Saturday, August 31, 2013

Salam Kemerdekaan ke 56

SELAMAT HARI MERDEKA KE 56








MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!




Friday, August 30, 2013

Diri bagaikan di awang-awangan

Ni pagi tadi punya cerita. Saya dah siap-siap kuar bilik en suami dah balik keje duk kat depan tv. Terus tegur kata saya cantik...jarang la dia nak puji-puji kata saya cantik kan...saya biasa la kalau dah orang puji kita cantik harus la saya kata "hari-hari pun cantik kan" hahahaha (kena puji diri sendiri untuk keyakinan diri hahahaha...) So terus g dapur bekpes. Arini mak mertua saya masak bihun goreng. Sedap!!!!!!!!! menantu hantu dia memang tukang makan jer

Saya dah siap-siap beg susu, panaskan kete sambil tu borak-borak & main-main ngan auni (budak tecik ni bangun kul 6 ok!). Salam-salam mak mertua, kiss-kiss auni, salam cemolot en suami pastu sekali lagi en suami bisik kata saya nampak cantik sangat arini. ehem...ehem...ada apa-apa ke ni??? ke nak apa-apa ooppppsss..... hahahaha

Sebenarnya arini saya pakai jubah. Dah lama kot tak pakai. lasst masa peknen dulu. Harus la dia tak puji sebab time tu perut memboyot kan...so bila dah lama tak pakai tu yang nampak lain. Kes nya sebab auni bangun kul 6 pagi. Saya tidokan dia balik xnak. Masuk buai pun tak nak. nak kita melayan dia je. Baring ngan dia. cuti boleh la auni oiii...nak mandi pun tak boleh. so letak dia atas katil tarik jer jubah ni terus gosok. Kalau ambik baju kurung nak kena gosok kain ngan baju. jubah gosok sekali  je. lagipun tak de la kedut sangat jubah ni kan. So arini meh nak tayang muka tuan tanah yang konon-kononnya cantik padahal muka dah bulat cam bola. tapi tetap suke sebab laki yang puji hehehehe...

Sepanjang perjalanan g keje senyum jer....thanks bie....





Korang layan jer la pic yang tak di rotate tu. malas plak nak edit-edit. ok babai!!!!!

Thursday, August 29, 2013

Jamuan Raya Office 2013

Ni entry bayar hutang. Gambar cantik lom dapat lagi...ni pun copy dr fb member. Saya memang tak la nk pegang kamera ambik gambar kan. Kang takde plak muka saya dalam kamera tu. Moh kita terus pada gambar jer yer...





Air yang sangat sedap. F&N bandung...tahun ni air laku sebab sedap. selalunya tak habis




Apam mekar tu saya yang order kat makcik jual nasi lemak tepi jalan. Sedap sangat. Rasa lembut jer bila masuk dalam mulut,




Brownies ni pun sedap. K.zai yang bawa siap ngan bekas tingkat tu dia bawa




Dalam cooler box tu ada puding. Oren tu tak tau la sapa yang bawa




Kuih ngan kerepek ni sama-sama bawa




Laksa dari unit LDSM




Buah tak ramai yang makan. Yang tak potong pun banyak lagi. Seb baik potong sikit jer




Macaroni goreng unit Serial yang bawa




Mee goreng tak pasti plak unit mana yang sediakan..REF kot...



Puding ni orang Shah Alam bawa




Special red velvet sempena OH kali ni ditaja oleh PA bos. Homemade ni...




Rendang pun tak pasti dari mana




Roti jala dari unit TP




Chief Librarian a.k.a bos kami




Tema tahun ni OREN tapi cam byk peach jer...




Sesi menapau...

Tuan tanah berserta tuan gambar...


Wednesday, August 28, 2013

Check up Auni 6 bulan

Actually next week baru Auni 6 bulan. Teruja tol bila anak dah masuk 6 bulan ni. Japje masa berlalu.Sok-sok anak dah sekolah. Pastu dah dewasa. Pastu dah kawen. Camtu la putaran hidup. Berat every month purata naik dalam 300gm je. Ok la kan.

Berat: 6.6kg
Panjang: 69cm
lilit kepala: 44 cm

Alhamdulillah Auni sihat. Jarang demam. Gigi tak tumbuh lagi tapi suka sangat dah menggigit. Apa yang dia dapat sume nak masuk mulut. Berguling meniarap je sekarang ni. Nak pakai pampers pun dah susah. Baru bagi makan nestu sikit-sikit. 

Tu je la kot. Gambar g klinik takde sebab arini drive sorang-sorang. Terus g opis punch card dulu sebelum hantar Auni kat KS. 

Monday, August 26, 2013

Walker

Wah sonok betul dak kecik ni naik walker. Ni pagi tadi en suami send gambar. Sonok sebab 1st time naik benda alah ni. pastu laju je kaki tu dok menolak-nolak walker. Saya pun tak tahu ok ke tak baby 5 bulan lebih naik walker.

Walker ni adik saya bagi. Dia ada beli 2. yang ni kecik sikit. Semalam masa nak pindah rumah tu dia suh bawak balik sekali. leh la auni pinjam sat. jimat sikit duit mummy ngan ayah.

Next week Auni dah 6 bulan. Dok berkira-kira nak buat puree or bubur je. Tengok la tahap kerajinan mummy dia. ikutkan hati nak sangat wat puree. Cam teruja je bila baca blog mummies buat puree. tapi...

Kita tengok dulu camne yer...

Friday, August 23, 2013

OH Office

OH office

Nanti citer lagi k

nak kemas & tapau apa yg tinggal

Thursday, August 22, 2013

Contest:Family Potret Raya

Ngengada sangat nk masuk contest khennnn....fedulik....suke ati la kan. Sesaje buang masa nk join contest ni...


Saya mempertaruhkan gambar ni. Tapi si Auni ni tunduk bawah la plk. Dia ngantuk sebenarnyer tu...

K la harap-harap ada rezeki...

Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya 2013

Tema raya tahun ni adalah purple. Baju raya 3 helai. Beli selai je. Selai adik bagi selai lagi kain yg 4 5 tahun lepas tak buat2 baju so saya suh mak jahit sekali. Baju purple je beli siap. En suami recycle apa yang ada. Cik Auni ada la 3 4 pasang. Excited beli tuk budak kecik ni jer. Sekali tengok hadiah-hadiah baju dia yg org bagi masa dia baru lahir tu (ada yg bg saiz besar) dah boleh pakai. Sayang jer beli banyak-banyak. Tak teringat langsung.

Tahun ni turn umah mertua. Sedih sebab mak sorang-sorang kat mah takde sapa tolong masak. Petang sebelum raya tu call mak tanya mak masak apa. Mak kata mak tak masak apa-apa pun. Ketupat pun mak tak buat. Sedihnyer.... ;-(( lagi sedih sebab dah pesan kat abg suh kakak ipar tolong mak masak tapi.....

Malam raya baru adik saya sampai. Mak dah tido rasanya. Kul 2 pagi baru mak masak ketupat & wat rendang semua. Tak dapat bayangkan apa perasaan mak time tu. Ikutkan hati nk jer lari balik umah mak tapi apa kan daya perjanjian telah termaktub sejak "aku terima nikahnya..."

Dah la xmo cerita sedih-sedih. Jom cerita happy-happy jer...

Raya di rumah mertua meriah sebab keluarga suami ramai. Tiap-tiap tahun memang keluarga angah & alang ada sebab dorang dah takde mertua. Walaupun tahun ni 3 keluarga je ada tapi tetap meriah. Kalau semua balik memang tak muat rumah. Seb baik kg saya 20 minit jer hehehe...

Di pagi raya

Salah & silap harap di ampunkan



With MIL...



Famili k.ngah

 Famili angah sume lelaki. Seb baik sume dah besar-besar. Tak dapat bayangkan masa dorang kecik-kecik dulu camne riuhnyer umah wan ni

k.lang in blue
 Alang sorang jer puteri. Itu la yang mrnjadi kesayangan sume orang. Tapi sejak Auni lahir kasih sayang tu dah berpindah hehehe...

Kurang 1...Auni tido time ni

MIL & adik bongsu
 Anak bongsu famili mertua. Masih bujang. Kerja kerajaan. Ngah sambung study kat UiTM. Rajin ni...ni la harapan mak tiap-tiap minggu pergi pasar. Kesayangan mak. Sabtu Ahad kalau takde kelas wat part time kat KFC.
Our in purple
 Tersama plak tema color tahun ni. Tak plan pun nk sama-sama. Kat belah saya tersama ngan abang tapi takde ambim gambar pun.

OTW balik kg...
 Walaupun jarak dari rumah mertua ke kg saya dalam 20 minit jer tapi bila tiba time raya leh jadi 1 jam. Kadang-kadang 2 jam. Merasa gak la kitorang makan jem...

Wif papa...oppsss papa cekci la
 Ni adik ipar saya yang saya kata balik malam raya tu. Kitorang sampai umah mak dalam kul 12 tengahari. Sume dok berkumpul kat mah mak tengah lunch. Mak masak nasi lemak. Ingatkan dorang dah round umah pakcik makcik rupanya baru sampai umah mak. Kat belah saya pakcik makcik yang ramai. masa ni 2 orang adik saya lom sampai lagi. Raya ke 2 3 baru dorang balik sini. Auni memang saya biasakan panggil papa ngan mama kat adik-adik saya. Macam mak saya. Sume anak buah belah mak panggil mak saya mak. So anak buah saya pun sama. Akan panggil saya mummy...

Auni & encesnya tak dapat dipisahkan
Entry ni diakhiri dengan pic si kecik ni. Baju dah cantik, bunga atas kepala pun dah lawo sekali ailio meleleh tak boleh blah betul la. Tak pe la sayang, nanti Auni dah boleh makan kita pergi cari sume benda yang Auni teringin yer...


Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Ramai yang dah sampai ke kampung halaman. Saya??? masih lagi bekerja. Harapnyer dapat la 1/2day arini. Tahun ni giliran mak mertua plak. Petang raya baru balik Tg Karang. Harapnyer jalan ok la. K.sel ke Tg Karang 1st day raya memang sangat hebat. 20 minit perjalanan boleh jadi 1 jam. 

Persiapan raya lebih kepada anak. 5 pasang baju untuk Auni sajer. Mummy sepasang jer yang beli. Sepasang adik bagi & sepasang lagi kain yang 3 4 tahun lepas yang tak jahit2. So mummy dapat 3 pasang baju raya tahun ni. Ayah pakai yang lepas-lepas. Bukan tak nak beli cuma ayah yang tak nak baju melayu baru. Orang lelaki ni senang. Boleh repeat baju berkali-kali. Just beli t-shirt raya jer untuk ayah. Jeans pun ayah kata tahun lepas punya elok lagi. Barang laki sume mahal-mahal so tak kisah la kalau dorang boleh pakai 3 4 tahun lagi hehehehe...and...orang laki sangat cerewet cari barang (ayah auni la tu)

K la mummy nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua. Hati-hati ketika pulang beraya ke kg. Hati-hati juga ketika beraya. Hati-hati juga ketika pulang dari kampung. Petang ni leh rebus ketupat....