Alhamdulillah dah habis cuti bersalin 2 bulan. Dah start keje pun. So boleh la ambik masa edit sikit-sikit pengalaman bersalin anak kedua ni.
Entry sebelum ni cerita pasal hospital mana nak bersalin kan?? So saya dah decide nak bersalin kat goverment jer. Sama je kan private ngan goverment. Cumanya private leh la ko request nak ubat apa untuk tahan sakit kan. Sedia je la duitnya je...
Memandangkan masuk 3rd trimeter saya takde masalah dengan BP so saya dah pilih untuk bersalin di Hospital Tg Karang je. Dekat dengan rumah...so senang en suami nak hantar & senang dua-dua family nak datang tengok.
23/1/2015
Ada perarakan & sambutan Maulidur Rasul kat opis. Tapi saya tak join la berarak sebab nak jalan pun dah terkangkang-kangkang tak kan nak berarak plak kan. So ikut ceramah maulidur rasul je.
Petang balik keje singgah pasar malam nak cari pisang. Teringin sangat nak makan pengat pisang. kat opis asik la teringat pengat pisang Azira seksyen 10 Shah Alam. Nak kesana memang tak la kan. So nak buat sendiri sebab lagi puas dapat makan. On the way balik keje tu memang dah rasa lain je. Tapi sebelum ni pun dah ada tanda tapi cuma braxton hicks je. So kita buat tak tahu je. Dah dapat pisang on the way balik rumah siap cakap kat baby lagi.."baby kalau nak keluar tggu ayah yer..."
24/1/2015
Pukul 5.30 pagi saya terasa ada air mengalir kat bawah. "eh tak kan aku terkencing dalam seluar, tadi kul 4.30 dah kencing".. malam saya jarang buang air sebab tak banyak minum. Lagipun memang dah tak larat nak bangun. So minum sikit supaya tak payah nak bangun g toilet. Rupa-rupanya air ketuban saya dah pecah. Pergi toilet berjejer air mengalir. Bila dah confirm memang air ketuban saya terus mandi supaya bila nak bersalin nanti rasa segar. tengah-tengah mandi tu rasa nak buang air besar plak. Masa ni dah rasa sakit sikit-sikit. So konfuse jap betul ke nak membuang or memang rasa nak bersalin. Kangg tengah mencangkung kuar plak baby. Tapi saya try gak membuang. Alhamdulillah memang membuang betul.
Pukul 6.30 sekali lagi air ketuban keluar. Kali ni makin banyak & sakit pun makin kerap dan lagi sakit. Tapi sempat lagi tidurkan Cik Auni yang masa tu tengah mamai-mamai. Kejut en suami suruh siap-siap nak ke hospital. Kebetulan malam tu en suami tak kerja. Baby memang pandai pilih timing la...
Sempat la jugak saya minum milo & makan roti sekeping untuk tenaga masa nak meneran tu nanti. Air selusuh saya dah minum masa mula-mula pecah ketuban tu. So yang lebihnya saya bawak sekali pergi hospital. Eh masa ni kan sempat lagi kemas bilik sikit-sikit. Simpan baju dalam almari hehehe...sebabnya tak mau sakit lama-lama kat hospital.
Saya sampai hospital dalam pukul 7 camtu. Tak jauh pun dalam 10-15minit je. Dalam kereta sepatah pun saya tak bersuara sebabnya dok menahan sakit. tapi sempat la kata kat En Suami "nasib la ayah tak keje malam tadi".
Kat hospial lepas register semua nurse tanya sikit-sikit pastu dia suh tukar baju dengan ambik air kencing. Lama saya kat dalam toilet sebab saya dah tak boleh nak buang air kecil. Asik menahan sakit je. last-last saya keluar bagitau nurse saya tak boleh kencing. Nurse kata takpe, baring atas katil nurse cek bukaan dah 4cm.
Makin lama makin sakit...sakit contraction memang sakit. Bila bukaan lagi besar lagi bertambah sakit. Sakit sekejap-sekejap. Bila dah 8cm terasa sakit pinggang plak. Sakit macam period pain. Masa anak 1st tak rasa plak camni. Nak sangatkan bersalin secara natural tanpa sebarang ubat. Rasakan hehehe...tapi sekejap je. Bagi mereka yang baru 1st time jangan takut yer. Banyakkan berdoa...nurse tanya ada air selusuh x? saya kata ada dalam beg. Nurse ambik bawa masuk dalam labour room tu. Ingatkan nak suruh saya minum rupanya nurse tu buka penutup air selusuh tu. Mungkin ni petua mudahkan bersalin kot. Entah la saya pun tak pasti tapi penah la baca kat blog sapa tah. Oh ya satu lagi petua ialah masa kat labour room tu buka ikatan rambut. Nurse tu ada suh saya buka ikatan rambut. Mulanya saya tak tahu pun. Bila cerita kat mak baru mak bagitau tu petua. Masa bersalinkan Cik Auni kat Sg buloh takde plak nurse tu suh buat camtu. Entah la...asalkan selamat. yang penting banyakkan berdoa dan bacalah apa-apa yang terlintas difikiran macam doa nabi yunus tu.
Bila dah 8cm saya macam dh tak tahan sangat. Banyak kali panggil nurse. Nurse tak boleh buat apa pun sebab belum masa untuk meneran. Nurse suruh tarik nafas lepas slow-slow. Eh ke camne tah nurse tu cakap. Last sekali nurse tu suruh mengiring. Bila cek baru 9cm. Agaknya nurse tu dh tak larat kot asik kena panggil je so dia seluk lagi sekali & suruh saya meneran. Agaknya dia tolong bukakan jalan sampai 10cm kot.
Untuk anak kedua ni memang banyak kali saya meneran. Lagipun En Suami tak dibenarkan masuk. Saya tak pasti kenapa tapi saya ada terbaca banner kat luar wad tu ada tulis Hospital Rakan bayi. Means suami boleh masuk masa proses kelahiran tu berlaku. Saya pun tak tanya sebab dah sakit sangat. Masa bersalinkan Cik Auni dulu sempat plak saya tnya nurse tu mana suami saya. Bila saya tanya en suami masa kat wad dia kata nurse tak benarkan dia masuk. Saya pun tak faham kenapa. Lupa plak nak tanya masa discharge haritu.
Anak kedua ni saya rasa susah sikit nak bersalin. Rasa macam lamanya baby ni nak keluar. Banyak kali saya teran pun tak keluar-keluar. Mungkin sebab en suami takde temankan kot hehehehe...sampaikan saya rasa eee kenapa ketat sangat ni. Susah sangat baby nak keluar. Nurse toksah cakap la dok bagi semangat suh teran-teran. Ada yang tolak perut saya dari atas, ada yang jerit puan jangan angkat bontot. Saya pun tak sedar bila masa saya angkat bontot. Saya pun dok meneran je la. Dah la masa bersalin tu saya tengah selsema ngan batuk. Rasa macam tak cukup nafas je...sampaikan saya macam terasa ada jari tolong masuk & koyakkan tempat laluan tu. Serius saya rasa camtu. Koyak pakai tangan bukan pakai gunting.
8.30 pagi Alhamdulillah baby selamat lahir ke dunia. Terasa lega sangat-sangat....Nurse tunjuk baby & suruh sebut jantina. Lepas tu baby dibersihkan & nurse ambik detail baby. Saya dengar nurse tu jerit 4.1. Ya Allah betul ke baby aku tu. Besarnya....memang betul pun. Sebab saya sorang je yang bersalin hari tersebut. Patutla mummy tak larat nak meneran.
Macam biasa lepas baby dah ambik detail semua nurse letak kat dada untuk proses skin to skin. Kalau kat Sg buloh baby keluar je potong tali pusat terus letak kat dada mummy. Kat Tg Karang ni lambat sikit. Semuanya saya rasa lambat. Nak keluarkan uri pun lambat. Nak jahit luka pun lambat. Saya dah terasa pedih dh luka tu. Dah la luka saya besar banyak kena jahit. Time jahit tu dapat plak nurse yang baru nak belajar menjahit. Dengan tak bius. Memang bising la mulut saya sepanjang proses menjahit tu. Banyak kali saya tanya dah siap ke belum. Part jahit memang saya tak suka. Memang semua hospital kerajaan tak bius ke masa jahit. Kalau ingat balik memang serik sangat.
Baby keluar 8.30pagi saya ditolak ke wad pukul 11.30 pagi. En suami sempat lagi keluar breakfast kat mamak. Lama sangat katanya tunggu saya. Saya pun rasa sangat lama proses tu. Seingat saya masa bersalinkan Cik Auni dulu nurse yang bertugas sangat cepat. Daripada potong tali pusat, keluarkan uri, keluarkan darah, menjahit, bersihkan katil sampailah dia pakaikan pad. Smooth je dorang buat. Suka sangat. mungkin sebab kat Sg Buloh tu agak ramai patient so dorang pun kena la buat dengan sepantas yang boleh.
Kalau dibandingkan antara 2 hospital ni saya lagi suka Sg Buloh. Dari segi perkhidmatan yang diberikan memang saya puas hati sangat. Cumanya kat sana katil sentiasa penuh. Mereka beri keutamaan kepada yang betul-betul kritikal dan yang betul-betul memerlukan.
Apa-apa pun terima kasih jugak la pada nurse yang bertugas pada hari tersebut sebab menolong saya sepanjang proses melahirkan baby saya haritu. Tanpa mereka tak mungkin saya kuat untuk mellahirkan baby saya yang saya sendiri tak jangka berat dia 4.1kg. Lahir secara normal tanpa bantuan apa-apa alat. Alhamdulillah.....
1 comment:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
Post a Comment