Tuesday, January 22, 2013

Check up 32 minggu

Last week check up untuk 32 minggu. Sekarang dah check up 2 minggu sekali. Nanti 30hb check up lagi.
Result last week...BP turun naik, 3 kali nurse check baru ok. Maunye bp tak naik dari sampai dok dengar sorang budak tu melalak jer. Kalau baby tak pe la jugak. Ni budak dlm 2 3 tahun. Muanya tak tension dibuatnyer...HB nai sikit. Tapi still pen merah gak. Kaki dah bengkak. Last week memang tak sihat. Demam, sakit kepala, batuk. Sampai sekarang batuk pun tak ok lagi. Dah seminggu telan ubat batuk sama jer. Selalu minum madu jer. Alhamdulillah bila makan madu malam tak ada la terbatuk-batuk tengah-tengah dok sedap tido kan...

Cumanyer sekarang ni bila dah terjaga mesti susah nak tido balik. Selalunya tterjaga sebab nak terkencing. Padahal sebelum tido memang dh kencing siap-siap. Paling tak suka bila tebgok jam baru pukul 2...nak tunggu tido balik tu memang susah la. mengiring kekanan tak lelap mengiring kekiri pun sama gak. time-time ni la baby pun terjaga gak. sama dok pusing-pusing cam mummy gak. Camne la mummy nak tido sayang oi...kul 5 or dkt kul 6 baru la mata ni nak lelap. Tu pun dalam otak dok pikir mana la en suami tak sampai-sampai rumah lagi. So kesimpulannya kul 9 or 10 memang dah kena tido takut tak cukup tido plak nanti...tv pun dh tak layan sekarang ni. aktiviti malam mmg tdo jer la...

Wednesday, January 16, 2013

20.12.2012

Patutnya entri ni dipublish tahun lepas, tapi biasala kan...mak hencek sibut plus ngan kembali mabuk-mabuk kan. APT.....tarikh yang cantik sekali kan. Tarikh yang penuh dengan memori (bg yg berkenaan saja la...)

Actually apa yg ada dengan tarikh ni???? ha....meh nk cerita sikit. Tarikh ni sebenarnya adalah tarikh lahir abang saya. 20 Dec...kena plak tahun 2012 so tarikh ni jadi cantik la kan tahun lepas. Dan yang lebih cantiknya ialah tarikh tersebut telah terpahat satu lagi peristiwa dalam hidup abang saya dimana tarikh tersebut dia telah sah bergelar seorang suami. Perancangann awal tarikh nikah dia nak ikut besday isteri dia. Tarikh pun cantik gak. 12.12.2012 tapi disebabkan ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan maka mereka sebulat suara memilih tarikh lahir abang untuk akad nikah mereka.Majlis bersanding dibuat pada 23 Dec 2012 disebelah perempuan. Sebelah lelaki hanya doa selamat jer memandangkan jarak yang rumah pengantin perempuan hanya sekangkang kera jer. Berarak pun dari rumah jer...Senang tak gaduh nk balik raya kan????

So kita layan gambar yer....
Barang batal air sembahyang iaitu rantai tangan


Mas kawen....bunga mas kata ko

Perut dh cam 9 bulan jer

Kena kontrol ayu ni...

Ok sekali lafaz jer

Pesal pengantin pompuan cam sedih jer...realitinya ok jer hikhikhik

Kena ikut cakap suami dh pasni...



Mak kedua-dua mempelai


Mohon restu

Malam berinai

Ni pehal pic ni blh turun kat bawah plak ni...dh carca merba jadinya




tak tahu nk letak caption apa untuk pic ni

Rombongan dh sampai. Jalan kaki jer dr umah. mak buyung special sikit mana blh jln kaki kan basah ketiak bau asem....







Pic ni cun sebab perut tak nampak besoo sangat hikhikhik
 
Hakim the gud boy!

Pengantin baru lagi ni....

Suka menyibuk tau budak ni...(oppsss bukan budak lagi dah...)

Hakim kenapa tak mao senyum...panas yer...


Makan time...suka sebab sume makanan dorang tala kat saya dulu hehehehe bahagia sungguh rasanya

Posing-posing time



Budak bawah tu mmg nak kena



Saya yg dh tembam bam bam bam....


Tuesday, January 15, 2013

"Kenapa membazir...."








Ha tu la ayat yg kuar dari En suami bila dapat surprised cupcakes ngan munger yg saya delivery ke opis dia. Tergelak bila dengar dia cerita balik keje pg td. Klaka la plak. Ye la selalunya org g opis dia untuk anta barang yg nk kurier. Tak dapat nk bayangkan camne la muka dia time tu...

Ni bukan membazir sayang. Ni tanda ingatan yang tulus ikhlas dari saya buat suami dia yang tersayang. Thanks la K.Meen sebab dh bertungkus lumus nk siapkan kek saya ngan anto ke opis en suami lagi. Itu jer yg mampu saya buat untuk birthday En Suami tahun ni..semoga menjadi ingatan yang kekal dalam hati awak. Semoga awak terus ceria & menjadi suami & ayah yang baik untuk kami sekeluarga...

Sempat gak dia bw balik 5 ketul cc tu. Yg lain dah selamat dalam perut opismate dia. Biasa la kalau dh opis semuanya lelaki pantang nmpk mknn laju jer...En suami kata kalau bunga tu leh makan ngan bunga-bunga tu sekali dorang sebat. Lawak betul la dorang ni hehehehe....

Monday, January 14, 2013

MC & cerita birthday

Saya MC arini. Maka berehat saja dirumah. Actually dari ari sabtu lagi badan dah x sedap. Tekak perit & sakit kepala. Bangun tido tetiba rasa cam ada kahak kat tekak. Memang dah rasa lain. Pagi tadi rasa cam dah ok. Sebab ahad dah pegi ambik ubat pun. Dah siap nak g keje pun. Kete pun en suami dah start. Tetiba batuk ada kahak. Terus ke bilik air. Mencurah-curah muntah. Nasib baik sempat ke bilik air. Lepas muntah kepala dah ting tong. Sudahnyer keklinik mc saje....

Sabtu lepas birthday en suami...plan nak dating-dating dengan dia. Memandangkan en suami baru accident khamis lepas & dia pun rasa x sedap badan lagi maka kami cancelkan aje segala planning. Tambah plak saya pun tak sihat. Takde surprised apa-apa pu untuk dia. Hadiah pun tak ada. Kami hanya duduk berdua kat rumah jer. Dah dua-dua pun tak sihat. Cuma ada la beli kek SR ngan pizza. Itupun makan kat mah jer... Gambar apa semua memang tak ada. Takde mood nk bergambar dalam keadaan dua-duanya sakit. 

Cuma malam ni, ada wat special delivery kek untuk en suami kat tempat keje dia. Seb baik ada K.Meen yg baik hati. Memang dari dulu lagi suka ngan kek-kek K.Meen ni. Tapi tak tahu la en suami suka ke tak. Dia ni pelik sikit. Kang dapat-dapat terus call tanya kenapa membazir....kita tunggu je la respon dia jap lagi. K.Meen kata nk anta dalam kul 10.30pm....tak sabar ni. Nebes pun ada. Tetiba saya plak yang nebes hahahaha apa kes kan????Hadiah besday memag tak ada. Sebab bila tanya en suami kata tak nak apa-apa...fuhhhh selamat duit den hahahahahaactually aritu dh beli 2 barang untuk dia, dh bagitau pun itu adiah besday dia. En suami ok saya pun ok jer la...Rasa lambat plak nk pukul 10.30 ni.....

Monday, January 7, 2013

Mabuk






Masuk 7 bulan saya rasa macam kembali masa mula-mula pregnent dulu. Terasa mual-mual. Pagi-pagi mesti rasa nak muntah. Memang ada yer orang camni. Ingatkan dh nk bersalin ni tak ada la nak mabuk-mabuk lagi. Sangat tak selesa. Baru nak rasa keadaan yang biasa-biasa. Dah la makan ubat pun nk muntah. HB dah turun. Check up dah 2 minggu sekali. Kalau HB turun lagi mau kene bebel ngan nurse. Mabuk yang aritu tu pun ambik masa 5 bulan. Ni mabuk lagi huhuhuhu....tak larat la rasanya....

Thursday, January 3, 2013

Selamat tinggal & selamat datang

Pejam celik pejam celik dah masuk 2013. Tahun baru tak lari dari azam baru. Azam saya nk sambung azam tahun lepas dan tahun lepasnya lagi hehehehe. Dan tambah lagi semoga menjadi isteri yang sentiasa disenangi en suami (ewah...)

Terlalu banyak kenangan 2012. Pahit dan manis sama jer... nanti-nanti la cerita yer....

Sekarang ni agak sibuk jer. Kerja-kerja opis yang sentiasa ada. Kalau tak de kerja tak la dinamakan kerja kan. Baik sekolah jer cam cik siti fatima kita...sekolah pun kena wat keje gak kan. Banyak masalah yang timbul kat opis. Sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu kan. Kalau tak ada masalah tak xde la jalan penyelesaian....(tak tahu apa yg direpekkan ni)

Perkrmbangan saya, memang semakin berkrmbang. Jalan pun dah mengah...Baby alhamdulillah dah masuk 30 minggu. Baby sihat dan semakin aktif bergerak-gerak dalam perut mummy. Lagi-lagi bila ayah dia usap-usap...suka betul yer baby. Rasa berdebar dah sekarang ni. Macammacam yang difikirkan. Semoga selamat semuanya...