Showing posts with label MAJLIS PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS PERKAHWINAN. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Jalan-jalan ke Pahang

Ceritanya bermula bila mana mak mendapat undangan perkahwinan sedara mak yang duduk di Pahang. Pahang kat area Bentong. Actually dalam daerah Temerloh. Mak excited nk pergi sebab kitorang penah duduk situ dulu. Lebih kurang 12tahun. Di situ jugak lah saya ngan adik=adik perempuan saya dilahirkan. So kitorang pun excited sekali. Ye saya anak felda. Felda Lakum. Seronok bila teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Pergi ladang tolong mak abah kutip getah sekerap.

Saya pun dah bagitau en.suami awal-awal lagi. 2 3 kali sound dia jgn lupa tarikh 1 feb tu. Kang dia buat2 lupa naya je...

Saya ngan adik bertolak 1 kereta dari Bukit Subang jam 9 pg. Mak ngan abg 1 kereta gerak dari kampung. Adik kat kajang 1 kereta. Plan nak jumpa abang kat gombak pastu terus jumpa adik yg dari kajang tu kat bentong. Last-last 3 3 jumpa kat tol bentong. Sampai umah pengantin kul 12 gam-gam terus makan. Gambar takde yer sebab masing-masing dah kebulur so perut diutamakan.

Malam tu kami stay kat homestay kat bentong. Adik ipar yang carikan. Alhamdulillah sume ok. Rumah pun cantik. Double storey ada 4 bilik 3 bilik air. Lengkap dengan peralatan dapur. Rice cooker, kettle, periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, sudu, cawan sume ada la. Petiais ngan mesin basuh pun ada. Terbaik la homestay ni. Saya terlupa nak snap gambar. Ni saya copy paste dari mudah.my yer...






HOMESTAY / RUMAH TAMU IMPIAN BENTONG

di alamat :
No.626, LORONG 25,TAMAN BENTONG MAKMUR, BENTONG,PAHANG

Tel : 017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

Rumah Penginapan Untuk Majlis Perkahwinan, Bercuti, Berkursus, Kem, Santai, Temuduga atau sebarang aktiviti lain

(Muslim sahaja)

Kemudahan :

1. Rumah teres 2 tingkat (N lot) mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air,
disediakan peralatan mandi & 2 dapur (kering & basah)

Bilik 1 - katil kelamin saiz King (aircond)
Bilik 2, 3 & 4 - katil kelamin saiz Queen (kipas)
Setiap bilik dilengkapi dengan almari dan tempat penyidai baju.

2. Ruang tamu
(aircond, kipas, sofa, tv, astro, bacaan majalah dan novel, karpet)

3. Ruang dapur dengan peralatan memasak
(peti sejuk, mesin basuh dan kabinet, kelengkapan memasak, sudu,
pinggan, mangkuk, periuk, cerek, jug, gelas, cawan, kuali dsb..)

4. Meja makan untuk 6 orang

5. Seterika dan iron board

6. Lot parking ( 2 lot dalam pagar & 2 lot tepi rumah)

Kadar Bayaran : (Tetap)

Kadar Sewa Harian/Semalam
Hari Biasa /Hujung Minggu - RM250
Hari Cuti Umum - RM270

Max : 10-14 orang

Kaedah Bayaran :
Untuk Confirm, sila sms / call dan check tarikh dan
bank-in deposit sebanyak RM100 dahulu.
Selepas bayaran deposit,barulah tarikh akan terus dibooking.

Lokasi :
4 minit perjalanan ke bandar bentong.
20 minit perjalanan ke Bukit Tinggi Resorts, Selesa Hillhomes,
20 minit perjalanan ke Felda Lurah Bilut
30 minit perjalanan ke Felda Mempaga dan Kg. Lebu
30 minit perjalanan ke Kg. Janda Baik dan Genting Highlands
40 minit perjalanan ke KL,

Boleh tengok, survey rumah dulu...
Check In : 2.00 p.m
Check Out :12.00 p.m

Sebarang pertanyaan :(call / sms)
017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

“Kepuasaan Anda, Keutamaan Kami” 



Thursday, June 7, 2012

Adik Saya Dah Kawen

Selamat Pengantin Baru. Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat
 Saya tak tahu kenapa saya rasa sebak bila tengok gambar ni. Bukan saya sedih dengan perkahwinan adik saya ni, saya happy sangat. Cuma saya teringatkan arwah abah. Kalau abah ada mesti dia happy kan anak-anak perempuan dia dah kawen. Sebak jer...dah..dah...cukup...ni pun dah bergenang air mata. Raya tahun ni mesti meriah. Sebab ada pertambahan ahli keluarga bukan 1 tapi 2 sekali. Tahniah!!

Kami yg comel yeaaaaaaaaaaaaaaaaa
Ni la adik beradik perempuan saya. Yang kanan tu Insya Allah awal tahun depan majlisnya...Yang depan tu tengah pregnant nak masuk 6 bulan. Semoga tak ada apa-apa yang berlaku. Anak 1st gugur masa kandungannya masuk 5 bulan. Sama-sama kita doa semoga semuanya selamat hingga baby tu lahir. Tak sabar nak dapat anak buah. Ermmm kenapa saya mok...mok...yer????


Wednesday, June 6, 2012

Kesibukkan

Salam kawan-kawan...

Dah boleh bernapas sikit walaupun masih sangkut-sangkut...Apa yg bz sangat tu????? Cam saya bagitau sblm ni kan, kat rumah bz...kat opis bz....meh nak cerita sikit...

Kita mulakan dengan kerja-kerja ditempat kerja. Bulan 5 aritukan ada book fair kat KL. KL International Book Fair yang diadakan setiap tahun. Cuma tahun ni saya tak pergi kerana kesihatan yang kurang mengizinkan...So dah lepas book fair ni makanya banyak la listing yang supplier email. So listing-listing ni la nak kena semak & sebelum diorder...Alhamdulillah dengan bantuan kawan-kawan kerja-kerja ni pun berjalan dengan lancar...

Kesibukkan yang kedua ialah...membuat persiapan majlis perkahwinan adik saya. Selamat Pengantin baru buat Siti & Mazrik. Semoga kekal bahagia selama-lamanya...penatnyer masih terasa lagi. Biasa la kan kenduri kat kampung. Cumanya kenduri ni dibuat dirumah pakcik saya. Alhamdulillah rezeki adik saya. Ye la saya pun baru kawen 3 bulan. Penat pun tak habis lagi kan...Majlis kawen ni kan kerja besar bukan macam kenduri-kenduri biasa. Walaupun pakcik ambik katering tapi majlis nikah kami tetap buat rewang. Makan beradap juga dimasak sendiri oleh pakcik2 & makcik2 saya. Kalau rewang ni best sikit. Rasa meriah jer...

Nanti saya upload gambar adik saya yg sweet tu yer...cam kakak dia gak sweetnyer.... ;-))






Wednesday, April 4, 2012

Album Kahwin

Yea......saya dah dapat album kawen saya. Tapi ni yg sebelah lelaki & masa tukar2 baju. Actually ni photographer dr butik andam saya. Majlis sebelah saya, saya hire OP yang lain. Mgkn 2 3 minggu lagi siap la...

Saya lupa nk snap album tu. Br dpt Isnin lepas. Famili saya pun lom tgk lagi. Sebab last week x balik umah mak sob...sob...sob...oh ya malam tadi call mak borak2 pastu mak kata mak ada buat bubur jagung. Dan dan tu mak pelawa saya bubur jagung tu huhuhu....

Berbalik pada album kawen saya tadi, keseluruhannya ok la. Tak la memenuhi piawaian saya (siap ada piawaian tu hehehhe...)ada gmbr yg ok ada yang rasa cam nak buang jer gmbr2 tu...(giler tak puas ati kan????) ok camni ceritanya. Sebenarnya saya ambik pakej andam ngan photographer sekali. Saya ingatkan photographer yg dorang punya la (mak andam) sekali dia bagi org lain. Dah la sy tak pernah tgk hasil kerja dia. Saya dapat agak yg saya akan tak puas hati dgn hasilnya. Sebab masa posing2 tu rasa tak best jer...berbeza dengan yang sorang lagi tu. memang saya puas hati sgt2 la...walaupun album tak dapat lagi tapi masa dia ambik gmbr kitorang tu rasa cam ada chemistry jer...(ayt x bleh bla kan hehehehe)

Lagipun perkara pertama yang saya survey masa nak kawen aritu adalah photographer. 3 bulan saya kumpul info tentang photographer ni. Sampai saya puas hati dengan setiap kerja yang dia lakukan br saya buat keputusan untuk hire salah sorang drpd mereka.

K la ni saya bg tgk beberapa hasil kerja tukang gmbr saya yg saya ambik pakej tu....


Yang merah ni ambik gambar kat studio. Mak mertua suka plak baju merah ni...Cantik katanya hehehe



Yang ni plak posing-posing kat tepi sawah orang hehhehehe...dah namanya duk kat sawah kan harus la ada gambar kat sawah walaupun bukan sawah mak saya hehhe...



Ha...ni majlis kat sebelah suami. Tetap nak warna biru, layankan jer la...


Nanti saya snap gmbar album tu saya paparkan kat sini yer.... ;-))

Monday, June 27, 2011

Majlis di Pahang


Selamat Pengantin Baru buat Azli & Ain. Azli ni ialah sepupu saya belah abah. Memang jarang jumpa pun. Setahun sekali jer kot, itupun time raya. Ye la mereka duduk nun di Pahang. Majlis berlangsung pada 26/7/2011 hari ahad. Kami sekeluarga (mak, abah & adik) bertolak pada hari Sabtu. Sebuah kereta lagi adalah pakcik saya sekeluarga.

Perjalanan mengambil masa agak lama. Dalam 5 jam kot. Ingatkan dlm 3 4 jam dah bolleh sampai. Tapi 5 jam kau.....seb bek adik leh drive gak walaupun dia baru balik dari outstation kat utara malam sebelum tu. Sampai umah pun dlm kul 3 pagi katanya....

Oh lupa plak, pakcik saya ni duduk di Felda Lepar Utara 1. Dari bandar Pusat Jengka 1 jam untuk sampai ke rumahnya. Bandar Pusat Jengka adalah satu2nya bandar yang terdekat dengan tempat mereka. Kena melalui hutam simpan dalam 10km. Agak2 kalau malam ada orang lalu tak kat situ. Kalau saya memang agak seriau la kan. Ni la 1st time saya pergi rumah dia.

Jom layan gambar dulu yer...


Adik saya yang keletihan telah terlelap beberapa kali...


Sedara mara yang berjaya berkumpul pada hari tersebut


Pakcik makcik sebelah abah ni ramai yang dah bercucu. Pakcik yang kenduri ni 1st time sambut menantu. Rasanya abah ngan pakcik ni jer yg belum menerima cucu. Coming sooonnnn....



Time berjumpa2an ni la mula nak jejak kasih. Ye la sebelah abah ni memang susah nak jumpa. Kalau jumpa kat pasar malam mana-mana pun kompom x kenal dah. Masing-masing duk jauh.


Ini adalah pelamin anganku musnahmereka. Tema adalah hijau. Sampai ke air pun kaler hijau. Tapi sedap dapat minum air tebu sejuk2 time panas2....


Lauk-lauk kenduri (ayam masak merah, acar rampai, gulai daging, masak lemah nangka). Cepat betul dorang masak. Pagi tu sembelih lembu, potong2, masak, kul 11 dah ready semuanya. Itulah berkat gotong royong...


Sambal belacan yang mabeles & ulam raja (entah kenapa sampai sekarang saya masih tak boleh makan ulam raja ni. Mungkin sebab saya orang biasa2 je kot )


Errr kenapa saya nmpk gemuk dengan baju tersebut...adakah adik saya telah sabotaj saya...oh baju tu baru mak saya siapkan dan dah ditambahcantik oleh saya dengan kerlipan labuci & manik....


Dan OTW balik kami singgah ditepi highway untuk menikmati si musang...


Sangat menggoda ok. Ni sume salah adik aku la masa otw pergi tu leh nmpk durian & ajk mkn durian masa balik...


Durian sedap ini telah dibelanja oleh mak. I LOVE U la MAK!!!!!!!!!! maka rugi la pada mereka2 yang tak ikut kitorang hahahahahaha....


Kesimpulannya...walaupun penat tapi sangat2 happy sebab dapat makan durian!!!
:-))

Wednesday, October 14, 2009

Sekitar Majlis

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Terima kasih yang tak terhingga wat sedara mara sahabat handai jiran tetangga yang datang menolong. Rakan-rakan yang datamg memeriahkan majlis terima kasih banyak-banyak...