Friday, February 7, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam@Bukit Cahaya Seri Alam@Bukit Cherakah

Cuti-cuti hujung minggu ni korang g mana? Saya duk mah jer sebab last week dah berjalan ke Pahang. Apa kata korang pergi Taman Botani Negara Shah Alam. Taman Botani Negara Shah Alam dulunya dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam ataupun Bukit Cherakah.Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam.

Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa & RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas. Parkir pula RM3 yer.Antara tarikan taman botani ni ialah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah-buhan tropika.

Selain tu kat sini korang boleh gak membuat aktiviti perkhemahan, berbasikal mengelilingi taman, dan bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh la try skytrek. Bayaran dikenakan bagi setiap aktiviti ni yer.

Untuk maklumat lanjut boleh la korang terjah website dorang

Aritu saje saje jer bawa mak g sini sebab masa tu nk tengok salji jer hehehe. Pergi pun dah tengahari. So layan gambar je yer

Pergi sini semata-mata nk masuk rumah 4 musim ni jer. Padahal banyak lagi aktiviti boleh buat, cumanya Cik Auni kecik lagi so agak terbatas la. Tak pe lain kali leh pergi lagi kita round-round naik basikal plk.


Thursday, February 6, 2014

Jalan-jalan ke Pahang (ii)

Kami bermalam di Rumah Tamu Impian 1 malam je. Pagi tu sebelum check out kami potong kek birthday mak dulu. Happy birthday mak! Sayang mak selamanya

Masa mula-mula plan nak g Pahang ni tak teringat pun birthday mak. ye la plan bukan main lama lagi. Dari tahun lepas. Tu pun bulan 12. cam lama sangat nak sebut-sebut tahun lepas kan...Pastu tengok-tengokk tarikh eh..eh...kena plak ngan besday mak. cantik la tu. So saya pun memulakan planning muahahahaha (eh ni plan baik xmo gelak jahat-jahat)

Plan punya plan maka jadi la jalan-jalan Bukit Tinggi. Dah kitorang stay kat Bentong so ke Bukit Tinggi je la. Nak ke Genting tak syok plak sebab bawa baby ngan mak kan. Nak santai santai jer. 

Nak masuk ke Colmar Tropicale tu dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu kitorang pergi tu CNY kan so ramai la. Cuaca pun tak berapa nak sejuk sangat. Kami sampai atas tu pun dalam pukul 12 t.hari. Lepak-lepak depan. Tak de apa aktiviti pun just ambik-ambik gambar kat bangunan-bangunan tu jer. Feeling-feeling kat ober c la...Bayaran ni termasuk la Colmar Tropicale, Japanese Village & Botanic Garden. 

Makanan kat sini agak mahal yer. So kami memang dari awal lagi nak membawa bekal untuk dimakan kat atas sana. Ala bawa sandwic yang bekpes pagi tu je ngan jajan-jajan jer. Dah jalan-jalan tu mesti la lapar kan. Tapi kalau keadaan poket korang memang tebal so xde masalah la nak makan-makan kat sana kan. Sesekali apa salahnya. Cam kitorang memang dah niat nak bawa bekal (ecececece  cover nampak hahahaha)

Aduh cam malas plak nak taip. Layan gambar jer la yer...

Mak & cucu barunya Amani
Auni plak yang lebih-lebih
Auni jeles mummy duk sebelah ayah
Auni muka penat
Excited kanmain
Dengan nenek juga
Duck tu plak yang lebih-lebih...Auni time ni dah kelaparan
Nanti minta ngan ayah yer
Budak yang tak takut pun ngan angsa tu

Dah malas nak letak caption. Semoga mak berpuas hati dengan cuti-cuti ni.Mak tak tahu pun kitorang nak bawa mak jalan-jalan. Surprise katanya. Kebetulan mak pun free so ok la kan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak jalan-jalan camni. time tu mesti Auni dah pandai jalan. Tak la penat sangat nak mendukung dia. baru la best kan...

Wednesday, February 5, 2014

Jalan-jalan ke Pahang

Ceritanya bermula bila mana mak mendapat undangan perkahwinan sedara mak yang duduk di Pahang. Pahang kat area Bentong. Actually dalam daerah Temerloh. Mak excited nk pergi sebab kitorang penah duduk situ dulu. Lebih kurang 12tahun. Di situ jugak lah saya ngan adik=adik perempuan saya dilahirkan. So kitorang pun excited sekali. Ye saya anak felda. Felda Lakum. Seronok bila teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Pergi ladang tolong mak abah kutip getah sekerap.

Saya pun dah bagitau en.suami awal-awal lagi. 2 3 kali sound dia jgn lupa tarikh 1 feb tu. Kang dia buat2 lupa naya je...

Saya ngan adik bertolak 1 kereta dari Bukit Subang jam 9 pg. Mak ngan abg 1 kereta gerak dari kampung. Adik kat kajang 1 kereta. Plan nak jumpa abang kat gombak pastu terus jumpa adik yg dari kajang tu kat bentong. Last-last 3 3 jumpa kat tol bentong. Sampai umah pengantin kul 12 gam-gam terus makan. Gambar takde yer sebab masing-masing dah kebulur so perut diutamakan.

Malam tu kami stay kat homestay kat bentong. Adik ipar yang carikan. Alhamdulillah sume ok. Rumah pun cantik. Double storey ada 4 bilik 3 bilik air. Lengkap dengan peralatan dapur. Rice cooker, kettle, periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, sudu, cawan sume ada la. Petiais ngan mesin basuh pun ada. Terbaik la homestay ni. Saya terlupa nak snap gambar. Ni saya copy paste dari mudah.my yer...






HOMESTAY / RUMAH TAMU IMPIAN BENTONG

di alamat :
No.626, LORONG 25,TAMAN BENTONG MAKMUR, BENTONG,PAHANG

Tel : 017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

Rumah Penginapan Untuk Majlis Perkahwinan, Bercuti, Berkursus, Kem, Santai, Temuduga atau sebarang aktiviti lain

(Muslim sahaja)

Kemudahan :

1. Rumah teres 2 tingkat (N lot) mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air,
disediakan peralatan mandi & 2 dapur (kering & basah)

Bilik 1 - katil kelamin saiz King (aircond)
Bilik 2, 3 & 4 - katil kelamin saiz Queen (kipas)
Setiap bilik dilengkapi dengan almari dan tempat penyidai baju.

2. Ruang tamu
(aircond, kipas, sofa, tv, astro, bacaan majalah dan novel, karpet)

3. Ruang dapur dengan peralatan memasak
(peti sejuk, mesin basuh dan kabinet, kelengkapan memasak, sudu,
pinggan, mangkuk, periuk, cerek, jug, gelas, cawan, kuali dsb..)

4. Meja makan untuk 6 orang

5. Seterika dan iron board

6. Lot parking ( 2 lot dalam pagar & 2 lot tepi rumah)

Kadar Bayaran : (Tetap)

Kadar Sewa Harian/Semalam
Hari Biasa /Hujung Minggu - RM250
Hari Cuti Umum - RM270

Max : 10-14 orang

Kaedah Bayaran :
Untuk Confirm, sila sms / call dan check tarikh dan
bank-in deposit sebanyak RM100 dahulu.
Selepas bayaran deposit,barulah tarikh akan terus dibooking.

Lokasi :
4 minit perjalanan ke bandar bentong.
20 minit perjalanan ke Bukit Tinggi Resorts, Selesa Hillhomes,
20 minit perjalanan ke Felda Lurah Bilut
30 minit perjalanan ke Felda Mempaga dan Kg. Lebu
30 minit perjalanan ke Kg. Janda Baik dan Genting Highlands
40 minit perjalanan ke KL,

Boleh tengok, survey rumah dulu...
Check In : 2.00 p.m
Check Out :12.00 p.m

Sebarang pertanyaan :(call / sms)
017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

“Kepuasaan Anda, Keutamaan Kami” 



Tuesday, February 4, 2014

02022014

Anak-anak yang terlebih excited. Mak rileks jer...
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MAK TERSAYANG. SEMOGA MAK TERUS DIBERIKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN. SAYANG MAK SELALU...MMMUUUUAAAAHHHHH....



Sayu hati nak tinggal anak

Pagi tadi masa nak pergi kerja Cik Auni menangis. Selalunya time saya pergi kerja dia ok jer. Sayu plak hati nak tinggal dia pergi kerja dalam keadaan dia yang menangis tu. Cik Auni tak sihat sebenarnya. Selsema. Malam tadi tido pun merengek jer. Cam tak lena. Tak senang hati mummy pergi kerja. Menjerit-jerit nak mummy dukung. Aduhai anak....cepat la jam...