Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Cuti-cuti

Cuti-cuti kali ni saya tak plan pun. ni semua salah En Suami. Cuti-cuti kali nii lebih kepada cuci-cuci mata jer. Sebabnya saya kekurangan fulus hehehehe. Actually dari bulan Januari lagi saya memang plan nak pergi bercuti pada bulan Mac. Tak kisah la kat mana. Nak pergi dekat-dekat jer. Konon-kononnya nak celebrate birthday Cik Auni, birthday saya dengan anniversary kitorang sekali. Senang buat sekali. 

Plan memang nak pergi time cuti sekolah. Hujung bulan. Time tu dah gaji sedap la sikit nak berjalan kan. Walaupun tau time cuti sekolah hotel semua akan jadi mahal. Sebab tu saya dah start servey dari bulan 1 lagi. Konon-kononya nak booking awal la. 1st tempat yang saya servey ialah Grand Lexis PD. Memang grand la kan tempat ni. Saya pilih Grand Lexis PD ni sebab dia ada private pool dalam bilik. En Suami memang suka swimming. Lagipun boleh la ajar Cik Auni tu main-main air kan. Memang ada niat nak masukkan dia kelas renag. 

Tempat ke2 yang jadi pilihan saya ialah Gold Cost Morib. Sebab ada taman tema air. Google la segala info, hotel, promotion yang diorang buat. So saya usulkan la pada En Suami. Sekali semuanya dia tolak. Maka hancur luluh la perasaan saya nak pergi bercuti. Tu yang jadi majlis doa selamat sempena hari istimewa kitorang. So redha je la...

Seminggu sebelum cuti sekolah, MIL bagi tau kakak ipar saya nak balik Kedah. Diorang memang rajin balik Kedah kalau cuti sekolah. Tetiba En Suami kata nak ikut. Boleh bawa mak ngan MIL sekali. Saya macam serba salah. Dah la Kedah tu 5-6 jam perjalanan. Saya baru je ambik cuti awal bulan hari tu buat kenduri doa selamat. Tak kan nak ambik cuti lagi. Kurang-kurang pun kena ambik 2 hari cuti. Tapi hati tetap nak pergi jugak. Dah la belum gaji lagi time tu. Duit pun cukup-cukup jer nak lepas sampai gaji nanti. Mana sempat nak simpan duit sebab baru je lepas kenduri. 

Saya apply je cuti. Lulus tak lulus belakang kira. Isnin apply Rabu baru lulus. Terus saya call mak bagitau nak ajak g Kedah. Suka la En Suami sebab cuti saya diluluskan. 

Kami gerak hari Sabtu dalam pukul 3 petang. Bagi En Suami rehat cukup-cukup sebab tau dia sorang je yang akan drive. Rumah MIL kakak ipar kat Kuala Kedah. Jumpa dorang kat R&R Tapah. Dorang gerak dari Selayang. Sampai Kedah dalam pukul 1 pagi sebab kami singgah Penang sekejap. Saje nak lalu jambatan ke2 Penang & kami dinner kat area Queensbay.

Ahad pagi kami bertolak ke Langkawi. Dah dekat sangat rumah MIL kakak ipar dengan jeti. So apa lagi. Kami stay kat Langkawi 1 malam. Ambik homestay. Selesa sikit sebab bawa mak-mak dengan anak kecil. Kami hanya sempat naik cable car. Shopping coklat dekat Haji Ismail Group dengan pergi Idaman Suri jer. 

Dalam feri

Alhamdulillah berjaya juga saya menjejakkan kaki ke Langkawi. Thanks En Suami. Dah tak larat agaknyer dengar saya berleter kat telinga dia. Nak pergi Langkawi...nak pergi Langkawi.....Saya anggap ni sebagai serprise dari En Suami sempena birthday & anniversary kami. Thanks sayang....
Tak naik pun Duck Tour ni
 1 hari kat Langkawi memang tak cukup. Kena repeat lagi ni. Lagipun kami rushing balik sebab adik ipar terlibat dengan kemalangan. Mujur dia tak apa-apa...kereta je la yang agak teruk. 

Beratur nak naik cable car

Dalam cable car

Ni pun dlm cable car. Kakak ipar kat muka MIL muka cuak

Pemandangan dari atas






Suke yer Cik Auni

Apa nama tah tempat ni. Banyak kapal-kapal cantik kat sini

yea!!!!!!!!!!
Tempat wajib bergambar

Baru cukup corum

keluarga kecik
Mak kata nak pergi lagi. Ye la mak pun 1st time pergi. Kami pun tak dapat bawa mak jalan-jalan sangat. tau mak geram tengok pinggan mangkuk cantik-cantik. Tapi dapat la jugak mak beli 1 barang buat kenangan hehehehe...tak pe mak nanti kita pergi lagi yer. Kita ambik pakej 3hari 2malam. baru puas hati.

Pandai tak mak-mak saya bergambar. Ada gaya kan...
 Apa-apa pun terima kasih buat En Suami kerana telah bawa saya ngan mak ke Langkawi. Walaupun kita rushing tapi mummy happy sangat. Nanti kita pergi lagi yer. Plan nak ke Padang Besar pun tak kesampaian sebab kena balik awal. Tak pe ada rezeki kita pergi yer. Pergi ramai-ramai baru best!


Thursday, February 6, 2014

Jalan-jalan ke Pahang (ii)

Kami bermalam di Rumah Tamu Impian 1 malam je. Pagi tu sebelum check out kami potong kek birthday mak dulu. Happy birthday mak! Sayang mak selamanya

Masa mula-mula plan nak g Pahang ni tak teringat pun birthday mak. ye la plan bukan main lama lagi. Dari tahun lepas. Tu pun bulan 12. cam lama sangat nak sebut-sebut tahun lepas kan...Pastu tengok-tengokk tarikh eh..eh...kena plak ngan besday mak. cantik la tu. So saya pun memulakan planning muahahahaha (eh ni plan baik xmo gelak jahat-jahat)

Plan punya plan maka jadi la jalan-jalan Bukit Tinggi. Dah kitorang stay kat Bentong so ke Bukit Tinggi je la. Nak ke Genting tak syok plak sebab bawa baby ngan mak kan. Nak santai santai jer. 

Nak masuk ke Colmar Tropicale tu dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu kitorang pergi tu CNY kan so ramai la. Cuaca pun tak berapa nak sejuk sangat. Kami sampai atas tu pun dalam pukul 12 t.hari. Lepak-lepak depan. Tak de apa aktiviti pun just ambik-ambik gambar kat bangunan-bangunan tu jer. Feeling-feeling kat ober c la...Bayaran ni termasuk la Colmar Tropicale, Japanese Village & Botanic Garden. 

Makanan kat sini agak mahal yer. So kami memang dari awal lagi nak membawa bekal untuk dimakan kat atas sana. Ala bawa sandwic yang bekpes pagi tu je ngan jajan-jajan jer. Dah jalan-jalan tu mesti la lapar kan. Tapi kalau keadaan poket korang memang tebal so xde masalah la nak makan-makan kat sana kan. Sesekali apa salahnya. Cam kitorang memang dah niat nak bawa bekal (ecececece  cover nampak hahahaha)

Aduh cam malas plak nak taip. Layan gambar jer la yer...

Mak & cucu barunya Amani
Auni plak yang lebih-lebih
Auni jeles mummy duk sebelah ayah
Auni muka penat
Excited kanmain
Dengan nenek juga
Duck tu plak yang lebih-lebih...Auni time ni dah kelaparan
Nanti minta ngan ayah yer
Budak yang tak takut pun ngan angsa tu

Dah malas nak letak caption. Semoga mak berpuas hati dengan cuti-cuti ni.Mak tak tahu pun kitorang nak bawa mak jalan-jalan. Surprise katanya. Kebetulan mak pun free so ok la kan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak jalan-jalan camni. time tu mesti Auni dah pandai jalan. Tak la penat sangat nak mendukung dia. baru la best kan...

Wednesday, June 12, 2013

Destinasi Percutian Saya

Memandangkan kita dah menabung sehari singgit, jom kita tengok plak tempat-tempat yang bakal dicutikan hehehehe....

1. Langkawi
Orang lain dah 6 7 kali pergi langkawi ni. Saya sekali pun belum lagi. Tak larat dah dok berzikir kat telinga laki den. Dia kata bukan best pun langkawi ni. Memang la tak best sebab dia dah 2 3 kali pergi. Ni impian  dari zaman bujang tak kesampaian lagi. Takpe-takpe duit tabung dah cukup nanti kita terus je pergi...

2.Redang
Hiuii sapa yang taknak pergi tempat secantik, sedamai, senyaman ni...ko tengok air laut dia yang hijau kebiruan-biruan tu. Memang tempat idaman ni. Cantik sangat kan. Agak-agak bila la boleh sampai kat Redang ni yer...Anak kecik ni susah sikit la nak pergi tempat camni kan. Takpe kita tunggu Auni besar sikit, dah pandai jalan ke baru syok nak kesana.

3.Perhentian
Ni lagi satu tempat yang tersenarai dalam wishlist saya. Memang jatuh cinta la.Actually dah lama plan nak ke Perhentian ni. Masa tu tengok gambar member yang bercuti ngan famili dia. Gambar semua cantik-cantik. Masa tu memang dah tergedik-gedik jer nak pergi tapi ada je halangannya. Tengok la satu hari nanti saya mesti jejak kaki kat sana jugak. Errr...auni jom kita belajar berenang.....


Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik & cantik kat Malaysia ni. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Tapi kalau ko mampu apa salahnya kan...macam saya  ni kurang kemampuan sikit. Nak bercuti pun nak kena menabung sehari singgit hehehehe

Terima kasih la en google atas pic yg cantik ni ye

Thursday, December 2, 2010

Hopefully jadi...

Cuti dah lulus.....yeha..............dh lama plan nk bw mk ngan abah bercuti. Mak pun dh bagi hint2..apa plak asyik sebut2 jer nak g tempat tu la. Bestnya kalo dapat wat kat situ...Ok2...Mak abah anakmu ini dah dapat cuti. Nanti kita pergi bersama-sama yer...

Dari mula cuti sekolah lagi mak dah bagi hint2 ni. So anak-anak tak kan tak paham lagi. So kitorang pun memulakan plan. Survey sana survey sini. Cadangan satu...cadangan dua...call sana call sini...sms sume org...Alhamdulillahh destinasi dah dipilih. Penginapan pun dah booking. Tunggu masa je ni. Tak sabar rasanya. Harap-harap percutian keluarga ni menjadi. Insya Allah kami akan pergi dengan 2 buah kereta.

Cuma mak ngan abah jer tak tau lagi. Surprise untuk mereka. X sabar rasanya...tempat tunggu dulu yer...nnti dh pergi kita upload gambar yer...surprise gak la tuk korang....