Wednesday, July 7, 2010

Si Comel Cica & Cici

This is my pet. Cica. yg betina cici namanyer...Umur 10 bulan dalam jagaan kami. Minat nk bela dorang ni masa tlg jagakan member punya. Yg tu kitorang bg nama Baby. Banyak kenangan ngan baby ni. Mula2 dulu memang xtau sgt pasal binatang ni. Masa baby dalam jagaan kami dulu pun kami ikut je apa bapak dia cakap. Nak bg makan apa, nk jaga camne, nk bersihkkan camne, nk main ngan dia camne, tu sume bapak dia yg bgtau. Dia kata senang jer nk jaga baby ni. Sebab baby hanya mkn buah2 jer...so waktu tu mmg suka la sbb xde apa sgt kan. Just bagi makan ngan main2 jer ngan baby ni. Baby ni pandai merajuk. kalo 2 3 hari x main2 ngan dia mesti dia xmo kuar dari umah dia. Rasanyer baby cepat mesra ngan orang. kalo main pun xmo jauh2. Mesti lari2 kat badan kitorang jer...Rindu Baby.....(ah sedih plak...) Tapi aku tau baby mesti ingat kat aku....

Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua NewGuinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg adik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.


Gambar hiasan semata-mata.....

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.

Ni first time kitorang nk potong kuku Cica Cici ni. Xde pengalaman lagi so cam takut plak nk potong. Tapi astu kitorang dh pandai potong sendiri...

Kuku perlu dipotong tp awas jgn sampai garisan putih kerana ada salur darah kt kuku SG ni. Bila dh luka SG akan rasa takut dan trauma. Seeloknya gunalah ketip kuku baby yg kecik tu & kalo rasa was2 bw jer jumpa Vet...

Ok kat bawah ni sume makanan2 tambahan & vitamin2 untuk SG. (sbnrnya malas nk explain satu2 hikhikhik aci tak???)

YOGURT DROPS

(Cica Cici suka sgt benda ni....aku pun suka jer tgk dorang mkn)


CLEAN CAGE

(ni tuk sembur2 kat cage dorang untuk hilangkan bau...dorang ni ada bau sikit)

WET TISSUE

(yg ni tuk cuci & bersihkan SG sbb dorang ni xleh mandi)

NI ANTARA BARANG2 & MAKANAN YG KITORANG SHOPPING UNTUK SG KITORANG. BYK GAK LA HABIS TP DEMI KASIH SAYANG.....



Ni cage yg dh siap deco dr barang2 yang dibeli. Sebelum ni cage ni kosong jer cuma ada kayu ngan sleeping poch jer...dan cici paling happy dpt sume barang2 ni. Teruja sgt tgk Cici melompat2 dari atas ke bawah kanan ke kiri..

Sedang menikmati mealworm. Kena bagi satu2 kalo x mesti cici curik cica punya worm. Nakal tau cici ni!

kenyang sudah....

Oh ada lagi makanan dorang...ni Fruit Tastic Treat....ni pun kesukaan Cici

Apa yang penting dalam menjaga SG ni luangkan masa at least 2jam sehari. Sg ni sgt manja & sgt comel...

1 comment:

Jasmeen Home Delight said...

liza..apa mende alah ni yerk...mcm comey..ssh x nak jaga..busuk x? anak akk carik pet..tp tatau nak kasik apa...