Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam@Bukit Cahaya Seri Alam@Bukit Cherakah

Cuti-cuti hujung minggu ni korang g mana? Saya duk mah jer sebab last week dah berjalan ke Pahang. Apa kata korang pergi Taman Botani Negara Shah Alam. Taman Botani Negara Shah Alam dulunya dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam ataupun Bukit Cherakah.Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam.

Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa & RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas. Parkir pula RM3 yer.Antara tarikan taman botani ni ialah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah-buhan tropika.

Selain tu kat sini korang boleh gak membuat aktiviti perkhemahan, berbasikal mengelilingi taman, dan bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh la try skytrek. Bayaran dikenakan bagi setiap aktiviti ni yer.

Untuk maklumat lanjut boleh la korang terjah website dorang

Aritu saje saje jer bawa mak g sini sebab masa tu nk tengok salji jer hehehe. Pergi pun dah tengahari. So layan gambar je yer

Pergi sini semata-mata nk masuk rumah 4 musim ni jer. Padahal banyak lagi aktiviti boleh buat, cumanya Cik Auni kecik lagi so agak terbatas la. Tak pe lain kali leh pergi lagi kita round-round naik basikal plk.


Thursday, May 3, 2012

Cerita 1 Mei

1 Mei adalah hari pekerja. Semua orang pun cuti. Apa plan hari-hari cuti korang. Walaupun tahun ni jatuh pada hari Selasa tapi ramai je yang apply cuti hari Isnin tu kan???? Saya tak tak yer...saya kan pekerja yang cemerlang gemilang & terbilang ;-)) . 

So apa cerita hari pekerja saya??? Plan macam-macam ni. Nak pergi tengok wayang la, nak jalan-jalan la...nak berdating-datingan la...so saya pun pesan la kat En Suami suruh balik keje awal. Dia pun kata ok. Maka malam tu tidur saya adalah lena diulik inta walaupun xde mimpi apa pun hehehe...

Pagi tu kul 4.30 saya memang dah tersedar. Duk tunggu laki den tak sampai-sampai gak. Tak pe bg masa lagi kat dia. 5.30...6.30....pun tak sampai-sampai gak. Kata nak balik awal tapi tak juga muncul-muncul. Lepas solat subuh tunggu lagi sampai 6.45. Dah start nk muncung sedepa dah ni. Geram punya pasal habis cadar sarung bantal semua saya buka nak basuh. Baju memang dah 1 bakul penuh. Sebab tak sempat nak mendobi hari sabtu sebelum tu. Excited terlebih petang Jumaat teru sbalik rumah mak saya hahaha...

Dekat pukul 7 baru dengar enjin moto dia kat depan rumah. Saya terus mengasingkan baju-baju kotor untu mendobi. Dia masuk bilik pun saya buat tak tahu jer...derhakakah saya hahahaha....ampun bie....dh terfikir dalam otak ni habis plan aku hari ni. Sah-sah dia penat nak tido jer satu hari ni. Rupanya tayar motor dia pancit. Tunggu orang yang dia call tak sampai-sampai. Ye la hari cuti kan. Dah tu pagi-pagi buta mana ada workshop yang buka. Sudahnya melilau cari no. motor pancit kat jalan-jalan motor. Charge pun mesti la mahal kan. Kesian plak dengar cerita dia. So redha jer la arini tak wat apa dah huhuhu...

Ingatkan balik-balik dia nak tido terus blh plak melayan dvd transformer. Tak ke menyirap hati puan isteri ni :-(( . Mau 2 jam setengah citer tu baru habis..maka puan isteri pergi la mendobi kain baju dengan hati yang sedih sob...sob...sob.... Pastu datang plak member mekanik dia nak tgk kete. Pong pang pong pang dah pukull 12. Terus dia layan zzzzzzzzzzzz....wah sangat menyakitkan hati puan isteri kan???? apa saya buat??? siap mendobi saya masak pastu saya pun layan zzzzzzzzz la jugak kan....buat apa nak layan hati saya yang tak keruan ni kan...tapi tu la tido siang ngan malam mana nak sama. 45minit camtu saya dah terjaga. tak tahu nak buat apa dah...kemas kain baju dalam almari tengok jam pun rasa lambat jer bergerak. Jap-jap bisik kat En Suami nak gi Tesco la...nak g situ la...nak balik umah mak la...tapi respon dia kejap je la pastu zzzzzzz lagi. Sangat boring OK!

Sudahnyer pukul 4 dia bangun (tu pun dah tak larat agaknyer dgr bini dia dok ugut2 nk balik umah mak hahaha)...pas makan En Suami ajak kuar...hoooyeaaaaa.....rasa nak melompat jer...tapi tu la plan dah kelaut la jadinya. Kul 5 kuar umah apa xtvt yg boleh dibuat???Memula g tesco misi mencari susu saya yang dah 5 hari habis. Pastu ke kedai kek sebab En Suami dh jatuh cinta dengan eskrem kek tapi takde yang kecik sume besar-besar. Beli la roti-roti yang ada disitu. PAstu tengok tiket wayang. Dalam hati memang dah tak mengharap sangat sebab sure show malam jer yang available kan. Malam En Suami nak wat OT. So jangan terlalu excited ok. Memang betul pun show tinggal pukul 8.00, 8.30 & 9.15 jer. Redha je la kan sapa suh kuar lewat-lewat. Saya punya plan nak kuar umah pas zohor tapi pas asar kuar xde maknenya la kan...

Tapi demi kasih sayang & cinta kasihnya pada Puan Isteri, En Suami telah mengorbankan OT dia pada malam tersebut dan telah membeli tiket 3D The Avengers...terharunya.... I LOVE U SO MUCH!!!!!!


Sementara nak tunggu show tu kitorang layan boling dulu. Dapat la main 2 game...En Suami memang suka sangat main boling. Dah berkira-kira nak beli bola boling lagi tu...Saya jer tak bagi hehehe...nnti la kalau kita ada rezeki kita beli yer sayang....Sebelum masuk panggung singgah kedai Sinar. Saje nak cari buku Sudoku. Dah lama tak buat sudoku ni. En suami melayan jer puan isteri dia ni hehehe...
Beli 2 dulu dah habis kita cari lagi yer....



Tak sangka sebenarnya En Suami nak tgk 3D. Saya tak suka sangat tengok 3D ni. Pening pakai spek tu. Tapi dah orang belanja ai Ok jer...ni 1st time En Suami tgk wayang kat 1 Plaza. Dia kata tak selesa. Saya pun kurang selesa dengan seat dia. Prefer lagi kat TGV Bukit Raja. Ni la tempat favourite En Suami. Sejak dari kami bertunang memang kat sini jer dia suka tgk wayang. Kalau ajak tempat lain memang susah sikit la. Cerita ok. Best! Saya suka...nak tau kena la tgk kan....

Hari kami dihabiskan di McD sebab kuar-kuar jer perut dah berkerongcong. Saya ok tapi En Suami memang tak boleh lapar nanti mau dia kuar pergi cari berger pagi-pagi buta. Ingatkan dia nak makan nasi sebab dia ni perut melayu sikit. Ssh nak terima makanan fast food ni. Tetiba plak lalu kat McD nak pulak dia kesitu. Saya on jer...
Berger dua-dua dah habis br teringat nak snap gambar
Selesai berger kat McD maka berakhirlah cerita 1 Mei saya pada kali ini. Terima Kasih yang tak terhingga buat En Suami yang tersayang. Rasa macam baru bercinta jer hehehehe...terharu sangat atas kasih sayang ini. Luv U mmmuuuuaaahhhh.........



Friday, May 20, 2011


Kemana kita esok??? hehehehe... cam nak jalan-jalan cari makan. yer ke???? :-)

Doakan saya yer....





Tuesday, January 4, 2011

Akhirnya...

Alhamdulillah percutian yang dirancang sekian lama akhirnya tercapai jugak. Surprised tuk mak ngan abah. Mula-mula abah tak mau pergi. Katanya dia tak tau apa-apa. Dah macam merajuk plak. Tapi setelah dipujuk oleh anak kesayangan dia ni pergi jugak....

1st ttime bawa famili bercuti. Tapi sayang adik perempuan bongsu tak dapat nak ikut sebab baru jer dapat kerja. So lain kali la yer dik kita pergi. Kali ni kami pergi ke Pulau Pangkor. Abah memang dah lama nak lepak-lepak kat pantai....so ni la destinasi yang paling sesuai....




Ni kat jeti Lumut



Dalam feri...

Ok dah sampai Pangkor...



Aktiviti bersantai-santai ditepi pantai sambil menunggu masa jer untuk terjun ke dalam laut. Abaikan budak yang poyo ngan swimming suit dia tu....

1st aktiviti....banana boat. habis sume adik-adik saya paksa naik hehehe...







Misi Cik Xidi untuk mengurut2 abang jet sky nampaknya tak berjaya hehehe...sila cuba lagi yer...

Mak mula-mula jer tu tgk dari jauh...masa ni abah dah datang tolong jaga port kitorang...


Tengok....sikit-sikit mak turun hehehe

Akhirnya sampai gak kat tempat kitorang

Sila abaikan kaki-kaki yang tidak cantik itu yer...gambar sekadar hiasan...

Sangat kecewa ngan abang yang janji nak bawa kitorang g boat trip & snorkling...bosan tol tggu abang tu tak muncul-muncul...

Last-last kitorang g ngan abang lain jer...





Sangat best walaupun ramai orang. Abah pun snorkling sekali....

Ni je Cuti-cuti malaysia untuk kali ni....Thanks untuk adik-adik yang memberi kerjasama...


Seronok dapat gembirakan hati mak, abah ngan adik-adik...Tahun ni kita kena tunggu Jemi habis exam dulu yer...tapi leh jer kalo nak plan dari sekarang kan????