Saturday, March 29, 2014

Hari Sabtu yang bekerja

Sangat boring bila hari Sabtu kena bekerja. Bukan la nk mengeluh. Tapinya kalau kerja hari sabtu kena kerja kat kaunter. Pagi-pagi ni mana ada student nak masuk sangat. Biasala kan...saya dulu pun penah jadi student so tau la kehidupan student ni macam mana.

Pc plak ada satu je. Itupun buka boleh guna untuk buat benda lain. Maksud saya buat kerja lain la. Pc tu memang khas untuk transaksi kat kaunter je. Staf yang bekerja plak ada 3 orang. Tu kalau bilik komputer buka tinggal la 2 orang kat kaunter ni.

Kerja hri sabtu memang mengantuk. Mengantuk sebab nak tunggu student masuk. Kalau boleh buat kerja kt tempat sendiri tak pe la jugak. Tv plak cerita kartun je. Budak-budak boleh la nak tengok kartun. Yang mak bapak budak ni buat muka toye je....

Cepat la masa bergerak. Cik Auni tak sihat plak. Semalam batuk ngan selsema. Nasib malam tadi tdo ok. Layan je la kartun kat tv ni....

Friday, March 28, 2014

Cik Auni selsema

Balik keje td mak mertua bgtau cik auni selsema & batuk. Hingus meleleh2...cian cik auni. Cuaca sekarang xmenentu. Jerebu pun masih ada lagi. Walaupun hujan turun tapi jerebu masih x hilang lagi.

Dah bagi makan ubat. Alhamdulillah sekarang ni senang nk makan ubat. Tak de plak dia menangis. Elok je masuk mulut dia telan. Senang keje mummy. Ni tengah nenen. Nak tdo dah. Wan dia kata siang tdo sekejap je. Acik dia ada kat rumah. Pak usu pun balik awal dari exam td. Tu dia seronok la ada kawan nak layan dia.

Ayah cik auni tak balik arini. Bas tak siap repair lagi. Tu pun repair yang mana penting je. Bagitau cik auni batuk selsema bukan main risau lagi. Anak kesayangan la katakan....

Harap2 esok dah sihat. Cik auni kalau batuk selsema dia aktif mcm biasa. Kalau demam yang dia lemah sikit. Mummy keje plak tu esok. Cepat sihat yer sayang mummy. Hari ahad kita nak jalan2 lagi....

Cuti-cuti

Cuti-cuti kali ni saya tak plan pun. ni semua salah En Suami. Cuti-cuti kali nii lebih kepada cuci-cuci mata jer. Sebabnya saya kekurangan fulus hehehehe. Actually dari bulan Januari lagi saya memang plan nak pergi bercuti pada bulan Mac. Tak kisah la kat mana. Nak pergi dekat-dekat jer. Konon-kononnya nak celebrate birthday Cik Auni, birthday saya dengan anniversary kitorang sekali. Senang buat sekali. 

Plan memang nak pergi time cuti sekolah. Hujung bulan. Time tu dah gaji sedap la sikit nak berjalan kan. Walaupun tau time cuti sekolah hotel semua akan jadi mahal. Sebab tu saya dah start servey dari bulan 1 lagi. Konon-kononya nak booking awal la. 1st tempat yang saya servey ialah Grand Lexis PD. Memang grand la kan tempat ni. Saya pilih Grand Lexis PD ni sebab dia ada private pool dalam bilik. En Suami memang suka swimming. Lagipun boleh la ajar Cik Auni tu main-main air kan. Memang ada niat nak masukkan dia kelas renag. 

Tempat ke2 yang jadi pilihan saya ialah Gold Cost Morib. Sebab ada taman tema air. Google la segala info, hotel, promotion yang diorang buat. So saya usulkan la pada En Suami. Sekali semuanya dia tolak. Maka hancur luluh la perasaan saya nak pergi bercuti. Tu yang jadi majlis doa selamat sempena hari istimewa kitorang. So redha je la...

Seminggu sebelum cuti sekolah, MIL bagi tau kakak ipar saya nak balik Kedah. Diorang memang rajin balik Kedah kalau cuti sekolah. Tetiba En Suami kata nak ikut. Boleh bawa mak ngan MIL sekali. Saya macam serba salah. Dah la Kedah tu 5-6 jam perjalanan. Saya baru je ambik cuti awal bulan hari tu buat kenduri doa selamat. Tak kan nak ambik cuti lagi. Kurang-kurang pun kena ambik 2 hari cuti. Tapi hati tetap nak pergi jugak. Dah la belum gaji lagi time tu. Duit pun cukup-cukup jer nak lepas sampai gaji nanti. Mana sempat nak simpan duit sebab baru je lepas kenduri. 

Saya apply je cuti. Lulus tak lulus belakang kira. Isnin apply Rabu baru lulus. Terus saya call mak bagitau nak ajak g Kedah. Suka la En Suami sebab cuti saya diluluskan. 

Kami gerak hari Sabtu dalam pukul 3 petang. Bagi En Suami rehat cukup-cukup sebab tau dia sorang je yang akan drive. Rumah MIL kakak ipar kat Kuala Kedah. Jumpa dorang kat R&R Tapah. Dorang gerak dari Selayang. Sampai Kedah dalam pukul 1 pagi sebab kami singgah Penang sekejap. Saje nak lalu jambatan ke2 Penang & kami dinner kat area Queensbay.

Ahad pagi kami bertolak ke Langkawi. Dah dekat sangat rumah MIL kakak ipar dengan jeti. So apa lagi. Kami stay kat Langkawi 1 malam. Ambik homestay. Selesa sikit sebab bawa mak-mak dengan anak kecil. Kami hanya sempat naik cable car. Shopping coklat dekat Haji Ismail Group dengan pergi Idaman Suri jer. 

Dalam feri

Alhamdulillah berjaya juga saya menjejakkan kaki ke Langkawi. Thanks En Suami. Dah tak larat agaknyer dengar saya berleter kat telinga dia. Nak pergi Langkawi...nak pergi Langkawi.....Saya anggap ni sebagai serprise dari En Suami sempena birthday & anniversary kami. Thanks sayang....
Tak naik pun Duck Tour ni
 1 hari kat Langkawi memang tak cukup. Kena repeat lagi ni. Lagipun kami rushing balik sebab adik ipar terlibat dengan kemalangan. Mujur dia tak apa-apa...kereta je la yang agak teruk. 

Beratur nak naik cable car

Dalam cable car

Ni pun dlm cable car. Kakak ipar kat muka MIL muka cuak

Pemandangan dari atas






Suke yer Cik Auni

Apa nama tah tempat ni. Banyak kapal-kapal cantik kat sini

yea!!!!!!!!!!
Tempat wajib bergambar

Baru cukup corum

keluarga kecik
Mak kata nak pergi lagi. Ye la mak pun 1st time pergi. Kami pun tak dapat bawa mak jalan-jalan sangat. tau mak geram tengok pinggan mangkuk cantik-cantik. Tapi dapat la jugak mak beli 1 barang buat kenangan hehehehe...tak pe mak nanti kita pergi lagi yer. Kita ambik pakej 3hari 2malam. baru puas hati.

Pandai tak mak-mak saya bergambar. Ada gaya kan...
 Apa-apa pun terima kasih buat En Suami kerana telah bawa saya ngan mak ke Langkawi. Walaupun kita rushing tapi mummy happy sangat. Nanti kita pergi lagi yer. Plan nak ke Padang Besar pun tak kesampaian sebab kena balik awal. Tak pe ada rezeki kita pergi yer. Pergi ramai-ramai baru best!


Sehari tak jumpa dah rindu-rinduan....

Hari Selasa En Suami pergi repair bas. Memang dah lama En Suami nak repair bas tu, cuma asyik la tertangguh. Bumbung dah rosak. Bila hujan ada la air masuk. Sian kat budak-budak. Sian gak la kat bas tu. So Selasa tu En Suami keluar rumah dalam pukul 9.00 pagi. Tempat repair tu kat Klang. Pastu En Suami malas nak balik rumah. Katanya nak rehat kat tempat kerja je. So dia bawa la baju kerja siap-siap. Boleh la rehat & tidur kat tempat kerja. Office dorang memang ada tempat tidur untuk driver-driver.

Malam tu En Suami call. Tapi saya tak angkat sebab Cik Auni baru jer terlelap. Kalau dia dengar saya bercakap memang susah la dia nak tidur balik. Pastu nak mengamuk jer. Saya biarkan phone tu sampai berhenti. Pastu saya text En Suami.

Pn Isteri: Auni baru tidur

En Suami: Ayah rindu kat Auni...(kat mummyy tak rindu pun sob...sob...sob....)

Pn Isteri: Auni pun tadi cari-cari ayah gak

En Suami: Sedih tak jumpa Auni harini...

Pn Isteri: Alololo....tengok la gambar Auni

En Suami: Tak sama...lagi rindu tengok gambar

Pn Isteri: Camne nak bercuti berdua nanti??/

En Suami: Kena bawa Auni gak la...tunggu dia pandai jalan baru kita pergi

Pn Isteri: Ala...mummy nak g berdua je ngan ayah (ayat gedik)

En Suami: Ye la...tapi tak boleh lama-lama... (erkkkkkk....)

Seeeeee.......sayang giler En Suami kat anak dia. Tu baru sehari tak jumpa. Mengalahkan saya yang mummy dia jer...harapan nak berhoney moon lagi nampaknya akan tinggal harapan jer...

Thursday, March 27, 2014

Sabar & bertabahlah...

Sedih memang sedih....bila PM Dato Sri Najib Tun Razak mengumumkan yang MH370 tamat di Lautan Hindi, tak dapat bayangkan perasaan ketika itu. Sebak sangat. Memang tak ada sesiapa yang berkaitan dengan saya yang berada dalam kapal terbang tersebut. Tapi sebagai insan biasa perasaan tu sentiasa menyelubungi diri saya.

Bagaimana pula dengan keluarga mereka kan...sehingga ke hari ini bila mendengar berita tragedi MH370 ni terus hati rasa sebak. Hanya doa sahaja yang dapat diberikan buat mereka. Kepada kaum keluarga mereka saya berharap agar mereka tabah dan banyakkan bersabar. Berat sungguh ujian buat mereka. Saya yakin mereka dapat menghadapinya jua. Mungkin la akan ambik masa. Ye la kalau saya pun. 

Redha dengan pemergian mereka. Sabar...sabar...dan teruskan bersabar. Allah tak kan beri ujian kepada hambanya yang tak kuat kan....Ujian ini buat kita semua juga. Sebagai satu peringatan. Allahuakbar....