Tuesday, April 10, 2012

Bezanya saya dan dia

Semasa dialam percintaan & pertunangan (sy bercinta dgn dia masa sy bertunang) saya selalu berfikir apa persamaan saya dengan dia. Terlalu banyak perbezaan. Boleh ke saya nak hidup dengan dia lepas kawen nanti. Memang tak ada yang sama. Sebab tu selalu jer berselisihan faham dengan dia.

Saya banyak berkecil hati dengan dia. Tak pernah bersependapat. Kalau nak tengok wayang pun nak gaduh dulu. Tapi masing-masing cuba untuk memahami pasangan. Betul la kata orang perbezaan itu yang membuatkan dia begitu istimewa pada diri kita kan...perbezaan itu juga yang melengkapkan antara satu sama lain.

Alhamdulillah sebulan bersamanya ada juga persamaan yang saya perasan. Dan saya tersenyum sendiri bila mengingatinya.....




10042012



Hoyeaaaaa harini genap sebulan kami disatukan. Semoga ikatan ini berkekalan hingga akhir hayat seterusnya hingga ke syurga....Semoga perkahwinan ini akan sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga cinta.....


Monday, April 9, 2012

Xde mood...

Saya nak rehat banyak-banyak. Rasa tak sedap badan. Maybe semalam kena ujan kot....


Saturday, April 7, 2012

Album Kawen saya.....

Seperti yang dijanjikan...inilah dia album kawen saya!!!! Lupa plak nk kira berapa page semuanya. Saiz pun xtau la berapa....yg ni sebelah suami

Susun atur gambar ok la...cam entry sblm ni kan saya tak berapa puas ati dengan photographer yang ni...Seb baik gambar ok..ok... jer...

Tak sabar nak tunggu gmbr dr OP belah saya ;-))



Friday, April 6, 2012

Wanginya bilik saya seperti bilik pengantin hehehe...

Tajuk entry bukan main panjang lagi kan...xpe saje bagi tajuk panjuang2 camtu. Sebelum ni bilik saya adalah menggunakan pewangi ambi piur lemon yang saya tak berapa suka baunya. Saya suka dengan bau2an ambi piur ni tapi kalau lemon mmg kureng sikit la...selalu tu makcik cleaner tu akan letak yg lavender or rose. Agaknyer dia dah bosan ngan bau tu kot...

Tengahari tadi ada bacaan yasin kat salah satu department dalam opis saya. Cam biasa ada makan2. Gmbr ada pada caamerawomen. Malas nk minta. Kalau rajin nanti saya upload. Pastu dapat la bunga rampai yg dibungkus cantik dalam kain net ni. Cantik sebab dia warna merah!!


Wangi sangat. Dapat sekali dua tu....dalam tu siap ada duit syiling lagi. Teringat masa dulu2 kat kg kalau ada majlis cukur jambul mesti dapat bunga rampai ngan duit hehehe. Penah buatkan kat makcik yang nak wat majlis cukur jambul. Bunga rampai ni wangi. Dah semerbak bilik opis saya dengan bunag rampai ni.

Apa kaitannya dengan bilik pengantin????ye la orang dulu2kan suka letak bunga rampai ni dalam bilik pengantin. Sekarang jer beli yang dah siap. Sebab susah nak buat bunga rampai ni. Leceh sebenarnya nak potong nipis2 daun pandan tu. Sekarang beli jer aromaterapi yang kat kedai...ye ke benda tu namanya aromaterapi???? adeihhh tetiba ilang ingatan kejap.

Saya pun masa kawen aritu ada gak buat bunga rampai ni. Rasa segar jer bau bilik saya. Tu yang feeling2 bau bilik pengantin hehehehehehe....cam gatal tak????