sebab sibuk nak tidurkan Cik Auni sebab lepas kenduri tu ada acara potong-potong kek sikit.

Gambar pun masa potong kek tu jer. Ada 2 biji kek. 1 icecream kek untuk birthday & 1 kek lagi red velvet untuk anniversary.

Birthday cake
Anniversary cake
Ice-cream kek coklat tu saya beli kat kedai kek Kuala Selangor. Angel Cake kalau tak silap. Anniversary kek tu plak saya tempah dengan K.Meen Saya suka kek K.Meen ni sebab kek dia tak manis sangat. Dah lama sangat saya tak order kek dari dia. Dulu duduk S.Alam ada jer kek yang saya order. Memang tak jemu la. Kalau tak kek, cistat ke, durian crepe ke. Pavlova pun K.Meen ada buat. Terbaru dia buat biskut lidah kucing yang warna warni tu. Tengok la ada masa nanti nak order gak. Dah duduk kg ni susah la sikit nak pergi ambik.

Kek Cik Auni aritu pun order dari dia jugak. Haritu order rainbow kek. Kek tu potong kat rumah kakak ipar saya kat Pelabuhan Klang. MIL saya ada kat sana masa tu so saya pun bawa je la kek tu potong kat sana. Meriah sikit ada anak buah yang lain.

Rainbow kek
Rasanya tiap-tiap tahun nak buat camni la. 1st Mac potong kek Cik Auni dengan MIL dulu. Pastu baru buat 3in1 celebration kat kampung. Buat doa selamat Insya Allah....Bukan tak nak buat doa selamat kat rumah MIL, sebab MIL duduk kat taman. Biasanya MIL kalau buat kenduri diorang tempah jer. Tau-tau je la kalau tempah tu banyak jugak la belanjanya. Pastu nak kena plak jemput orang masjid. Kejiran MIL ramai bangsa lain. So nak selamat & memudahkan majlis kitorang buat jer kat rumah mak saya kat kampung. Jemput makcik-makcik untuk masak makan-makan famili jer. Untuk kenduri plak mak tempah jer nasi ambeng. Selesai masalah...

Majlis tahlil & doa selamat selesai dalam pukul 4.30 petang camtu. Pastu kami teruskan dengan majlis potong kek & makan-makan keluarga. Adik saya ada la beli sate. Jom la tengok gambar. Gambar pun gambar  potong kek je pun.

Time ni ok lagi

Si kembar Rayyan & Auni. Next year boleh potong kek sama-sama lagi

Dah start melalak

Tak sabar nak makan kek dah tu

Semoga kekal hingga ke syurga
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cumanya Cik Auni tu mengamuk sikit sebab tak cukup tidur. Dia kan memang susah sikit nak tidur kalau ramai-ramai. Nak kena masuk buai sunyi sepi baru la tidur dengan aman. 

Mummy doakan semoga Auni & Rayyan membesar dengan sihat, cerdas, cergas & jadi anak yang soleh & solehah. Mummy sayang sangat kat Auni & Rayyan. Dah besar nanti jangan gaduh-gaduh tau! mmmmmuuuuaaaahhhhhhh........


100314

Pada tarikh ini, 2 tahun lepas kira-kira jam 3.00 petang saya dengan rasminya telah menjadi hak milik En Mohd Firdaus. Alhamdulillah syukur sangat. Sudah 2 tahun perjalanan perkahwinan kami. Semoga kami terus kekal hingga ke syurga.

Masih banyak lagi yang perlu kita lalui. Masih banyak lagi yang perlu kita perbaiki. Masih banyak lagi yang perlu kita pelajari. Semoga pengalaman 2 tahun ini akan kita jadikan pegangan, akan kita jadikan tauladan, akan kita jadikan  semangat untuk terus bersama selamanya.

Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa agar perhubungan ini sentiasa di redhai Allah dan semoga segala impian kita akantercapai demi keluarga kita ini.


Luv U Sayang.....

Monday, October 28, 2013

Happy Anniversary

Takde apa nak borak sebenarnya...just nak wish happy anniversary yang pertama buat adik saya Siti Zaharah Binti Mohd Mailan & Syazwan Bin Junidin.




Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat!
 

Thursday, October 10, 2013

Yeaaaaaaaaaaa lagi hehehehe

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa. Hamtam saja la labu...

Semalam birthday adik saya kan... hari ni birthday makcik saya plak. Bulan october ni byk ramai plak yg nyambut birthday yer....next year leh celebrate sama yer. 

Ok jom wish birthday kat makcik saya dulu yer...

HaPpY bIrThDaY Mama....
Semoga panjang umur sentiasa murah rezeki yer...

ok kita pergi ke cerita seterusnya...
Hari ni juga merupakan anniversery adik saya ros yang sambut birthday semalam...

Happy Anniversary yang ke 4
Semoga terus tabah menghadapi apa jua dugaan dalam berumah tangga & semoga bahagia hingga ke jannah... 

Actually ada 2 orang lagi yang celebrate birhtday dalam bulan October ni. Sorang anak si rose ni Muhammad Nurluqman Hakim yang lahir pada 5/10/2012.
Bagus budak ni lahir dekat-dekat birthday mama & aniversary mama&papa
mata ngantuk tapi camm tau-tau je besday dia
 Selamat Ulangtahun yang pertama sayang...mummy sentiasa doakan yang terbaik buat Hakim. Jadilah anak kebanggaan keluarga yer...
mummy sayang hakim!

Seperti yang semua sedia maklum (ayat kemain lagi kan..) saya baru je menerima anak buat baru pada 3/10/2013 yang diberi nama Nurkhairina Amani
Nurkhairina Amani
  Welcome to our family. Semoga Amani menjadi anak yang solehah. Nanti dah besar boleh main dengan Auni yer...

So bulan ni penuh dengan bunga-bunga cinta ;-))