Tuesday, September 17, 2019

Mummy Anak 3

Tak sangka dah anak 3 hehehehe. Macam tak percaya je. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Tak pernah terfikir pun na tambah anak lagi. Ni semua rezeki. memang tak plan pun.

Plannya nak mengandung 2019, nak dapat baby 2020 hehehehe...tapi perancangan Allah tu kan terbaik.

Moga dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami akan menambahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Juga menambahkan lagi kebahagiaan kami hingga ke syurga.

Maka bertambah juga la tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Tanggungjawab yang cukup besar. Dengan pelbagai cabaran di era sekarang ni. Kadang-kadang takut nak hadapinya. Insya Allah kami cuba sebaik mungkin...


***hutang pengalaman bersalin sikecik tu. Bila tah nak buat huhuhu...


No comments: