Ok mari kita sambung entry yang lepas. Lepas adik ipar saya tengok keadaan suami sama jer maka dia decide nak transfer ke tempat dia keje. Memang pada mulanya saya pun terfikir camtu gak tapi memandangkan wallet en suami dah hilang, semua kad dh tak ada maka agak sukar untuk saya mendapatkan sebarang maklumat. Dah la telefon pun hilang. Tak tahu nak contact siapa. Mujur adik ipar ada no kawan-kawan en suami yang satu tempat keje. Segala urusan penukaran en suami di uruskan oleh adik ipar saya...( thanks azza...)
Proses nk buat penukaran tersebut agak lama. Bayangkan dari pukul 1 hingga 4 ptg (itupun biras saya dok push2 doktor) report tak siap2. Report jer kot. Doktor seolah-olah tak nak kami transfer suami. Tapi kami berkeras jugak. Dalam 4.15 ptg camtu segalanya settle. Kami bawa suami naik kereta jer. Sampai DEMC adik saya yang memang berkerja di wad kecemasan menguruskan segalanya. Sementara menunggu urusan insuran selesai adik ipar saya menjalankan tugasnya walaupun dia off waktu tu. Dia tak bagi nurse yang buat. Semuanya dia buat sendiri. Alhamdulillah pukul 5 dah boleh masuk wad. Sangat selesa walaupun dapat bilik untuk 2 orang.
Keadaan en suami alhamdulillah agak ok berbanding berada di HTAR. Sepanjang berada disana En suami hanya diberikan suntikan penahan sakit jer. Dengan keadaan dia yang sangat lemah, pening2 & muntah2 langsung tidak diberikan ubat. Saya lap badan en suami tukarkan baju. Luka semua dah dicuci oleh adik ipar saya. Bagi makan bubur sikit alhamdulilllah ada tenaga sikit. Terima kasih buat keluarga kedua-dua belah pihak yang datang menziarah dan mendoakan kesihatan en suami saya. Malam tu lepas doktor bagi ubat keadaannya semakin sihat. Selera makan dah bertambah. Malam tu jugak en suami minta nasi & sibuk-sibuk nak keluar. Tapi memandangkan kepala masih pening saya malas nk layan dia. Biar dia betul-betul rehat.
Esoknya bila doktor datang en suami dah minta nak keluar. Saya tahu dia dah bosan. Alhamdulillah tengahari tu doktor benarkan en suami keluar. Sangat happy tengok muka en suami. Tak sabar-sabar dah...tapi nurse kata tunggu lepas lunch sebab dh pukul 12. Mencuka muka en suami. lawak betul hehehehe...
En suami dapat cuti sampai 20/7/2012. Hari jumaat ni ada checkup lagi. Hopefully semuanya ok2 jer...Risau sebab en suami masih terasa pening-pening lagi. Apa-apa pun kena tunggu hari jumaat ni. Sabtu dah puasa...Selamat berpuasa yer kawan-kawan...
No comments:
Post a Comment