Showing posts with label WSL. Show all posts
Showing posts with label WSL. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Berjangkit jangkit pulak

Fuhhhh....lap peluh sikit...berpeluh ok pergi kerja harini. Dah kenapa????ko g kerja berlari ke???hebat sangat la nak berlari kan???nak berjalan dari bilik ke depan pun malas..

Harini sampai tempat kerja lambat. Takde la lambat sangat pun. Masih boleh diterima la. Dalam 5 minit camtu. Tapi bagi saya mmg dah lambat sgt la tu. Biasa sampai sebelum 8.30. 

Alkisah....macam biasa pagi-pagi saya start kete buka tingkap biar enjin panas jap. Sementara nak cemolot ngan laki & anak yng busuk masam tapi suka je nak peluk cium lama-lama...So saya pergi kerja macam biasa. Sambil-sambil on radio, pasang seat belt on aircond tutup cermin kete. Tapi dah kenapa cermin ni taknak naik plak...Kanan kiri tak boleh tutup. Nak buka cermin belakang pun tak boleh gak. Aikkkk???? dh kenapa plak ni. Saya pun berhenti la tepi jalan jap. Matikan enjin pastu start balik pun tak boleh gak. 2 3 kali gak la saya buat camtu. Tapi still tak boleh gak...

Sudahnya call la super hero...Super hero la sangat kan....En suami suh balik tukar kete. nasib la abang ipar g keje ngan kawan dia. So saya pun naik la kete dia. Jadi selesai lah masalah...eh...belum lagi. 

Abang ipar saya pakai kete savvy. Kan gear reverse dia lain sikit. Pastu kete dah modified. Aduhhh...nak bawak pun segan. Ni kalau ada JPJ mau kena tahan ni. Pasrah je la. Dalam hati berdoa banyak2 jangan la ada road block. Dah nak reverse satu hal. Clucth pun pendek. Asik la termati-mati. nak kuar simpang umah pun 3 4 kali enjin mati. Bersabarlah kete kat belakang huhuhu...nasib la tak kena hon. Gear pun cam susah nak masuk. Actually memang tak pernah bawa kete savvy pun. Berpeluh ok g kerja harini.

Tapi Alhamdulillah selamat sampai tempat kerja. Oh harini ada majlis korban kat opis saya. So dapat la  makan free hehehehe..

Ermmm nampaknya sakit saya dah berjangkit plak pada WSL. Sian dia. Walaupun sikit tapi kalau dia masuk hospital memang susah la saya nak bergerak. Harap cepat la sembuh yer..





Wednesday, May 14, 2014

Hari cuti bersama keluarga

Semalam kan cuti...Uooollsss watpe??? Isnin tu MIL ada tanya kitorang (me, husband & BIL) apa xtvt esok. Memasing pun diam seribu bahasa. Sebabnya mulut penuh dengan makanan. Masa tu tengah dinner. Kalau dah mengadap makanan memang la tak bersuara. Oh saya puasa senin tu. Ye...puasa ganti hukhukhuk...

Dan perbincangan berhenti disitu sahaja. Dalam bilik dah bagi tau En Suami esok (Wesak Day) nak g potong rambut. Saya memang tak boleh rambut panjang sebab kulit kepala akan cepat berpeluh & gatal. Dan akan mengundang kelemumur. Tak suke...tak suke...& plan nak g anta WSL kat kinik sebab stereng bergoyang. En suami kata maybe masalah tayar. Sebab tayar depan sebelah tu dh makan sebelah. So rasanya cukuplah xtvt kita untuk cuti 1 hari tu.

Pagi tu, dalam kul 3 pagi En suami dah balik. memang dia ada mention nak balik awal. Sekali ngan Cik Auni bangun. Dia tu telinga lintah sikit. Tau je ayahnya balik. Tak kira la pukul berapa mesti dia akan bangun jugak. Siang ke malam ke sama jer. Boleh plak dia nak main-main ngan ayah dia pepagi tu. Sudanya dekat kul 5 baru tido. PAstu kul 7 dah bangun...stress betol!! Tak de can langsung mummy dah bangun lamabat time cuti.

Sekali MIL kata nak pergi rumah K.Ngah. Abn Ngah dah balik dari umrah. Alhamdulillah selamat pergi & balik. Macam tak sedap hati plak kalau tak pergi ziarah. Maka plan malam tu cancel. Ayah  Auni tak ikut sebab dia penat. Nak rehat kat rumah je. Maka pergilah saya, Cik Auni, Wan Auni & P.Usu Auni ke Klang. Sampai sana dalam kul 11 lebih. K,ngah pun tengah prepare untuk lunch. MIL ada tapau lauk dari kedai kat Kapar. 

Lepas lunch kami gerak balik sebab k.ngah ngan ang ngah nak melawat anak mereka kat UPNM. Dia tak dapat balik tengok ayah dia. Balik tu kami singgah GM Klang sebab BIL excited nak cari wall paper. Teruja tengok rumah K.ngah ber wall paper. Saya pun dah lama tak ke GM tu. Last masa nak cari sebenier untuk majlis cukur jambul cik auni dulu. Sekali CIk Auni tidur la plak. Ye la dari pagi tak tidur langsung. Seronok main dengan abang-abang sepupu dia. Tapi dapat gak la kuar jap cuci-cuci mata sikit. 

Sampai rumah dh pukul 5 ptg. Mandikan Cik Auni pastu tidurkan dia dalam buai. MIL & BIL g pasar malam beli makanan. Sempat jugak saya g potong rambut. Lega rasanya bila cuci-cuci rambut, urut-urut sikit. Rambut pun dah pendek senang nak urus. Ada anak kecik ni takde can nak duduk lama-lama dalam bilik air. 

Sesekali nak pergi spa massage plak. Mesti syok kan...Alhamdulillah cuti saya dikelilingi dengan insan-insan tersayang. Meluangkan masa bersama keluaraga memang terbaik!!

Thursday, March 20, 2014

Merempit lagi

Hari pergi kerja naik motor. En suami nak betulkan kete. Ada masalah sikit kat tempat minyak hitam tu. Pastu nak buat balancing sekali. En suami nak hantar. Pastu Pn. Isteri yang baik hati tak nak menyusahkan en suami maka dengan rela hati pn isteri merempit la hari ni. Bukan tak biasa pun. Cuma dah lama pergi kerja tak naik motor. Lagi pun en suami sayang sangat dengan pn isteri. Risau kalau jadi apa-apa kat pn isteri. 

Pn isteri ok jer. Tak kisah pun. Lagipun tahu en suami penat. Kalau en suami hantar nak kena ambik plak balik nanti. Bukan apa pn isteri kan tak suka menunggu. Lagi pun tak nak la susahkan en suami. Selagi pn isteri boleh berdikari Insya Allah pn isteri akan berusaha.Tak jauh pun. 

Alhamdulillah sampai tempat keje dengan selamat. So marilah kita memulakan kerja....




Tuesday, September 10, 2013

Bila WSL masuk klinik

Kamis lepas saya el sebab auni buang-buang air. Mungkin sebab beralih bulan kot, nak ringankan badan merangkak rasanya. So en suami hantar la WSL ke bengkel. Dah lama kereta tu ada masalah. Cuma tak dapat detect apa dia. Dari pagi sampai la ke malam baru settle.

Ni masa petang dalam kul 6. Ingat kan dah siap, sampai-sampai jer dorang kata lom settle lagi. Cuak gak sebab kalau tak siap camne saya nak g keje esoknya. Rasanya ni la paling lama WSL kat bengkel. 

Bila dah settle sume rupanya timing belt salah pasang. Jenuh gak dorang cari puncanya. Memang sejak tukar timing belt ni ada je masalahnya. Kitorang bukan tukar kat bengkel ni. Masa tu saja la gi survey bengkel baru tu nak tukar tayar. Tengok tayar memang murah so kitorang tukar la 4 4 tayar sekali sebab memang dah botak sangat. Pastu teringat timing belt tak tukar lagi. So buat la sekali kat bengkel ni. Lepas daripada tu 3 4 kali gak la gi bengkel tu sebab ada je yang tak kena.

Last-last kitorang decide g bengkel kat pic tu. Baru settle masalah. kalau tak risau jer nak bawa kete. WSL jangan majuk-majuk lagi tau! mummy sayang WSL sangat-sangat. Orang kata kalau kita sebut-sebut nak tukar kete, kete lama merajuk. En suami selalu jer beranga-angan nak naik kete besar-besar. Kete ni tak cukup besar ke??? Mummy tetap dengan WSL.