Monday, September 5, 2011

Pahit akan manis jua...

Insya Allah....apa yang Allah turunkan tu pasti bersebab. Allah Maha adil. Dia tahu kenapa semuanya terjadi.

Tanpa disedari sebenarnya kemanisan itu telah dirasai. Cuma sedar atau tak jer...Malam tadi baru terasa. Insya Allah kalau kita tabah akan dapat hasilnya.

Terima kasih pada mereka-mereka yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga.




Wednesday, August 31, 2011

Ujian Mu Ya Allah

Genap sebulan abah meninggalkan kami, sekali lagi kami diuji olehNYA...Mungkin ada hikmah yang di masa hadapan. Mungkin ujian ini untuk mengujian kesabaran kami padaMu Ya Allah. Tabahkan hati kami sekeluarga Ya Allah...

Hujan yang turun seolah-olah turut sama bersedih...hari ini kami sekali lagi kehilangan seorang ahli keluarga. Walaupun masih tidak bersua muka namun kehadirannya sangat-sangat dinanti oleh kami. Usianya baru sahaja 5 bulan dialam rahim. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akan terjadi.

31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal, adik saya keguguran bayinya yang pertama. Diusianya 5 bulan didalam kandungan, pemergiannya amat dirasai oleh kami sekeluarga. Semoga adik saya tabah menghadapi uijan ini.

Mungkin baby ni nak jumpa atuknya disana. Jenazah dikebumikan bersebelahan pusara abah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Ya Allah, kau tabahkan lah hati kami sekeluarga untuk menerima ujianMu...






Tuesday, August 23, 2011

23 Julai 2011

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H abah telah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah untuk abah. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang berimman.

23 Julai 2011, 5.00 pagi
Saya terdengar suara abah mengejutkan abang. Diselang seli dengan suara mak. Sambil menahan sakit sambil abah mengucap syahadah. Setelah beberapa katika suara abang tidak jugak kedengaran saya bangun untuk melihat apa yang berlaku. Saya tengok mak mengusap-usap perut abah sambil mengejutkan abang yang tak bangun-bangun dari tadi. Saya pun bertanya kenapa dengan abah. Mak kata abah sakit perut. Keadaan abah masa tu memang tak senang duduk. Dengan suara yang tercungap-cungap, dengan nafas yang turun naik turun naik. Memang keadaan abah masa tu teruk sangat. Baring tak kena, duduk tak kena....sudahnya abah mengiring di kusyen. Mak masih lagi menyapu minyak ke perut abah. Saya pulak picit bahu abah sebab abah kata angin tak keluar. Sendawa pun tak, kentut pun tak...seperti ada angin nak keluar tapi tak keluar.

Tak lama lepas tu abang bangun. Mak kata abang baru je balik, mingkin penat sangat sampai nak buka mata pun tak boleh. Abang pulak ambik alih tugas mak menyapu minyak kat perut abah. Abah sememangnya ada gastrik, tapi tak pernah lewat makan. Cuma malam tu abah ada minum air bergas seteguk. Itupun sebab dia teringin sangat masa balik dari kenduri malam tu. Mak pulak dah bising-bising kat abah kata abah tak jaga makan. Abah kadang-kadang dia langgar jugak pantang larang. Apa yang tak boleh makan kadang-kdang bila teringin dia makan gak. Tapi selalunya tak banyak pun. Sekadar untuk menghilangkan keinginannya.

Sudahnya pukul 6 lebih abang bawa abah pergi hospital. Dalam pukul 8 lebih abah dah balik kerumah. Dapat la ubat gastrik dan ubat angin....



Thursday, August 18, 2011

Beberapa hari lagi...

Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut syawal. Tahun ni tak tahu la macam mana kami sekeluarga menyambut hari raya. Satu perubahan yang sangat besar berlaku......





Thursday, August 11, 2011

Kuatkah anak abah ini

Abah,
dah 11 hari abah tinggalkan kita. Tapi kita tak rasa pun abah jauh dengan kita. Kita rasa abah dekat je dengan kita. Selalu je tengok-tengok kita. Orang kata bulan puasa arwah orang yang meninggal akan sentiasa berada dirumah. Syukur abah pergi pada 1 Ramadhan. Bermakna memang abah tak pergi mana-mana kan???

Abah masih tengok kita bila kita pergi kerja kan....abah duduk kat depan tengok kita pergi kerja. Petang pulak kalau abah tak pergi mana-mana abah duduk tunggu kita balik kerja kan....

Abah,
kita rindu kat abah....kita nak jadi macam abah. Sentiasa sedekahkan alfatihah untuk arwah embah. Tapi kadang-kadang kita tewas dengan perasaan kita sendiri. Kita tak kuat macam abah. Air mata ni cepat je nak turun. Tapi seboleh-bolehnya kita kuatkan diri supaya tak nangis kat rumah. Nanti mak tahu. Kalau mak tahu mak lagi sedih. Kita tak nak mak sedih....

Abah,
Lebih kurang 19 hari lagi nak raya. Selalu malam tujuh likur abah sibuk pasang lampu. Pastu selalu nk gaduh-gaduh ngan kita kan. Kita suka pelita tapi abah lebih suka pasang lampu letrik. Lampu kelip-kelip abah lagi suka. Lagi banyak lagi meriah. Tapi kita tetap nak pasang pelita. Abah kata leceh nak kena isi minyak. Bila kita beli pelita terus abah cari buluh. Abah jugak yang cacak buluh tu kat tanah. Kalau minyak habis abah yang tolong isikan. Kalau hujan abah jugak yang tolong kutip pelita-pelita tu semua. Pastu abah gelak-gelak sebab lampu abah walaupun hujan boleh hidup...tapi tahun ni sapa nak pasang lampu tu semua. Kita tetap akan beli lampu kelip-kelip tu untuk abah tapi tak tahu la sapa yang nak pasangkan...kita pasang sendiri la yer...kita kan selalu tengok abah pasang-pasang wayar kat lampu-lampu tu. Mesti boleh kan???

Abah, kita stop kat sini dulu yer...nnti bila-bila kita cerita lagi. Kita sayang abah tau!!!!!

Monday, August 8, 2011

Al-Fatihah untuk ABAH

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, dikala umat Islam menyambut bulan yang penuh kerahmatan Abah telah pergi mengadap Ilahi di Wad 4C Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 9.50 pagi.

(saya tak cukup kuat untuk meneruskan......)

Al-Fatihah......


10 Ramadhan,
Hari ini ada kekuatan sikit untuk meneruskan entri special ini. Dan mungkin juga akan berlarutan sampai.......(entah saya pun tak tahu) walaupun bersambung-sambung mengikut kekuatan saya.

Baru saya perasan, tahun lepas 1 Ogos 2010 saya ditukarkan di Bestari Jaya Kuala Selangor. Abah la yang paling gembira sekali. Sejak kampus baru dibuka diBestari Jaya abah beria-ia minta saya tukar ke sini. Katanya dekat dengan abah & mak. 1 Ogos 2011 genap setahun saya disini. Alhamdulillah hajat abah tercapai juga untuk saya bekerja dekat dengannya. Saya anak abah yang paling rapat dengannya. Adik-adik, makcik pakcik semua mengatakan saya anak kesayangan abah. Walaupun saya tak pernah merasakan begitu. Saya rasa kasih sayang abah pada anak-anaknya adalah sama dan adil. Mungkin dari kecil saya memang rajin mengikut abah ke kebun, ladang getah, tolong buat kerja-kerja berat dan macam-macam lagi...mak pun perasan kalau saya nak apa-apa saya akan minta pada abah. Masa kecik-kecik nak gi toilet pun kejut abah. Saya sendiri lebih memanjakan diri saya dengan abah berbanding mak. Dan sebenarnya abah adalah seorang yang tegas dan garang. Kalau kita dengar & ikut kata abah Insya Allah abah akan lembut hatinya...

(satu-satu kenangan abah bermain difikiran saya)




Monday, June 27, 2011

Majlis di Pahang


Selamat Pengantin Baru buat Azli & Ain. Azli ni ialah sepupu saya belah abah. Memang jarang jumpa pun. Setahun sekali jer kot, itupun time raya. Ye la mereka duduk nun di Pahang. Majlis berlangsung pada 26/7/2011 hari ahad. Kami sekeluarga (mak, abah & adik) bertolak pada hari Sabtu. Sebuah kereta lagi adalah pakcik saya sekeluarga.

Perjalanan mengambil masa agak lama. Dalam 5 jam kot. Ingatkan dlm 3 4 jam dah bolleh sampai. Tapi 5 jam kau.....seb bek adik leh drive gak walaupun dia baru balik dari outstation kat utara malam sebelum tu. Sampai umah pun dlm kul 3 pagi katanya....

Oh lupa plak, pakcik saya ni duduk di Felda Lepar Utara 1. Dari bandar Pusat Jengka 1 jam untuk sampai ke rumahnya. Bandar Pusat Jengka adalah satu2nya bandar yang terdekat dengan tempat mereka. Kena melalui hutam simpan dalam 10km. Agak2 kalau malam ada orang lalu tak kat situ. Kalau saya memang agak seriau la kan. Ni la 1st time saya pergi rumah dia.

Jom layan gambar dulu yer...


Adik saya yang keletihan telah terlelap beberapa kali...


Sedara mara yang berjaya berkumpul pada hari tersebut


Pakcik makcik sebelah abah ni ramai yang dah bercucu. Pakcik yang kenduri ni 1st time sambut menantu. Rasanya abah ngan pakcik ni jer yg belum menerima cucu. Coming sooonnnn....



Time berjumpa2an ni la mula nak jejak kasih. Ye la sebelah abah ni memang susah nak jumpa. Kalau jumpa kat pasar malam mana-mana pun kompom x kenal dah. Masing-masing duk jauh.


Ini adalah pelamin anganku musnahmereka. Tema adalah hijau. Sampai ke air pun kaler hijau. Tapi sedap dapat minum air tebu sejuk2 time panas2....


Lauk-lauk kenduri (ayam masak merah, acar rampai, gulai daging, masak lemah nangka). Cepat betul dorang masak. Pagi tu sembelih lembu, potong2, masak, kul 11 dah ready semuanya. Itulah berkat gotong royong...


Sambal belacan yang mabeles & ulam raja (entah kenapa sampai sekarang saya masih tak boleh makan ulam raja ni. Mungkin sebab saya orang biasa2 je kot )


Errr kenapa saya nmpk gemuk dengan baju tersebut...adakah adik saya telah sabotaj saya...oh baju tu baru mak saya siapkan dan dah ditambahcantik oleh saya dengan kerlipan labuci & manik....


Dan OTW balik kami singgah ditepi highway untuk menikmati si musang...


Sangat menggoda ok. Ni sume salah adik aku la masa otw pergi tu leh nmpk durian & ajk mkn durian masa balik...


Durian sedap ini telah dibelanja oleh mak. I LOVE U la MAK!!!!!!!!!! maka rugi la pada mereka2 yang tak ikut kitorang hahahahahaha....


Kesimpulannya...walaupun penat tapi sangat2 happy sebab dapat makan durian!!!
:-))

Thursday, June 23, 2011

Rutin sebelum tido

Dah lama tak buat rutin ni sebelum tido. Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni memang la lagi membantutkan rutin tersebut. Kalau dulu tak buat rutin ni rasa macam tak boleh tido jer...Ni rasanya dah dekat 2 minggu meninggalkan amalan tersebut.

Baik sebenarnya melakukan amalan tersebut. Lagi-lagi orang macam saya yang banyak angin ni. Anginn temper pun yer jugak...Bukan malas cuma terlupa jer. Bila dah baring atas katil tu memang susah la nak bangun. Ditambah lagi dengan aroma terapi dari bantal & selimut bucuk, lagi la mata tu cepat jer nak terkatup...

Lepas ni tak mau dah malas-malas lagi. Memang la bila panas rasa tak selesa tapi bila terjaga pukul 3 4 pagi mula la rasa menyesal. Time tu memang takde maknanya la nak buat sume tu.

Peringatan untuk diri sendiri, lepas ni jangan lupa pakai stokin sebelum tido!!!


Tuesday, June 21, 2011

Bersin


Dua tiga hari ni kan saya perasaan saya kerap bersin. Tak tahu la kenapa...kadang-kadang masuk toilet pun bersin. Yang pasti pagi-pagi bangun tido memang bersin. Kenapa ye??? Xkan saya alah pada habuk. ye la kita kan tak nampak habuk tu. Walaupun kita dah cuci tempat tu tapi mana kita nak tau kan....

Yang pagi-pagi bersin tu kenapa yer. Saya bukan ada masalah ngan sejuk. Ok je...saya lagi suka kalau sejuk-sejuk ni. Nak demam ke saya ni. Tapi rasa badan ok jer... Faktor usia kot (sekali lagi usia jadi mangsa hikhikhik....)

Eh tak-tak....saya muda lagi. Jangan salahkan usia ok




Monday, June 20, 2011

Merapu meraban

Tak tahu nak tulis apa sebenarnya,, tapi nak gak conteng2 kat blog sendiri ni. Kira cam edisi merapu meraban sendiri la ni.

Hati gedik2 nk soping baju raya...(tetiba cite pasal raya plak kan??? ) tengah cari tarikh yang sesuai untuk soping2 ngan adik2...nmpknya memang xde tarikh yg sesuai. masing2 ada je hal yg tak dapat dielakkan. Tarikh untuk kenduri pun x decide lagi. Tu pun adik yg tnya tadi. Memang lupa sangat2... (adakah disebabkan faktor usia?? oooohhhh TIDAK!!!! )

Macam byk sgt benda nak pikir kan??? Entah la lately ni macam2 bermain difikiran saya ni. Entah apa yang difikirkan pun saya sendiri tak tahu. Kawan saya kata saya ada masalah dalaman. Konflik identiti....hahahaha...entah la betul la kot..

Ni nak kena cari doktor la camni....



Friday, June 17, 2011

Keluarga Bahagia


Siapa yang tak mahu keluarga yang bahagia seperti ini. Ditambah lagi dengan kehadiran sicomel yang pasti akan menceriakan lagi rumahtangga seseorang. Sangat-sangat jeles tengok gambar ni. Jelas tergambar kebahagiaan mereka kan???

Maaf saya ambik gambar ni tanpa kebenaran mereka. Tak tahu kenapa nak buat entry khas buat mereka. Hopefully mereka tak kisah. Mereka ni rapat dengan saya sebenarnya tapi jauh. Camne tu??? Biarlah saya je yang tahu. Saya pun tak tahu keadaan mereka sebenarnya. Harap-harap baik-baik jer...dan doa saya semoga mereka terus bahagia selamanya...apa yang boleh saya katakan setakat ini ialah baby mereka sangat comel. Dan saya tak boleh tengok baby mereka itu...Saya GERAM!!!!!!!!!!!!!

Cam best jer kalau dapat baby comel camtu kan????(hehehehe mode gatal!) Kawen pun belum lagi ada hati nak baby hikhikhik....ok lah sebenarnya tak tau apa motif tulis entry ni. Tapi dalam hati ada sesuatu sebenarnya. Sesuatu yang tak boleh nak diluahkan & tak tahu macam mana nak luahkan. PAda siapa pun tak tahu nak cakap. tak pe biar dulu, harap-harap ia tak mengganggu saya. Dan harap saya boleh mengawalnya....

Kepada mereka sekeluarga doakan saya bahagia seperti mereka jugak yer!!!!


Wednesday, June 15, 2011

Addicted

Opsss jgn salah faham yer....ni tak tahu la kenapa jadi addicted sangat ngan milo. Sehari kalau tak minum milo rasa lain jer...selalu org ketagih ngan nescafe tapi saya lain plak. Bau milo je dah tak boleh tahan. Kalau nescafe bau jer dah pening kepala.



Kat rumah mak plak tak suka minum milo pagi-pagi. Katanya ngantuk. So teh o panas mesti ada atas meja pagi-pagi. Tapi kadang-kadang ada la gak milo atas meja (saya kan anak kesayangan keluarga huhuhu) harus la makan minum mak sediakan hhehehehe...

Tapi tak ada la selalu. Duduk ngan famili ni memang best. Lagi-lagi bila perasan anak kesayangan kan......haruslah dimanjai oleh kedua orang tua muahahahaha (seb bek adk badekk lain tak baca blog ni) oh....saya memang suka perasan anak kesayangan ok!!! Sapa lagi nak perasaan sendiri kan. Bukan salah pun mak ayah sendiri kan???? ada saya kisah????

Eh nk citer pasal milo je tadi dah melalut anak kesayangan plak. ok2....tak tahu la kenapa sekarang ni memang nk milo jer. Kalau kehabisan milo cam cacing panas rasanya. Tak boleh duduk diam. Memang kena ada stok milo ngan susu la kat rumah tu. Sekali beli pun ambik pek besar senang...lagi pun saya sorang je kot yg minum milo. So ngan harapan boleh tahan sebulan la kan...tapi kalau time adik-adik saya balik & time tu adik badek meroyan nak minum milo ais ke ice blended milo ke memang tak sampai sebulan stok milo tu ok! Tak apa la sesekali dorang balik, saya pun suka jer layan kerenah dorang tu...

Bosan kan kalau duk umah sorang-sorang. Tak tahu nak buat apa. Adik badek sume jauh huhuhu. Tak kan nak kuar hari-hari kan???? ( bajet anak kesayangan lagi huhuhu)....

Tetiba rindu kat adikadik..... :-((


Tuesday, June 14, 2011

Raja Sehari

Selamat Pengantin Baru buat Elina & Rafiza. Elina ni officemate saya. Majlis dorang pada 5/6/2011 yang lepas. Alhamdulillah sampai juga kat rumah El walaupun terlewat sikit daripada kawan-kawan. Nsib baik El tak sanding lagi. Elok lepas makan pengantin pun sampai. Memang cun-cun la...

El sangat cantik. Pelamin simple tapi cantik. Saya ni tak suka sangat yang meriah-meriah sangat nanti nampak serabut. Itu pendapat saya je la. Baju El pun cantik Memang betul-betul macam raja bertemakan kuning. Mekap pun cantik. Saya sangat suka.....

Buat El & Rafiza "selamat nemenpuh alam berumah tangga, semoga bahagia buat selamanya dan beroleh anak yang soleh & solehah"




Sunday, May 29, 2011

Sakit itu memang sakit

Sila jangan gelakkan saya yer....kang ada yang kena penampor ngan saya. Ye saya tahu muka saya cam orang cacat. Dan lagi ada yang kata muka saya cam badut. Ini masa saya sakit gigi haritu. Dan sekarang dah tak sakit so boleh la dicabut. Tapi saya tak nak cabut!!!!!!!!!!!! ye memang saya takut sebab sakit gigi memang sakit yer. Bukan tak nak cabut saya pernah pergi untuk cabut gigi tersebut (selepas bengkak surut dan dh tak rasa sakit) doktor pun dh bagi ubat bius dah godek-godek gigi saya tu. Dah ketuk-ketuk gigi saya & memang saya tak rasa la kan dah kata doktor injek ubat bius kan sekali tang cabut tu memang terasa la weiii.....

Masa tu jugak saya menjerit sampai keluar la suara saya boleh didengari. Pastu doktor pun serender xmau cabut dah....doktor kata dah kena saraf. Maybe tunjang gigi saya masih kuat lagi. Ekceli gigi saya tu berlubang & penah ditampal. Tampalan tu dah tercabut tu pasal dia sakit. Sampai sekarang saya jadi macam fobia ngan g cabut gigi. Buka tak pernah cabut sebelum ni tapi pengalaman ni la yang paling ngeri sekali.

Saya tak tahu nak buat apa ngan gigi saya ni. Buat masa ni saya tak akan cabut lagi gigi ni....






Friday, May 27, 2011

Semalam yg entah kenapa

Korang penah tak tetiba rasa macam nak marah?? Xde sebab xde angin taufan tetiba je rasa cam nak wat amukan....

Saya tak ada la cam tu sekali kan sampai nak mengamuk ngamuk tak tentu pasal dah cam orang hilang akal ke hapa. Saya tengah cakap kat mmber opis ni la kan tetiba saya rasa saya tertinggi volume kat dia. Memang la ada yang tak kena tapi benda tu cam spontan jer. Pastu dia dtg tanya lagi..sy pun ter high volume lagi. Dia dah blh baru cam tersedar dari rasukan hehehe...

Adakah sesuatu telah menguasai diriku ini????



Thursday, May 26, 2011

Botol Air Baru Saya

Memperkenalkan botol air baru saya.....yang ada gambar2 tu yer. Yang sebelah tu yang lama. Sebab apa saya ada 2 botol air? Sebab yang lama tu bila saya minum je mesti airr berjeje-jeje kuar. Dah macam bocor je mulut saya ni. Saya punya la minum dengan penuh sopan santun seorang gadis desa (muahahahahaa) Kat mulut botol tu dah macam retak jer...seingat saya tak ada plak botol air tu jatuh ke hapa. Tak tahu la kalau bukan saya yang jatuhkan.

Walaupun saya dah ada botol air baru tapi saya tetap sayangkan yang lama. sebabnya saya rasa air kat dalam bekas tu sentiasa sejuk. Kalau saya isi air pagi sampai ke petang tetap sejuk. Memang la saya duduk dalam bilik ber aircond kan tapi botol air baru tu xde plak airnya sejuk. So sekarang ni saya akan pastikan saya menghabiskan kedua2 air didalam botol tersebut (bunyi macam tamak kan??? ) bukan apa sebab saya nak sentiasa kelihatan cantik (ini teori saya sendiri yer... sila abaikan muahahaha)Kan elok kalau kita minum air kosong banyak. So saya akan menghabiskan paling kurang pun 1.5liter air sepanjang saya bekerja di opis.

Lagipun saya kat rumah memang susah nak minum air kosong. Dan lagi saya ni duduk dalam bilik berhawa dingin so kulit akan cepat kering terutamanya bibir saya. Nak elakkan bibir kering & malas nk oles2 ngan pelembab bibir makanya ini adalah cara yang paling senang. Minum jer la air kosong. Baik untuk tubuh juga!!!!

Wednesday, May 25, 2011

OIC

Semalam saya OIC (Officer In Charge). MAsuk pukul 1.00 ptg balik pukul 10.00 malam. Sangat syokkkkkkk...... syok la sgt kan. Sebulan 3 kali jer pun....

Ermmm camne nak citer ni. Tetiba blank plak....camni...selalunya kalau saya OIC saya sentiasa bersama adik-adik yang sentiasa memanjakan saya hehehehe....sume keje dorang yang buat la. Jap2 "kak, sy g tutup lampu yer"...jap lagi "kak, saya nak cek itu nak cek ini"....1/2 jam pastu "kak, saya g sinun yer"...senang kata ko duduk jer la kat kaunter baca surat kabar sambil layan tv3 muahahaha...

Sekali semalam nak dijadikan cerita dah kul 9 lbh, nk time nak blk kira sume student dh kuar ada sorang adik ni "akak x tutup lampu aras 2 ke?" alamakkkkkkkk!!!!! errrr.....selalu ada orang tolong tutupkan hehehehe..... "xpe la kak sy g tutup jap yer" seeeeeeeeeeeee.....betapa baiknya adik2 saya kan hehehehe "akak g ambik bacaan gate ngan kunci sekali yer" sy pun ok la kan setakat nk ambik bacaan tu budak tadika pun tau kan.....

Sekali sampai kat gate tu..."aik mana aku nak tgk ni? ada 1 jer pun tpt yg kuar nombor. tapi kenapa la pelik sgt???" maka dengan lemah lembutnya sopan santunnya saya pun "akak x tau la nk baca yg mana. Akak tgk nombor dia cam pelik jer hehehe....kunci pun akak x tau yg mana" huhuhu sgt2 malu ok....tapi tak pe lepas tu saya belajar sesuatu yang baru dari mereka. Walaupun mereka ni bawah saya tapi untuk mencari ilmu tak kira la dari siapa pun kan. Muda ke tua ke pegawai ke staf bawahan ke...jgn malu untuk bertanya. Selagi kita tak bertanya selamanya kita berada disatu tempat jer....

So kesimpulannya saya sentiasa dapat adik2 yang sangat memahami muahahahaha


Tuesday, May 24, 2011

Jom Jeram

Entry ini dimulakan dengan gambar tuan tanah kedaung yer...Gambar memang banyak. Saje nak bagi orang terliur (sebenarnya diri sendiri dah x boleh tahan tengok gambar2 tu semua!)


Kalau dulu nak makan seafood je mesti ke Muara kat Klang nu. Jauh tu...tapi sekarang tidak lagi. Boleh kata tiap-tiap bulan la ke Aroma Ikan Bakar Kat Jeram Kuala Selangor ni. Makanan dia memang best-best. Harga pun berbalaoi-baloi....

Sambil menaip sambil telan air liur ni. Bila nak gaji ni. Tak tahan dah ni....


Sampai-sampai order pastu boleh touch up muka plak yer...kejelitaan adalah hak milik diriku hehehe....layan jer....


Pastu leh buat muka x blh blah kan...konon2 lapar sangat la tu. Tapi memang lapar tahan tak pergi lunch tu...


Sayur ni dah jadi cam kewajipan plak bila makan kat sini. Tak mau dah order kailan ikan masin


Sotong goreng tepung...ekceli saya tak suka sangat tapi kalau ada depan mata blasah jer hehehehe



Haaa....yang ni memang peberet saya ni. Kalau datang sini memang kena order ni. Rasa dia memang mabeles...nak tau sedap ke tak jom kita ke jeram... (dh cam JJCM plak yer)


Kitorang ambik udang ngan sotong untuk buat tomyam. Makan tak ada kuah cam tak best plak kan...Sotong tu separuh goreng tepung yg tadii tu


Yang ni memang saya tak kenal langsung. Kalau tak silap nama dia ada siput...siput camtu. Tapi tak ada la rupa siput saya tengok. 1st time makan ni. Sedap gak rasanya...


Ni antara hidangan yang kami pesan. Ikan bakar lom sampai lagi masa ni. Lambat sikit sebab ramai orang. Hidangan untuk 3-5 org makan dengan harga yg sangat berbaloi


Saya dan kawan saya order air epal asam boi. Konon2 leh potong lemak la pas mkn2 tu sume. Leh caye ke hehehe....(itu teori saya jer yer)


Ikan pun dah sampai....jom apa lagi. Ni ikan terubuk bakar. Memang saya suka makan ikan terubuk walaupun banyak tulang



Ni plak kembong bakar. Sapa2 yang x sabar nak makan ikan leh la ambik spesis ikan yang tak banyak tulang...



Tu bukan tangan saya yer....(wakakakakakaka)



Opppsssss.....jgn tgk pinggan yer. Tu ada orang sabotaj saya yer....hehehe



Agak2 kalau saya tanam tulang ikan ni leh tumbuh pokok beringin tak??? (buai...buai...buaiku laju...aku nak kawin dengan anak raja :-)) )



Walaupun takpernah makan spesis ni tapi tetap habis...



Hingga ke titisan akhir...masa ni lum lagi titisan akhir



Ni je yang tinggal nak....



Errrkkkk.....Alhamdulillah...x sangka boleh habis semua itu. Dan semua itu telah dihabiskan oleh 2 orang yang sangat2 kebulurrrrrrrrr....


Pssstttt....ada sapa2 nak banje saya tak? Tak rugi tau kalau bawak saya makan kat sini.....