Monday, February 25, 2013

Kaki tangan dah bengkak

Saya dah tak larat....rasa nak cuti awal jer, tapi masih ada yang perlu saya selesaikan. Harap-harapnyer semua berjalan lancar. Dapat la saya bercuti awal. Camne yer nak bagi kaki surut bengkak. Tangan pun dah bengkak gak. Jam pun dah ketat. Seb baik ada jam lama yang masih boleh dipakai. Persoalannya adakah dulu saya gemok cam sekarang atau saya memang pakai jam longgar-longgar????

Tuesday, February 19, 2013

Tahun yang sangat letih

Sekejap jer dah masuk bulan 2 tahun 2013 kan. Rasanyer baru semalam saya tinggalkan 2012 yang penuh dengan cerita suka dan duka. Meh nak cerita serba sedikit secara ringkas perjalanan hidup saya pada tahun lepas. Tahun yang saya rasa sangat-sangat meletihkan bagi saya.

Januari-Febuari
Sibuk dengan persiapan kawen saya. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang saya rencanakan. Persiapan saya buat dari saya bertunang lagi. Plan & susun apa yang patut. Tak nak kelam kabut bila dah sampai masanya...

Mac
Semuanya seperti yang dirancang. Alhamdulillah saya telah bergelar seorang isteri. Sambut birthday masa hari bertandang. Terima kasih pada famili, sedara mara & kawan-kawan...



April 
Adik saya CT merisik. Plan asal xnak ada apa-apa. Sume nak buat masa kenduri nanti tapi pakcik saya minta pihak lelaki datang untuk merisik. Tapi pihak lelaki datang merisik + tunang sekali. Majlis simple je. Hanya keluarga pakcik saya dan keluarga saya jer...

Mei
Saya ada kursus selama 3 hari di Morib. Itu je untuk bulan ni.

Jun
Adik saya kawen. Sangat kontrovesi. Ye la baru 3 bulan kenduri saya, dah nak buat kenduri lagi. Penat pun tak hilang lagi. Bukannya pakai katering, semuanya rewang. Kesian pada sedara-mara & jiran tetangga yang nak datang rewang. Asyik rumah saya je buat kenduri.... At last pakcik saya sanggup buat kat rumah dia. So dia ambik adik saya sebagai anak angkat dia. Semua perbelanjaan kenduri dia yang tanggung. Tak tahu macam mana perasaan mak masa ni. Saya sangat sedih. Ye la dah la abah dah tak ada. Macam kami ni dah tak mampu nak buat kenduri jer...tak tahu nak gambarkan peraaan time ni. Tapi pakcik beria sangat & adik pun dah nak cepat je maka kami pun setuju.

Seminggu selapas kenduri adik saya, abang plak bertunang. Memang penat sangat bulan ni. Lepas satu, satu persiapan nak kena buat. Segala barang hantaran kami buat sendiri. Tak kisah la sebab kami adik beradik memang suka DIY barang-barang hantaran. Cuma terasa sedikit penat.

Julai
Sibuk buat persiapan adik bongsu saya yang akan melanjutkan pelajaran ke politeknik. Alhamdulillah dekat je. Kat Behrang. Senang nak balik. 8 Julai saya, en suami & mak hantar untuk pendaftaran dia.
Seminggu sebelum puasa majlis bertandang sebelah lelaki kat putrajaya. Masa ni adik saya dah disahkan mengandung. Alhamdulillah dia bunting pelamin orang kata. Rezeki dia...Saya dengar agak kecewa gak la sebab saya yang kawen dulu tapi dia yang pregnant dulu. Memang la rezeki kan tapi saya memang nak anak awal. Ye la umur saya pun dah berapa kan...Tapi kami redha dengan ketentuan Allah. Saya terus berdoa minta dikurniakan anak dalam waktu yang terdekat ni.

Seminggu sebelum majlis bertandang adik saya, en suami accident. Tak tahu macam mana nak gambarkan saat itu. mak mertua yang dapat panggilan dr org ambulan. Terus kami ke hospital klang. kami sampai dalam kul 12 mlm. Itu pun masih diwad kecemasan. kami tunggu sampai en suami dimasukkan ke wad. Selepas xray en suami diletakkan di wad pemerhatian. Kami tak dibenarkan menunggu. Saya bawa mak mertua balik. Sok pagi-pagi saya dah gerak ke hospital semula. Masih begitu tidak diberikan apa-apa ubat pun. Sudahnyer adik ipar minta transfer ke DEMC guna medical en suami. Kalau tahu dr awal dah hantar dia ke sana. Kebetulan adik ipar memang kerja kat sana. Dia yang uruskan semuanya. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. 3 hari juga saya EL.

Sehari sebelum puasa saya mendpat  berita gembira. Saya disahkan hamil. Mula-mula buat ujian air kencing kat rumah jer...result positif. Memang saya dah lewat period seminggu. En suami pun dah sibuk tanya bila saya period. Tiap-tiap bulan period saya memang normal so senang la nak kira. Kami pergi klinik juga untuk kepastian. Alhamdulillah doktor sahkan saya mengandung 6 minggu. Syukur sangat.....

Ogos
Bermulalah fasa pertama saya sebagai orang mengandung. Mabuk saya agak teruk. Minggu kedua baru buat buku pink kat KKKS. Servis ok. Ramai tu biasa la. Cuma yang tak tahan time puasa ni la badan lemah sangat, dengan muntah-muntah, pening, tak lalu nak makan. Sahur memang tak makan langsung. kalau makan pun keluar balik. Kalau tak larat saya buka puasa.

Masak pun tak boleh. Kesian mak ngan adik perempuan bongsu saya yang buat persiapan. Saya memang tak buat apa-apa la. Sehari sebelum balik umah mak ada la tolong mak mertua buat ketupat. Itu je yang mampu.

Raya cam tak raya. Takde buat apa-apa persiapan. Nasib baik baju memang dah ready awal-awal lagi. Kalau tak, memang tak beraya la kitorang suami isteri.

September
Rutin check up setiap bulan. Tetiba BP tinggi la plak. Dah kena repeat plak. Tapi alhamdulillah lepas tu sume ok. Adik saya buat kenduri lenggang perut. 

Oktober
Yea!!!!!!!!!!!!saya dapat anak buat yang pertama. Maka dengan rasminya saya dah jadi mak ngah! Raya haji cam biasa takde buat apa-apa sebab 3 hari lepas tu majlis kahwin adik perempuan bongsu saya + majlis akikah sikecil. 


November
Sekadar Annual Dinner office jer...

Disember
Majlis nikah abang saya 20122012. Tarikh yang sangat cantik. 4 hari kemudian majlis disebelah pihak perempuan. Sebelah saya memang tak buat apa-apa sebab dah letih sangat. Asyik ngan kenduri jer. Pecah rekod dalam setahun mak saya dapat 4 orang menantu. 2013 harap-harap mak dapat 4 orang cucu plak hahahaha....2 bakal menyusul....


Itulah sedikit sebanyak cerita tahun 2012 saya......




Friday, February 8, 2013

Perkembangan saya

Memang dah kembang tahap apa pun tak tahu. Kadang-kadang rasa ngeri jer tengok perut kat cermin. Rasa baby kat dalam ni besar sangat jer. Sekarang ni tak tahu kenapa bila pukul 11 je mata ni bagai digam-gam. masalah nya  bukan 11 malam tapi 11 pagi. Kalau malam ok la kan memang time tidur. Ini kat opis camno nk tidur. Nasib baik malam dah boleh tidur. Kalau tak serba tak kena nak pilih posisi tidur. Mengiring kekanan tak kena. Mengiring kekiri tak kena. Nak tidur telentang memang bukan tabiat saya la. Lama-lama terlelap jugak. Tapi kalau dah terbangun pukul 1 or 2 memang susah nak lelap balik. Kul 5 lebih tu la mata ni nak terkatup. 

Sekarang alhamdulillah dah ok sikit. Cuma kalau nak terkencing tu memang tak boleh tahan langsung. Kena gak bangun dengan mata yang terpisat-pisat. Kadang-kadang mata tak buka pun lagi. Nasib baik la dah hafal pintu kat mana hahahahaha.....Nasib baik lepas tu boleh tidur balik. Kadang-kadang jer la baby ni tak nak tidur gak. Main-main kat dalam ni. Baby ni pun cam tau-tau jer time en suami balik. Kalau en suami balik kul 5, kul 5 la dia bangun. Nak main-main ngan ayah agaknyer...Sian baby kurang kasih sayang yer....tak per mummy tetap akan bagi sepenuh kasih sayang mummy pada baby...yang penting baby sihat-sihat jer kat dalam ni yer....

Thursday, February 7, 2013

Kembang setaman

Adik-adik saya kata hidung saya dah kembang tahap melampau. Ye idung jawa memang kembang hokey!!! Ni la pic terbaru dari saya. Nak tunggu rehat ni. Beberapa minit je lagi. Mata ngantuk tapi kalau tak makan nanti lapor la pulak. Xpe kita isi perut dulu. Lately ni memang ngantuk x ikut masa dah. Suka hati je mata ni nk ngantuk time bila....Baby dh tendang-tendang ni. Sabar sayang jap lagi kita mamam yer....Lebih kurang sebulan je lagi ni . Nebes wei.........

Friday, February 1, 2013

34 sudah...

Alhamdulillah dah masuk 34 minggu Rabu lepas. Masa untuk check up lagi. Kena plak saya demam time tu. Malam tu memang dah rasa tekak lain macam jer. Tido malam hingus dah meleleh, terpaksa sumbat hidung pakai tisu. Saya kalau nk selsema memang kena sumbat hidung. Sebab hingus jenis yang cair keluar tanpa diundang. Ikut suka dia je bila dia nak kuar. Tu pasal kena sumbat hidung tu. Pagi bangun siap mandi kepala dah berdenyut-denyut jer. Ingatkan nak baring kejap jer tup-tup tertido plak. Sedar-sedar jer en suami kejutkan kul 8. Memang x larat nak bangun. Sudahnya kita cuti sajer...

Petang tu g check up alhamdulillah tak ramai orang. Ada harapan la nak balik awal. Tak macam yang sebelumnyer punya la ramai patient dengan budak kecik yang menangis tak berhenti-henti. Result check up alhamdulillah sume ok cuma kencing agak kotor. Maybe malam tu saya kurang minum air. Ditambah plak dengan demam, selsema & batuk memang saya kurang minum air kosong. Saya sendiri terkejut tengok kencing saya tak seperti biasa. Dalam hati dah agak dah mesti ada yang tak kena. Nasib baik yang lain-lain ok.

Kaki dah sembab. Camne xnakb bagi kaki ni sembab. Tido dh tinggikan kaki. habis semua bantal saya konker sorang. En suami dapat 1 bantal jer. Seb baik dia bukan jenis yang tido pakai bantal banyak-banyak.  Tapi aritu saya perasan bila saya banyak berjalan kaki saya ok plak. tapi yang jadi masalahnya saya tak larat nak berjalan lama-lama. Aritu pun sebab saya tunggu en suami kerja tak tahu nak buat apa so saya pusing ole-ole seksyen 18 tu. Lama kot tak jalan-jalan kat situ. Tempat jatuh lagikan dikenang (ewahhhh...) Lama giler kot tak window shoping ni. ahhhh rindu sangat....En suami bukan suka sangat nak window-window ni. Ajak g aeon rawang pun susah bukan main lagi. Setia City Mall pun tak jejak lagi. Cik CT nanti kita jalan-jalan sama yer....