Wednesday, August 31, 2011

Ujian Mu Ya Allah

Genap sebulan abah meninggalkan kami, sekali lagi kami diuji olehNYA...Mungkin ada hikmah yang di masa hadapan. Mungkin ujian ini untuk mengujian kesabaran kami padaMu Ya Allah. Tabahkan hati kami sekeluarga Ya Allah...

Hujan yang turun seolah-olah turut sama bersedih...hari ini kami sekali lagi kehilangan seorang ahli keluarga. Walaupun masih tidak bersua muka namun kehadirannya sangat-sangat dinanti oleh kami. Usianya baru sahaja 5 bulan dialam rahim. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akan terjadi.

31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal, adik saya keguguran bayinya yang pertama. Diusianya 5 bulan didalam kandungan, pemergiannya amat dirasai oleh kami sekeluarga. Semoga adik saya tabah menghadapi uijan ini.

Mungkin baby ni nak jumpa atuknya disana. Jenazah dikebumikan bersebelahan pusara abah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Ya Allah, kau tabahkan lah hati kami sekeluarga untuk menerima ujianMu...






Tuesday, August 23, 2011

23 Julai 2011

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H abah telah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah untuk abah. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang berimman.

23 Julai 2011, 5.00 pagi
Saya terdengar suara abah mengejutkan abang. Diselang seli dengan suara mak. Sambil menahan sakit sambil abah mengucap syahadah. Setelah beberapa katika suara abang tidak jugak kedengaran saya bangun untuk melihat apa yang berlaku. Saya tengok mak mengusap-usap perut abah sambil mengejutkan abang yang tak bangun-bangun dari tadi. Saya pun bertanya kenapa dengan abah. Mak kata abah sakit perut. Keadaan abah masa tu memang tak senang duduk. Dengan suara yang tercungap-cungap, dengan nafas yang turun naik turun naik. Memang keadaan abah masa tu teruk sangat. Baring tak kena, duduk tak kena....sudahnya abah mengiring di kusyen. Mak masih lagi menyapu minyak ke perut abah. Saya pulak picit bahu abah sebab abah kata angin tak keluar. Sendawa pun tak, kentut pun tak...seperti ada angin nak keluar tapi tak keluar.

Tak lama lepas tu abang bangun. Mak kata abang baru je balik, mingkin penat sangat sampai nak buka mata pun tak boleh. Abang pulak ambik alih tugas mak menyapu minyak kat perut abah. Abah sememangnya ada gastrik, tapi tak pernah lewat makan. Cuma malam tu abah ada minum air bergas seteguk. Itupun sebab dia teringin sangat masa balik dari kenduri malam tu. Mak pulak dah bising-bising kat abah kata abah tak jaga makan. Abah kadang-kadang dia langgar jugak pantang larang. Apa yang tak boleh makan kadang-kdang bila teringin dia makan gak. Tapi selalunya tak banyak pun. Sekadar untuk menghilangkan keinginannya.

Sudahnya pukul 6 lebih abang bawa abah pergi hospital. Dalam pukul 8 lebih abah dah balik kerumah. Dapat la ubat gastrik dan ubat angin....



Thursday, August 18, 2011

Beberapa hari lagi...

Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut syawal. Tahun ni tak tahu la macam mana kami sekeluarga menyambut hari raya. Satu perubahan yang sangat besar berlaku......





Thursday, August 11, 2011

Kuatkah anak abah ini

Abah,
dah 11 hari abah tinggalkan kita. Tapi kita tak rasa pun abah jauh dengan kita. Kita rasa abah dekat je dengan kita. Selalu je tengok-tengok kita. Orang kata bulan puasa arwah orang yang meninggal akan sentiasa berada dirumah. Syukur abah pergi pada 1 Ramadhan. Bermakna memang abah tak pergi mana-mana kan???

Abah masih tengok kita bila kita pergi kerja kan....abah duduk kat depan tengok kita pergi kerja. Petang pulak kalau abah tak pergi mana-mana abah duduk tunggu kita balik kerja kan....

Abah,
kita rindu kat abah....kita nak jadi macam abah. Sentiasa sedekahkan alfatihah untuk arwah embah. Tapi kadang-kadang kita tewas dengan perasaan kita sendiri. Kita tak kuat macam abah. Air mata ni cepat je nak turun. Tapi seboleh-bolehnya kita kuatkan diri supaya tak nangis kat rumah. Nanti mak tahu. Kalau mak tahu mak lagi sedih. Kita tak nak mak sedih....

Abah,
Lebih kurang 19 hari lagi nak raya. Selalu malam tujuh likur abah sibuk pasang lampu. Pastu selalu nk gaduh-gaduh ngan kita kan. Kita suka pelita tapi abah lebih suka pasang lampu letrik. Lampu kelip-kelip abah lagi suka. Lagi banyak lagi meriah. Tapi kita tetap nak pasang pelita. Abah kata leceh nak kena isi minyak. Bila kita beli pelita terus abah cari buluh. Abah jugak yang cacak buluh tu kat tanah. Kalau minyak habis abah yang tolong isikan. Kalau hujan abah jugak yang tolong kutip pelita-pelita tu semua. Pastu abah gelak-gelak sebab lampu abah walaupun hujan boleh hidup...tapi tahun ni sapa nak pasang lampu tu semua. Kita tetap akan beli lampu kelip-kelip tu untuk abah tapi tak tahu la sapa yang nak pasangkan...kita pasang sendiri la yer...kita kan selalu tengok abah pasang-pasang wayar kat lampu-lampu tu. Mesti boleh kan???

Abah, kita stop kat sini dulu yer...nnti bila-bila kita cerita lagi. Kita sayang abah tau!!!!!

Monday, August 8, 2011

Al-Fatihah untuk ABAH

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, dikala umat Islam menyambut bulan yang penuh kerahmatan Abah telah pergi mengadap Ilahi di Wad 4C Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 9.50 pagi.

(saya tak cukup kuat untuk meneruskan......)

Al-Fatihah......


10 Ramadhan,
Hari ini ada kekuatan sikit untuk meneruskan entri special ini. Dan mungkin juga akan berlarutan sampai.......(entah saya pun tak tahu) walaupun bersambung-sambung mengikut kekuatan saya.

Baru saya perasan, tahun lepas 1 Ogos 2010 saya ditukarkan di Bestari Jaya Kuala Selangor. Abah la yang paling gembira sekali. Sejak kampus baru dibuka diBestari Jaya abah beria-ia minta saya tukar ke sini. Katanya dekat dengan abah & mak. 1 Ogos 2011 genap setahun saya disini. Alhamdulillah hajat abah tercapai juga untuk saya bekerja dekat dengannya. Saya anak abah yang paling rapat dengannya. Adik-adik, makcik pakcik semua mengatakan saya anak kesayangan abah. Walaupun saya tak pernah merasakan begitu. Saya rasa kasih sayang abah pada anak-anaknya adalah sama dan adil. Mungkin dari kecil saya memang rajin mengikut abah ke kebun, ladang getah, tolong buat kerja-kerja berat dan macam-macam lagi...mak pun perasan kalau saya nak apa-apa saya akan minta pada abah. Masa kecik-kecik nak gi toilet pun kejut abah. Saya sendiri lebih memanjakan diri saya dengan abah berbanding mak. Dan sebenarnya abah adalah seorang yang tegas dan garang. Kalau kita dengar & ikut kata abah Insya Allah abah akan lembut hatinya...

(satu-satu kenangan abah bermain difikiran saya)