Showing posts with label zafirfirzanah. Show all posts
Showing posts with label zafirfirzanah. Show all posts

Wednesday, September 18, 2019

ZF jr. (anak ke3)

Asslammualaikum...

Fuhhh...lama betul ambik masa nak mengarang ni. Mood tenggelam timbul. Hati meronta-ronta nak menaip. Tapi jiwa asik kacau je hehehehe...

Macam yang mummy mention sebelum ni, mummy akan abadikan segala kenangan dan pengalaman bersalinkan anak-anak mummy. Ni dah masuk anak ke3. Harus la tulis dalam ni jugak. senang nak trowback nanti.

Anak ke3 mummy ni mummy namakan dia Amaira Firzanah Binti Mohd Firdaus.


Amaira = kecantikkan abadi
Firzanah = pintar, bijak

Besarlah harapan mummy agar anak mummy ni nanti menjadi khalifah Allah yang penuh dengan kecantikkan paras rupa, budi bicara, perbuatannya serta akhlaknya. Juga bijak membezakan antara buruk dan baik. Menjadi penyejuk hati mummy dan ayah selamanya. Aamiin YRA





Tuesday, September 17, 2019

Mummy Anak 3

Tak sangka dah anak 3 hehehehe. Macam tak percaya je. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Tak pernah terfikir pun na tambah anak lagi. Ni semua rezeki. memang tak plan pun.

Plannya nak mengandung 2019, nak dapat baby 2020 hehehehe...tapi perancangan Allah tu kan terbaik.

Moga dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami akan menambahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Juga menambahkan lagi kebahagiaan kami hingga ke syurga.

Maka bertambah juga la tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Tanggungjawab yang cukup besar. Dengan pelbagai cabaran di era sekarang ni. Kadang-kadang takut nak hadapinya. Insya Allah kami cuba sebaik mungkin...


***hutang pengalaman bersalin sikecik tu. Bila tah nak buat huhuhu...


Thursday, August 30, 2018

Berebut mummy...

Mommies..ada ke anak-anak yg berebut ibu. Anak-anak saya selalu je. Lagi-lagi time nak tidur. Dari kecik memang suka tido bawah ketiak mummy dorang. Ye la dua-dua bf. So tido malam memang ngempeng je la

Bila dah besar ni (kakak 5y adik 3y) ingatkan boleh la mummy nak berehat tapi sama je. Tu yang kadang jadi bergaduhl. Kadang saje je saya baring sebelah adik sebab nak tido mengiring. Dah kakak merajuk. Kadang adik saje ngakat kakak tido tengah-tengah sebab taknak bagi kakak peluh mummy.

Dah tu bila mummy tido tengah langsung tak boleh toleh salah sorang. Muka kena mengadap siling je. Kalau toleh je nanti yang sorang akan tarik muka mummy suh pandang dia. Pastu gaduh la. Mummy ni dah jadi cam patung baring tegak pandang siling. Sakit badan oi...

Satu lagi kalau naik kereta. Memang tak la mummy nak duduk depan. Duduk belakang tengah-tengah hokeh 😩😩😩 tu pun kadang berebut nak duduk atas mummy...stress dibuatnya

Kadang tu sampai mummy rasa macam eh xpayah la mummy ikut. Duk umah lagi bagus😆😆😆 tapi tu la kan...ragam anak-anak...