Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Cerita 1 Mei

1 Mei adalah hari pekerja. Semua orang pun cuti. Apa plan hari-hari cuti korang. Walaupun tahun ni jatuh pada hari Selasa tapi ramai je yang apply cuti hari Isnin tu kan???? Saya tak tak yer...saya kan pekerja yang cemerlang gemilang & terbilang ;-)) . 

So apa cerita hari pekerja saya??? Plan macam-macam ni. Nak pergi tengok wayang la, nak jalan-jalan la...nak berdating-datingan la...so saya pun pesan la kat En Suami suruh balik keje awal. Dia pun kata ok. Maka malam tu tidur saya adalah lena diulik inta walaupun xde mimpi apa pun hehehe...

Pagi tu kul 4.30 saya memang dah tersedar. Duk tunggu laki den tak sampai-sampai gak. Tak pe bg masa lagi kat dia. 5.30...6.30....pun tak sampai-sampai gak. Kata nak balik awal tapi tak juga muncul-muncul. Lepas solat subuh tunggu lagi sampai 6.45. Dah start nk muncung sedepa dah ni. Geram punya pasal habis cadar sarung bantal semua saya buka nak basuh. Baju memang dah 1 bakul penuh. Sebab tak sempat nak mendobi hari sabtu sebelum tu. Excited terlebih petang Jumaat teru sbalik rumah mak saya hahaha...

Dekat pukul 7 baru dengar enjin moto dia kat depan rumah. Saya terus mengasingkan baju-baju kotor untu mendobi. Dia masuk bilik pun saya buat tak tahu jer...derhakakah saya hahahaha....ampun bie....dh terfikir dalam otak ni habis plan aku hari ni. Sah-sah dia penat nak tido jer satu hari ni. Rupanya tayar motor dia pancit. Tunggu orang yang dia call tak sampai-sampai. Ye la hari cuti kan. Dah tu pagi-pagi buta mana ada workshop yang buka. Sudahnya melilau cari no. motor pancit kat jalan-jalan motor. Charge pun mesti la mahal kan. Kesian plak dengar cerita dia. So redha jer la arini tak wat apa dah huhuhu...

Ingatkan balik-balik dia nak tido terus blh plak melayan dvd transformer. Tak ke menyirap hati puan isteri ni :-(( . Mau 2 jam setengah citer tu baru habis..maka puan isteri pergi la mendobi kain baju dengan hati yang sedih sob...sob...sob.... Pastu datang plak member mekanik dia nak tgk kete. Pong pang pong pang dah pukull 12. Terus dia layan zzzzzzzzzzzz....wah sangat menyakitkan hati puan isteri kan???? apa saya buat??? siap mendobi saya masak pastu saya pun layan zzzzzzzzz la jugak kan....buat apa nak layan hati saya yang tak keruan ni kan...tapi tu la tido siang ngan malam mana nak sama. 45minit camtu saya dah terjaga. tak tahu nak buat apa dah...kemas kain baju dalam almari tengok jam pun rasa lambat jer bergerak. Jap-jap bisik kat En Suami nak gi Tesco la...nak g situ la...nak balik umah mak la...tapi respon dia kejap je la pastu zzzzzzz lagi. Sangat boring OK!

Sudahnyer pukul 4 dia bangun (tu pun dah tak larat agaknyer dgr bini dia dok ugut2 nk balik umah mak hahaha)...pas makan En Suami ajak kuar...hoooyeaaaaa.....rasa nak melompat jer...tapi tu la plan dah kelaut la jadinya. Kul 5 kuar umah apa xtvt yg boleh dibuat???Memula g tesco misi mencari susu saya yang dah 5 hari habis. Pastu ke kedai kek sebab En Suami dh jatuh cinta dengan eskrem kek tapi takde yang kecik sume besar-besar. Beli la roti-roti yang ada disitu. PAstu tengok tiket wayang. Dalam hati memang dah tak mengharap sangat sebab sure show malam jer yang available kan. Malam En Suami nak wat OT. So jangan terlalu excited ok. Memang betul pun show tinggal pukul 8.00, 8.30 & 9.15 jer. Redha je la kan sapa suh kuar lewat-lewat. Saya punya plan nak kuar umah pas zohor tapi pas asar kuar xde maknenya la kan...

Tapi demi kasih sayang & cinta kasihnya pada Puan Isteri, En Suami telah mengorbankan OT dia pada malam tersebut dan telah membeli tiket 3D The Avengers...terharunya.... I LOVE U SO MUCH!!!!!!


Sementara nak tunggu show tu kitorang layan boling dulu. Dapat la main 2 game...En Suami memang suka sangat main boling. Dah berkira-kira nak beli bola boling lagi tu...Saya jer tak bagi hehehe...nnti la kalau kita ada rezeki kita beli yer sayang....Sebelum masuk panggung singgah kedai Sinar. Saje nak cari buku Sudoku. Dah lama tak buat sudoku ni. En suami melayan jer puan isteri dia ni hehehe...
Beli 2 dulu dah habis kita cari lagi yer....



Tak sangka sebenarnya En Suami nak tgk 3D. Saya tak suka sangat tengok 3D ni. Pening pakai spek tu. Tapi dah orang belanja ai Ok jer...ni 1st time En Suami tgk wayang kat 1 Plaza. Dia kata tak selesa. Saya pun kurang selesa dengan seat dia. Prefer lagi kat TGV Bukit Raja. Ni la tempat favourite En Suami. Sejak dari kami bertunang memang kat sini jer dia suka tgk wayang. Kalau ajak tempat lain memang susah sikit la. Cerita ok. Best! Saya suka...nak tau kena la tgk kan....

Hari kami dihabiskan di McD sebab kuar-kuar jer perut dah berkerongcong. Saya ok tapi En Suami memang tak boleh lapar nanti mau dia kuar pergi cari berger pagi-pagi buta. Ingatkan dia nak makan nasi sebab dia ni perut melayu sikit. Ssh nak terima makanan fast food ni. Tetiba plak lalu kat McD nak pulak dia kesitu. Saya on jer...
Berger dua-dua dah habis br teringat nak snap gambar
Selesai berger kat McD maka berakhirlah cerita 1 Mei saya pada kali ini. Terima Kasih yang tak terhingga buat En Suami yang tersayang. Rasa macam baru bercinta jer hehehehe...terharu sangat atas kasih sayang ini. Luv U mmmuuuuaaahhhh.........



Wednesday, January 19, 2011

Buat yang sedang mencari CINTA

Menunggu memang melelahkan jiwa. Orang yang dinanti pun entah di mana gerangannya. Namun...begitulah hebatnya bila bercinta. Yang menunggu akan menanti penuh setia, hatta waktu solat dah masukpun tidak dipedulinya. Ada yang mencari cinta di alam maya, faceboook, friendster, YM dan macam-macam lagi adanya. Ada rezeki bolehlah mencari cinta katanya. Begitulah mudahnya hari ini anak-anak muda mencari cinta.

Tidaklah sebanding ertinya kalau kau gadaikan aqidah hanya kerana gundah gulana menanti dan memikir yang dicintai . Bukankah kekanda/adinda yang diidamkan kelak juga ada di syurga?

Kesepian memang kadang menyakitkan, menoreh setiap senyum dan tawa, serta menciptakan riak anak sungai di sudut mata. Sedih dan pedih silih berganti kunjung mengunjungi. Pupus segala harap, melukai semua impian yang kadang memabukkan. Hingga, jiwa yang rapuh menciptakan serpihan kegelisahan yang memilukan.

Cinta...Entah berapa banyak pahlawan yang tercipta kerananya, namun cinta juga terkadang melahirkan para pecundang. Ia laksana kobaran api yang berasal dari setitik bara, menyuluh, namun dapat pula membakar. Impian kerana cinta membuat hati dan raga terselimuti bahagia, membina harapan yang keluar masuk melalui butiran darah. Mengharapkan belahan jiwa yang siap mendampingi saat tawa dan air mata, hingga kebahagiaan terpancar tatkala berjaya mendirikan rumahtangga dan berkeluarga dengan selimut kasih sayang, penuh luapan cinta.

Namun, impian berbeza dengan kenyataan. “Sepi terus menyapa diri, aku masih sendiri dan masih saja sendiri. Duhai belahan hati, entah di mana kekanda/adinda bersembunyi.” Begitulah mungkin persoalan yang bermain-main kepada mereka yang menanti cinta.

Cinta dan impian untuk membentuk sebuah keluarga memang begitu indah. Namun tatkala ia belum menyapa janganlah membuat gundah dan resah, bahkan merubah pandangan terhadap Sang Pemilik Cinta. Kegelisahan jangan pula membuatmu menggadaikan aqidah, kerana sungguh itu adalah harta yang tak ternilai harganya. Jangan gadai harta yang tak ternilai ini, walaupun suasana yang ada menyeru-nyeru agar dikau menjual sahaja harta itu. Perhatikan cinta anak muda hari ini, ragam cinta mereka memudahkan cinta diselubungi noda dan dosa.

Cinta yang membara tidak akan dapat menghapus ketentuan Allah swt., "Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu'min) sebelum mereka beriman..." (Al Baqarah: 221).

Cinta akan membentuk sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah kerana kesamaan iman dan aqidah, dalam naungan redha Allah swt. Jangan biarkan sedikitpun celah hatimu terbuka dengan cinta berselubung nafsu dan emosi, kerana cinta seperti itu akan mengorbankan aqidah.

Pernikahan atas keyakinan nafsu dan emosi, tidak akan melahirkan ketenteraman jiwa, kerana ia adalah zina.Pernikahan yang di bina atas dasar nafsu dan cinta emosi membentuk tiang seri yang rapuh. Serinya hanya sementara, tidak lama nanti berdepan dengan tsunami rumahtangga.

Duhai jiwa yang lelah...

Saat persoalan cinta mengetuk jiwa, di manakah gerangan kekanda/adinda berada, kembalilah kepada Sang Pemilik Rahsia. Lantunkan munajat dan doa, mohon tetapkan iman untuk selalu menyerah kepadaNya. Jadikan hati ini selalu ikhlas serta rela atas setiap keputusan.

As'alukallahummar ridha ba'dal qadha, wa burdal 'iisyi ba'dal maut, wa ladzdzatan nazhori ila wajhika, wa syauqon ila liqaa'ika. Ya Allah, aku mohon kerelaan atas setiap keputusanMu, kesejukan setelah kematian, dan kelezatan memandang wajahMu serta kerinduan berjumpa denganMu.

Mohonkan juga kepadaNya, agar Ia menguatkan niat dan azam kepada lelaki yang belum menemui jodoh atau wanita yang sedang menanti kekanda pilihan untuk segera menyempurnakan setengah agamanya, sehingga dirimu serta pasangan jiwa tercinta dapat bersama membangun sebuah istana kecil nan indah dalam naungan redha-Nya.

Sabar dan besarkan jiwa. Kuatkan hati, teguh dan selalu istiqamah mengharap pada-Nya. Jangan mengharap pada manusia, kerana dirimu memiliki harta yang tidak ternilai harganya, ialah aqidahmu kepada Rabb yang Agung.

petikan: http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/05/monolog-buat-mereka-yang-sedang-menanti.html