Showing posts with label Hospital. Show all posts
Showing posts with label Hospital. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Dilema bersalin hospital swasta atau kerajaan


Salam semua....

Untuk anak kedua ni Alhamdulillah dipermudahkan untuk bersalin. Sebenarnya dari awal pregnant teringin nak ke private. Dari check up ke bersalin memang nak sangat merasa ke private. Ye la anak 1st dah kat goverment kan so teringin gak la nak merasa duduk di private.

Saya pun mula la bertanya pada pakcik gugel bayaran-bayaran yang dikenakan oleh hospital private ni kan. En suami pun tak kisah. Setelah segala maklumat diperolehi, dikumpul, disimpan maka saya pun memilih hospital kerajaan juga. Antara sebab-sebab mengapa saya pilih hospital kerajaan adalah:

1)Saya ada history BP tinggi masa mengandungkan Cik Auni dulu. So tak mustahil kandungan kedua ni pun ada masalah yang sama. Di awal pregnant pun saya dah dikesan mengalami masalah yang sama. So saya tak nak ambik risiko kalau hingga saat kelahiran saya masih mengalami masalah yang sama. Sebab saya ada dengar ada hospital private yang tak ambil kes baby pramatang in case kalau saya bersalin awal.

2)Kebanyakkan hospital private ni jarak perjalanan dari rumah saya paling dekat pun 1jam. Itu kalau traffic ok. Kalau tak ok mau ambik masa 1 setengah hingga 2 jam. Agak-agak sempat tak??

3)Company saya memperuntukkan 2.5K untuk medical saya. So memang cukup la kalau nak biaya kos bersalin kat private sebab kos rawatan yang rata-ratanya dalam 2k (kalau normal & takde masalah apa-apa). Tapi saya tak mau habiskan medical saya sebab masih awal tahun. Memang company En Suami ada cover isteri & anak (untuk bersalin saya tak pasti) tapi jika berlaku apa-apa pada En Suami (minta dijauhkan) siapa yang akan tanggung kos rawatan anak-anak saya nanti.

So atas sebab-sebab diatas maka saya telah memilih untuk bersalin di hospital kerajaan je. Pengalaman pertama bersalin dihospital kerajaan ok je. Itu pun dah masuk 9bulan baru saya decide nak bersalin kat mana.

Satu masalah dah selesai. Ada lagi....Sekarang ni hospital terdekat ialah Hospital Tanjong Karang. Hospital Tg karang ni xde pakar. Kelengkapan pun kurang. Kalau setakat sakit-sakit biasa tu boleh la nak pergi sini. Kalau nak bersalin normal yang tak ada kompilasi macam darah tinggi atau kencing manis tu boleh la nakk bersalin kat sini. Wad bersalin tak penuh. katil sentiasa ada. Tapi kalau ada masalah kena tolak ke Sg Buloh. 

Memandangkan history anak pertama naik ambulans ke Hospital Sg Buloh nampak gayanya memang kena bersiap sedia la nak ke sana jugak. En Suami selalu tanya dah buat keputusan nak bersalin kat mana. Ye la senang dia nak bersiap sedia. Saya bagitau kalau tak ada apa-apa masalah saya pilih Hospital Tg karang je. Sebab dekat dengan rumah. Kalau Hospital Sg Buloh untuk kes biasa memang katil sentiasa penuh. So tengok pada keadaan saya ketika nak bersalin nanti.

Friday, October 5, 2012

Doa dari kalian

Adik saya dah berada di hospital sg buluh ketika ini. Doakan dia semoga selamat melahirkan baby yer. Jap lagi saya pun nk pergi melawat dia dengan mak. nak bagi sokongan moral. Semalam dah induce tapi bukaan masih 3cm. Tentu dia sedang menahan sakit ketika ini. Teringat peristiwa tahun lepas macam mana dia sakit. Masa tu tak tahu pun baby tu nak keluar sebab kandungan baru 5 bulan. Semoga Allah permudahkan segalanya....

Wednesday, July 18, 2012

Dari HTAR ke DEMC

Ok mari kita sambung entry yang lepas. Lepas adik ipar saya tengok keadaan suami sama jer maka dia decide nak transfer ke tempat dia keje. Memang pada mulanya saya pun terfikir camtu gak tapi memandangkan wallet en suami dah hilang, semua kad dh tak ada maka agak sukar untuk saya mendapatkan sebarang maklumat. Dah  la telefon pun hilang. Tak tahu nak contact siapa. Mujur adik ipar ada no kawan-kawan en suami yang satu tempat keje. Segala urusan penukaran en suami di uruskan oleh adik ipar saya...( thanks azza...) 

Proses nk buat penukaran tersebut agak lama. Bayangkan dari pukul 1 hingga 4 ptg (itupun biras saya dok push2 doktor) report tak siap2. Report jer kot. Doktor seolah-olah tak nak kami transfer suami. Tapi kami berkeras jugak. Dalam 4.15 ptg camtu segalanya settle. Kami bawa suami naik kereta jer. Sampai DEMC adik saya yang memang berkerja di wad kecemasan menguruskan segalanya. Sementara menunggu urusan insuran selesai adik ipar saya menjalankan tugasnya walaupun dia off waktu tu. Dia tak bagi nurse yang buat. Semuanya dia buat sendiri. Alhamdulillah pukul 5 dah boleh masuk wad. Sangat selesa walaupun dapat bilik untuk 2 orang. 

Keadaan en suami alhamdulillah agak ok berbanding berada di HTAR. Sepanjang berada disana En suami hanya diberikan suntikan penahan sakit jer. Dengan keadaan dia yang sangat lemah, pening2 & muntah2 langsung tidak diberikan ubat. Saya lap badan en suami tukarkan baju. Luka semua dah dicuci oleh adik ipar saya. Bagi makan bubur sikit alhamdulilllah ada tenaga sikit. Terima kasih buat keluarga kedua-dua belah pihak yang datang menziarah dan mendoakan kesihatan en suami saya. Malam tu lepas doktor bagi ubat keadaannya semakin sihat. Selera makan dah bertambah. Malam tu jugak en suami minta nasi & sibuk-sibuk nak keluar. Tapi memandangkan kepala masih pening saya malas nk layan dia. Biar dia betul-betul rehat.

Esoknya bila doktor datang en suami dah minta nak keluar. Saya tahu dia dah bosan. Alhamdulillah tengahari tu doktor benarkan en suami keluar. Sangat happy tengok muka en suami. Tak sabar-sabar dah...tapi nurse kata tunggu lepas lunch sebab dh pukul 12. Mencuka muka en suami. lawak betul hehehehe...


En suami dapat cuti sampai 20/7/2012. Hari jumaat ni ada checkup lagi. Hopefully semuanya ok2 jer...Risau sebab en suami masih terasa pening-pening lagi. Apa-apa pun kena tunggu hari jumaat ni. Sabtu dah puasa...Selamat berpuasa yer kawan-kawan...

Saturday, March 19, 2011

Anak Soleh

Lagi kisah pasal hospital...Actually ni dah lama. Tahun lepas kalau tak silap. Masa ni A.zul dimasukkan hospital sebab batuk yang tak henti-henti. Gambar a.zul tak ada la plak. Ni gambar sikecik yang selalu temankan abah dia kat hospital....


Sambil makan biskut oreo kegemarannya...bagi satu buku senyap la dia baca buku tu...

Tapi rsa macam tak sesuai jer baca buku tu kan???? Itu sebenarnya buku k.liza. K.liza dia memangs uka baca buku komik Ujang ngan Apo tu. Tak apa la Aiman, janji leh tengok-tengok & tak kacau abah yer...


Khusyuknya la aiman membaca yer...Sambil jaga abah sambil membaca. Semoga Aiman menjadi anak yang soleh dan mendengar kata dan berbakti kepada kedua ibubapa...

Wednesday, March 16, 2011

Sayang Atuk

Ahad lepas atuk saya dimasukkan hospital kerana sesak nafas & sakit perut. 1 malam ditahan di wad. Alhamdulillah Isnin petang tu dah dibenarkan keluar. Syukur atuk tak apa-apa. Walaupun atuk dah 82 tahun tapi masih kuat dan gagah sebenarnya. Cuma kadang-kadang demam & sakit-sakit jer...


Walaupun atuk dimasukkan hospital tapi atuk sangat kuat. X penah nak tunjuk yang dia sakit. Sesekali biarlah atuk rehat sikit kan. Kalau kat rumah ada jer benda yang dia nak buat. Orang tua ni bukan boleh duduk diam. Ada jer benda yang dorang nak buat. Nenek pun camtu gak. Bila dah sakit-sakit baru nak duduk diam itupun kejap jer...

Baby adik temankan atuk dari mula masuk sampai petang. Adik kata baby adik pun sakit nak kena operate. Sama-sama masuk hospital ngan atuk...

Cucu atuk yang paling comel. Dapat berita atuk masuk hospital masa on the way balik dari Rawang. Ada wedding member kat sana.

So malam tu cucu atuk yang comel ni temankan atuk kat hospital. Alhamdulillah atuk pun xde masalah. Nurse bagi makan ubat, sebab doktor tak ada waktu tu. Ambik tekanan darah dalam 2 jam sekali. Dalam pukul 4 pagi nurse datang ambik darah pulak. Alhamdulillah tak ada apa-apa... Harap-harap atuk akan sentiasa sihat dan ceria. Sayang Atuk!!!!!!!!!