Saturday, October 21, 2017

Bertugas di hari Sabtu

Morning semua...Assalammualaikum...apa khabar? sihat ke? 

Ada yang bekerja hari Sabtu? Kita geng la...mummy liza kerja harini. Bukan tiap2 minggu pun bekerja dihujung minggu.. sebulan sekali or dua kali je..

Harini angkut anak-anak sekali. Ayah diorang baru balik kerja so kita bagi dia rehat dulu. Semalam dia dah jaga anak-anak & mummy yang tak sihat...

So apa plan korang hujung minggu ni???

Thursday, October 19, 2017

Angin kuskus

Dari pagi tak tahu la kenapa perut ni memulas-mulas je. Dah membuang pun still menyucuk-nyucuk. Nak sendawa tak sendawa...nk k**t*t pun tak jugak. Sakit sampai ke tulang belikat ni ha..

Disebabkan angin kuskus ni lunch tadi pun tak makan. Hilang terus selera makan ni. Punca???? Rasanya sebab makan keledek rebus pagi tadi. Memang sebelum ni kalau makan keledek akan angin. Tapi sebab amalkan jamu #virgincare cepat je keluar angin-angin jahat tu. Apa dia jamu #virgincare tu??? Nanti saya ceritakan. Ni menghitung hari nak balik je ni...

Friday, October 13, 2017

Lama menyepi...tinggalkan hampir 2tahun. Disini segalanya ada. Suka duka. Tidak mungkin aku melupakannya. Insya Allah akan diteruskan jua...

Tuesday, October 6, 2015

Cuaca yang tidak sihat

Keadaan cuaca yang masih berjerebu sekarang ni memang mudah jeka lau nk kena sakit kan...Saya pun mata dah gatal-gatal. Tekak pun dah start gatal. Alhamdulillah semalam kompani saya cuti. Cuti berganti yer kawan-kawan...Entah bila la kena ganti tu. 

Sekolah pun masih bercuti gak. Lengang sikit la jalan kan. Memang pagi tadi masih nmpk lagi jerebu yang tebal. Menurut sumber berita yang saya dengar masa on the way pergi kerja pagi tadi IPU area kawasan rumah saya 138. Masih teruk lagi. 

Bila keadaan macam ni kena banyakkan minum air kosong. Anak-anak kecik lagi la kan....masalahnya Cik Auni tu memang susah sangat nak minum air kosong. Kalau kat rumah sendiri saya terpaksa tipu dia kata milo takde. Sebab saya jarang minum manis depan dia. Bila dia tak nmpk so dia ok la nak minum air kosong. Bila kat rumah wan dia memang susah la. Bekas air upin ipin dia memang sentiasa ada air. Tapi budak bijak tu sememangnya bijak. Dia tahu wan dia akan buat air manis so memang dia tak minum la air kosong tu. Tak tahu nak buat macam mana dah. Nasib la kat rumah nak jugak la minum. Tapi sikit je la. Harap hari cuti je duduk rumah. Kalau tak ermmm....

Setakat ni alhamdulillah kedua-dua anak saya masih sihat. Aktiviti luar memang kurang sangat. Nak keluar rumah pun rasa malas. Ada baiknya bila En suami bukan kaki jalan. Cuti panjang ni ok je duduk dalam rumah. Lagi best kan lepak-lepak kat rumah...