Showing posts with label SEDIH. Show all posts
Showing posts with label SEDIH. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Semoga bantuan segera dihulurkan...

Malam tadi dapat WassApp dari officemate saya berkenaan kampungnya yang dilanda banjir. Sebelum ni tak pernah pun rumah mak dia dinaiki air. Kampung dia tu kat Manik Urai Kelantan. Sedih sangat bila dia bagitau mak dia yang uzur hanya tinggal dengan anak sedara dia je. Dah la bekalan electrik terputus, talian telefon pun putus...Allah...sedih sangat rasanya.

Pagi tadi dia bagitau abang dia terpaksa dukung mak dia redah banjir sejauh 1km cari tempat yang lebih tinggi. Tak terkata saya. Sedih, pilu. Katanya lagi anak jiran dia yang berumur setahun menangis dari malam tadi sebab kesejukkan kena air hujan. Terus air mata ni laju je mengalir. Teringat Cik Auni kat rumah. Tak dapat bayangkan keadaan mereka di sana. Tengok dalam tv pun dah rasa sedih inikan pula bila orang yang terdekat dengan kita yang mengalaminya. Tak tahu nak cakap macam mana dah lagi...

Bantuan tak dapat diberikan sebab jalan semua tutup. Ada helikopter datang tapi tak ada tempat nak mendarat. Ya Allah begitu kuat ujian yang engkau berikan. Dalam hati terus berdoa agar tiada sebarang keburukkan yang lebih teruk berlaku. Semoga bantuan segera diperolehi. 

Ye la kita tak tahu kan keadaan mereka yang nak menyelamatkan mangsa. Bertungkus lumus berusaha sedaya upaya agar semuanya dapat diselamatkan. Kesusahan mereka berusaha patut dihargai. Mereka pun tak mau perkara yang lebih buruk berlaku.

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Wednesday, March 5, 2014

Luahan hati

Sedih sangat hati ni. Selama setahun, bermacam-macam cara saya buat...bermacam-macam petua saya amalkan tapi saya terpaksa jugak lepaskan. Saya kena redha. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin setakat ini jer rezekinya...Ya Allah...kuatkan hati saya. Saya sedih sangat ni. Tapi saya tak boleh buat apa-apa.

Saya pasti rindukan segala kenangan bersamanya. Segala-galanya. Mungkin bagi sesetengah orang perkara biasa. Tapi tidak bagi saya. Berat sangat rasanya nak lepaskan. Setelah setahun saya dengan berat hatinya terpaksa merelakan Cik Auni untuk fully fm. Niat saya untuk bf Cik Auni selama 2 tahun tidak kesampaian. Setiap perahan semakin sikit. Cik b pun makin sakit setiap kali saya pam.

Rasa sangat bersalah pada CIk Auni sebab tak dapat berikan yang terbaik untuknya. Terasa saya bukan mak yang baik. Sedihnya ya Allah. Berjujuran air mata ni saat menaip entry ni. Nak sangat bf Cik Auni sampai dia 2 tahun tapi saya tak mampu nak lakukan. SAya tak terdaya. Maafkan mummyy sayang.....

Friday, May 4, 2012

Saya yang kurang kasih sayang

Alololo comelnyer pic ni...hehehe...masuk bakul angkat sendiri kan. Tak pe la sapa lagi nak puji saya kan. Tapi En Suami tak suka plak gambar ni. Dia kata dia kurang hensem hahaha...apa-apa lah...

2 hari ni En Suami balik lambat. Maka tertunggu-tunggu la Puan Isteri ni dikeheningan pagi yang sunyi. Sentap tau!!! Katanya bos dah tukar baru so pengurusan pun baru la. 2 hari ada meeting bos plak stay sampai pagi huhuhu...biasa la bos baru memang kena ambik tahu pasal pekerja kan...

Sekali pagi tadi En Suami  kata lepas ni memang tak boleh balik awal dah...pergi keje pun on time. Kalau dulu boleh lagi nak kaotim2 ngan member-member tapi pas ni dah tak boleh. Sedih jer saya dengar. Tapi nak buat macam mana dah itu kerja En Suami. Walaupun dalam hati rasa sangat-sangat sedih tapi saya kena relakan jugak. Saya kena kuatkan diri menghadapinya...

Mungkin lepas ni masa kami hanya hujung minggu jer. Itu pun kalau En Suami tak kerja dan Puan Isteri ni tak ada kursus. Hari biasa memang masa kami amat-amat terbatas. Kadang-kadang tak sempat nak merajuk manja-manja. Pagi tadi balik kerja pun En Suami dah mengadu-ngadu rindu. Saya dengar jer dia cakap camtu sebak plak rasanya. Tapi saya taknak tunjuk depan dia. taknak En Suami rasa serba salah. 

Insya Allah saya akan cuba membiasakan keadaan ini. Nampaknya saya kena cari kerja-kerja yang berfaedah untuk saya lakukan sepanjang ketiadaan En Suami di rumah...buat masa ni saya sudah membeli buku sudoku untuk saya buat bila bosan nanti...agak-agak apa saya nak buat yer???

Mode: sedih huhuhuhu...



Friday, June 17, 2011

Keluarga Bahagia


Siapa yang tak mahu keluarga yang bahagia seperti ini. Ditambah lagi dengan kehadiran sicomel yang pasti akan menceriakan lagi rumahtangga seseorang. Sangat-sangat jeles tengok gambar ni. Jelas tergambar kebahagiaan mereka kan???

Maaf saya ambik gambar ni tanpa kebenaran mereka. Tak tahu kenapa nak buat entry khas buat mereka. Hopefully mereka tak kisah. Mereka ni rapat dengan saya sebenarnya tapi jauh. Camne tu??? Biarlah saya je yang tahu. Saya pun tak tahu keadaan mereka sebenarnya. Harap-harap baik-baik jer...dan doa saya semoga mereka terus bahagia selamanya...apa yang boleh saya katakan setakat ini ialah baby mereka sangat comel. Dan saya tak boleh tengok baby mereka itu...Saya GERAM!!!!!!!!!!!!!

Cam best jer kalau dapat baby comel camtu kan????(hehehehe mode gatal!) Kawen pun belum lagi ada hati nak baby hikhikhik....ok lah sebenarnya tak tau apa motif tulis entry ni. Tapi dalam hati ada sesuatu sebenarnya. Sesuatu yang tak boleh nak diluahkan & tak tahu macam mana nak luahkan. PAda siapa pun tak tahu nak cakap. tak pe biar dulu, harap-harap ia tak mengganggu saya. Dan harap saya boleh mengawalnya....

Kepada mereka sekeluarga doakan saya bahagia seperti mereka jugak yer!!!!


Wednesday, January 5, 2011

Kenapa ni???




2 3 hari ni mood saya sedih...awal-awal tahun lagi dah sedih-sedih kenapa yer??? Adakah perubahan hormon dalam badan saya hehehehe (leh terima x alasan ni)... Tapi entah la memang saya dalam mood sedih. 2 hari saya boleh menagis tanpa sebab. Kawan-kawan dah risau jer...

Sepatutnya awal tahun ni kena la mulakan dengan mood yang ceria-ceria kan??? Cerita azam baru ke??? cerita nak cuti-cuti malaysia lagi ke??? hehehe sonok kalau dapat cuti-cuti lagi... dah balik bercuti pun mood sedih gak. Kenapa ni????


Friday, December 10, 2010

Mode: frust & sedih...


Kek coklat kukus sy kali ni x menjadi...saya sedih sangat...memang dah lama x buat. Tak sangka plak x menjadi kali ni...agak2 kenapa yer....huhuhu....