Kejadian ni dah seminggu berlalu. Dalam sebulan aku akan shif malam 3hari. Aku akan ambik direct. Senang sikit. Terus habis shif malam tak payah dah nak fikir-fikir lagi.
Selalunya jadual aku kerja malam hari Rabu, Khamis & Jumaat. Rabu tu aku kena datang awal sebab pukul 9 ada ceramah. So direct sampai pukul 10 malam. Keadaan aku waktu tu memang tak sihat. Dah start bersin-bersin & sakit tekak.
Khamis baru aku masuk kerja pukul 1. So dapat la rehat kejap kat rumah. Badan memang tak larat tapi gagahkan diri jugak untuk habiskan shif malam.
Aku pergi kerja memang dalam keadaan yang sangat teruk. Tisu standby sekotak. Kat office memang dah ada tisu baru buka. Itu pun aku minta permission kawan aku tuk tidur kejap dalam pukul 2.30ptg. Dalam sejam lepas tu aku bangun. Buat la kerja sikit-sikit.
Lepas pukul 5.30 staf yang kerja malam memang akan ke kaunter utama. Untuk shif malam akan ada 3orang yang bertugas. Itu pun aku kejap-kejap bletak kepala atas kaunter. Berharap sangat waktu kerja habis dengan cepat.
Pukul 10malam lepas punch out, aku pun terus gerak balik. Baru separuh perjalanan tetiba tempereture kete aku naik. Aku pun berhenti tepi jalan. Dah la jalan tu gelap, takde lampu jalan kanan kiri kelapa sawit. Malam jumaat plak tu. Call en suami dia kat S.Alam. Ikut la arahan dia ambik air buka bonet isi. Biar sekejap aku start engine. Tapi langsung tak berbunyi. Tak tahu dah nak buat apa...aku try call kawan-kawan yang berhampiran tapi sorang pun tak angkat. Dalam hati berdoa je x berlaku apa-apa. Minta sangat dijauhkan dari segala bentuk keburukkan. En suami dah risau. Dia pun tak boleh nak buat apa. Kalau dia superman memang dia terus je terbang kat aku kan...
Ok sambung....
Dalam pada tu terus baca ayat kursi tanpa henti mohon dipermudahkan segalanya. En suami dah call towing. Tapi still kena tunggu gak. En suami pun terus gerak balik. Aku still tak putus asa call jugak kawan-kawan berhampiran. Alhamdulillah ada yg angkat. Minta dia temankan je sementara nk tunggu towing sampai. Setengah jam jugak menunggu.
Terima kasih tak terhingga pada sahabat yg sudi tolong temankan. Juga pada makcik yang ikut temankan (mak kawan)
Orang towing tu datang pun bawak anak perempuan dia untuk temankan aku. Dia kata takmo aku risau & fikir bukan-bukan. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Hantar kereta ke bengkel then dia hantar aku rumah mak mertua. Hampir pukul 12 jugak sampai rumah.
Syukur...syukur...syukur...
Kereta pun takde yang teruk. Kerosakkan kecil je. Kesayangan sangat ni. Kakak Auni kata dia merajuk. Takmo merajuk-merajuk yer sayang. Sayang sampai bila-bila ni tau!
No comments:
Post a Comment