Wednesday, April 4, 2012

Selera bertambah

2 minggu kebelakangan ni saya perasaan selera saya makin bertambah. risau gak la. Adakah ini disebabkan oleh hormon. Kawan-kawan kata begitu tapi tak tahu la betul ke tidak. kalau dulu sehari makan nasi sekali jer ok jer...Kadang-kadang tak makan langsung pun ok. Sekarang ni lain plak.. Belum sampai waktu lunch perut ni dah kuar macam-macam lagu. Ni belum lagi g timbang. Rasa takut nak tgk penimbang tu. cam seriua plak hehehehe....

x boleh jadi ni. Next week kena start blk xtvt beriadah diwaktu petang. Kawan-kawan seperjuangan jom kita riadah2 sikit petang-petang. Rindu la plak...tak lama lagi cuti sem kan jom kita main lompat-lompat macam dulu nak????



Album Kahwin

Yea......saya dah dapat album kawen saya. Tapi ni yg sebelah lelaki & masa tukar2 baju. Actually ni photographer dr butik andam saya. Majlis sebelah saya, saya hire OP yang lain. Mgkn 2 3 minggu lagi siap la...

Saya lupa nk snap album tu. Br dpt Isnin lepas. Famili saya pun lom tgk lagi. Sebab last week x balik umah mak sob...sob...sob...oh ya malam tadi call mak borak2 pastu mak kata mak ada buat bubur jagung. Dan dan tu mak pelawa saya bubur jagung tu huhuhu....

Berbalik pada album kawen saya tadi, keseluruhannya ok la. Tak la memenuhi piawaian saya (siap ada piawaian tu hehehhe...)ada gmbr yg ok ada yang rasa cam nak buang jer gmbr2 tu...(giler tak puas ati kan????) ok camni ceritanya. Sebenarnya saya ambik pakej andam ngan photographer sekali. Saya ingatkan photographer yg dorang punya la (mak andam) sekali dia bagi org lain. Dah la sy tak pernah tgk hasil kerja dia. Saya dapat agak yg saya akan tak puas hati dgn hasilnya. Sebab masa posing2 tu rasa tak best jer...berbeza dengan yang sorang lagi tu. memang saya puas hati sgt2 la...walaupun album tak dapat lagi tapi masa dia ambik gmbr kitorang tu rasa cam ada chemistry jer...(ayt x bleh bla kan hehehehe)

Lagipun perkara pertama yang saya survey masa nak kawen aritu adalah photographer. 3 bulan saya kumpul info tentang photographer ni. Sampai saya puas hati dengan setiap kerja yang dia lakukan br saya buat keputusan untuk hire salah sorang drpd mereka.

K la ni saya bg tgk beberapa hasil kerja tukang gmbr saya yg saya ambik pakej tu....


Yang merah ni ambik gambar kat studio. Mak mertua suka plak baju merah ni...Cantik katanya hehehe



Yang ni plak posing-posing kat tepi sawah orang hehhehehe...dah namanya duk kat sawah kan harus la ada gambar kat sawah walaupun bukan sawah mak saya hehhe...



Ha...ni majlis kat sebelah suami. Tetap nak warna biru, layankan jer la...


Nanti saya snap gmbar album tu saya paparkan kat sini yer.... ;-))

Tuesday, April 3, 2012

Terima Kasih Abah....


Terima kasih yang tak terhingga buat arwah abah. Walaupun abah dah tak ada, saya pasti abah gembira di sana. Alhamdulillah 10 Mac 2012 tepat jam 3.20 petang saya telah menjadi suri kepada Mohd Firdaus Ab Hamid. Cuba 2 kali abah berjumpa dengan suami saya. Sempat saya kenalkan dengan abah. Dan abah sangat merestuinya.

Abah, segala nasihat abah masih tersemat di dalam hati ini. Insya Allah saya akan berusaha menjadi isteri yang solehah dan disenangi suami. Semuanya masih segar dalam ingatan saya sebelum saya menjadi seorang isteri. Insya Allah saya akan buat yang terbaik seperti mana yang abah mahukan.

Didikan abah yang paling sempurna, kata-kata abah yang paling mujarab, nasihat abah yang paling berkesan dan pesanan abah Insya Allah akan saya ingat selamanya...

Kini, saya bukan lagi tanggungjawab abang. Semoga perkahwinan ini akan kekal selamanya hingga ke syurga.

Abah, I miss u.....




Monday, April 2, 2012

Sinar baru


Setelah kehilangan abah memang agak lama saya menyepikan diri. Kadang-kadang duduk saja-saja pun terkenang abah. Saya anak yang paling rapat dengannya. Kehilangannya memang amat sangat saya rasai...

Alhamdulillah satu semangat baru muncul dalam hidup saya. Walaupun tak sama sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh memerhatikan saya. Kehadiran sang suami memberi sinar baru dalam hidup saya. Saya bersyukur sangat. Walaupun saya sedih bila mengenangkan mak yang akan ditinggalkan tapi saya percaya mak sangat faham. Abah juga banyak menasihatkan kami sekeluarga sebelum pemergiannya. Itulah juga penguat buat mak.


Monday, September 5, 2011

Pahit akan manis jua...

Insya Allah....apa yang Allah turunkan tu pasti bersebab. Allah Maha adil. Dia tahu kenapa semuanya terjadi.

Tanpa disedari sebenarnya kemanisan itu telah dirasai. Cuma sedar atau tak jer...Malam tadi baru terasa. Insya Allah kalau kita tabah akan dapat hasilnya.

Terima kasih pada mereka-mereka yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga.