Sunday, October 7, 2018

Ujian UPT


Ni ujian upt saya pada hari sepatutnya saya period. Kenapa saya membuat ujian upt ni. Saya tidak mengambil sebarang perancang keluarga. Hanya merancang sendiri.

Bila setiap bulan period saya teratur & normal, kitaran haid pun sama makanya kebarangkalian untuk saya mengandung adalah tinggi. Dan bila saya buat ujian upt ni hasilnya adalah samar-samar. Mengikut pembacaan saya kalau hasil begini dianggap positif.

Seeloknya ujian upt dibuat pada hari ke12 period. Senang kata kalau lewat 2minggu elok la cek sebab pada waktu ini kandungan hcg dalam air kencing adalah tinggi. Jadi kita akan dapat jawapan yang tepat. Ini untuk ujian upt di rumah yer.

Selepas saya dapat ujian yang samar-samar tu saya minta encik suami beli lagi upt kit ni di Watson. Minta dia beli jenama yang sama sebab harganya murah hhehehe. 2kehamilan sebelum ni pun saya guna jenama yang sama. Lepas tu baru saya check di klinik swasta untuk kepastian sebelum buka buku pink di klinik kerajaan. Tapi encik suami beli janama lain dengan harga rm21. Saya agak terkejut. Pada saya kenapa perlu membazir sebab benda tu sekali guna je. Lepas guna kita buang.


Hari ke6 lewat period saya buat ujian upt lagi. Dan ini hasilnya. Jelas terang dan nyata kan. Dalam perkiraan saya usia kandungan saya dalam 5minggu. Lepas ni kena la cari masa yang sesuai untuk buat diklinik untuk pengesahan dari doktor. Tak tahu kenapa tapi saya rasa macam seronok je bila doktor buat ujian ultrasound nanti. Tak sabar rasanya. Kita tengok apa pula alahan untuk kali ni.

Semoga kandungan kali ini, alahan tidak seteruk sebelum ni. Selamat datang sayang 😊😊😊



No comments: