Sekejap jer dah masuk bulan 2 tahun 2013 kan. Rasanyer baru semalam saya tinggalkan 2012 yang penuh dengan cerita suka dan duka. Meh nak cerita serba sedikit secara ringkas perjalanan hidup saya pada tahun lepas. Tahun yang saya rasa sangat-sangat meletihkan bagi saya.
Januari-Febuari
Sibuk dengan persiapan kawen saya. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang saya rencanakan. Persiapan saya buat dari saya bertunang lagi. Plan & susun apa yang patut. Tak nak kelam kabut bila dah sampai masanya...
Mac
Semuanya seperti yang dirancang. Alhamdulillah saya telah bergelar seorang isteri. Sambut birthday masa hari bertandang. Terima kasih pada famili, sedara mara & kawan-kawan...
April
Adik saya CT merisik. Plan asal xnak ada apa-apa. Sume nak buat masa kenduri nanti tapi pakcik saya minta pihak lelaki datang untuk merisik. Tapi pihak lelaki datang merisik + tunang sekali. Majlis simple je. Hanya keluarga pakcik saya dan keluarga saya jer...
Mei
Saya ada kursus selama 3 hari di Morib. Itu je untuk bulan ni.
Jun
Adik saya kawen. Sangat kontrovesi. Ye la baru 3 bulan kenduri saya, dah nak buat kenduri lagi. Penat pun tak hilang lagi. Bukannya pakai katering, semuanya rewang. Kesian pada sedara-mara & jiran tetangga yang nak datang rewang. Asyik rumah saya je buat kenduri.... At last pakcik saya sanggup buat kat rumah dia. So dia ambik adik saya sebagai anak angkat dia. Semua perbelanjaan kenduri dia yang tanggung. Tak tahu macam mana perasaan mak masa ni. Saya sangat sedih. Ye la dah la abah dah tak ada. Macam kami ni dah tak mampu nak buat kenduri jer...tak tahu nak gambarkan peraaan time ni. Tapi pakcik beria sangat & adik pun dah nak cepat je maka kami pun setuju.
Seminggu selapas kenduri adik saya, abang plak bertunang. Memang penat sangat bulan ni. Lepas satu, satu persiapan nak kena buat. Segala barang hantaran kami buat sendiri. Tak kisah la sebab kami adik beradik memang suka DIY barang-barang hantaran. Cuma terasa sedikit penat.
Julai
Sibuk buat persiapan adik bongsu saya yang akan melanjutkan pelajaran ke politeknik. Alhamdulillah dekat je. Kat Behrang. Senang nak balik. 8 Julai saya, en suami & mak hantar untuk pendaftaran dia.
Seminggu sebelum puasa majlis bertandang sebelah lelaki kat putrajaya. Masa ni adik saya dah disahkan mengandung. Alhamdulillah dia bunting pelamin orang kata. Rezeki dia...Saya dengar agak kecewa gak la sebab saya yang kawen dulu tapi dia yang pregnant dulu. Memang la rezeki kan tapi saya memang nak anak awal. Ye la umur saya pun dah berapa kan...Tapi kami redha dengan ketentuan Allah. Saya terus berdoa minta dikurniakan anak dalam waktu yang terdekat ni.
Seminggu sebelum majlis bertandang adik saya, en suami accident. Tak tahu macam mana nak gambarkan saat itu. mak mertua yang dapat panggilan dr org ambulan. Terus kami ke hospital klang. kami sampai dalam kul 12 mlm. Itu pun masih diwad kecemasan. kami tunggu sampai en suami dimasukkan ke wad. Selepas xray en suami diletakkan di wad pemerhatian. Kami tak dibenarkan menunggu. Saya bawa mak mertua balik. Sok pagi-pagi saya dah gerak ke hospital semula. Masih begitu tidak diberikan apa-apa ubat pun. Sudahnyer adik ipar minta transfer ke DEMC guna medical en suami. Kalau tahu dr awal dah hantar dia ke sana. Kebetulan adik ipar memang kerja kat sana. Dia yang uruskan semuanya. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. 3 hari juga saya EL.
Sehari sebelum puasa saya mendpat berita gembira. Saya disahkan hamil. Mula-mula buat ujian air kencing kat rumah jer...result positif. Memang saya dah lewat period seminggu. En suami pun dah sibuk tanya bila saya period. Tiap-tiap bulan period saya memang normal so senang la nak kira. Kami pergi klinik juga untuk kepastian. Alhamdulillah doktor sahkan saya mengandung 6 minggu. Syukur sangat.....
Ogos
Bermulalah fasa pertama saya sebagai orang mengandung. Mabuk saya agak teruk. Minggu kedua baru buat buku pink kat KKKS. Servis ok. Ramai tu biasa la. Cuma yang tak tahan time puasa ni la badan lemah sangat, dengan muntah-muntah, pening, tak lalu nak makan. Sahur memang tak makan langsung. kalau makan pun keluar balik. Kalau tak larat saya buka puasa.
Masak pun tak boleh. Kesian mak ngan adik perempuan bongsu saya yang buat persiapan. Saya memang tak buat apa-apa la. Sehari sebelum balik umah mak ada la tolong mak mertua buat ketupat. Itu je yang mampu.
Raya cam tak raya. Takde buat apa-apa persiapan. Nasib baik baju memang dah ready awal-awal lagi. Kalau tak, memang tak beraya la kitorang suami isteri.
September
Rutin check up setiap bulan. Tetiba BP tinggi la plak. Dah kena repeat plak. Tapi alhamdulillah lepas tu sume ok. Adik saya buat kenduri lenggang perut.
Oktober
Yea!!!!!!!!!!!!saya dapat anak buat yang pertama. Maka dengan rasminya saya dah jadi mak ngah! Raya haji cam biasa takde buat apa-apa sebab 3 hari lepas tu majlis kahwin adik perempuan bongsu saya + majlis akikah sikecil.
November
Sekadar Annual Dinner office jer...
Disember
Majlis nikah abang saya 20122012. Tarikh yang sangat cantik. 4 hari kemudian majlis disebelah pihak perempuan. Sebelah saya memang tak buat apa-apa sebab dah letih sangat. Asyik ngan kenduri jer. Pecah rekod dalam setahun mak saya dapat 4 orang menantu. 2013 harap-harap mak dapat 4 orang cucu plak hahahaha....2 bakal menyusul....
Itulah sedikit sebanyak cerita tahun 2012 saya......
1 comment:
wah..syukur..Allah beri rezeki tu liza..semoga liza kuat semangat hadapi hari2 sebagai orang mengandung ...eheheh...
Post a Comment