Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Diam adalah lebih baik

Arrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........terlalu banyak yang mahu diluahkan. Terlalu banyak yang perlu diceritakan. Terlalu banyak yang perlu diucapkan. Tapi kadangkala diam itu adalah lebih baik. Luahan yang didalam hati. Hanya hati yang berbicara untuk menceritakan segala-galanya. Bermolonog sendirian. Berfikir sendirian....

Memang kadangkala luahan  itu dapat melegakan hati seseorang. Tapi kadangkala diam itu adalah yang TERBAIK. Lebih baik diam untuk kesejahteraan kedua belah pihak. Jika itu yang terbaik apa salahnya. Jika itu membuatkan kita tenang lebih baik begini.

Kadangkala hati perlukan ruang. Kadangkala hati juga memberontak. Akal dan fikiran yang waras sangat diperlukan saat ini. Kecelaruan ini...kebimbangan ini...kesedihan ini....semuanya terbuku dihati. 

Kata orang ikut hati mati, ikut rasa binasa...

Itu kata orang...kata hati????





Wednesday, March 5, 2014

Luahan hati

Sedih sangat hati ni. Selama setahun, bermacam-macam cara saya buat...bermacam-macam petua saya amalkan tapi saya terpaksa jugak lepaskan. Saya kena redha. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin setakat ini jer rezekinya...Ya Allah...kuatkan hati saya. Saya sedih sangat ni. Tapi saya tak boleh buat apa-apa.

Saya pasti rindukan segala kenangan bersamanya. Segala-galanya. Mungkin bagi sesetengah orang perkara biasa. Tapi tidak bagi saya. Berat sangat rasanya nak lepaskan. Setelah setahun saya dengan berat hatinya terpaksa merelakan Cik Auni untuk fully fm. Niat saya untuk bf Cik Auni selama 2 tahun tidak kesampaian. Setiap perahan semakin sikit. Cik b pun makin sakit setiap kali saya pam.

Rasa sangat bersalah pada CIk Auni sebab tak dapat berikan yang terbaik untuknya. Terasa saya bukan mak yang baik. Sedihnya ya Allah. Berjujuran air mata ni saat menaip entry ni. Nak sangat bf Cik Auni sampai dia 2 tahun tapi saya tak mampu nak lakukan. SAya tak terdaya. Maafkan mummyy sayang.....

Friday, May 17, 2013

Tabah lah sayang....

Berat mata memandang berat lagi yang memikulnya...apa yang terjadi mungkin ada hikmahnya. Tapi bagi dia yang menghadapinya terlalu sukar. Kalau saya ditempatnya mungkin juga saya boleh hilang panduan. Tak tahu nak kata apa, tak tahu dari mana puncanya. Perkara yang saya rasa semua orang pun tak inginkan ianya terjadi dalam hidup mereka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui semuanya. Kepadanya kita berserah. Ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa jugak, ialah dia terlalu rapat dengan saya. Saya sendiri tak tahu macam mana nak selesaikannya. Saya pun masih mentah dalamperkara ini. Benda ni jugak yang saya sangat takutkan. Ya Allah kau peliharalah dirinya. Berilah petunjuk dan jalan penyelesaian kepadanya. Kau kuatkanlah semangatnya untuk dia hadapi hari-hari mendatang.