Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Jalan-jalan ke Pahang (ii)

Kami bermalam di Rumah Tamu Impian 1 malam je. Pagi tu sebelum check out kami potong kek birthday mak dulu. Happy birthday mak! Sayang mak selamanya

Masa mula-mula plan nak g Pahang ni tak teringat pun birthday mak. ye la plan bukan main lama lagi. Dari tahun lepas. Tu pun bulan 12. cam lama sangat nak sebut-sebut tahun lepas kan...Pastu tengok-tengokk tarikh eh..eh...kena plak ngan besday mak. cantik la tu. So saya pun memulakan planning muahahahaha (eh ni plan baik xmo gelak jahat-jahat)

Plan punya plan maka jadi la jalan-jalan Bukit Tinggi. Dah kitorang stay kat Bentong so ke Bukit Tinggi je la. Nak ke Genting tak syok plak sebab bawa baby ngan mak kan. Nak santai santai jer. 

Nak masuk ke Colmar Tropicale tu dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu kitorang pergi tu CNY kan so ramai la. Cuaca pun tak berapa nak sejuk sangat. Kami sampai atas tu pun dalam pukul 12 t.hari. Lepak-lepak depan. Tak de apa aktiviti pun just ambik-ambik gambar kat bangunan-bangunan tu jer. Feeling-feeling kat ober c la...Bayaran ni termasuk la Colmar Tropicale, Japanese Village & Botanic Garden. 

Makanan kat sini agak mahal yer. So kami memang dari awal lagi nak membawa bekal untuk dimakan kat atas sana. Ala bawa sandwic yang bekpes pagi tu je ngan jajan-jajan jer. Dah jalan-jalan tu mesti la lapar kan. Tapi kalau keadaan poket korang memang tebal so xde masalah la nak makan-makan kat sana kan. Sesekali apa salahnya. Cam kitorang memang dah niat nak bawa bekal (ecececece  cover nampak hahahaha)

Aduh cam malas plak nak taip. Layan gambar jer la yer...

Mak & cucu barunya Amani
Auni plak yang lebih-lebih
Auni jeles mummy duk sebelah ayah
Auni muka penat
Excited kanmain
Dengan nenek juga
Duck tu plak yang lebih-lebih...Auni time ni dah kelaparan
Nanti minta ngan ayah yer
Budak yang tak takut pun ngan angsa tu

Dah malas nak letak caption. Semoga mak berpuas hati dengan cuti-cuti ni.Mak tak tahu pun kitorang nak bawa mak jalan-jalan. Surprise katanya. Kebetulan mak pun free so ok la kan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak jalan-jalan camni. time tu mesti Auni dah pandai jalan. Tak la penat sangat nak mendukung dia. baru la best kan...

Wednesday, February 5, 2014

Jalan-jalan ke Pahang

Ceritanya bermula bila mana mak mendapat undangan perkahwinan sedara mak yang duduk di Pahang. Pahang kat area Bentong. Actually dalam daerah Temerloh. Mak excited nk pergi sebab kitorang penah duduk situ dulu. Lebih kurang 12tahun. Di situ jugak lah saya ngan adik=adik perempuan saya dilahirkan. So kitorang pun excited sekali. Ye saya anak felda. Felda Lakum. Seronok bila teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Pergi ladang tolong mak abah kutip getah sekerap.

Saya pun dah bagitau en.suami awal-awal lagi. 2 3 kali sound dia jgn lupa tarikh 1 feb tu. Kang dia buat2 lupa naya je...

Saya ngan adik bertolak 1 kereta dari Bukit Subang jam 9 pg. Mak ngan abg 1 kereta gerak dari kampung. Adik kat kajang 1 kereta. Plan nak jumpa abang kat gombak pastu terus jumpa adik yg dari kajang tu kat bentong. Last-last 3 3 jumpa kat tol bentong. Sampai umah pengantin kul 12 gam-gam terus makan. Gambar takde yer sebab masing-masing dah kebulur so perut diutamakan.

Malam tu kami stay kat homestay kat bentong. Adik ipar yang carikan. Alhamdulillah sume ok. Rumah pun cantik. Double storey ada 4 bilik 3 bilik air. Lengkap dengan peralatan dapur. Rice cooker, kettle, periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, sudu, cawan sume ada la. Petiais ngan mesin basuh pun ada. Terbaik la homestay ni. Saya terlupa nak snap gambar. Ni saya copy paste dari mudah.my yer...






HOMESTAY / RUMAH TAMU IMPIAN BENTONG

di alamat :
No.626, LORONG 25,TAMAN BENTONG MAKMUR, BENTONG,PAHANG

Tel : 017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

Rumah Penginapan Untuk Majlis Perkahwinan, Bercuti, Berkursus, Kem, Santai, Temuduga atau sebarang aktiviti lain

(Muslim sahaja)

Kemudahan :

1. Rumah teres 2 tingkat (N lot) mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air,
disediakan peralatan mandi & 2 dapur (kering & basah)

Bilik 1 - katil kelamin saiz King (aircond)
Bilik 2, 3 & 4 - katil kelamin saiz Queen (kipas)
Setiap bilik dilengkapi dengan almari dan tempat penyidai baju.

2. Ruang tamu
(aircond, kipas, sofa, tv, astro, bacaan majalah dan novel, karpet)

3. Ruang dapur dengan peralatan memasak
(peti sejuk, mesin basuh dan kabinet, kelengkapan memasak, sudu,
pinggan, mangkuk, periuk, cerek, jug, gelas, cawan, kuali dsb..)

4. Meja makan untuk 6 orang

5. Seterika dan iron board

6. Lot parking ( 2 lot dalam pagar & 2 lot tepi rumah)

Kadar Bayaran : (Tetap)

Kadar Sewa Harian/Semalam
Hari Biasa /Hujung Minggu - RM250
Hari Cuti Umum - RM270

Max : 10-14 orang

Kaedah Bayaran :
Untuk Confirm, sila sms / call dan check tarikh dan
bank-in deposit sebanyak RM100 dahulu.
Selepas bayaran deposit,barulah tarikh akan terus dibooking.

Lokasi :
4 minit perjalanan ke bandar bentong.
20 minit perjalanan ke Bukit Tinggi Resorts, Selesa Hillhomes,
20 minit perjalanan ke Felda Lurah Bilut
30 minit perjalanan ke Felda Mempaga dan Kg. Lebu
30 minit perjalanan ke Kg. Janda Baik dan Genting Highlands
40 minit perjalanan ke KL,

Boleh tengok, survey rumah dulu...
Check In : 2.00 p.m
Check Out :12.00 p.m

Sebarang pertanyaan :(call / sms)
017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

“Kepuasaan Anda, Keutamaan Kami” 



Monday, June 27, 2011

Majlis di Pahang


Selamat Pengantin Baru buat Azli & Ain. Azli ni ialah sepupu saya belah abah. Memang jarang jumpa pun. Setahun sekali jer kot, itupun time raya. Ye la mereka duduk nun di Pahang. Majlis berlangsung pada 26/7/2011 hari ahad. Kami sekeluarga (mak, abah & adik) bertolak pada hari Sabtu. Sebuah kereta lagi adalah pakcik saya sekeluarga.

Perjalanan mengambil masa agak lama. Dalam 5 jam kot. Ingatkan dlm 3 4 jam dah bolleh sampai. Tapi 5 jam kau.....seb bek adik leh drive gak walaupun dia baru balik dari outstation kat utara malam sebelum tu. Sampai umah pun dlm kul 3 pagi katanya....

Oh lupa plak, pakcik saya ni duduk di Felda Lepar Utara 1. Dari bandar Pusat Jengka 1 jam untuk sampai ke rumahnya. Bandar Pusat Jengka adalah satu2nya bandar yang terdekat dengan tempat mereka. Kena melalui hutam simpan dalam 10km. Agak2 kalau malam ada orang lalu tak kat situ. Kalau saya memang agak seriau la kan. Ni la 1st time saya pergi rumah dia.

Jom layan gambar dulu yer...


Adik saya yang keletihan telah terlelap beberapa kali...


Sedara mara yang berjaya berkumpul pada hari tersebut


Pakcik makcik sebelah abah ni ramai yang dah bercucu. Pakcik yang kenduri ni 1st time sambut menantu. Rasanya abah ngan pakcik ni jer yg belum menerima cucu. Coming sooonnnn....



Time berjumpa2an ni la mula nak jejak kasih. Ye la sebelah abah ni memang susah nak jumpa. Kalau jumpa kat pasar malam mana-mana pun kompom x kenal dah. Masing-masing duk jauh.


Ini adalah pelamin anganku musnahmereka. Tema adalah hijau. Sampai ke air pun kaler hijau. Tapi sedap dapat minum air tebu sejuk2 time panas2....


Lauk-lauk kenduri (ayam masak merah, acar rampai, gulai daging, masak lemah nangka). Cepat betul dorang masak. Pagi tu sembelih lembu, potong2, masak, kul 11 dah ready semuanya. Itulah berkat gotong royong...


Sambal belacan yang mabeles & ulam raja (entah kenapa sampai sekarang saya masih tak boleh makan ulam raja ni. Mungkin sebab saya orang biasa2 je kot )


Errr kenapa saya nmpk gemuk dengan baju tersebut...adakah adik saya telah sabotaj saya...oh baju tu baru mak saya siapkan dan dah ditambahcantik oleh saya dengan kerlipan labuci & manik....


Dan OTW balik kami singgah ditepi highway untuk menikmati si musang...


Sangat menggoda ok. Ni sume salah adik aku la masa otw pergi tu leh nmpk durian & ajk mkn durian masa balik...


Durian sedap ini telah dibelanja oleh mak. I LOVE U la MAK!!!!!!!!!! maka rugi la pada mereka2 yang tak ikut kitorang hahahahahaha....


Kesimpulannya...walaupun penat tapi sangat2 happy sebab dapat makan durian!!!
:-))