Showing posts with label MASAK. Show all posts
Showing posts with label MASAK. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Lepak-lepak di rumah saja

Semalam kan harii ibu. So memang dah plan nak balik umah mak...*eh bukan weken mmg balik umah mak ke??? ye...ye... mmg btl. Kebetulan en suami pun cuti minggu ni. So balik Jumaat malam. 2 orang adik memang dah ada kat rumah mak. Yang kat S.alam je tak balik sebab minggu lepas dah balik.

Tiada apa-apa celebrationn pun. Just plan dengan adik-adik nak buat nasi ayam. Memandangkan semua dah ada anak kecik so kita sama-sama la memasak. Say pun bukan pandai memasak pun. Tiap kali nak masak je mesti nak tanya encik gugel. hehehehe....

Abang plak belikan pizza. Ok la tu kan. Makan-makan lepak-lepak & rehat-rehat. Itupun dh cukup membahagiakan bila berada dengan orang yang tersayang. Siapa lagi kalau bukan keluarga kita kan. Petang tu kami jalan-jalan ke pekan. 

Seronokk la jugak walaupun hujan. Asalkan dapat keluar rumah dengan mak. Tetiba rindu zaman sebelum kawin. Kami semua keluar bawa mak jalan-jalan. Arwah abah memang jarang nak ikut. So kami yang perempuan ni apa lagi. Perempuan dapat masuk kedai kain cuci-cuci mata pun dah ok hehehehe...

Luv U mak...

***Ayah....mummy nak hadiah!!!!!! (tetiba kan...)

Saturday, February 8, 2014

Cerita Weekend

Ini cerita weken bila tah...biasa la kalo weken jer balik mah mak mula la macam-macam dalam kepala ni. Tapi kadang-kadangg 1 pun x menjadi.

Garlic bread & chicken soup
Happy weekend uollsss....

Tuesday, July 23, 2013

Gigih masak untuk suami tercinta

Al-kisah........al-kisah tersebut la satu cerita seorang suami mencari roti jala di bazar ramadhan pada hari pertama berpuasa. Setelah berjalan sepanjang bazar tersebut maka penat juga la yang didapatnya kerana sebiji roti jala pun tidak dijumpainya....kesian.....

Kesian plak saya tengok muka en suami time tu hehehehe. Maka weekend yang lepas saya pun gigih la buat roti jala untuk en suami. Kata isteri mithali kan...(insha allah) senang jer nak buat roti jala ni. Yang malasnya time nak menjala tu. Leceh sikit.

Resepi main campak-campak jer (cam terrer sgt jer campak-campak kan) eh...memang betul la. Takde nak sukat-sukat bagai. Resepi sukahati sesedap tekak saya jer. Tepung gandum, telur, serbuk kunyit, garam & air. Blender je semuanya. Pastu agak-agak la kepekatannya. Sume pun main agak-agak jer. Pastu jala je la dalam kuali.





Makan dengan kari daging @ ayam pun boleh. Kari pun campak-campak. Saya buat kari daging. Tapi saya tak makan pun roti jala ni. Kari pun saya tak rasa. Sebab saya telah mengubah kari tersebut ikut sukahati mata saya jer. Nak rasa tiem puasa kan...so sampai la berbuka memang saya tak makan pun roti jalan ni. Ada bawa balik umah mak mertua saya. Ada kakak ipar saya makan. Komen dorang ok la cuma kari tu kena pekat sikit huhuhu. Kalau tanya en suami memang dia kata ok jer. Dia tu takde perasaan kot. Ni saya bagi resepi kari daging yang saya gugel


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit


CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. 
 
Selamat mencuba yer...

Friday, July 12, 2013

Kuih raya angananku...

Assalam....
Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa. Sekejap jer rasa kan...nanti tuptup dah raya. Persiapan raya dah buat ke? Sibuk tnya orang kan padahal diri sendiri pun apa punxde lagi. Sibuk menggugel resepi raya. Camtu ler tiap kali pose. Semangat ok cari resepi raya. Mampu ke nak buat???? 

Dengan si kecik yang tido sekejap-sekejap ada hati kekononnya nak buat kuih raya sendiri. Beli sudah....eh..eh..saya baru order 1 jenis kuih raya tau! niat dihati nak buat sendiri tu yg order 1  jenis je hehehehe. Berdoa la banyak-banyak yer supaya menjadi kuih raya saya nanti.

Sebelum-sebelum ni pun gigih gak menggugel resepi kuih raya. Buatnyer idak!! Tahun ni tak tahu la kenapa beriya sangat (itupun tah jadi tah tidak hehehehe...) dengan budak kecik sorang tu. Boleh ke nak buat dengan sebelah tangan jer... (bajet supermummy sgt la khennn...) kalau x jadi kita simpan jer bahan-bahan tu untuk raya tahun depan muahahahaha (acila yer...)

Jom la tengok hasil gugelanku yang bertajuk kuih raya angananku...moga dapat la direalisasikan angan-angan saya ni yer. 


ok yg pertama ialah biskut jejari oat. kenapa??? sebsb sekarang ni sy dalam usaha makan oat untuk memperbanyakkan susu. so kuih raya pun kena la berasaskan oat jugak (gittewww)



Yang ni plak nestum coklat. Tengok pun cam sedapkan...eh apa-apa kalau ada cekelat memang sedap kan


Haaa..yn ni coklat chip rangup. Dah la cekelat, rangup plak tu. Walaupun rupamu hodoh tetapi rasamu tetap menjadi pojaan tetamu ku nanti....

Kira sume yg cekelat-cekelat je la sy nk buat. Budak-budak kan suke cekelat. Mak budak pun suke. Nenek budak jer kurang suke. Untuk nenek budak nanti saya buat kerepek pisang yer. Tak la keras sangat kan bagi nenek yang takde gigi nak makan. Eh..tapi nenek-nenek sekarang dah pakai gigi palsu la.

Last sekali teringin nak buat kuih sarang semut. Sedap wei kuih ni. Lama dah teringin nk buat tapi itulah ada je halangannyer ecehhhh...

So kawan-kawan berdoa la semoga Auni dapat tido dengan nyenyaknya agar mummy dia boleh sinsing lengan masuk dapur yer...


Wednesday, July 10, 2013

Kepek Pisang

Assalam semua....Camne puasa arini??? Ok ke??Nampaknyer mood memasak saya masih tebal lagi. Kali ni saya buat kepek pisang plak. Tak plan pun nak buat kepek pisang ni. Last week kan balik umah mak sambil-sambil borak-borak dengan mak duduk belakang rumah menikmati angin sepoi-sepoi (eh tak sepoi sgt sbnrnya, kuat sikit la). Pastu mak kata nak tebang pisang tanduk belakang bilik air. Setandan  tu ada 4 biji jer. Kan pisang tandunk ni besar-besar. Sebiji dah masak pun. Saya goreng hari sabtu wat minum petang. Pastu tetiba rasa cam nak buat kepek la... terus la tanya mak sagat pisang....senang jer buat kepek pisang ni...

Bahan-bahan
Pisang
Minyak
Air
Garam

Cara-cara
1.Panaskan minyak
2.Bancuh air garam
3.Minyak dah panas sagatkan pisan kedalam minyak tadi.
4.Masukkan air garam secukup rasa.
5.Goreng sampai kuning

Pisang tanduk yang telah dikupas kulitnya



Proses menggoreng



Ni mak saya sambung buat guna pisang abu plak
Tara...

Dapat la 3 balang kerepek pisang tanduk saya.2 saya bawa balik umah MIL 1 saya tinggal umah mak. Pastu bawa 1 balang kerepek pisang yang mak saya buat. Saya lagi suka pisang tanduk berbanding pisang lain. Jemput tengok semua...


Monday, July 8, 2013

Projek Hujung Minggu

Salam satu Malaysia (dh macam pembaca berita RTM1 jer kan...) Sari berita penting (sambung lagi...) ok2 jom kita ke tajuk utama....

Apa projek last week korang. Dah nak puasa ni mesti ramai yang balik kampung buat kenduri kan...tak pun ziarah kubur. Alhamdulillah......Last week saya balik lewat sikit. Selalu kalau en suami tak kerja dalam tengahari camtu dah sampai rumah mak. Tapi last week en suami tak berapa sihat tapi memandang perjanjian yang sudah termaktub sejak "aku terima nikahnya....." maka dengan berat kakinya en suami pun melangkah meninggalkan rumahnya. Sampai-sampai umah mak, kosong jer. Call mak tak berangkat plak. Mana plak mak pergi. X kan dah soping-soping raya kot ;-p

Rupanya mak g bengkel motor repair motor mak entah apa problemnya..On the way balik umah mak tu singgah 99 speedmart. En suami ngengada nak coctail plak. Dah alang alang tu makanya ambik kesempatan cari barang-barang untuk buat kek coklat kukus. Kek ni pun dah lama tak buat. Memang dok berkira-kira je nak mencuri masa membuatnya. Maklum la kan ai ada anak kecik. Tapi sejak 2 menjak ni mood memasak macam berkobar-kobar jer...

Lepas tidokan Auni maka bermulalah agenda selerakkan dapur mak. mak kan takde maka habis sume kabinet saya buka nak mencari barang. Kalau mak ada jerit je dari dapur. "mak....senduk kat mana??" "mak...mana tepung???" jap-jap mak...jap-jap mak kan....

Udah siap sedia bahan & barangnya mulala saya membuatnya. Ate....baru teman memasak adunan coklatnyer bangun la pulok si Auni ni. Udoh takmaunyer dengan sesapa...(dh ngape teman berslang perok plak ni...) Budak biasala la kalau maknya ada manjanya lebih... Sudahnya hangit la adunan coklat saya tadi. Actually boleh diselamatkan. Ada bau hangit sikit la tapi saya buat adunan baru. Katenya 1st time nak jamu en suami kek coklat hasil tangan isteri mithalli dia ni kan...haruslah buat yang terbaik. Yang hangit tu kita simpan dulu....Gambar lupa nak ambik sebabnya dah sebelah tangan mendukung anak sebelah mengacau kek apa pun x sempat. Len kali kalau saya buat lagi saya akan pastikan saya ambik gambar yer. tak kira la gambar tu nampak Auni bertepung gomak ke...beruli bersama Auni ke...janji ada gambar. Mana tau sok besar kalau dia xmo tlg mummy masak kita leh tunjuk gambar tu kan...tapi kena piat tinge dulu la yer..Ok la jom tengok resepi. Saya ikut respi kat sini minta halal yer...

Kek Coklat Kukus

Credit to PakarCinta.com atas gambar ni

Bahan-Bahan: 
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur 

Cara-cara : 
1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun. 
2.Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu. 
3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. 
4.Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. 
5.Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk
Senang jer kan...Saya suka resepi yang menggunakan sukatan cawan. Senang sikit...kek kukus ni saya suka makan panas-panas. Kalau sejuk tu kureng sikit. Selamat mencuba yer kawan-kawan

Wednesday, July 3, 2013

Akhirnya...1st trial yg boleh la...

Alhamdulillah setelah berkurun lama akhirnya saya berjaya juga membuat triffle. Gigih mencari barang-barang. Nekad ni walau apa sekali pun kali ni mesti buat jugak. Dulu K.zai rajin buat triffle ni. Teringat-ingat triffle yang k.zai buat. sedapnyer.....

Bahan-bahan
Kek swiss roll
1 tin fruit coctail
3-4 susu tepung kastad
6-7 susu gula
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 kotak kristal jelly

Cara-cara
Potongkan swiss roll. Susun dalam bekas. Tuangkan air fruit coctail tadi supaya swiss roll tu menjadi lembab

Bancuhkan tepung kastad dengan susu cair dan air. Kacau rata

Masakkan bancuhan tadi atas api. Masukkan gula & kacau

Kacau sehingga likat

Tuankan atas swiss roll tadi yer. Kastad ni cepat beku so kena cepat-cepat tuang dalam keadaan panas.

Taburkan buah coctail keatas kastad tadi.

(lupa ambik gambar-gugel jer) Masakkan jelly ikut jer arahan kat belakang kotak tu. Tunggu sejuk sikit pastu tuang. 

Ha camni la ghopernyer bila jelly tu dah dituang kat atas fruit cocktail tu. Pastu simpan dalam peti sejuk bagi dia sejuk dulu.

Enak dimakan dalam cuaca panas-panas

Mode: Kurang puas hati sebab x menjadi sangat. Kastad keras sikit & kurang manis. Len kali leh cuba lagi


Monday, June 10, 2013

Rindu....

Ni bukan rindu kat orang yer..kalau rindu kat orang opkos hari-hari saya rindu mereka-mereka yang saya kenali (malas nk mention nama kat sini kang ada yang sentap plak kalau saya terlupa nak letak nama dornag).

Actually saya rindu sangat nak memasak. Bukan la saya kata saya ni pandai sangat memasak. Setakat nak makan saya sendiri tu ok la. Tu pun kadang-kadang saya pun tak makan apa yang saya masak. Saje-saje suke-suke nak masak boleh. Saya kan dari zaman bujang lagi teringin nak buat puding triffle. Puding ni sedap. Nak-nak lagi kalau makan tiap cuaca panas-panas. Triffle tu pulak baru kuar dari peti ais perrrrrhhhhh.... memang terbaik la!

Tengok gambar pun dah menyelerakan. Kalau makan apatah lagi...kalau tak silap saya pernah buat sekali kot benda alah ni. Tapi disebabkan masa tu kastad tu lembik sangat maka saya pun frust la (cepat nor putus asa kan...)

Tak boleh tahan betul la. Dengan buah-buah kat atas tu. Boleh batal puasa camni hehehehe. Bukannya saya malas nak buat (ayat cover ni hehehehe) tapi kengkangan masa yang menyebabkan puding ini tak terhasil cewah....

Serius saya rindu nak masak-masak ni...sejak ada baby ni memang susah sikit la. Baby pun kecik lagi. En Suami kalau jaga baby dia yang tido. Mainnya 5 minit, tidonya 50 minit bengang jer saya. Lagipun leceh la duduk umah mertua ni. Bukan leceh apa sebenarnya lebih pada segan nak selerak-selerakkan dapur dia. Lain la kalau rumah sendiri. Kalau balik umah mak sendiri banyak pulak agendanya...

Tengok la nanti bila-bila saya free saya akan buat jugak puding triffle ni. Doakan saya yer...

Minta halal yer pada blogger2 yang saya ambik gambar ni....

Saturday, October 13, 2012

Sabtu, cuti, hujan.....

Salam pagi sabtu...eh2 dh tengahari la hehehehe...sapa2 yg bercuti selamat bercuti yer. Pepagi lagi dah ujan. Memang terbaik la untuk sambung tido bagi mereka2 yang sedang bercuti. Kepada mereka yang kerja jangan malas2 tau!

Cuti2 ni nak buat apa yer...bangun xde la lewat sangat walaupun hari ujan...baiknyer saya!...misi mengemas bilik yang macam tongkang pecah. Mak mertua masuk pun dia jeling jer sebab tak sanggup tengok bilik anak dia. Menantu yang sangat baik kan???? hehehe...

Tengah best2 kemas bilik mak mertua panggil suh masakkan bihun goreng. Niat nak masak untuk tengahari terus. Dah mak mertua teringin makan bihun goreng masakan saya, maka saya pun tak sanggup nak hampakan perasaan mak mertua saya. Ni 1st time tau masak bihun goreng kat mah mertua. Seb baik saya ngan mak mertua jer yang ada. Tak de la sapa2 nak gelakkan saya nanti. Actually memang saya tak suka masak bihun goreng. Saya tak reti sebenarnya. Takut bihun tu tak masak atau jadi lembik. Risau gak. Bahan2 semua mak mertua saya dah sediakan. Tinggal saya masak jer....terbaik la mak mertua saya. Saya ngan debornyaer memulakan langkah menuju kedapur. Masa yang diberikan adalah 30 minit(ada tak ala2 masterchef hehehehe). Dengan bismillah dan selawat semua maka saya pun memulakan la tumisan saya. Tak tahu la memenuhi citarasa mak mertua saya atau tak...pada tekak saya ok jer. Alhamdulillah jadi elok jer. Lupa plak nk snap gambar hehehe...

Maka itulah breakfast merangkap lunch kami. Hujan masih turun jap lagi nak balik umah mak plak...selamat ujung minggu!!!!



Saturday, May 26, 2012

Saya yang tak tahu memasak

Sepatutnya dah kawen ni mesti la pandai masak. Ye ke nk kawen kena pandai masak? habis tu yang lelaki tu boleh ke jadi imam??? Tapi saya sebaliknya...saya rasa skill memasak saya dah berkurang. Tak de la saya pandai sangat masak tapi boleh la nk kenyangkan perut. Dulu masa arwah abah ada kalau cuti balik rumah memang abah tak kan bagi mak masak. Dia nak anak-anak dia yang masak. Abah kata mak dah penat masak masa kitorang kecik-kecik dulu. Lagipun abah bukan jenis yang makan luar. Kalau mak tak ada pun dia tetap akan masak. Peberet dia ialah sardin. Dan sampai sekarang saya tak pernah beli sardin sejak abah tak ada. Sesekali makan sardin memang la sedap tapi rasa macam tak sanggup je nak masak sardin. Mesti terkenang arwah abah...

Masa saya duk bujang menyewa dulu rajin gak masak. Banyak gak la try resepi-resepi baru. Tapi tu tuk makan sorang jer la...setakat housemate boleh la nak makan. Nak bagi orang lain makan belum lagi la. Pas saya duk ngan famili weekend jer saya masak. Itu pun kalau takde kenduri. Kampung saya ni tak kira masa ada jer kenduri. Bulan puasa jer kot takde kenduri. Kalau masak pun takde sapa nak makan. Hari biasa mak yang masak. Balik-balik kerja jer terus melantak...nak try resepi baru tu dalam mimpi la kot hehehe...

Sejak-sejak kawen ni lagi la.....terus hilang skill masak memasak ni hahahaha. Lagi teruk perangai saya. Saya duduk dengan mak mertua. Sama la kan balik kerja semua dah siap. Memang saya tak ada buat apa la. Saya bertuah sangat dapat mak mertua yang baik macam ni. Lagipun dia masak sedap sangat sampaikan kalau saya tak makan rasa bersalah sangat. Kadang-kadang malu jugak tapi nak buat macam mana kann....Weekend jer saya akan balik rumah mak. Tu pun kadang-kadang jer masak. Sampaikan En Suami penah tanya betul ke saya boleh masak hahahaha....dan ada sekali tu dia macam tak percaya saya yang masak. Dia ingatkan mak dia yang masak. Saya memang tak akan bagitau la saya yang masak. Dan seingat saya baru 2 3 kali jer saya masak kat rumah mak mertua saya.

Nanti kita ada rumah sendiri hari-hari saya masak untuk awak yer...jangan awak lari umah mak awak sudah la...maklum la beli umah dekat-dekat ngan mah mak mertua. (senang kalau mls msk leh lari umah mak hehehe) Gila buruk perangai camtu kan...tapi mak mertua saya memang terrer masak....Dan sekarang saya tak sibuk-sibuk cari resepi kat internet pun hehehe....


Friday, December 10, 2010

Mode: frust & sedih...


Kek coklat kukus sy kali ni x menjadi...saya sedih sangat...memang dah lama x buat. Tak sangka plak x menjadi kali ni...agak2 kenapa yer....huhuhu....

Sunday, December 5, 2010

Nasi Ayam

Berhujung minggu di Sri Manja. Idea yang tiba-tiba saja keluar dari kepala. 1st time mencuba. Alhamdulillah menjadi..

Resepi copypaste dr hanieliza minta halal yer kak...

maaf gambar sedikit blur

Ayam yang sedikit rentung, sbb menggunakan teknik menggoreng

Sambal ni ikut sedap campak2 jer...xikut pun resepi sebenar

Tambahan kicap...ni pun sesuka hati jer

Akhir sekali sup yg sgt simple...


Thursday, July 1, 2010

Kek Kukus lagi...

Ni mmg dh lama giler la buat tp biasa la duk peram dalam pc jer...Tp ni la first time wat kat kg umah mak...Alhamdulillah sume org suker...

Roti Jala terkejut

Salam u all...jap timbul jap tenggelam kan...huhuhu bukan segaja ok! Ketam aku tu dh basi. K la Insya Allah lepas ni I cuba sedaya upaya tuk update blog ni k! (cam la ada org nk bc blog ni kan).

Alkisah terjadinya roti jala ni adalah disebabkan frust x dpt nk wat cucur udang. Ate bahan2nyer udah ku beli. Sekali sampai umah tgk2 tepung tggl seciput jer....frust oooo. Dah la k.zai berjaya menghasut aku untuk membuat cucuq udang ni sekali tepung tara la...Mmg bulan ni lambat sikit beli barang dapur. So mmg x cek la apa yg ada apa yg xde kat dapur tu. bawang pun ada la 2 3 ulas lagi. huhuhu...sodih jer rasa.

Alhamdulillah dpt gak puasa di bulan rejab ni. itu la sbbnyer penat pala mikir sampai migrain nk wat menu apa tuk buka puasa. Ni k.zai punya idea la ni suh wat cucuq udang. punya la gugel tpt2 makan kt area s.alam ni. (nk mkn area s.alam pun nk gugel ka???????????)

Ate dh kate tepung tggl seciput kan so ini la hasilnyer...saje je la wat kecik2 sbb grg pun atas kuali kecik. nmpk comei gak. Roti jala mini...cam bes plak kan...


Ini la ghopernyer roti jala terkejut aku...sila la yer




Ini pula kuahnyer. tp idak la aku yg mbuatnyer. Aku balik dh ada atas dapur, aku cuma tambah ayam yg aku potong kecik2 jer...




Sila la kawan-kawan menjamu mata yer...

Friday, May 7, 2010

Berjaya mengepau!


Alkisah....masa on the way balik dari pekan tg karang aritu, besala aku kan anak yg baik blk kg je mesti bw mak aku g tg karang beli2 barang, jalan2 cuci mata, soping2 (wink wink wink) kat tepi jalan tu petang2 mesti ada org jual ikan. So aku pun ternampak byk plak ketam kat setiap jalan tu...

Ketam tu plak cam melambai2 je kat aku, "marilah beli aku mari la..." hahaha tipu tol kan. kalo ketam tu leh lambai2 sambil bkata2 camtu tobat aku x mkn ketam dah hahaha...

Aku pun dengan menggunakan kuasa veto aku sebagai kakak telah memujuk rayu adik aku untuk membeli ketam. hehehe apasalahnyer kan kakak pau adik sesekali. Asyik kakak jer yg kena pau....

Dan akhirnya dapat gak la makan ketam p dh tentula aku yg kena masak. Jarang2 aku masak ketam bercili ni. Selalu tu masak lemak cili padi ngan sup jer. Ni saje la nk try ketam bercili plak. So malam tu meratah ketam je la...

Thursday, May 6, 2010

Nasi Hujan Panas

Di hari minggu yg nyaman (eceh...) ni la pertama kali ngan bangganyer mempersembahkan nasi hujan panas....ni la 1st time masak nasi yg selain nasi putih hehehehe. Alhamdulillah menjadi. Resepi ambik dr My Resepi...minta halal yer

Bahan-bahan
~3 cawan beras
~3 cawan air
~pewarna merah, hijau, kuning sedikit garam
~1 ketul stock ayam (knorr / meggi)
~beberapa helai daun pandan
~2 sudu makan marjerin
~1 labu bawang mesar
~3 ulas bawang putih
~1 inci halai

Cara-cara
1. Cuci beras dan toskan
2. Blend bawang besar, bawang putih, halia
3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
4. Tumiskan bahan yang dah di blend hingga naik bau
5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga-tiga pewarna kedalam lubang yang berbeza
8. Biarkan hingga nasi masak
9. Kacau nasi setelah betul-betul masak