Showing posts with label 1 Tahun. Show all posts
Showing posts with label 1 Tahun. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

2 Pasang Kurung Pink

Another baju kurung for Cik Auni. Kedua-duanya pink. Actually sy buat yang bercorak tu dulu. Baju tu lebihan baju kurung saya. Bidang besar so banyak la lebih. Saya tersalah potong sebenarnya. Itulah masalah saya kalau nk menjahit baju. Saya memang x pandai memotong kain.

Sepatutnya boleh dapat sepasang baju kurung yg bercorak. Konon-kononnya boleh la sedondon dengan mummy. Saya ukur pun terbesar. Sudahnya dapat baju je.



Untuk kain saya terpaksa beli kain lain. Padanan yang paling sesuai adalah kain kosong. Saya suka kain cotton ni. Sejuk je. Memang sesuai sangat untuk baju baby.

Saya beli 1 meter. 1meter kain dapat sepasang baju kurung lagi untuk Cik Auni. So saya buat je la sepasang lagi baju untuk Cik Auni. Tapi ukuran kali ni saya kecilkan sedikit. Jadinya 2 helai baju dengan sehelai kain. Ok la tu kan.

Teringat saya pada roommate sy masa kat UiTM dulu. Dia mmg suks buat baju dengan kain yg sama. Maksudnya ada 2 baju yg dpadankan dengan sehelai kain. Jimat, kreatif, & nmpk mcm ada byk baju je. Padahal guna kain yg sama. Kira macam mix & match la. Tapi ni baju kurung.



Mummy semakin bersemangat nak menjahit baju Cik Auni. Tapi kena ada pertolongan dari mak saya. Bukan totally saya jahit yer baju ni. Saya masih belajar lagi. Menjahit yang basic tu boleh. Lagipun menjahit baby baby memang leceh. Sebab tu baju-baju baby mahal-mahal kan...

Wednesday, March 5, 2014

Luahan hati

Sedih sangat hati ni. Selama setahun, bermacam-macam cara saya buat...bermacam-macam petua saya amalkan tapi saya terpaksa jugak lepaskan. Saya kena redha. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin setakat ini jer rezekinya...Ya Allah...kuatkan hati saya. Saya sedih sangat ni. Tapi saya tak boleh buat apa-apa.

Saya pasti rindukan segala kenangan bersamanya. Segala-galanya. Mungkin bagi sesetengah orang perkara biasa. Tapi tidak bagi saya. Berat sangat rasanya nak lepaskan. Setelah setahun saya dengan berat hatinya terpaksa merelakan Cik Auni untuk fully fm. Niat saya untuk bf Cik Auni selama 2 tahun tidak kesampaian. Setiap perahan semakin sikit. Cik b pun makin sakit setiap kali saya pam.

Rasa sangat bersalah pada CIk Auni sebab tak dapat berikan yang terbaik untuknya. Terasa saya bukan mak yang baik. Sedihnya ya Allah. Berjujuran air mata ni saat menaip entry ni. Nak sangat bf Cik Auni sampai dia 2 tahun tapi saya tak mampu nak lakukan. SAya tak terdaya. Maafkan mummyy sayang.....