Thursday, June 27, 2013

Sudah jatuh digelak orang

Semalammmmm ari rabu kan....arinio ari kamis kan....aishhhh sonok plk sikecik ni tgk mummy taip keyboard yg dh tak nmpk huruf ni. kalau ada typo tu jgn salahkan sya yer. sila salahkan keyboard ini.

Ceritanyer....mukadimah bukan main pjg lg kan, tp takde kaitan langsung dengan apa yg saya nk cerita hehehe....cenggini semalam masa lunch saya jatuh dari kerusi. masa saya nk duduk tu sy tarik la kerusi tu tak tahu entah camne plk kerusi tu boleh terkulai lyu (acehcehceh...) maka terusd la sy terduduk ke bawah. maka ada la sekumpulan student ni boleh gelakkan saya. sungguh kurang sopan dan agak biadap disitu yer...
sakit ok jatuh terduduk begitu. saya bagun terus ambik kerusi lain duduk makan sampai habis. eh x hbs pun sebab sya terasa kedua-dua siu sy pedih. mungkin sy tahan ke hapa sy pun tak pasti. tapi takde luka. masa mkn tu saya terasa sesuatu je pada pinggang sy. b**t*t sy pun terasa ngilu. masuk opis terus minta 1/2day.

terus pecut balik umah mak bgtau mak. pastu terus mengurut ngan nenek. ye la sy br 3 bulan bersalin. risau ok kalau jadi pape. itu pun nenek kata dah nk bengkak. bila nenek urut perut nenek kata peranakkan sy dah jatuh sikit. huh seb baik bertindak dengan cepat. takut ok...kita ni org perempuan kalau jadi pape hishhh minta dijauhkan la....

esok smbg urut lg. harap2 semuanya ok....

mode:taip laju2 dgn tngan sebelah pegang auni

Wednesday, June 26, 2013

Dah semak???

Korang dah semak ke penyata KWSP korang? ke saya je yang terhegeh-hegeh baru nak semak. Ala senang je kalau korang nak semak. Sekarang kan sume online. Semak jer kat situ tak payah nak susah-susah pergi ke Kios. Tapi hari ni website dorang ada masalah sikit

Actually saya nak perbaharui penama. Nak tambah & buang mana yang patut hehehehe. Segala borang boleh diupload melalui website dorang ni. So sapa-sapa yang nak buat penama ke nak wat pengeluaran ke leh check dulu kat website dorang ni. Takde la korang buang masa ke kaunter minta borang, tanya nak wat apa pastu nak tunggu giliran bagai kan. Kalau dah isi borang ataupun sekurang-kurangnya korang dah tau la step by step apa yang perlu disediakan kan. Kan ke senang kalau kita dah prepared awal-awal.

Agak-agak bila la website dorang nak ok yer???

Wednesday, June 19, 2013

Monday, June 17, 2013

10 makanan mampu bersihkan kulit wajah

Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga. 

AVOKADO
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub. 

BERI
 Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa. 

KEJU KOTEJ (COTTAGE CHEESE)
 Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat. 

KACANG ALMOND
 Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan. 

KENTANG
 Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa. 

BIJIRIN
 Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda. 

BIJI FLAKS
 Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat. 

YOGURT
 Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain. 

LADA
 Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan. 

MANGGA
 Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

credit to yahoo & google

Wednesday, June 12, 2013

Destinasi Percutian Saya

Memandangkan kita dah menabung sehari singgit, jom kita tengok plak tempat-tempat yang bakal dicutikan hehehehe....

1. Langkawi
Orang lain dah 6 7 kali pergi langkawi ni. Saya sekali pun belum lagi. Tak larat dah dok berzikir kat telinga laki den. Dia kata bukan best pun langkawi ni. Memang la tak best sebab dia dah 2 3 kali pergi. Ni impian  dari zaman bujang tak kesampaian lagi. Takpe-takpe duit tabung dah cukup nanti kita terus je pergi...

2.Redang
Hiuii sapa yang taknak pergi tempat secantik, sedamai, senyaman ni...ko tengok air laut dia yang hijau kebiruan-biruan tu. Memang tempat idaman ni. Cantik sangat kan. Agak-agak bila la boleh sampai kat Redang ni yer...Anak kecik ni susah sikit la nak pergi tempat camni kan. Takpe kita tunggu Auni besar sikit, dah pandai jalan ke baru syok nak kesana.

3.Perhentian
Ni lagi satu tempat yang tersenarai dalam wishlist saya. Memang jatuh cinta la.Actually dah lama plan nak ke Perhentian ni. Masa tu tengok gambar member yang bercuti ngan famili dia. Gambar semua cantik-cantik. Masa tu memang dah tergedik-gedik jer nak pergi tapi ada je halangannya. Tengok la satu hari nanti saya mesti jejak kaki kat sana jugak. Errr...auni jom kita belajar berenang.....


Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik & cantik kat Malaysia ni. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Tapi kalau ko mampu apa salahnya kan...macam saya  ni kurang kemampuan sikit. Nak bercuti pun nak kena menabung sehari singgit hehehehe

Terima kasih la en google atas pic yg cantik ni ye

Tuesday, June 11, 2013

Sehari Seringgit


Jom kita start menabung sehari singgit dengan harapan ujung tahun leh cuti-cuti mesia!
 
Chayoookkkk!!!! Chayoookkkk!!!!!


Monday, June 10, 2013

Rindu....

Ni bukan rindu kat orang yer..kalau rindu kat orang opkos hari-hari saya rindu mereka-mereka yang saya kenali (malas nk mention nama kat sini kang ada yang sentap plak kalau saya terlupa nak letak nama dornag).

Actually saya rindu sangat nak memasak. Bukan la saya kata saya ni pandai sangat memasak. Setakat nak makan saya sendiri tu ok la. Tu pun kadang-kadang saya pun tak makan apa yang saya masak. Saje-saje suke-suke nak masak boleh. Saya kan dari zaman bujang lagi teringin nak buat puding triffle. Puding ni sedap. Nak-nak lagi kalau makan tiap cuaca panas-panas. Triffle tu pulak baru kuar dari peti ais perrrrrhhhhh.... memang terbaik la!

Tengok gambar pun dah menyelerakan. Kalau makan apatah lagi...kalau tak silap saya pernah buat sekali kot benda alah ni. Tapi disebabkan masa tu kastad tu lembik sangat maka saya pun frust la (cepat nor putus asa kan...)

Tak boleh tahan betul la. Dengan buah-buah kat atas tu. Boleh batal puasa camni hehehehe. Bukannya saya malas nak buat (ayat cover ni hehehehe) tapi kengkangan masa yang menyebabkan puding ini tak terhasil cewah....

Serius saya rindu nak masak-masak ni...sejak ada baby ni memang susah sikit la. Baby pun kecik lagi. En Suami kalau jaga baby dia yang tido. Mainnya 5 minit, tidonya 50 minit bengang jer saya. Lagipun leceh la duduk umah mertua ni. Bukan leceh apa sebenarnya lebih pada segan nak selerak-selerakkan dapur dia. Lain la kalau rumah sendiri. Kalau balik umah mak sendiri banyak pulak agendanya...

Tengok la nanti bila-bila saya free saya akan buat jugak puding triffle ni. Doakan saya yer...

Minta halal yer pada blogger2 yang saya ambik gambar ni....

Thursday, June 6, 2013

14 imunisasi wajib untuk anak

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Semalam baru cucuk Auni untuk 3 bulan. Ni terbaca pasal imunisasi ni kat yahoo so nak share kat sini sebagai panduan saya bila-bila nanti

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. 

 Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak. 

 Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

 BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

 Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

 Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

 DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

 Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

 HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

 PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).  

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

 VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

 MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

 TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

 HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

 HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

 Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

 Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. 

credit to yahoo

Tuesday, June 4, 2013

Puasa pertama sukses!!!

Salam semua....kan lagi berapa bulan nak puasa kan...so nak cerita pasal puasa la. Cerita biasa je kan. Tapi biasa la kalau dah nak dekat-dekat puasa Ramadhan ni sibuk la nak mengganti puasa Ramadhan yang lepas kan...Lagi-lagi dah nak masuk Syaaban kan. Mula la masing-masing sibuk dok kira hari. Sempat ke tak sempat nak mengganti puasa. (saya ler tu hehehehe...) tu belum kira ngan cuti bulanan lagi.

Alhamdulillah berjaya gak saya puasa semalam (kecoh nk bgtau jugak kan). Harap-harap boleh habis seminggu ni (pulun nak habiskan cepat hahahaha takut tak sempat tercuti plak). Last Ramadhan sepatutnya saya boleh puasa penuh. Dan memang itulah harapan saya kan tapi memandangkan tahap kemabukkan saya masa tu agak kronik maka tercuti la saya. Saya dapat tau saya pregnant pun beberapa hari sebelum puasa. Hati dah gembira sebab dapat puasa penuh tapi harapan tinggal harapan jer la. Time tu la dapat rasa camne mabuk mengandung. Dan alahan saya memang kuat. Masa sahur memang tak boleh langsung nak makan. Habis tu kalau tak makan camne nak bertenaga yer tak...Susu pun tak boleh nak telan. Senang cerita masa sahur memang saya  tak boleh makan langsung la. Kalau tak pregnant pun saya jarang makan berat-berat. Biasanya kurma dengan air suam jer. Or roti ngan milo. Ni nak masuk kurma pun rasa macam apa jer...

Kerap jugak la saya skip sahur. tapi Alhamdulillah saya masih boleh berpuasa. Kalau saya betul-betul tak larat je saya akan berbuka. Tu yang saya tercuti gak ramadhan lepas. Sayang kan. Bukan senang nak dapat puasa penuh time bulan ramadhan ni. Selalunya saya akan cuba ganti puasa masa dalam bulan syawal jugak. Orang kat boleh dapat pahala puasa enam sekali. (betulkan saya kalau tak betul yer) Lagipun kalau tangguh-tangguh jadi malas plak nanti. Ni pun sebab alahan saya agak teruk. 7 bulan lebih baru saya rasa ok. Maka terlambat la saya mengganti puasa saya.

Orang kata kalau BF cepat lapar. Itulah yang saya rasa. Patutla masa pantang mak & mak mertua saya asyik suruh makan banyak-banyak jer. Takut air susu kurang. Saya risau gak kalau saya puasa susu jadi kurang. Saya perasann setiap kali lepas BF baby atau pam saya rasa haus sangat. Adik ipar saya pernah cakap officemate dia ada yang tak puasa sebab BF baby. Saya tengok kawan-kawan saya ok jer. Tak ada masalah pun. Saya memang cepat risau, ye la saya susu tak de la melimpah ruah kang puasa langsung tak de susu. Apa saya nak bagi pada sikecil saya. Tak kan nak harap susu lembu jer kan. Rupanya takde pun. Saya masih boleh dapat jumlah yang sama jugak semasa sesi pengepaman. Cuma memang betul la agak haus sikit. So masa sahur tu kalau boleh banyakkan minum air kosong.

Saya jadikan ini sebagai satu persediaan untuk saya menggahadpi bulan Ramadhan nanti. Kalau biasa lepas pam saya akan minum dengan banyaknya tapi dah puasa ni kena la tahan tekak sikit. Siapa kata BF tak boleh puasa kan...

Walaupun saya tak fully BF baby saya, tapi saya mengharap sangat pada susu formula. Kalau hari cuti saya akan kurangkan susu formula. Saya nak sangat Bf anak saya sepenuhnya tapi mungkin Allah tau apa yang terbaik buat baby saya. Sekarang pun Alhamdulillah susu saya sedikit-sedikit bertambah walaupun tak seperti orang lain. Biarlah seditik jangan tak ada langsung kan..,..