Salam semua....
Untuk anak kedua ni Alhamdulillah dipermudahkan untuk bersalin. Sebenarnya dari awal pregnant teringin nak ke private. Dari check up ke bersalin memang nak sangat merasa ke private. Ye la anak 1st dah kat goverment kan so teringin gak la nak merasa duduk di private.
Saya pun mula la bertanya pada pakcik gugel bayaran-bayaran yang dikenakan oleh hospital private ni kan. En suami pun tak kisah. Setelah segala maklumat diperolehi, dikumpul, disimpan maka saya pun memilih hospital kerajaan juga. Antara sebab-sebab mengapa saya pilih hospital kerajaan adalah:
1)Saya ada history BP tinggi masa mengandungkan Cik Auni dulu. So tak mustahil kandungan kedua ni pun ada masalah yang sama. Di awal pregnant pun saya dah dikesan mengalami masalah yang sama. So saya tak nak ambik risiko kalau hingga saat kelahiran saya masih mengalami masalah yang sama. Sebab saya ada dengar ada hospital private yang tak ambil kes baby pramatang in case kalau saya bersalin awal.
2)Kebanyakkan hospital private ni jarak perjalanan dari rumah saya
paling dekat pun 1jam. Itu kalau traffic ok. Kalau tak ok mau ambik
masa 1 setengah hingga 2 jam. Agak-agak sempat tak??
3)Company saya memperuntukkan 2.5K untuk medical saya. So memang cukup la kalau nak biaya kos bersalin kat private sebab kos rawatan yang rata-ratanya dalam 2k (kalau normal & takde masalah apa-apa). Tapi saya tak mau habiskan medical saya sebab masih awal tahun. Memang company En Suami ada cover isteri & anak (untuk bersalin saya tak pasti) tapi jika berlaku apa-apa pada En Suami (minta dijauhkan) siapa yang akan tanggung kos rawatan anak-anak saya nanti.
So atas sebab-sebab diatas maka saya telah memilih untuk bersalin di hospital kerajaan je. Pengalaman pertama bersalin dihospital kerajaan ok je. Itu pun dah masuk 9bulan baru saya decide nak bersalin kat mana.
Satu masalah dah selesai. Ada lagi....Sekarang ni hospital terdekat ialah Hospital Tanjong Karang. Hospital Tg karang ni xde pakar. Kelengkapan pun kurang. Kalau setakat sakit-sakit biasa tu boleh la nak pergi sini. Kalau nak bersalin normal yang tak ada kompilasi macam darah tinggi atau kencing manis tu boleh la nakk bersalin kat sini. Wad bersalin tak penuh. katil sentiasa ada. Tapi kalau ada masalah kena tolak ke Sg Buloh.
Memandangkan history anak pertama naik ambulans ke Hospital Sg Buloh nampak gayanya memang kena bersiap sedia la nak ke sana jugak. En Suami selalu tanya dah buat keputusan nak bersalin kat mana. Ye la senang dia nak bersiap sedia. Saya bagitau kalau tak ada apa-apa masalah saya pilih Hospital Tg karang je. Sebab dekat dengan rumah. Kalau Hospital Sg Buloh untuk kes biasa memang katil sentiasa penuh. So tengok pada keadaan saya ketika nak bersalin nanti.