Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang, cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon tak apa, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas atau tisu dan letakkan saja di atas meja solek, tepi katil atau atas bantal ke…itu laa romantik namanya. (Alhamdulillah tak pernah lagi bosan & berharap akan kekal untuk selamanya. Terpulang pada individu tersebut bagaimana untuk melaksanakannya)
2. Beri Bunga.
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwinan, beri pada hari-hari biasa pun tak apa. Janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pun dah boleh membuatkan pasangan anda terasa di awang-awangan. Confirm senyum sepanjang hari.(yang ni boleh berangan jer la...berangan pun boleh senyum apa....)
3. Pandang Mata Pasangan.
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandanglah dengan penuh kasih sayang dan cinta. (jeling-jeling manje boleh tak? ahakkkssss)
4. Bicara Dengan Lembut.
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar atau anda main lepas jer nak cakap apa. Control emosi ketika berbicara.(setuju sangat!)
5. Sentiasa senyum.
Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun sure tak jadi bila tengok senyuman anda yang manis memikat.(kadang-kadang emosi menguasai kita kan...penat, stress dll tapi kalau boleh kontrol lagi elok kan...)
6. Berpimpin Tangan.
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama. (Kadang-kadang ada suami yang biar je isteri jalan sorang-sorang kat belakang kan?? )
7. Kunjungi Tempat Yang Romantik.
Sesekali bawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan. Seperti di tepi pantai, atau ke Cameron Highland bila tiba anniversary. Apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi. (nak paln g mana yer ;-) )
8. Memujuk.
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak endah jer, tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Insya Allah pasangan anda cair dibuatnya. ( orang perempuan memang suka dipujuk, dibelai, dimanja... )
9. Memberi Kejutan.
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan. Misalnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala dia tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuknya. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik. (oh romantiknyer...)
10. Pakaian sedondon.
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon seperti t-shirt, tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan anda memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Sweetkan? (terpulang pada pasangan tersebut. Kadang-kadang ada yang tak suka)
11. Cuba memahami lebih dalam sisi wanita.
Tidak selamanya lelaki boleh memahami dengan jelas apa yang diinginkan seorang wanita. Oleh itu, belajarlah memperlakukannya semanis mungkin, terutama saat si dia sedang datang bulan. Automatik dengan hal seperti itu, pasangan semakin mengerti bahawa anda memerhatikanya.
12. Tahan emosi anda dan gantilah dengan sikap pengertian.
Kaum Adam cenderung tak cukup pintar dalam urusan menahan emosi. Tapi jika anda benar-benar menyayangi pasangan, sudah tiba masanya menukar sifat itu dan menggantinya dengan sikap pengertian. Lakukanlah dengan sepenuh hati, nescaya pasangan semakin jatuh hati pada anda.(bila keikhlasan datang dari dalam hati maka pasangan akan lebih menghargai apa yang kita lakukan)
13. Candle light dinner di kafe kegemaran.
Kejutan manis boleh membuat anda kelihatan seperti lelaki romantis. Atur waktu yang tepat dan berikan setangkai mawar merah sebelum memulakan candle light dinner. Hal itu menjadi sesuatu yang sangat romantik di mata kekasih. Apalagi jika anda menikmatiya di bawah cahaya rembulan.(ni pun salah satu angan-angan saya la hikhikhik...)
14. Ungkapkan perasaan melalui puisi-puisi cinta.
Anda mungkin tak perlu melakukan hal ini setiap hari. Tapi anda boleh mendedahkan isi hati apabila merindukan kekasih atau semasa momen tertentu melalui sebuah puisi. Ini menjadi pengalaman menyenangkan baginya, sekaligus mempermanis kisah cinta kamu berdua.( yang ni pun kalau rasa boleh buat, buat la...kalau tak tak perlu ok! jadi diri sendiri lagi baik)
15. Peluk dan sentuhlah dia.
Sentuhan dan pelukan sering menorehkan kenangan yang tak terlupa dalam kisah asmara. Jika anda ingin meraih perhatian si dia, tak ada salahnya memberikan sebuah pelukan hangat dan menyentuh jemari tangannya dengan lembut. Buat pasangan senyaman mungkin dengan perlakuan anda yang istimewa. (masa kursus kawen aritu ada ustaz tu bagtau tips kebahagiaan rumahtangga. Katanya peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Tapi bagi pasangan PJJ sabar yer...ada hikmahnyer)




